Home Novel Cinta CINTA HATI DAMIA
CINTA HATI DAMIA
Alin Alia
19/7/2020 00:35:26
1,647
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

DAMIA memandang wanita di hadapannya. Cantik dan tinggi lampai. Rambut wanita itu juga separas pinggang Siapakah wanita itu?


"Hai, boleh saya jumpa dengan encik Adam Ian?"


"Er.. cik ni siapa ya. Boleh saya tahu?" tanya Damia kepada wanita itu.


Wanna memperkenalkan dirinya.


"Saya Wanna. Saya nak berjumpa dengan dia."


"Sekarang ni Encik Adam tengah meeting. Cik Wanna boleh tunggu sebentar di ruang menunggu. Mari saya bawa kan," jemput Damia.


"Lama lagi ke dia meeting?" soal Wanna lagi.


"Itu saya tak tahu. Tapi mereka dah meeting lebih dari satu jam," ujar Damia lagi.


Damia telah diminta oleh Liyana untuk jaga di pintu hadapan. Ini kerana Liyana turut menghadiri mensyuarat tersebut.


Wanna menurut kata-kata Damia. Dia menuju ke ruang menunggu. Hampir setengah jam Adam Ian di bilik mensyuarat. Wanna mula hilang sabar. Dia bangun, dan ingin menuju ke bilik mensyuarat. Tetapi dihalang oleh Damia.


"Cik Wanna tak boleh masuk ke bilik sini. Cik kena tunggu mereka habis meeting dulu." Damia mula risau.


Muncul Liyana keluar dari bilik mensyuarat apabila terdengar bunyi bising di luar.


"Eh cik Wanna. Cik Wanna buat apa dekat sini?" tanya Liyana.


"Saya dah tunggu lama awak tahu tak Yana?" jawab Wanna.


"Aik macam mana pulak dia boleh tahu nama kak Yana ni. Dia selalu datang sini ke?" Fikir Damia.


"Ye saya tahu Cik Wanna. Tapi Cik Wanna tak boleh buat macam ni." pujuk Liyana.


Muncul Erin di muka pintu. "Apa yang bising-bising ni? You ni siapa pulak? Kenapa buat kecoh kat sini!" tengking Erin, sambil memandang Wanna atas bawah.


"I want to see Ian? Where is he?" tanya Wanna


"Ian? You nak jumpa dia buat apa? You dah buat kecoh dekat sini jangan sampai I panggil security." Erin cuba memberi amaran.


Wanna tidak peduli dia terus menolak Erin, hampir terjatuh Erin ketika itu. Wanna masuk ke dalam sambil bercekak pinggang menghadap Adam Ian. Adam Ian terkejut dengan tindakan Wanna yang secara tiba-tiba masuk secara melulu.


"Meeting kita tamat di sini. Semua boleh keluar." Adam Ian memberi arahan kepada pekerjanya. 


"And you Erin, you boleh keluar, tinggalkan I dengan dia.” Adam Ian turut menyuruh Erin keluar. Erin hanya menurut.


Di luar Damia berfikir. Bagaimana Wanna boleh mengenali Liyana.


Apa yang di menungkan tu?" tegur Liyana.


"Em Kak Yana, Mia nak tanya sikit boleh tak?"


"Mia nak tanya apa?"


"Akak kenal ke Cik Wanna tadi? Sebab tadi masa dia nak masuk ke dalam bilik meeting dia sebut nama akak time akak halang dia masuk. Dia memang kenal akak ke?" soal Damia


"Owh cik Wanna tu memang rajin datang sini dulu. Tapi sekarang dah nak hampir setahun tak datang sini. Tup-tup hari ni tiba-tiba dia datang pulak. Mia tanya ni kenapa?"


"Cik Wanna tu girlfriend bos ke?" soal Damia lagi.


"Entah la, akak tak tahu la nak cakap macam mana. Mungkin ia mungkin tak," jawab Liyana.


"Em yeke. Tak pa kalau macam tu." Damia meneruskan kerjanya.


"Mia tanya ni Mia cemburu eh?" Liyana menduga at me Damia.


"Ish akak ni. Mana ada la. Mia tanya je la. Dah la malas nak layan akak ni. Mia banyak kerja nak buat ni." Dalam masa yang sama Damia berfikir. Siapa wanita cantik tadi. Dia kekasih hati encik Adam ke? Kenapa dia nak sangat berjumpa dengan encik Adam ye?" Damia berteka-teki.



WANNA merenung ke luar jendela sambil berpeluk tubuh. Adam Ian hanya diam sahaja, sementara matanya menumpu ke arah laptop di hadapannya. Wanna mula memandang ke arah Adam Ian yang dari tadi diam membisu. Wanna berdengus kecil. 


"Kenapa you diam dari tadi?" Tetapi Adam Ian tidak langsung memandang ke arahnya. Wanna mula naik berang. "You dengar tak I cakap ni."


"I dengar. I tak pekak lagi." Adam Ian mula memandang ke arah Wanna.


"Ha dah tak pekak kenapa bila I panggil you, you langsung tak nak pandang I?"


Adam Ian tidak sanggup untuk bercakap dengan Wanna, kerana dia masih tidak boleh menerima hakikat yang Wanna sudah pun menjadi kepunyaan orang lain.


Wanna menuju ke arah Adam Ian dan duduk di hadapannya. 


"I nak tanya you ni kenapa I call you tak angkat. Whatsapp you tak reply. I ada buat salah dengan you ke, sampai you senyap macam ni. Apa yang I dah buat? Please tell me Ian. Apa salah I. I tak sanggup macam ni."


Adam Ian memandang tepat ke mata Wanna. Dia mula menarik nafas sedalam dalamnya.


"I cintakan you Wanna. I love you so much." Adam Ian mula memegang erat tangan Wanna. 


Wanna terkesima dengan pengakuan mengejut dari Adam Ian.


"Apa yang you cakap ni Ian." Wanna menarik tangannya dari digenggam oleh Adam Ian. Tetapi semakin kuat genggaman lelaki itu.


"Yes Wanna. I memang cintakan you, please terima I dalam hidup you. Please Wanna." Adam Ian mula merayu."


"Ian please, jangan buat I macam ni."


"Tapi Wanna, I betul-betul cintakan you.” Adam Ian memandang tepat ke mata Wanna.


"Ian you tahukan I dah ada kekasih. I cintakan Rusdi. You jangan buat I macam ni." Wanna merayu supaya Adam Ian memahaminya. 


"Tapi kita dah kenal dari kecil lagi. Kita membesar sama-sama. Belajar sama-sama. Kenapa you tak faham isi hati I. I dah lama cintakan you Wanna."


"Ian. Apa yang you merepek ni. I anggap you ni just sahabat baik I je, dan tak lebih daripada tu Ian. Dan juga, I tak pernah terfikir untuk jatuh cinta dengan you."


Adam Ian terkejut dan mula perlahan-lahan melepaskan pegangan tangannya.


"Maknanya I ni hanya sahabat you je? Dan tak lebih dari itu?"Adam Ian menyoal. 


Tetapi Wanna membalas dengan hanya anggukkan sahaja. Adam Ian bangun menuju ke jendela. Dia merenung ke luar.


"So I ni hanya bertepuk sebelah tangan je? Dan you langsung tiada perasaan terhadap I?" lemah sahaja suara Adam Ian ketika itu. 


Wanna bangun dan menuju ke arah Adam Ian. "Ian you jangan macam ni. I susah hati kalau you macam ni. Please Ian jangan buat I serba salah." Wanna memujuk. 


"And then accept me. Why? I tak cukup perfect ke untuk you?" balas Adam Ian.


"No Ian. I tak boleh terima you. You memang perfect di mata I, tapi I tak cintakan you, I tak da perasaan apa-apa terhadap you. Kalau I terima you I akan tipu diri I sendiri dan I juga akan tipu you."


Wanna mula memegang tangan Adam Ian. 


"Ian I tak nak disebabkan pasal ini, persahabatan kita akan jadi renggang." Terdengar esakan dari Wanna.


Adam Ian memandang Wanna apabila mendengar esakan wanita itu.


"Wanna please don't cry." Adam Ian menyeka air mata Wanna. 


"Ian, I tak nak disebabkan pasal ini, persahabatan kita jadi renggang Ian. I tak nak Ian. I tak nak. I sayangkan persahabatan kita ni."


"Tidak Wanna. Persahabatan kita akan kekal Wanna. You jangan risau." Adam Ian menyakinkan Wanna. 


"Dah you jangan la menangis lagi. I susah hati tengok you macam ni."


"You janji dengan I yang you tak kan buat lagi macam ni. Janji tak?" soal Wanna.


Adam Ian susah untuk mengatakan janji tetapi dia hanya mengangguk sahaja. 


"You jangan risau I tak kan lagi cakap macam ni. I doakan you bahagia dengan kekasih you Rusdi." Adam Ian cuba menyakinkan Wanna. Tetapi di dalam hatinya mana mungkin dia akan membuangkan perasaan cintanya pada Wanna. 


"Thanks Ian," ucap Wanna.


"You jangan risau ok. Dah la jangan menangis lagi."


"Em Ok. Erm Ian, I nak tanya you, siapa perempuan yang cakap kurang ajar dengan I tadi?"


Adam Ian seperti tidak berminat untuk mengetahui tentang perempuan lain. Adam Ian sungguh terluka sekarang ini, tetapi dia cuba untuk menjawab soalan Wanna.


"Erm..Erin."


"Oh Erin. Dia kurang ajar sangat la. Cakap pun tak sopan. Macam mana la you boleh ambil pekerja macam tu. Ok la Ian. I balik dulu. Nanti kita jumpa ya lepas I balik dari Amsterdam."


"Ok Wanna nanti kita jumpa."Adam Ian membalas. 


Setelah itu Wanna meminta izin untuk pulang. Adam Ian memandang Wanna dengan pandangan yang sepi. 


Damia memandang Wanna, semasa Wanna  keluar dari pejabat Adam Ian. Dia melihat muka Wanna yang sembam dan matanya juga bengkak seperti baru lepas menangis. 


"Kenapa cik Wanna menangis? Pelik." Damia termangu sendiri. Bermacam-macam persoalan yang bermain di mindanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia