Home Novel Cinta MEMORI
MEMORI
Naura Karina
11/9/2023 19:48:51
1,758
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
PROLOG

PENEMUAN BERDARAH! 7 SEPTEMBER 2003. 


TAPAK PEMBINAAN LAMA DIJADIKAN TANAH PERKUBURAN 


PENEMUAN BERDARAH: JUMLAH SEBENAR MANGSA BUNUH SERAMAI 


PEMAJU DIPANGGIL UNTUK MEMBANTU SIASATAN 


IDENTITI SEMUA MANGSA MASIH BELUM DIKENALPASTI 


PIHAK POLIS MASIH MENJALANKAN SIASATAN TERPERINCI 


DIKENALPASTI! 7 ORANG AHLI PERNIAGAAN BERGELAR DATO' SERI TURUT TERBUNUH 

Itulah antara tajuk utama yang menghiasi muka depan akhbar walaupun sudah seminggu penemuan berdarah itu berlaku. Seluruh rakyat Malaysia berduka dengan penemuan yang tidak dijangka itu dan menggesa pihak berkuasa mempercepatkan siasatan agar si pelaku segera dihadapkan ke muka pengadilan. 

Satu skuad khas telah ditubuhkan oleh pihak berkuasa bagi menyiasat dan membongkarkan kes pembunuhan berprofil tinggi itu. Secara tidak langsung, penemuan mayat itu juga menyelesaikan kes kehilangan orang yang dilaporkan sejak minggu lalu. 

Di saat ini, kawasan tapak pembinaan lama itu masih dikawal ketat oleh pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan lanjut mencari lebih banyak bukti untuk membantu siasatan.

Pihak wartawan masih setia menunggu di situ walaupun terpaksa berpanas terik demi mendapatkan maklumat terkini kes itu untuk dilaporkan. 

Sebaik sahaja mereka melihat ketua pasukan polis melepasi garisan kuning yang dipasang sekeliling tapak pembinaan itu, pihak wartawan mula menyerbu ke arahnya. Inspektor Mazlan yang ditugaskan untuk mengetuai unit skuad khas itu dilihat sedikit keletihan tetapi digagahkan jua untuk menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang dilontarkan kepadanya. 

"Inspektor, bagaimana dengan hasil siasatan setakat hari ini? Ada perkembangan baru?" soal salah seorang wartawan wanita di situ. Jari jemarinya bersama wartawan yang lain sudah bersiap sedia untuk mencatit segala maklumat yang bakal dijawab oleh Inspektor Mazlan. 

"Buat masa ini masih tiada lagi petunjuk utama yang kami temukan untuk mengesan suspek utama kes ini. Kami di sini berharap masyarakat dapat bersabar dan jangan cemas sementara kami mencari bukti dan motif utama pembunuhan." Tenang Inspektor Mazlan menjawab. 

"Bagaimana pula dengan identiti mayat? Semua mangsa sudah dikenalpasti?" Wartawan lain pula bertanyakan soalan sambil menyuakan perakam suara miliknya untuk mendapatkan butiran dengan lebih jelas. 

"Setakat makluman kami, 18 orang mangsa sudah dikenalpasti dan ahli keluarga mereka sudah dimaklumkan..." 

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, wartawan itu mengajukan lagi soalan yang agak panas ketika ini. 

"Pihak kami mendapat makluman ada di kalangan mangsa kenamaan terlibat dengan Kumpulan Kala Jengking. Adakah betul Inspektor?" Bulat matanya memandang tepat ke dalam anak mata Inspektor Mazlan yang dibalas dengan senyuman manis. 

"Ya betul. Itu kami tidak nafikan." Inspektor Mazlan memilih untuk berterus terang daripada bermain tarik tali kerana nama nama besar yang menjadi mangsa kes itu juga mempunyai rekod lampau dalam kumpulan kongsi gelap. 

"Jadi bagaima..." 

PANNN!!! 

Bunyi skrin televisyen ditembak oleh sepucuk pistol. Tajam mata yang memandang ke arah skrin yang telah berderai itu. Wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kesan terbakar di pipi kirinya. Diraba perlahan pipinya lantaran peritnya yang masih terasa. 

Bibirnya diketap kuat

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Naura Karina