Home Novel Cinta I'M MARRIED TO HIM!
I'M MARRIED TO HIM!
Alin Alia
27/4/2020 09:06:01
3,915
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23
DAMIA mula memunggah beg bagasinya. Dia mencari baju tidurnya.

"Aduh apasal aku bawa seluar pendek dengan singlet pulak ni? Aku kat rumah bos, bukannya rumah aku."

Di sebabkan dia sudah terbiasa memakai seluar pendek dan singlet di rumah sendiri, sampaikan balik ke rumah Adam Ian pun dia membawa pakaian yang sama.

"Pakai je lah dulu baju tshirt dengan seluar track suit ni. Nasib tinggal dua pasang lagi, untuk esok dan lusa. Tapi malam esok aku nak pakai apa pulak dah? Tak kan nak pakai seluar pendek ni?" Damia mati akal.

Sebelum suaminya keluar dari bilik air, cepat-cepat dia mengenakan baju tshirt dan seluar track suit tersebut dari baju pengantin yang di pakainya itu. Tudung di sarung ke kepala. Damia duduk di birai katil. Entah kenapa dia berasa seram sejuk.

Muncul Adam Ian keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala sahaja. Terserlah dada bidang milik Adam Ian. Adam Ian mengelap rambutnya yang basah. Damia menelan air liur. Nampak lagi kacak suaminya ketika rambutnya basah. Suaminya itu tiba-tiba menghampiri ke arah Damia yang duduk di birai katil dengan kepalanya masih memakai tudung.

"Dah la saya nak tidur." Damia mula ketakukan.

Adam Ian pelik melihat Damia memakai tudung untuk tidur.

"Awak nak tidur pakai tudung ke?"

"Yela kenapa."

"Kita kan dah jadi suami isteri. Bukannya ada batas apa dah."

"Suka hati saya la nak pakai tudung ke, nak pakai tudung saji ke, yang awak nak kisah kenapa?" Damia mula mengambil bantal dan selimut menuju ke arah sofa tepi katil.

Adam Ian memerhatikan Damia yang menuju ke arah sofa.

"Kenapa awak tidur dekat sofa? Awak tidur la sini sebelah saya," ajak Adam Ian.

"Tak nak saya tidur dekat sebelah awak, buatnya awak buat apa-apa dekat saya macam mana?"

"Tapi kita kan dah jadi suami isteri. Salah ke? Kalau saya buat apa-apa pada awak pun tak salah kan? Kita kan dah halal."

Adam Ian yang masih bertuala mula berjalan menuju ke arah Damia. Damia cuba menarik selimut dan menutup tubuhnya.

"Awak jangan nak buat apa-apa pada saya Ian," Damia mula ketakutan.

Naluri Adam Ian ketika itu bergelora, Adam Ian tiba-tiba mahu menyentuh Damia, dengan spontan Damia menolak tubuh badan Adam Ian, dan suaminya itu terjatuh ke belakang.

"Aduh! sakitnya! awak ni kenapa Damia tolak saya." Adam Ian menahan kesakitan.

"Sebab awak tu nak sentuh saya!"

"Kita husband and wife kan. Salah ke kalau saya sentuh awak?"

"Tak salah! Tapi awak kahwin dengan saya bukan sebab awak cintakan saya. Dan kita pun tak pernah bercinta. Tapi hati awak tu masih ada Wanna. Saya tak kan serahkan diri saya pada awak, selagi awak tak hilangkan perasaan awak pada Wanna, dan sehinggalah awak dan saya bercinta antara satu sama lain. Dah la saya nak tidur. Jangan kacau saya," Damia menarik selimut dan menutup mukanya.

Dia tiba-tiba berasa sebak dan ingin menangis. Tetapi dia menahan tangisannya dari di dengari oleh Adam Ian.

Adam Ian terdiam. Benar kata Damia. Mereka memang tak pernah bercinta.

"Maafkan aku Damia," hati kecil Adam Ian berbisik. Dia berasa bersalah terhadap Damia.



PUKUL 3.30 pagi Adam Ian terjaga dari tidur. Dia menuju ke arah Damia, yang begitu lena tidur. Adam Ian berasa bersalah terhadap Damia tentang malam tadi. Dia sepatutnya tidak boleh berbuat begitu.

Adam Ian tiba-tiba mengangkat Damia, dan meletakkan Damia di atas katil. Damia tidak terjaga langsung semasa Adam Ian mengangkatnya. Mungkin Damia terlalu penat sehinggakan dia tidak sedar.

Adam Ian mula berbaring di sebelah Damia. Dia merenung ke wajah Damia yang sedang  lena. Walaupun naluri Adam Ian tiba-tiba bergelora pada masa itu, tetapi dia terpaksa menahan perasaannya. Dia juga tidak mahu Damia akan membencinya jika dia buat sesuatu kepadanya. Akhirnya Adam Ian terlelap sendiri, di sebelah isterinya.

Damia terjaga dari tidur, setelah mendengar bunyi azan subuh dari masjid yang berdekatan dengan rumah Dato’ Arif.

Damia terkejut melihat dirinya yang berada di atas katil. Ada tangan di perutnya, yang sedang memeluknya. Alangkah terkejutnya Damia, kerana Adam Ian di sebelahnya. Dia merenung wajah suaminya itu, yang lena tidur di sebelahnya.

Damia bingkas bangun, apabila merasa basah pada seluar tracksuit yang di pakainya. Dia merenung ke arah cadar tilam milik Adam Ian, kelihatan ada darah di situ.

"Dia dah setubuh dengan aku ke? Tapi aku tak rasa apa pun semalam," gumam Damia.

"Awak bangun! Bangun!" jerit Damia.

Adam Ian terkejut apabila dirinya di kejut oleh Damia. Dia menggosok-gosok matanya.

"Kenapa ni?" tanya Adam Ian.

"Awak tanya kenapa? Ni apa?" Damia menunjuk darah pada cadar tilam yang di baring Damia tadi.

"Darah apa pulak ni?" Adam Ian kebingungan.

"Jangan buat-buat tak tahu la. Awak dah sentuh saya kan?"

"Bila masa pulak saya sentuh awak?"

"Kalau tak sentuh, macam mana boleh ada darah ni? Dan macam mana saya boleh ada dekat atas katil ni?"

"Mana saya tahu ni darah apa? Saya angkat awak tadi sebab saya kesiankan awak tidur dekat sofa tu. Saya tak kan buat perkara yang boleh buat awak bencikan saya. Percayalah cakap saya." Adam Ian menyentuh bahu Damia.

Damia terdiam. "Aku period ke?" gumam Damia. Damia bingkas bangun dari katil dan menuju ke tandas. Adam Ian terkejut dengan tingkah laku Damia yang tiba-tiba berlari menuju ke bilik air.

Damia melihat darah yang banyak di seluar yang di pakainya.

"Aduh aku period la. Malunya aku," gumam Damia.

Pintu bilik air di ketuk. "Damia awak ok tak ni? Awak buat apa tu?" jerit Adam Ian.

Pintu di buka. "Awak boleh tolong saya?"

"Tolong apa?" tanya Adam Ian.

"Tolong belikan saya pad. Saya period," jawab Damia. Dia betul-betul malu.

"Awak period? Awak tak bawa pad ke?"

"Mana la saya tahu saya nak period time ni."

"Ha ye la. Sorry. Tunggu kejap saya pergi beli." Adam Ian berlari keluar. Nasib la rumahnya dekat dengan kedai serbaneka.

Damia menunggu selama 10 minit, dan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Damia  mengambil telefon bimbitnya di meja kecil tepi katil.

"Eh dia ni dah kenapa buat video call pulak ni?" Nak tak nak Damia terpaksa mengangkatnya.

"Hello Damia. Ni yang mana satu pad yang awak nak?" tanya Adam Ian.

Wajah Damia merona merah apabila Adam Ian kini berdiri di depan bungkusan tuala wanita.

"Awak ambil je la brand Libresse tu."

"Brand ni ke? Ada wings dengan non wings. Tapi kan, apa beza antara dua ni?" tanya Adam Ian pelik. Mimik wajah Adam Ian seperti keliru.

Damia mula malu, apabila ternampak juruwang yang berada di belakang Adam Ian.

"Awak ambil je la yang takda wings tu," balas Damia.

"Ni ada brand Kotex ni nak tak?" tanya Adam Ian lagi .

"Tak nak la. Gatal la kalau pakai," jawab Damia secara spontan.

"Gatal? Apa yang gatal?" tanya Adam Ian.

"Ish awak ni. Ambil je la yang saya nak tu."

"Ha, yela." Talian di matikan.

Adam Ian mengambil dua bungkus tuala wanita. Selesai membayar dia seterusnya pulang ke rumah.

Damia duduk di dalam bilik air menunggu kepulangan Adam Ian.

Terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. "Damia, ni ambil awak punya pad," panggil Adam Ian.

Damia membuka pintu bilik air, dan mengambil pad tersebut dari tangan Adam Ian. Tidak sampai 10 minit Damia telah menukarkan seluar dan bajunya yang terkena darah.

Kelihatan Adam Ian di atas katil merenung ke arah Damia.

"Awak terima kasih sebab sudi tolong belikan pad untuk saya. Emm awak ada cadar tilam lagi tak?" tanya Damia.

"Ada. Dekat dalam almari," balas Adam Ian.

Damia menuju ke arah almari, dan dia menukarkan cadar tilam yang terkena darah tersebut kepada cadar yang baru. Adam Ian hanya memerhatikan isterinya menukar cadar.

"Maaf saya dah kotorkan cadar awak."

"Tak pela. Saya tak kisah. Saya nak pergi jogging ni dengan ayah kejap lagi. Awak nak ikut tak?"

"Tak nak la. Saya tengah period ni. Perut saya sakit."

"Perut sakit? Awak ok tak? Nak saya urut tak?" Adam Ian mula kerisauan dan mula menghampiri ke arah Damia.

"Ala ni biasa la. Semua perempuan akan sakit macam ni," jawab Damia.

"Betul ke ni? Kalau nak saya urut, saya pergi ambil minyak angin dekat mak Nah."

"Eh tak payah," jawab Damia.

"Hmm yela. Kalau awak nak tidur. Awak tidur la. Saya nak solat subuh ni lepas tu terus saya keluar pergi jogging."

Damia hanya menganggukkan kepalanya. Dia mula berbaring di sofa.

"Kenapa tidur dekat sofa? Pergilah tidur dekat katil tu."

"Tak nak la," jawab Damia.

"Jangan degil la. Kalau tak, saya dukung awak," Adam Ian mula menuju ke arah Damia.

"Eee yela-yela." Damia bangun dan menuju ke katil.



ADAM IAN baru balik dari berjogging dengan ayahnya. Banyak soalan yang di tanya oleh Dato’ Arif. Cuti berapa lama? nak honeymoon dekat mana? Buntu Adam Ian untuk menjawab soalan Dato’ Arif.

"Ayah, Ian naik dulu. Nak mandi. Kejap lagi Ian turun dengan Damia untuk breakfast sekali."

"Ok  Ian,” balas Dato’ Arif.

Adam Ian menaiki anak tangga, dan membuka pintu biliknya, dia melihat  Damia tiada di dalam bilik. Mungkin di dapur, fikirnya.

Adam Ian mencapai tualanya untuk mandi. Baru dia hendak membuka pintu bilik air, Damia kebetulan membuka pintu dari dalam, badan mereka berlanggar antara satu sama lain. Adam Ian jatuh terbaring lalu Damia terjatuh atas badan suaminya.

Cuppp! Damia terkucup bibir suaminya. Mata mereka berdua bertemu antara satu sama lain. Damia merenung sepasang mata coklat milik Adam Ian. Terasa tangan kekar suaminya kini berada di pinggangnya.

Adam Ian terpaku melihat isterinya yang hanya berkemban memakai tuala. Kali pertama dia melihat rambut isterinya yang basah, dan panjangnya melebihi paras pinggang.

Damia cuba bangun dari atas badan suaminya. Tetapi Adam Ian cepat-cepat menarik tubuh Damia lalu di peluk erat. Bau wangian mandian dari tubuh isterinya membuatkan naluri kelakian Adam Ian mula bergelora. Entah kenapa tiba-tiba Adam Ian terasa semacam dengan tubuh Damia. Mahu sahaja dia ingin mengucup bibir Damia. Tetapi dia takut Damia akan memarahinya.

"Eee apa awak ni, lepaskan saya la!" Damia cuba untuk melepaskan pelukan suaminya itu. Tetapi tidak berjaya.

"Please Damia, let me hug you one second."

"No!" Let me go! Saya nak pakai baju la," jerit Damia.

"Siapa suruh awak tak bawa baju sekali tadi," usik Adam Ian.

"Mana la saya tahu, awak nak balik waktu sekarang ni. Dah la, lepaskan saya," rayu Damia.

"Saya tak nak lepaskan awak," jawab Adam Ian.

Entah kenapa tiba-tiba Damia merasakan ada sesuatu yang tiba-tiba mengeras betul-betul berada di luar tualanya.

"Apa ni!" jerit Damia. Damia menggigit leher Adam Ian, supaya suaminya itu melepaskan pelukannya. Tetapi Adam Ian terasa lain macam apabila isterinya menggigit lehernya.

"I want you please Mia, you already make me horny," bisik Adam Ian di telinga Damia, sambil tangannya mula meraba belakang badan isterinya.


Gluppp! Damia menelan air liur. Tiba-tiba suaminya memanggil dengan panggilan Mia.


"Saya period la!" jawab Damia. Itu yang di fikirannya sekarang. Dia juga terasa lain macam, apabila terasa sesuatu yang agak keras di luar tuala yang di pakainya. Lebih-lebih lagi Adam Ian mula meraba badannya.


Baru lah Adam Ian tersedar. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya. "But, let me kiss your lips please," minta Adam Ian.

Damia tidak peduli permintaan Adam Ian. Cepat-cepat dia bangun dari pelukan Adam Ian. Damia berlari ke arah beg bagasinya. Terus dia menyelongkar beg bagasinya untuk mencari baju.

Adam Ian hanya memerhatikan Damia. "Cantik juga kau tak pakai tudung," bisik Adam Ian.

"Apa tengok-tengok. Pergi la mandi, sibuk je duduk depan pintu tu," marah Damia.

"Biar la saya nak tengok. I'm addicted with your body Mia," balas Adam Ian.

Muka Damia merona merah. Setelah mencari baju di dalam beg, Damia cepat-cepat memakainya. Cuma rambutnya tidak di sarung tudung. Dia sedang mengeringkan rambutnya.

"Kejap lagi kita turun sama-sama ya. Tunggu saya tau," kata Adam Ian sambil berlalu masuk ke dalam bilik air.

"Tak nak aku tunggu," bisik Damia. Damia cepat-cepat menyarungkan tudungnya. Dalam fikiran Damia pula entah kenapa suaminya itu semakin gatal pula.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia