Home Novel Fantasi A Love For Mr. Butterfly
A Love For Mr. Butterfly
nurshaza
22/3/2021 11:48:11
1,429
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 14

HASHAA termenung panjang. Kejadian kelmarin masih berlegar-legar dalam mindanya. Suara lelaki itu masih jelas di pendengarannya. Itu satu hal. Lagi satu hal, bila dia teringat Lucien sepertinya bergaduh dengan seorang kawannya dan menyebut perkataan dendam. Lucien berdendam dengan siapa? Apa sebab lelaki tu berdendam?

"Akak..." Delrissa menepuk lembut bahu si kakak yang kelihatannya seperti termenung jauh.

"Ya, Rissa? Kenapa?" Hashaa mengukir kan senyuman tipis.

"Jauhnya akak termenung."

Hashaa tertawa kecil kemudian kepalanya di geleng sekali.

"Tak adalah. Saja. Hari cuti ni membosankan pula. Nak tidur, rasanya  dah terlebih tidur."

Delrissa menganggukkan kepala.

"Itulah. Lyn dengan Lea, awal-awal pagi dah keluar dating dengan kekasih masing-masing. Tak tahulah dah rasmi ke belum tu." Delrissa ketawa mengejek.

"Ada-ada je Rissa ni. Rissa tu,apa cerita dengan Victor?"

Delrissa menggaru sisi lehernya sambil tersengih. Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil lalu diserahkan kepada kakaknya.

"Malam hari tu, Victor melamar adik. Sebelum kita orang dengar akak menjerit. Dia lamar adik untuk jadi suri hati dia. Akak rasa patut ke Rissa terima?"

Hashaa tersenyum. Bahu si adik diusap lembut. Sebuah kucupan hangat dilabuhkan pada dahi dan pipi Delrissa.

"Kalau adik rasa dah bersedia nak masuk ke alam perkahwinan. Akak sokong. Akak akan mintak tolong keluarga akak untuk uruskan perkahwinan adik."

Delrissa menarik tubuh Hashaa ke dalam dakapannya. Sejak dia bayi lagi, keluarga Hashaa telah menjaganya sehingga kini. Begitu juga dengan Lyn dan Lea. Hashaa merupakan anak tunggal Mr dan Mrs. Young. Keluarga Delrissa, Evelyn dan Adelea terlibat dalam sebuah kemalangan ketika mereka kecil lagi. Ketika kemalangan itu berlaku, mereka berempat berada di pusat asuhan bayi. Ibu dan bapa Evelyn, Adelea dan Delrissa merupakan kawan baik ibu dan bapa Hashaa. Jadi kerana ihsan, ibu dan bapa Hashaa menjaga mereka dari kecil sehingga sekarang.

"Rissa sayang akak. Terima kasih akak..."

Hashaa menganggukkan kepalanya. Belakang tubuh Delrissa diusap lembut. Dagunya disangkut pada bahu si adik. Fikirannya kembali melayang memikirkan Lucien.

"Hashaa... kau was-was dengan Lucien?"

Hashaa tersentak. Suara itu kembali ke ganggunya setelah sekian lama. Badannya mengeras saat terdengar suara itu. Delrissa berkerut. Pelik dengan kakaknya.

"Hashaa... Lucien tidak sebaik seperti yang kau sangkakan. Dia tipu kau, sayang..."

Hashaa memejamkan matanya. Cuba mengusir suara negatif tersebut.

"Akak, akak okey ke?"

Hashaa mencelikkan matanya sebelum menganggukkan kepala.

"Akak okey."

Delrissa menganggukkan kepala sekali.

"Akak, sekejap lagi Victor ajak adik keluar. Katanya nak bawa pergi butik lepas tu makan sekali. Akak boleh tinggal seorang?"

Hashaa tersenyum.

"Macam tak biasa. Boleh aje tinggal seorang. Jap lagi mesti Lucien ajak akak keluar. Sekarang ni dia ada kerja dekat lab. Nanti dia call lah akak. Adik jangan risau. Spend your time with him, okay?"

Delrissa tersenyum. Punggungnya diangkat kemudian masuk ke dalam kamar mandi untuk bersiap-siap. Victor tu mana boleh tunggu lama-lama. Nanti sia-sia dia kena perli. Percuma aje. Mood tengah okey terus jadi tak okey nanti.

"Hashaa..."

Hashaa terdiam. Sekali lagi dia mengeraskan badannya.

"Saya mohon jangan ganggu saya..." Air mata Hashaa mengalir. Sungguh dia takut diganggu sebegitu. Apa salah dia? Dia ada musuh ke?

Dzzt... Dzzt...

Segera dia menyeka air matanya. Tertera nama Lucien pada skrin telefon bimbitnya. Butang hijau segera di geserkan ke kanan sebelum telefon itu dilekap pada telinganya.

"Hello, Lucien...," suara Hashaa sedikit bergetar.

"Sayang, kenapa ni?" soal Lucien. Terpadam senyuman apabila terdengar suara Hashaa seperti sedang menangis.

"Lucien, suara tu kacau saya lagi. Saya takut. Delrissa nak keluar dengan Victor nanti. Saya takut..."

Lucien menggigit bibirnya. Telefon bimbitnya digenggam erat. Dia memang tak puas hati dengan gerangan yang mengganggu buah hatinya itu.

"Okey, sayang. Jangan takut. Saya akan sampai rumah dalam 10 minit. Awak bersiap, okey."

Hashaa mengiyakan sebelum mereka serentak mematikan talian. Pintu almari pakaian dibuka kemudian dibelek-belek bajunya yang tergantung. Tak tahu nak pakai yang mana satu. Dia lebih sukakan penampilan yang simple.

LUCIEN memeluk bahu Hashaa. Mereka sekarang berada di sebuah taman tasik yang sedikit jauh dari kawasan perumahan mereka. Tujuannya datang ke sini untuk menenangkan jiwa Hashaa yang kacau. Fikirannya tidak berhenti berfikir tentang suara yang dimaksudkan oleh Hashaa. Siapa sebenarnya dia?

"Awak... ada rama-ramalah. Cantiknya..." Hashaa teruja. Melihat rama-rama yang berterbangan bebas membuatkan ketakutan yang membelenggu Hashaa hilang.

"Ya. Cantik macam sayang."

Hashaa tertawa kecil. Malu dipuji sebegitu. Lucien memang suka buat dia blushing. Manalah dia nak sorokkan muka dia ni?

"Janganlah puji macam tu. Malulah..."

Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket jaket panjangnya. Lucien tersenyum. Dia memerhatikan Hashaa yang sedang melayani rama-rama dengan senyuman bahagia. Layakkah dia bahagia? Kenapa dia tak mampu nak tunaikan dendamnya? Apa yang terjadi pada dirinya? Dia sendiri pun keliru. Apa yang Hashaa dah buat sehingga dia tak mampu nak berbuat apa-apa untuk melunaskan dendamnya?

"Lucien, awak suka rama-rama warna apa?"

Lamunan Lucien tersentak saat terdengar suara Hashaa betul-betul di hadapannya. Dia terkebil-kebil. Warna? Lama dia memandang ke arah sekumpulan rama-rama itu. Warna apa yang ada di sana? Macam mana dia nak berikan jawapan pada Hashaa? Dia tak mampu melihat warna dalam dirinya. Dunianya hanya ditemani dengan warna hitam dan putih.

"Tak apa. Biar saya teka. Mesti awak suka rama-rama warna ungu tu, kan?" teka Hashaa sambil menuding jari ke arah seekor rama-rama yang sedang terbang berdekatan mereka.

Lucien terdiam. Rama-rama itulah yang dia nampak ketika hari pertama dia menjejakkan kaki di taman ini. Lucien memerhatikan Hashaa yang cuba untuk menyentuh rama-rama itu.

"Hashaa..." Lucien terkedu sehinggakan dia terundur setapak ke belakang. Terkejut. Sangat terkejut. Dia menggelengkan kepalanya sekali. Betul ke apa yang dia nampak sekarang ni?

"Luc, sinilah. Kenapa awak jauh? Cantik, kan?"

Lucien terdiam. Dia nampak Hashaa dengan jelasnya. Hashaa mengenakan dress berwarna peach dan seluar legging berwarna putih. Kasutnya turut berwarna putih. Warna yang ada pada Hashaa sangat jelas pada penglihatannya.

"Cantik..."

Hashaa tersenyum. Tangan dihulur ke arah Lucien supaya lelaki itu menyambut tangannya.

"Saya sayang awak, Lucien. Janji yang awak tak akan tinggalkan saya," ucap Hashaa sebaik saja Lucien menyambut hulurannya. Tubuh lelaki itu ditarik ke dalam dakapan. Erat.

Perlahan Lucien membalas pelukan gadis kesayangannya itu. Tanpa sedar, dia mengukirkan senyuman lebar. Matanya dipejam.

"Hashaa... kalau saya lamar awak untuk jadi isteri saya. Adakah awak sudi?" Soalan itu terpacul dari mulut Lucien sendiri secara tiba-tiba.

Hashaa tergamam. Lucien melamar dirinya?

"Lucien, awak serius?"

Lucien menolak lembut bahu Hashaa supaya anak mata mereka boleh saling bertatapan.

"Saya serius, Hashaa. Saya cintakan awak. Sebab awak, perasaan sayang dan cinta muncul dalam hidup saya. Disebabkan awak juga, baru saya tahu apa itu erti cinta. Jatuh cinta pandangan pertama."

Hashaa tersenyum. Air mata ke gembiranya jatuh ke pipi tanpa sengaja. Segera Lucien menyeka air matanya.

"Will you?"

Hashaa perlahan menganggukkan kepalanya dengan senyuman lebar.

"I will."

Lucien tersenyum gembira. Tidak pernah dia rasa perasaan segembira ini. Inilah kali pertama selama dia hidup.

"Maafkan saya. Saya tak romantik macam lelaki lain. Tak ada cincin yang boleh saya sarung untuk lamaran ini."

Hashaa menggelengkan kepala.

"Yang penting hati dan keikhlasan."

Lucien tersenyum. Sungguh dia bertuah memiliki Hashaa. Gadis yang sangat baik pernah dia jumpa. Kerana gadis ini juga, titik hitam dendamnya terhapus tanpa sedar.

Bolehkah dia membahagiakan Hashaa dan dendamnya itu dilupakan begitu saja?Mampukah dia?


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.