Home Novel Cinta Tomboi + ustaz?
Tomboi + ustaz?
SS
22/4/2020 21:26:49
2,902
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Aku cuba membuka mata. Tapi terasa berat.Sakit di badan mula terasa. Perlahan-lahan kelopak mata terbuka menampakkan cahaya.  Seketika aku termenung menatap apa yang ada di sekelilingku. Sedaya upaya aku cuba bangun dari pembaringan.Aduh sakitnya pinggang ni. Badan aku sandarkan di kepada katil.

Sekali lagi aku merenung keadaan sekeliling.

Aku dekat mana ni?

 Hanya itu yang terlintas di hati. Ya, sangat pelik suasana di sini. Sekarang aku berada dalam rumah yang dibuat dari buluh.Katil ini juga dari buluh. Namun setiap susun atur bilik ini kemas sekali.

 Ish, tak boleh jadi ni. Aku dekat mana ni? Aku cuba untuk turun dari katil dan………


“Argh!!!!” Aku menjerit.


Entah kenapa kaki aku terasa lemah dan aku terjatuh betul-betul di sebelah katil buluh ini.

 “Aduh…..sakitnya”. Aku mengurut pinggang yang semakin terasa bisa sakitnya. Aduhlah, bertambah-tambah sakit aku ni. Namun dalam keluhan tiba-tiba pintu bilik ini terbuka.


 “Ya Allah, nak! Kenapa tak panggil ibu. Kan dah jatuh. Allahu Akbar!” Datang seorang wanita menggelarkan dirinya ibu menghampiri aku. Apa ni? Ibu siapa dia ni? Aku merenung raut wajah yang sedang membantu aku untuk kembali duduk di atas katil. Keliru. Ya aku masih keliru. Ya Allah apa ni? Siapa perempuan ni?


 “Mak cik ni siapa? Saya dekat mana sekarang ni?” Soalku. Wanita separuh usia itu memandangku dengan pandangan yang agak terkejut.


 “Ain tak ingat ibu?” Aku tersentak mendengar nama aku dipanggil seperti itu. Haish teringat pulak dekat Encik Hamidi. Dia je yang panggil aku Ain.


 “Ibu ?” Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Cuba digeleng kepala yang tidak pening. Aku masih keliru. Dia nak aku ingat dia? Macam mana? Aku tak pernah pun jumpa dia. Aduh mak cik ni jangan buat aku lagi pening boleh tak?


 “Kenapa ibu?” Ada satu suara garau di muka pintu kamar buluh ini. Terkedu sekejap aku melihat wajah lelaki di hadapan.What? Ustaz?  Sedar yang aku tak pakai tudung dengan pantas tangan mencari-cari apa-apa kain yang boleh dibuat tutup kepala. Ustaz semakin menghampiri.


 “Ain, cari apa tu?” Soal wanita separuh usia itu.


 “Tudung”. Sepatah aku membalas.


 “Lah, kenapa nak cari tudung. Ni kan suami Ain.” Tangan yang meraba bawah bantal mencari kain,terhenti serta merta. Kaku aku disitu. Badan aku palingkan ke arah makhluk dua ketul di hadapan aku sekarang. Kedua duanya berjubah putih seperti aku. Aku mula berdiri di hadapan mereka. Satu perkataan yang menjerut leher aku. Suami? Aku memandang dua wajah itu silih berganti. Menandakan aku perlukan penjelasan disitu.


“Ya, Ain kenapa kenapa nak bertudung depan abang. Ni Ain dah ok ke?” Mendengar lelaki yang pernah mencuri hati ini berkata sebegitu membuatkan aku nak pitam. Aku cuba menampar pipi beberapa kali. Ya Allah sedarkanlah aku dari mimpi ini. Tolonglah.


Namun tangan ustaz menghalang. Tindakan ustaz itu menyebabkan aku cepat-cepat menarik semula tangan aku darinya. Eh, suka hati aje nak pegang aku. Aku nampak raut wajahnya seperti keliru dengan apa yang aku buat tadi.


“Qaisy, ibu keluar dulu, Qaisy tenangkanlah Ain, ya “. Wanita berusia itu membawa diri keluar dari kamar ini meninggalkan aku dan ustaz berdua. Tapi macam-macam bermain dalam kepala aku yang tak dapat aku luahkan. Ummi ustaz kan Datin Lynda. Apa hal pulak mak cik tu tiba-tiba mengaku dia ibu si ustaz ni. AARGH….. Ya Allah aku buntu.


“Ain, kita duduk dulu.” Ustaz menyuruh aku kembali duduk di katil buluh ini. Aku hanya menurut. Kepala aku dah tak tahu nak fikir apa. Segalanya serabut. Segalanya kacau bilau. Dah kenapa sekarang si ustaz ni suami aku? Aku bukan tengah sedih ke sebab dia nak dekat kak Intan. Ok, ini mimpi. Ini mimpi. Tapi kenapa mimpi ini terasa benar?


“Ain, ok tak ni?” Suara garau di sebelah memecahkan lamunan aku. Aku berpaling menghadapnya. Tau-taulah aku bukan boleh pandang muka ustaz ni. Nak terkeluar rasa jantung. Tak pernah ada dalam bayangan hidup aku yang aku akan duduk sebilik dengan dia. Terasa si ustaz ni duduk terlalu rapat, aku cuba menjauhkan diri. Sungguh situasi ini terlalu janggal rasanya. Moga cepatlah aku sedar dari mimpi mengarut ni.


“Ain, Ain kenal abang tak ni?” Ustaz menyambung.

“Ke….kenapa saya ada dekat sini?” Soalku. Cuba aku pandang wajah lelaki di sebelah. Ada riak risau disitu.

“Tadi Ain nak masak, masa nak turun ke dapur,Ain terjatuh tangga.” Jawab si ustaz menjelaskan situasi aku sekarang. Masalahnya, aku lagi pening. Bila masa pulak aku nak masak. Aku atas bot dengan dia tadi kan. Haisy, makin confuse ni.

“Masak? Akhi, tadi kan kita atas bot, nak pergi airport. Kita nak balik semenanjung. Akhi tak ingat ke?” Aku melepaskan segala persoalan di benak.

“Bot? Bot mana pulak ni? Ain kan tak boleh naik bot masa pregnant ni. Asyik nak termuntah aje.”


 PREGNANT?


 Terjerut leher aku mendengar perkataan itu.Serta merta aku bangun dan aku tarik lengan baju si ustaz ni supaya dia keluar dari bilik ni.

“Eh, Ain, Ain kenapa ni?” Ustaz cuba menepis.Namun aku terus menolak tubuhnya keluar. Pintu terus aku kunci.

Aku tak peduli. Makin mengarut dah ni. Aku kena tidur semula. Aku kena tidur. Supaya nanti aku bangun, aku ada dekat dunia nyata.

Aku kembali baring di atas katil. Cuba aku lelapkan mata yang tidak mengantuk. Sempat aku meraba perut yang kempis. Pregnant? Tidak…..Tak boleh ni. Aku kena tidur. Tolonglah Ulfah tolong tidur.Ni bukan dunia kau. Bukan. Please tidur. Sempat aku berzikir berkali kali sebelum akhirnya aku terlena.

 

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

Entah berapa lama aku terlena aku tak pasti.Mata yang terasa berat aku buka perlahan lahan. Cuba aku bawa posisi badan mengiring ke sebelah kanan.

 

Buka sahaja mata. Nafas aku terasa laju.

Ustaz………………. Dekat sebelah aku. Tengah tidur!

 

Serta merta aku bangun dari pembaringan.Terasa kepala tidak bertutup, aku capai selendang putih di atas meja buluh sebelah katil. Terus aku berlari keluar dari bilik ini.

Langkah terhenti melihat suasana di ruang tamu rumah buluh ini. Sesuatu yang sangat asing bagi aku. Aku dekat mana ni?

 

Aku terus mencari pintu keluar. Setiap pelusuk rumah aku perhati sehingga mata aku terhenti pada satu pintu yang terdapat kalimah Allah yang di ukir pada kayu. Aku pasti itu pintu keluar. Tanpa menunggu terus aku berlari anak dan membukanya.

 

Terbuka sahaja pintu, nafas aku kembali laju.Jantung aku berdegup kencang melihat suasana yang terlalu asing bagi aku. Satu persatu anak tangga rumah buluh ini aku turuni. Jejak sahaja di tanah, kaki aku menyentuh bukan tanah biasa. Ini pasir pantai.

Serentak dengan itu, aku baru tersedar dengan bunyi deruan ombak. Terkesima aku dengan keadaan ini. Aku perhati sekeliling.Terdapat banyak lagi rumah buluh lain di kawasan tepi pantai ini. Setiap rumah di hiasi dengan api yang bekasnya diperbuat dari buluh. Cahayanya sekadar dapat menyinari pintu –pintu setiap rumah.

 

Dengan berkaki ayam aku berjalan dalam kegelapan malam menuju ke arah pantai. Ada api di dalam bekas buluh diletakkan ditepi-tepi pantai . Agak terang bercahaya kawasan itu. Aku berpaling kebelakang. Cuba untuk melihat dari jauh kawasan perumahan buluh ini.

 

Mimpi apakah ini ya Allah. Cantiknya suasana dekat sini.

 

Ya, aku kagum. Tapi dalam masa yang sama aku masih keliru. Jika ini mimpi, kenapa segalanya terasa benar. Tapi, kalau ini benar, macam mimpi pulak rasanya. Apa aku paling tak percaya tu, yang aku ni dah mengandung. Part yang aku kahwin dengan ustaz tu pun aku tak boleh nak cerna. Inikan pulak aku mengandung. Isyh. Aku dah gila ke?

 

“Ain….” Ada suara garau memanggil nama aku.

Aku berpaling ke arah suara itu.

Ustaz semakin menghampiri. Ditangannya ada sepasang selipar.

Aku hanya memandang tanpa bersuara.

 

“Ain nak pergi mana malam-malam ni? Kenapa tak pakai selipar?” Ustaz menyoal sambil dia mencangkung dan pakaikan aku selipar. Aku hanya menurut dan memerhati.

 

Ustaz kembali bangun dan mendepani aku. Aku menunduk. Tak pernah terbayang situasi ini. Hai lah indah betul mimpi ni.

 

“Ain.” Nama aku di panggil dan kedua bahu dipegang.

Sungguh aku rasa kalau boleh jadi batu, aku jadi sekarang. Terasa beku di sini.

 

“Ain, kenapa Ain lain macam aje hari ni?  Abang ada buat salah ke?” Soalnya lagi.

Salah apa ustaz oiiii….

 

Kita yang bermasalah sekarang ni. Dah kenapa kita jadi laki bini pulak dah.

 

Aku mengetap bibir memandangnya. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Tak tahu nak jawab macam mana. Situasi yang tak pernah terfikir dek kepala otak aku ni.

 

“Dahlah, sejuk dekat luar ni. Tak elok untuk Ain dan anak kita.” Sambung ustaz lagi.

Aku memandangnya dengan gelengan. Nak mengatakan yang semua ini tak benar. Anak apa pulak yang dia cakap ni. Aku ni suci murni lagi. Datang mana pulak anak ni. Anak buluh betung ke apa. Banyak buluh dekat sini ni.

 

Namun tak terluah semua itu. Kepala aku dah pusing. Dah pening. Aku hanya menurut langkahnya sebelum langkah aku kembali terhenti.

 

Dalam otak segala persoalan bermain kini. Tapi satu sahaja cara untuk mendapatkan jawapan pada aku. Aku kena sedar dari mimpi mengarut ni.

Lantas aku berpaling ke belakang. Laut yang luas terbentang aku pandang dengan seribu persoalan.

Mungkin ni sahaja cara untuk aku bangkit dari mimpi ni. Tanpa menunggu lama aku terus berlari ke arah pantai meninggalkan ustaz yang jalan di hadapan aku.

 

Aku kena keluar dari sini. Aku kena keluar.

 

“Ain!!!” Aku dengar ustaz menjerit dari belakang. Tak aku tak boleh berpaling. Ni bukan tempat aku. Ini bukan realiti .Aku kena keluar.

 

Kaki aku semakin hampir dengan air laut. Sikit lagi….sikit lagi……

 

“Ain!”

 

Langkah aku terhenti. Ustaz memegang tanganaku menghalang aku dari terus menuju ke tengah laut.

 

“Akhi, kena faham, ni bukan tempat saya,please lepaskan saya.” Aku cuba menepis tangannya dengan segala sisa kekuatan yang ada dalam diri aku. Dengan sepenuh tenaga aku tolak tubuh tinggi lampainya.Serta merta ustaz jatuh ke dalam air masin ini.

 

Ni kesempatan aku. Aku kena lari. Aku kena keluar….agaknya kalau aku lemas, aku akan sedar dari mimpi ini. Langkah aku semakin laju meredah ombak kecil yang sudah semakin mengganas. Air laut juga sudah separas pinggang. Menandakan aku sudah semakin ke tengah laut.

 

“Ain!!!!” Ustaz di belakang makin kuat menjerit nama aku. Aku abaikan. Dia bukan suami aku. Bukan.

Baru sahaja aku ingin meneruskan langkah,datang satu ombak besar terus menenggelamkan aku dan segala kelam. Ini yang aku mahukan.

 

…………………………………………………………………………………………………..

 

Bunyi orang mengaji di sebelah menyedarkan aku. Namun, terasa payah untuk aku membuka kelopak mata. Berat sekali rasanya.

 

Aku gagahi juga dan akhirnya cahaya mula sedikit demi sedikit dapat aku lihat.Namun, permandangan pertama yang menyapa mata tidak begitu menggembirakan aku. Kenapa atap rumah buluh ni sekali lagi menyapa pandangan pertama aku. Sama seperti sebelum ni.

 

“Ain, Ain dah sedar?” Suara garau di sebelah katil menyentak aku yang separa menggelamun. Wajah ustaz aku pandang lama. Kenapa dia lagi? Kenapa aku dekat sini lagi?

Tanpa aku sedar, ada air mata menuruni pipi. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih. Mungkin sebab aku ni bukan tempat aku.Mungkin jugak sebab segala usaha untuk aku keluar dari keadaan ini tak berjaya.

 

“Ain, abang ada siapkan sarapan, Ain, bangun solat Subuh dulu. Lepas tu kita makan sama-sama ya. Abang baru sudah solat tadi. Tak sampai hati nak kejutkan Ain.” Jelasnya bersama senyuman killer dia yang menjadi igauan aku setiap malam sebelum ini.

 

Aku cuba dudukkan badan aku dan sandarkan pada kepala katil buluh ini. Tanpa dipinta, ustaz terus membantu. Mata aku terpandang selendang putih di sebelah katil. Cuba aku capai namun dihalang ustaz.

“Kenapa nak pakai selendang? Abang kan suami Ain, lagi pun selendang tu lembap lagi. Abang nak basuh sekejap lagi.” Aku tarik kembali tangan.

 

Sungguh sekarang aku buntu. Tak tahu aku nak buat apa. Perlu ke aku terus jadi orang asing dalam keadaan ini. Atau aku ikut sahaja segala apa yang terjadi.

 

“Kenapa akhi tak tanya saya, tentang apa yang jadi semalam?”

Ustaz yang tadinya berdiri mula duduk disebelah aku. Rapat pulak dia duduk menambahkan debar di dada.

 

Senyuman masih di bibirnya. Aduhai, dah dahlah senyumnya tu, penat dah jantung aku ni nak terima.

 

“Abang faham apa yang Ain rasa…..”

 

Ayatnya tergantung disitu. Ustaz kembali berdiri dan menyambung ayatnya.

 

“Ain solat dulu ya, lepas tu kita makan.” Lalu ustaz melangkah keluar dari kamar ini.

 

Aku melepaskan keluhan yang entah keberapakali pun aku tak pasti. Kenapa? Kenapa dia cakap macam tu? Dia faham? Kalau dia faham tolonglah jelaskan. Aku meraup wajah bersama keluhan berat.

 

Lantas aku turun dari katil dan terus menuju ke bilik mandi. Better aku solat dulu. Biar tenang hati ni.

Usai solat aku bertasbih memuji kebesaran Illahi. Entah kenapa aku jadi terfikir hari terakhir aku di madrasah. Aku perasan kak Intan agak lain. Tiba-tiba hati terasa terlalu rindu kepada seraut wajah itu.

 

Ya Allah apa yang Kau cuba tunjukkan pada aku ini? Apa yang sedang aku alami ni? Mana kak Intan? Mana Nazimah, Airil, Daniel.Mana diorang semua? Kenapa hanya ada aku dan ustaz sahaja dekat sini? Dan kenapa aku tiba-tiba jadi isteri ustaz? Sungguh semakin sesak dada aku dengan pelbagai persoalan.  

 

Aku cuba mengumpul segala kekuatan. Cuba memujuk hati mengatakan ini semua mimpi. Ya mimpi. Mustahil ini realiti.  Aku cuba meredakan diri yang tadinya panik dengan penuh tanda tanya. Rasanya sementara waktu ni aku tak boleh buat apa melainkan terima keadaan yang berlaku sekarang.

 

Aku melipat telekung dan sidai di atas ampai kayu yang tersedia didalam bilik ini. Ada cermin sederhana besar tergantung didinding sebelah katil buluh ini. Aku tatap wajah aku tanpa tudung. Takkan aku nak keluar macam ni. Janggalnya rasa tak bertudung depan ustaz. Mata aku ternampak almari pakaian yangdiperbuat dari buluh.

 

“Apa hal semuanya dari buluh ni?  Banyak betul pokok buluh dekat sini.” Terluah juga ayat ni dari mulut aku. Dah memang aku tengok banyak perabut daripada buluh. Tak ada kayu lain dah ke dekat sini.  Aku menghampiri almari pakaian tersebut. Nah, buka sahaja almari ni, termenung sekejap aku depan almari ni.

 

Semua putih kot. Dan semuanya jubah. Dah apa hal ni? Tak ada taste betul. Dahlah rumah dari satu kayu je. Baju pun satu colourjugak ke? Mak aiiii.

 

Aku selak satu persatu helaian jubah putih yang tergantung. Tangan aku terhenti pada tudung labuh berwarna putih. Aku keluarkan dan cuba sarungkan. Cuba aku belek penampilan aku dengan tudung labuh berwarna putih dan jubah putih.

 

Terdetik dalam kepala.

 

Ke aku dah mati? Eh tapi mana ada orang dah mati macam ni. Boleh pulak hidup dekat pulau. Kalau aku dah mati sekarang aku dah kena soal dah dengan dua malaikat tu.

 

Ke……. Aku dekat alam bunian? Tapi kenapa ustaz tiba-tiba jadi suami aku? Aghhhhhhhhh…..malas dah aku fikir.Makin aku fikir, makin serabut kepala otak ni.

 

Aku menghela nafas dalam dalam dan melangkah keluar dari kamar ini.

Keluar sahaja dari bilik, aku nampak ustaz tengah sibuk di dapur. Nak ke dapur kena melalui ruang tamu dulu. Ada tangga diperbuat dari buluh untuk turun ke dapur. Buluh lagi…..

 

Agaknya dekat tangga ni kot aku jatuh haritu macam ustaz cerita. Entah bila pun aku tak tahu aku jatuh. Yang aku tahu bot kena hempas ombak bukannya jatuh tangga.

 

“Eh, Ain, buat apa turun sini. Ain tak sihat lagi kan. Pergi tunggu dekat meja makan. Abang dah nak siap dah ni.” Aku tak membalas. Aku masih rasa tak selesa si ustaz ni bahasakan diri dia abang dengan aku. Dan aku masih tak selesa dengan gelaran suami dia untuk aku.

 

Aku hanya menurut dan kembali ke meja makan disudut ruang tamu rumah buluh ini. Tentunya meja makan ini juga dari buluh.

 

Tak lama kemudian ustaz datang bersama sedulang makanan. Ya dulangnya juga buluh. Diletakkannya di atas meja. Dan dia duduk berhadapan dengan aku.

Direnungnya aku.

“Abang kan suami Ain, kenapa pakai tudung ni?Tak rimas ke pakai tudung dalam rumah?”

“Saya…..selesa macam ni.” Ringkas aku jawab.

 

Ustaz masih lagi merenung aku.

 

“Err….kita makan jom?” Aku mula bersuara bila dah mula rasa tak selesa dengan renungan si ustaz ni. Kalau ikutkan hati sukalah. Dah memang aku suka dia. Tapi dalam keadaan macam ni, rasa janggal tu lebih kuat. Mungkin sebab segalanya tiba-tiba dan segalanya tak pasti bagi aku.

 

“Baca doa dulu.” Ustaz mula menadah tangan danmula membaca doa makan. Aku hanya menurut.

Usai ustaz berdoa. Aku perhati satu persatu hidangan yang terhidang.

Nasi goreng bersama telur goreng. Dan…… dan dihidang di atas pinggan yang diperbuat dari buluh rotan.What? Buluh lagi? Aku rasa dah kena sampuk buluh lah semua penduduk pulau ni. Dah kenapa suka sangat buluh?

 

“Kenapa tengok aje makanan tu, makan lah. Dari semalam Ain tak makan. Kesian anak kita dalam perut tu.”

 

Aku perhati je ustaz ni. Suka betul ya sebut pasal anak. Ustaz, saya tak mengandunglah.

 

Baru sahaja tangan aku nak menyentuh makanan terhidang. Tiba-tiba aku terfikir. Eh, kalau ni dunia bunian, makanan ni entah-entah ulat dan daun-daun.

Membayangkan sahaja dah buat aku loya. Terustekak rasa nak termuntah. Segera aku bangun dan berlari ke arah tandas.Aku dengar ustaz ikut di belakang.


Buka sahaja pintu tandas, segala isi perut aku keluarkan. Namun, tak ada apa pun. Yang ada hanyalah air sahaja. Yelah, dari semalam aku mana makan apa-apa. Ustaz menepuk-nepuk belakang aku dan berhenti apabila aku angkat tangan tanda suruh dia stop.Aku yang tadinya membongkok kembali berdiri dan basuh mulut aku di sinki bersebelahan tandas cangkung ini. Aku nampak ustaz keluar dan capai tuala kecil di ampaian lalu diserahkan kepada aku untuk lap mulut.


“Teruk jugak ya mabuk Ain ni. Macam mana nak makan?” Ustaz bersuara.

Aku merenungnya cuba mencerna ayat yang baru aku dengar.

“Mabuk?”

“Yelah, mabuk, kan Ain mengandung.” Jelasnya.

 Aku pejam mata sambil menarik nafas dalam sebelum kembali bersuara.

 “I’m not pregnant!”

Ish geram pulak lah aku.

 

 


 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.