Home Novel Cinta Stand For Ara
Stand For Ara
awa
11/12/2020 15:03:52
6,004
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Terbayang-bayang diruang mata wajah keruh milik Stand. Sudah tentu dia tidak boleh menerima penolakkan aku. Dan dia tidak boleh terima pakai alasan aku yang mahu melihat dia bahagia bersama Amina.


 

 

Sudahnya, tiada kata putus dari mulut dia mahu pun aku. Lebih sadis, sebaik saja aku turun dari keretanya dia terus berlalu pergi tanpa kata. Tiada ucapan selamat tinggal seperti selalu.

 


 

Aku melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Hilang separuh semangat aku untuk hari ni, gara-gara bergaduh mulut  dengan Standley. Beria-ia dia katakan aku suka dia. Padahal perasaan suka baru saja sepuluh peratus. Maka tidak boleh dikira aku suka padanya. 

 


 

“ Ara!”

 


 

Terkejut aku bila ada suara yang menyapa sebaik saja aku menutup pintu. Lebih terkejut, suara perempuan yang asing dipendengaran aku.

 

 


“ Lama makcik tak nampak Ara.” Tubuh aku dibawa ke dalam pelukannya, didakap erat.

 

 


Dia menolak kembali tubuh aku menjauh, sebelum menilik aku dari atas ke bawah.

 


 

“ Dah besar panjang anak Ghaf, sampai auntie pun dah kenal Ara tadi.” Telapak tangan wanita sebaya umur arwah ibu melekap di ke dua belah pipi aku.

 


 

Aku mengerling Amina yang duduk di ruang tamu bersama babah yang melihat saja perilaku wanita menggelar dirinya makcik terhadap aku.

 

 


“ Mama…” muncul pula susuk tubuh agak sasa dan tinggi yang entah dari mana datangnya, sertai kami.

 


 

“ Sini..duduk dengan kami.” Wanita tu menarik tangan aku untuk duduk bersama-sama mereka.

 

 


Sudah la aku masih dengan pakaian kerja. Keluar dengan Standley lagi. Sampai saja rumah, jam sudah menunjukkan hampir pukul tujuh malam. Badan pun dah terasa melekit. Terlalu sibuk bertelagah dengan Standley hingga lupa masa sudah berlalu. 

 

 


“ Siapa tu kak?” aku berbisik pada Amina, sebaik saja punggung mencecah sofa disebelahnya.

 


 

Aku pamer senyuman plastik didepan dua orang manusia yang aku ingat-ingat lupa. Macam pernah nampak, tapi aku pun tak ingat di mana.

 

 


Aku perhatikan wanita yang penampilannya tak mahu kalah dek zaman. Pakaiannya semua nampak serba serbi bergaya. Serupa Datin! Silau di tangan memancar mata yang memandang.

 


 

Disebelahnya, lelaki mungkin lingkungan sebaya aku. Dia duduk bersandar pada sofa dengan gaya machonya. Nasib baik mukanya boleh lagi dipandang. Muka ala-ala kacukan gitu. Dengan kulit sawo matang, bulu mata lentik. Dah serupa hero Hindustan.

 

 


Amina menyiku lengan aku.




“ Jangan ditenung lama-lama. Nanti jatuh hati, susah!” Amina tersenyum-senyum pada aku.

 

 


Satu jelingan maut aku hadiahkan padanya. Soal hati jangan dibuat main. Sensitif.

 


 

“ Ara lupa siapa ni?” Tuan Ghaffar bersuara. Dia memerhati Ara yang duduk bertentang dengan tetamu mereka.


 

 

“ Ara tak ingat.” Jujur aku.


 

 

“ Ni Auntie Sally..Auntie yang jaga Ara masa kecil-kecil dulu.” Beria benar dia cuba mengingatkan aku.

 


 

“ Auntie Salina..” bisik Amina dicuping telinga aku.

 


 

Mulut terbuka sedikit, sebelum terkatup kembali.

 


 

“ Seriously?” Soal aku tak percaya, dalam suara berbisik.


 

 

Rasa-rasanya, last aku jumpa Auntie Salina masa aku umur lima atau enam tahun. Tiba-tiba dia menghilangkan diri, dan sekarang baru muncul kan diri? Macam mungkin aku nak ingatkan dia. Sudah berpuluh-puluh tahun kami tidak berjumpa.





Kerdipan mata Amina mengiyakan.


 

 

“ Ahhh…Auntie Salina, adik kepada babah right?” Aku menyoal pada babah yang duduk tenang.

 


 

“ No sayang..Call me Auntie Sally.” Dia betulkan panggilan namanya.

 


 

“ Ni anak auntie, Tengku Jayde. Satu-satunya anak auntie.” Dia memaut bahu anaknya bersama senyuman lebar.

 

 


“ I see…” Kepala aku mengangguk faham.

 

 


Ibunya bukan main ramah, tapi anaknya pula senyum pun macam terpaksa. Mesti dia tidak rela bila diheret ke sini.


 

 

“ Lama tak jumpa Auntie..Dah kahwin dengan kerabat Tengku kan. Ingat lagi ke auntie pada kami?” Aku cuba beramah mesra, walaupun nampak agak kasar.


 

 

Bukan aku tak tahu tentang desas desus yang mengatakan Auntie Salina yang sanggup menjadi isteri kedua kononnya lelaki kerabat di raja. Muka suaminya pun aku tak pernah nampak, tahu-tahu saja mereka sudah pun bercerai.

 

 


“ Ara..” Amina menarik lengan aku, memaksa aku untuk berhenti bersuara.

 

 


“ Ghaf..” Tahan Auntie Sally bila Tuan Ghaffar sudah bangun mahu mendapatkan Ara dengan muka menahan marah.

 

 


Aku bangun. Tak mahu terlibat dengan perbincangan mereka. Tak ada faedahnya untuk aku. Firasat aku kuat mengatakan, ada yang tak kena dengan kemunculan mereka anak beranak.

 


 

“ Ara naik dulu, nak mandi.” Pamit aku.

 

 


“ Nanti Ara turun ya, makan sama-sama.” Suara Auntie mengingatkan aku.

 

 


Errmmm..Kalau aku lapar la. Bergaduh dengan Standley pun dah buatkan aku kenyang!

 

 


••••••




Aku mengeliat kecil, membetulkan urat-urat badan yang membuatkan badan aku terasa lenguh. Comforter yang menyelimuti separuh badan, aku tolak ke tepi. Langkah diatur ke bilik air, mahu membersihkan diri.

 


 

Disebabkan mood aku tak berapa baik malam tadi, aku hanya menukar baju saja. Terus aku melompat atas katil, tidur dengan nyenyak tanpa gangguan. Mujur saja aku cuti, kalau tidak terpaksa menunggu waktu isyak baru dapat aku lelapkan mata.

 


 

Aku sekadar menyarung jumpsuit berlengan pendek, bercorak bunga kecil dan rambut diikat satu. Langkah aku atur menghampiri pintu.


 

 

Kalau diikutkan, hari ini merupakan hari minggu sepatutnya sesi aku belajar memandu bersama Standley. Selepas apa yang berlaku, peratus untuk dia muncul hari ni tersangat lah tipis.

 

 


“ Nampak gayanya, terpaksa lah aku belajar sendiri.” Aku bersuara sendirian.

 


 

Tangan sudah mendarat pada tombol pintu. Sebaik saja pintu terbuka, satu susuk tubuh sudah berpeluk tubuh menunggu didepan pintu.

 


 

“ Morning snow white!” Sapanya.

 

 

Aku mendengus. Tangan aku silang ke dada, membalas renungan dia. Tanpa secalit senyuman! Kerana aku tak mengalu-alukan kehadirannya. Apatah lagi didepan pintu bilikku.

 

 


“ Apa kau buat dekat sini..Mr Dwarf!”

 

 


Dia menghamburkan tawa.

 

 


Bagi aku, tiada yang lucu.

 

 


“ Aku yang tinggi lampai ni, kau panggil kerdil? How could you Ara.”

 

 


“ Aku tak ada masa nak layan kau, lebih baik kau tepi.” Aku sudah mara, tak kuasa mahu melayan karenah lelaki ni.

 

 


Jayde masih berdiri tegak, memang dia mahu menghalang Ara dari melarikan diri.

 


 

Aku angkat kepala bila lelaki ni tidak memberi ruang untuk aku keluar.

 


 

“ Kau nak belajar memandu kan?” Tebak Jayde. Itu pun dia tahu dari Uncle Ghaf.

 


 

“ Bukan masalah kau.” Aku melangkah ke depan, tetapi lelaki ni nampak nekad. Dia mara, membuatkan aku tak jadi melangkah.

 


 

“ Dah lama aku tak jumpa kau, ini lah masanya Ara. Semalam aku tunggu kau datang, tapi sayang. Uncle Ghaf cakap kau pengsan. Sebab tu aku muncul dekat rumah kau.”


 

 

Kening aku berkerut. Apa yang lelaki ni merepek kan?

 


 

“ Mungkin kau silap orang. Semalam aku nak pergi jumpa pembekal, bukan kau.”

 

 


Telinga aku disapa ketawa halus Jayde.

 

 


“ Aku lah owner pembekal tu.”

 

 


Aku masih tidak beriak. Patut lah babah nak dia ke sana.

 

 


“ Nice too meet you! Tepi, aku dah lambat!” Hujung mata aku kerling ke kiri, mahu dia beralih untuk memberi aku laluan.

 

 


“ Hari ni, aku free. Apa kata aku ajar kau memandu?” Jayde menawar dirinya.

 



Ini lah masa untuk dia kenali Ara lebih dekat. Semalam pertama kali dia berjumpa Ara setelah bertahun lama tidak bersua, membuatkan tidurnya tidak lena.



 

“ Sure?”


 

 

Jayde tersenyum senang bila aku menerima tawarannya.

 




Kami bersama-sama turun ke bawah. Sempat aku menyambar kunci kereta milik babah sebelum keluar ke garaj kereta.




 

“ Jay..” Aku memanggilnya disebelah.

 

 


Aku sudah pun mengambil tempat di bahagian pemandu. Namum aku rasa ada sesuatu yang tidak kena.





“ Sekali lagi.”

 


 

Laju aku menoleh.

 


 

“ What?” Aku menyoal dia kembali.




“ Panggil nama aku.” Pintanya. Dia merenung aku menggoda.

 


 

“ Jay..kaki aku tak sampai, jangan kaki ni naik dekat muka kau pulak nanti.”

 


 

Dia ketawa besar. Sudah lama dia tak mendengar Ara memanggilnya begitu. Kali terakhir, ketika mereka bermain bersama-sama masa kecil.

 

 


“ Come..Aku betulkan untuk kau.” Jayde mendekat dengan Ara, membuatkan dadanya berdebar secara tiba-tiba.


 

 

Kerusi ditarik mendekat pada steering kereta. Sempat dia menjeling Ara yang kelihatan tenang.

 

 



“ Sekarang, okay?”

 

 


Aku cuba menjejakkan kaki pada pedal minyak. Baru selesa! Tadi dia terpaksa duduk pada hujung kerusi untuk jejakkan kakinya pada pedal minyak.

 


 

“ Much better.” Aku betulkan duduk.

 

 


Aku cuba bertenang. Cuba ingat semula step-step masa mula-mula belajar memandu. Bezanya, dulu dia belajar kereta manual. Depan mataku sekarang kereta auto. Mungkin lebih mudah jika dibandingkan dengan kereta manual.

 



Badan aku kedepan, menjadikan jurang di antara kerusi dan badanku. Kaki mula menekan pedal minyak perlahan-lahan. Aku mengerling pada meter, jarum berwarna merah mula bergerak. Aku pula pandang ke luar, kereta masih di tempat yang sama. Masih elok digaraj!

 


 

“ What are you doing Ara?” Jayde menyoal Ara yang memerhati keliling.

 

 


“ Jay..kenapa aku rasa kereta ni mengaum je. Rosak ke?” Aku kembali menatap Jayde disebelah.

 

 


“ Oh my god Ara! Kau baru keluar dari gua ke?” Suara Jayde kedengaran menahan gelak.

 

 

“ Kau turun Jay! Aku rasa kereta ni sama macam aku. Lama sangat duduk gua agaknya, terus meragam.” Aku sudah membuka tali pinggang keledar, bersedia mahu keluar dari perut kereta.

 


 

“ Ara..cuba kau tengok sini.” Panggil Jayde bila Ara mula tak keruan.

 


 

“ Sini..” Jayde menunjuk pada panel gear.

 

 


“ Kalau kau drive guna gear P, sampai esok pun kau masih dekat sini. And this, you should put handbrake down.” Jayde menunjukkan punca keretanya tidak bergerak.

 


 

Aku menjeling Jayde bila lelaki ni senyum-senyum padanya.

 

 


“ Let’s start it again.” Aku cuba belagak biasa, walaupun aku tahu Jayde mesti setengah mati gelakkan aku dalam hatinya.

  


 

“ Satu lagi.”

 


 

Jayde kembali mendekat pada aku, tangannya menolak bahu aku supaya bersandar pada kerusi.

 

 


“ Aku tak tahu kenapa, orang perempuan kalau bawa kereta mesti badan tak boleh nak sandar pada kerusi. Aku yang tengok pun terasa sakit belakang sekali.” Jayde menyuarakan pendapat.

 

 


“ Ish..bila ke depan macam ni, baru lah pandangan aku meluas. Tanah pun boleh nampak.” Aku bersuara bagi pihak kaum Hawa.

 

 


Lebih-lebih lagi yang kurang ketinggian macam aku. Mahu dilapik bantal pada tempat duduk untuk menyamai ketinggian steering kereta.

 

 


“ Alasan diterima pakai.” Jayde mengangguk kepala.

 

 


“ So..Shall we?”

 

 


Aku mula menukar kedudukkan gear sebelum handbrake diturunkan. Kaki menekan pedal perlahan-lahan. Kereta mula meluncur perlahan mengikut kelajuan.

 


 

Spontan bibir melorek senyum. Dapat menggerakkan kenderaan pada kelajuan dua puluh kilometre pun sudah membuatkan aku bangga.

 


 

“ Are you okay if we are getting engaged..”

 


 

Suaranya cukup perlahan, namun jelas ditelinga aku. Kaki spontan menekan brek, kuat! Tubuhnya terdorong ke depan aku tidak peduli.

 


 

“ Ulang balik apa kau cakap tadi!!”

 


 

Jadi firasat aku tak salah. Ada sebab rupanya dia muncul tiba-tiba. Mahu mengikat tali pertunangan aku dan Jayde?

 



Jayde bertentang dengan aku. Sudah menduga reaksi Ara sebegini.





" Family plan. Mama dengan Uncle Ghaf nak satu kan aku dengan kau Ara." 




Aku sudah hangin satu badan. Tergamak babah mengatur hidupnya tanpa berbindang pun nya.




" Kau terima?" 




" Why not. Siapa tak jatuh cinta dengan perempuan cantik macam kau. Tak salah kalau aku terima. Perlahan-lahan kita cuba hadirkan perasaan tu." Jayde menyuarakan.




Semalam bila dia berjumpa Ara setelah sekian lamanya, membuatkan tidurnya tidak lena semalaman.




Ada betulnya kata-kata Jayde. Cinta boleh hadir bila-bila walaupun selepas diijab qabul. Tak salah kalau aku belajar untuk terima Jayde dan sekali gus menutup peluang Standley. Jadi tiada alasan untuk Standley menolak Amina. Kerana situasi mereka lebih kurang sama dengan aku dan Jayde.




" Macam mana?" Jayde menagih jawapan dari aku.




" Aku setuju!"









 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh awa