Home Novel Cinta K Clique (Genggam Cinta Aku)
K Clique (Genggam Cinta Aku)
Scarlet
17/7/2020 11:52:29
1,321
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Telefon milik Tuju berdering.

Berkerut kening melihat nombor tak dikenali masuk. Butang merah ditolak ke tepi. Sekali lagi nombor tersebut memanggil. Tuju menghela nafas perlahan. 

"Hello?"

Hanya dijawab dengan sunyi.

"Hello, siape ni?" Tuju masih memanggil. Tapi masih lagi senyap, lalu pemanggil tersebut mematikan panggilan.

"Aik? Aku dah jawab die matikan pulak." Tuju menggeleng.

"Siape bro?" Somean bertanya.

"Entahlah, silap nombor agaknye." Somean mengangguk.

Mereka berjalan di sekitar Figure Museum. Mengambil gambar sekali menambah ilmu tentang sejarah johor.

"So whats next?" Kdeaf bertanya. 

Masing-masing hanya mengangkat bahu. 

"Hah. Aku tahu." Nas senyum. 

"Mane?" Tuju kebingungan. Nas hanya membisu. Hanya di arahkan ikut sahaja. 

Setangah jam berlalu. 

"Kau nak bawak kitorang pergi mane ni bro?" Fareedpf sudah kebosanan. 

"Sabarlah. Kejap lagi sampai." Nas menunjuk arah pada pemandu van tersebut. 

Noki memandang Tuju secara tiba-tiba. 

"Kau rase kalau kite cari pembantu ok tak?"

"Pembantu ape?" Tuju bertanya. 

"Pembantulah, macam sediekan air ke? Ambil baju dekat dobi ke?" 

"Nak buat ape semue tu, Kan boleh buat sendiri." Kata Tuju tanpa memandang ke arah Noki. 

"Lecehlah, kitekan kadang-kadang tak on time. Kena pick up baju, lepas tu kasut lagi. Kalau ade pembantu kan senang, semue die yang uruskan." 

Tuju berfikir sekejap. 

"Betul jugak." 

"Ok cun, aku ade beberape orang yang sesuai." Kata Gnello. 

"Tak payah. Jap lagi kau cari yang pelik-pelik jek." Kdeaf bersuara.

"Mane ade kau ni." 

"Tak payah cari, aku tahu siape yang sesuai." 

"Siape?" Serentak mereka bertanya.

Stella memandang luar tingkap kereta. Memikirkan seseorang yang tak pasti mana hilangnya. Mengeluh.

"Kau masih ingatkan dia ke?" Sabrina mengagak.

"Entahlah babe."

"Heish lah kau ni, tak kemane pon lah kalau asik ingatkan lelaki yang tak gune tu." Sabrina sedikit marah.

"Aku just nak tahu kenape die buat aku macam tu, why?"

"Whatever alasan die pon, hati kau boleh pulih semule ke? Luke yang bercalar tu akan hilang ke?"

Stella hanya berdiam diri.

"See, macam yang aku cakap tadi lah. Tak ke mane pon lah." Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Sabrina mula berasap.

"Eh! Apasal ni?" Stella mula panik.

"Ak... Aku tak tahu." Signal kiri di tarik ke bawah. Kereta berhenti dan dimatikan.

Kelam kabut mereka keluar dari kereta. Sabrina mengangkat bonet enjin kereta. Berkepul kepul asap keluar enjin tersebut.

"Kau tahu ke nak check?" Stella mengipas-ngipas asap tersebut.

"Tak tahu pon. Tapi aku rase berasap macam ni sebab enjin panas rasenye." Beritahu Sabrina.

"So nak buat ape sekarang?" Stella menggaru kepalanya.

"Kita biarkan enjin tu sejuk dululah. Then kite sambung jalan." Mereka berehat di bahu jalan.

"Jauh lagi ke dari sini?" Tanya Stella. Dia mengambil beberapa batu kecil dan dibalingnya ke arah tayar kereta.

"Jap." Telefon pintar di keluarkan dari poket seluarnya.

"Tak jauh sangat lagi 6 km macam tu lah."

"Kalau jalan kaki?" Cadang Stella.

"Mane maunyeeeeee aku." Stella ketawa.

Sedang K-Clique dalam perjalanan...

"Bro! Kereta tu terbakar ke?" Gnello menunjuk ke arah kereta dibahu jalan.

"Eh? Aah lah berasap." kata Fareedpf.

"Nak tolong ke?" Noki bertanya.

"Entah, aku ok jek." Kata Somean.

Tuju hanya memandang skrin telefon pintarnya.

"Alamak gadislah bro. Kesian weh, kena tolong ni." Fareedpf bersuara lagi.

"Kau kalau bab perempuan laju je eh." Perli Nas.

Semasa van mereka melepasi kereta tersebut, Nas hanya memerhatikan gadis itu.

"Stella? Bro berhenti jap." Nas menyuruh pemandu berhenti dibahu jalan.

Laju Nas berlari ke arah Stella.

"Eh die ni cakap orang, tapi die yang laju aku tengok." Kdeaf menggeleng kepalanya.

"Stella?!" Panggil Nas.

"Eh Abang Nas." Cepat-cepat Stella bangun.

"Nasty Nas?" Sabrina terkedu.

Tuju melihat mereka dari cermin belakang van.

"Perempuan tu rupanya." 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.