Home Novel Cinta CINTA AKU SEADANYA
CINTA AKU SEADANYA
Alin Alia
12/7/2020 18:30:43
2,535
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

HARI sudah menginjak petang, pelik apabila Irfan langsung tidak membalas mesejnya. Panggilannya juga tidak berjawab.


    "Mana pulak dia ni pergi? Hmm ada apa-apa terjadi dekat dia ke?" Atilia berteka teki.


    Atilia mencapai beg tangan dan kunci keretanya, dia perlu keluar untuk mencari ketenangan. Mungkin tiada apa yang berlaku pada Irfan. Atilia berfikir positif.


      Sedang dia memandu, dan dalam padmasa yang sama kepalanya, asyik memikirkan Irfan. Tiba-tiba dia terkejut apabila melihat seorang budak lelaki yang tiba-tiba melintas di hadapannya. Atilia memberhentikan keretanya secara mengejut, nyaris tak dilanggarnya budak lelaki itu. Tetapi budak lelaki itu terjatuh kerana terkejutkan kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapannya, Atilia cepat-cepat keluar dari kereta dan melihat keadaan budak lelaki itu.


   "Adik, adik ok tak ni?" Atilia kaget melihat lengan budak itu berdarah. Budak lelaki itu menahan sakit. "Jom akak bawa ke hospital. Mak adik mana?" tanya Atilia lagi.


   "Mak saya dekat rumah, saya keluar kejap nak pergi ke rumah kawan," jawab budak lelaki itu menahan sakit.


    "Takpa, jom akak bawa adik ke hospital, lepas tu akak hantar adik balik ke rumah." Atilia memimpin budak lelaki itu menuju ke keretanya dan terus memandu ke hospital.


   Setelah sampai ke hospital, Atilia membawanya menuju ke arah rawatan pesakit luar, nasib tidak berlaku apa-apa, doktor hanya perlu mencuci lukanya sahaja.


    Atilia menunggu di ruang menunggu, sementara menunggu luka budak lelaki itu di cuci. Atilia mundar mandir di depan ruang menunggu. Kepalanya masih serabut memikirkan Irfan. Sedang dia berjalan ke hulu ke hilir tanpa merenung ke kiri ke kanan, tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan terduduk di atas riba lelaki tersebut. Kelihatan Seth Zarif di atas kerusi roda itu sambil merenung tepat ke arah Atilia.


    Atilia terpana merenung sepasang mata milik Seth Zarif. "Handsomenya," bisik Atilia, sempat lagi dia berfikir sebegitu. Dia tersedar yang dia berada di atas riba Seth Zarif. "Ya Allah, maafkan saya encik." Atilia bingkas bangun. Dia menunduk meminta maaf.


    Seth Zarif merenung Atilia yang ketika itu agak serabut. Baginya, mungkin wanita itu berada di dalam kerunsingan.


   "Tak pa. Lain kali jangan lalu lalang dekat sini. Sebab orang nak lalu," balas Seth Zarif.


   "Maaf sekali lagi encik," Atilia bersungguh-sungguh memohon maaf.


   "Tuan kenapa ni?" Muncul Khalid dari arah belakang.


    "Tak da apa. Mari Khalid kita balik," ajak Seth Zarif.


    Atilia begitu malu. Dia hanya mampu menunduk, tidak mahu dia melihat ke arah mereka berdua.


    "Kak jom balik. Saya dah siap ni." Muncul budak lelaki itu.


    "Oh adik dah siap eh. Ok jom la, akak hantar adik balik." Atilia memimpin budak lelaki itu untuk di bawa pulang.



IRFAN merenung telefon bimbitnya. Kelihatan banyak mesej dan panggilan masuk dari Atilia. Dia juga terlupa untuk memberi mesej pada Atilia, kalau dirinya sudah semakin hanyut dengan kakak tirinya Atilia.


     "Hai sayang," Yasmin memeluk pinggang Irfan. "Siapa mesej tu? Adik tiri I ke?" tanya Yasmin.


     Irfan menganggukkan kepalanya.


     "Ir tahu tak, Yasmin rasakan, yang Yasmin dah jatuh cinta dekat Ir la," ujar Yasmin.

   

     Irfan tersentak. "Betul ke Yasmin sukakan Ir?" tanya Irfan.


     "Betul la. Tapi Irfan kekasih Lia. Hmm bertepuk sebelah tangan la Yasmin." Yasmin menundukkan kepalanya.

    

    Irfan memegang dagu Yasmin. "Tengok sini, Ir pun tak tahu kenapa Ir rasa, Ir selesa dengan Yasmin. Sebenarnya dari hari pertama lagi, Ir dah berkenankan Yasmin masa kita jumpa di kolej lagi. Tapi Ir sedar, yang Ir tak sekacak macam lelaki di luar sana tu. Yela pakai spek mata kan, nampak nerd." Irfan merendah diri.


     "Ir, jangan macam ni. Yasmin tahu dulu Yasmin silap sebab kutuk Ir dulu. Yasmin minta maaf," ucap Yasmin.


     "Tapi, dah terlambat. Ir pun dah jadi kekasih Lia," jawab Irfan.


    "Ir, Yasmin tak kisah pun kalau Ir dah cakap terlambat. Kita boleh je teruskan hubungan kita ni selagi tak kantoi dengan Lia."


    "Maksud Yasmin? Yasmin tak kisah kalau Ir dengan Lia? Dalam masa yang sama Yasmin dengan Ir?"


     Yasmin menganggukkan kepalanya. Irfan tersenyum nakal. Tangannya mula menjalar ke dalam baju Yasmin. Yasmin ketawa kegelian.



ATILIA terjaga dari tidur apabila mendapat panggilan dari Irfan. Cepat-cepat dia menekan butang angkat.

   

    "Hello awak. Awak kat mana ni? Mana awak pergi? Kenapa saya call awak and mesej awak tak dapat?" Bertalu-talu soalan di tanya Atilia.


    "Sorry Lia, saya lupa nak mesej awak pagi tadi. Tadi ada aktiviti snorkeling, lepas tu jalan-jalan pusing pulau. Handphone pulak, saya lupa nak bawak, tertinggal dekat bilik. Sorry sangat-sangat," ucap Irfan bersungguh-sungguh.


    Atilia berasa lega, mendengarnya. "Awak tahu tak, saya risau sangat dekat awak. Takut terjadi apa-apa dekat awak."


     "Janganlah fikir bukan-bukan. Saya tak apa-apa la. Esok saya balik KL, petang kita jumpa nak? Saya nak tebus kesalahan saya. Saya belanja awak makan ok?"


    "Ok la kalau macam tu," jawab Atilia.


    "Ok bye sayang," ucap Irfan.


     "Bye," talian di matikan. Atilia tersenyum. Hilang sudah keresahan di hatinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia