Home Novel Cinta I LOVE YOU 3000
EPILOG

Cuaca pagi itu mendung seolah-olah tahu akan perasaannya hari ini. Kubur dihadapannya ditatap dengan penuh kerinduan. Si kecil yang sudah berusia setahun itu dipangkunya. Entah kenapa hari ini rindu dia pada arwah sangat membuak-buak memandangkan hari ini merupakan hari kelahiran arwah. Dia menadah tangan dan berdoa untuk arwah. Sebaik sahaja selesai menziarahi kubur, dia pulang ke rumah untuk bertemu dengan semua ahli keluarganya.

"Sayang, jangan sedih-sedih lagi. Raikarl tengok jer mama dia sedih." aku hanya tersenyum lemah. Raikarl masih lagi merenung aku.

"Jeles papa tengok Raikarl asyik mengendeng je dengan mama sampai mama tak ada masa dah dengan papa." sakat Rayyan. Raikarl mencebik seolah-olah faham dengan kata-kata Rayyan.

Raikarl Hayyan, anak yang aku kandung selama 8 bulan dan aku lahirkan dengan sepenuh jiwa dan raga aku. Selepas aku selamat melahirkannya, aku koma selama 3 bulan lamanya dan doktor bertungkus-lumus menyelamatkan aku. Apa yang aku masih tidak dapat lupakan, tatkala aku sedar. Kepala otak aku terlalu kosong sehingga aku lupa apa yang berlaku. Rayyan sedang tidur berlapikkan lengan dan saat itu juga aku berjumpa dengan anak yang sudah aku lahirkan walaupun dia dilahirkan pra-matang. Berita yang sangat mengejutkan buat aku, Rayyan dan semua ahli keluarga aku. Penyakit kanser limfoma aku sudah tiada lagi sebaik saja aku melahirkan Raikarl. Sungguh Allah itu Maha Berkuasa. Sehinggakan aku sendiri tidak percaya aku tidak lagi menghidap penyakit itu. Doktor sendiri maklumkan hanya 30% saja pesakit yang boleh sembuh dari penyakit itu dan selebihnya tidak. Rayyan adalah orang pertama yang terlalu gembira yang aku sudah sembuh.

"Eh mama Raikarl ni termenung jauh pula. Sayang, kita dah sampai..." aku tersentak apabila Rayyan menyentuh tanganku dan aku tidak sedar dia sudah pun bukakan pintu kereta untuk aku keluar. Raikarl memeluk leher aku. Dia memang sangat manja. Sekiranya aku tinggal sekejap sudah melalak seperti tidak jumpa aku langsung. Ikut sangat perangai papa dia.

"Adik!" jerit Nisa. Raikarl ketawa lalu meminta untuk aku menurunkannya untuk bermain bersama dengan Nisa. Irfan dan Izz masih belum balik lagi dari sekolah.

"Angah gembira sangat adik dah sembuh dan bahagia seperti sesebelum ni. Allah akhirnya makbulkan doakan kita semua." aku hanya menganggukkan kepala sambil memeluk tubuh angah lama.

"Angah, adik rindu along..." rintih aku. Dia mengusap belakang aku lembut.

"Angah tahu, dik. Angah pun rindu sangat-sangat dekat along. Mana lagi kita nak dapat abang yang baik seperti dia. Seribu dalam satu." aku terdiam sejenak.

Angah meminta diri mahu mengambil Irfan dan Izz di sekolah. Rayyan mengendong Raikarl dan Nisa masuk ke dalam bilik. Aku hanya mengekorinya dari belakang. Langkahku terhenti dihadapan meja solek bilik kami. Beberapa bingkai gambar aku tenung lama. Gambar aku kecil bersama-sama dengan baba,bonda dan Rayyan. Gambar aku bersama along,angah dan Ika. Gambar perkahwinan aku dan Rayyan. Gambar aku, Rayyan,Izz, Irfan dan Rania. Yang terakhir, gambar aku bersama Rayyan, Irfan, Izz, Nisa dan Raikarl yang diambil bulan lepas. Aku tersenyum. Setiap gambar ini tersemat kenangan yang indah yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Allah SWT aturkan hidup aku bertemu dengan seseorang demi seseorang sehingga aku berpatah balik pada siapa yang pernah aku hidup bersamanya dulu. Walaupun setiap insan yang aku sayang pergi meninggalkan aku tapi aku tetap mencuba untuk menguatkan diri aku sendiri.

"Sayang..." pinggang aku Rayyan rangkul dan dagunya diletakkan di atas bahu.

"Ya abangku sayang..." jawab aku penuh manja.

"Rindu...." aku ketawa sambil menggelengkan kepala. Ada saja nak dimanjakan si Rayyan ni.

"Tak naklah. Bukan awak benci saya ke dulu? Saya bukan adik kandung awak." sengaja aku menyakat dia. Rayyan memuncungkan mulutnya.

"Sajakan kenakan abang. Merajuk satu saat." dia memeluk tubuh dan berpaling ke arah lain.

"Satu!" pipinya aku kucup lembut. Dia cuba menahan senyuman.

"Mengadalah abang ni! Kata satu saat kan." mengekek Rayyan ketawa. Dia kembali memeluk aku dan kami duduk di atas katil. Nisa dan Raikarl terlalu fokus bermain dengan permainan mereka di atas katil. Rayyan menggenggam kedua-dua belah tanganku.

"Abang nak ucapkan jutaan terima kasih dekat sayang sepanjang kita hidup bersama. Terima kasih sebab mengorbankan nyawa untuk lahirkan Raikarl. You're truly my wonder woman. Abang terlalu takut akan kehilangan sayang waktu tu." aku tersenyum. Aku bermain-main dengan jarinya.

"Bila abang ingat semuanya. Abang rasa macam sebuah telemovie yang takkan abang lupakan. Walaupun kita pernah berpisah setahun lebih sewaktu sayang di Jepun tapi jodoh kita tetap kuat dan Allah pertemukan kita sekali lagi dengan penuh kemanisan. Abang nak minta maaf atas semua kesalahan abang dari kita sama-sama membesar sehingga sekarang." aku memeluk tubuh Rayyan, kepalaku sandarkan pada dadanya.

"Abang tak perlu minta maaf. Setiap manusia ada kesilapan tersendiri dan tiada diantara mereka yang akan lari dari kesilapan. Apa yang sayang nak abang tahu, cinta sayang pada abang tak pernah pudar selepas kita bertemu kembali. Sayang sendiri pun tak sangka yang abang akan berubah kerana sayang tiada lagi disamping abang waktu itu. Serius. Sayang terharu sangat." Rayyan mengeratkan pelukkannya. Dia mengucup dahiku lama.

"I love you more than 3000, Nur Aazeen Raihana. My truly wonder woman." aku tersenyum.

"Yeah. I love you with all my heart Rayyan Husaini. My truly iron man." serentak kami ketawa.

"Mama! Karl nangis!" tangisan Raikarl mengejutkan kami. Segera aku mengendongnya. Mulutnya mencebik-cebik.

"Raikarl Hayyan, anak kesayangan mama lapar ya? Nak susu?" aku memangkunya dan menyusukan dia. Nisa duduk di atas pangku Rayyan sambil bermain-main dengan tangannya. Rayyan mengusap kepala Raikarl lembut sehingga terpejam mata si kecil itu.

"Raikarl mewarisi wajah mamanya. Jeles papa." kata Rayyan. Aku ketawa.

"Rania mewarisi wajah papa dan selalu dalam hati papa." Rayyan hanya tersenyum.

"Rania mesti gembira dia dapat adik." kata Rayyan.

"Nisa boleh jagakan Karl untuk Rania!" kata Nisa secara tiba-tiba membuatkan kami berdua tersentak. Secara spontan Nisa ini berkata. Sungguh aku terharu. Rayyan mengucup pipi Nisa.

"Nisa dah jadi kakak kena lindungi Karl." terangguk-angguk kepala si kecil itu.

"Dan along dan angah kena lindungi Nisa dan adik!" serentak kami bertiga menoleh ke pintu bilik apabila mendengar suara Izz dan Irfan. Mereka memeluk Rayyan serentak.

"Sekejap lagi papa bawa anak-anak papa dan mama pergi makan luar!" serentak tiga cilik itu melompat kegirangan lantas mereka masuk ke dalam bilik dan mahu bersiap-siap. Ketawa aku dan Rayyan melihat keletah mereka.

"Walaupun mereka bukan anak kandung kita, tapi merekalah penyeri hidup kita kan sayang?" aku menganggukkan kepala.

"Itulah anugerah menjaga anak-anak yatim piatu. Mereka terlalu istimewa untuk kita." kata aku. Rayyan menganggukkan kepalanya.

"Sayang pergi siap. Biar abang jagakan Karl." Raikarl di dalam pangkuanku diambilnya. Lena tidur selepas saja menyusu. Aku bangun lalu mengambil tuala.

"Sayang!" baru saja aku mahu masuk ke dalam tandas, Rayyan memanggil.

"I love you!" aku ketawa.

"I love you 3000!" dia tersenyum lebar.

'Allah SWT telah meminjamkan padaku beberapa insan yang baik dan dari situ aku mempelajari pengajaran yang aku dapat. Aku sebagai hamba Allah tak mampu untuk mempertikaikan kekuasaannya. Semuanya sudah tertulis dan tak boleh diubah lagi kecuali sentiasa merapatkan dan mengingati-NYA.'

T A M A T




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza