Home Novel Cinta CINTA AKU SEADANYA
CINTA AKU SEADANYA
Violet A.
9/5/2021 13:25:32
1,475
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7

HAMPIR setengah setahun, keadaan Seth Zarif masih juga sama, langsung tiada perubahan. Sara pula sudah menunjukkan tanda-tanda bosan, kerana melakukan perkara yang sama setiap hari. 


Seth Zarif mula perasankan perubahan pada tunangnya, sudah tidak seceria seperti dulu. Apabila dia mahu mengajak Sara menemaninya ke hospital, ada sahaja alasan yang diberikan oleh Sara, sehinggakan Seth Zarif sudah malas mahu mengajaknya.


Kalau tidak dahulu, setiap pagi atau pun petang, Sara akan sentiasa datang ke kediamannya untuk menemaninya di rumah mahupun ke hospital. Tetapi kali ini tidak lagi.


“Kamu dah siap ke Seth?” soal Mak Jenab.


“Sudah. Khalid dah sampai ke?”


“Ada dekat bawah dah. Tunggu kamu.”


“Baiklah, saya pergi dulu.” Kerusi roda yang dinaiki Seth Zarif bergerak menuju ke muka pintu.


Mak Jenab memandang ke arah Seth Zarif yang sudah pun menghilang dari pandangan matanya.


“Awak tengok apa tu? Lama sangat tenung pintu tu,” tegur Pak Meon dari srah belakang.


“Ee awak ni kan, kalau tak terkejutkan saya memang tak sah.”


“Ye la. Mata tu, tajam je renung pintu. Awak tengok Seth ke?”


“Ye la, siapa lagi? Kesian saya tengok Seth tu abang. Mana pergilah si Sara tu. Dah lama dia tak datang tengok Seth. Saya nak tanya Seth, saya takut.”


“Dah la. Awak tak payah nak sibuk la hal majikan awak tu.”


“Majikan apanya? Saya ni dah anggap Seth tu macam anak saya sendiri. Sekarang ni mana pergi si Sara tu? Biar tunang dia macam tu je?”


“Mana la saya tahu.” Pak Meon terus sahaja berjalan meninggalkan isterinya di situ. Isterinya itu, ada sahaja benda yang mahu disibukkan.


Mak Jenab menjeling suaminya. “Tadi beria nak menegur kita. Bila kita tanya soalan, tak nak pula jawab. Ditinggalnya kita macam tu je?” bebel Mak Jenab.




SELESAI sahaja menjalani penggambaran, Sara terus sahaja berjalan menuju ke kerusi rehatnya. Punggung dilabuhkan. Telefon bimbit diambil dari dalam beg tangannya. Dia menarik nafas lega, kerana tiada panggilan dan mesej dari Seth Zarif. Kalau tidak, ada sahaja panggilan dan mesej dari tunangnya itu. 


“Hai,” tegur Joanna gadis bertinggi lampai, dan berambut perang, sedang berdiri di hadapan Sara.


Sara mendongakkan kepalanya sedikit memandang Joanna. Wanita yang sememangnya musuh ketatnya dari zaman sekolah lagi. Dan tidak disangka juga, mereka berdua bekerja  di dalam bidang yang sama.


“Hai,” jawab Sara acuh tak acuh sambil merenung kembali telefon bimbitnya. Meluat sungguh, dia melihat Joanna di hadapannya.


“Busy nampak.” Joanna menegur lagi.


“Tak lah. I tengok Facebook je,” balas Sara.


“Eh apa cerita pasal tunang you tu? I dengar dia lumpuh. Dah boleh berjalan ke belum?” Joanna tersenyum sinis.


Sara tersentak. Bagaimana Joanna boleh mengetahuinya? “Wait, mana you tahu tunang I lumpuh?”


“Eh mestilah I tahu. Usahawan terkenal kan? Takkanlah I tak tahu langsung. Lagipun  boyfriend I kan businessman juga. Dia yang beritahu I, yang Seth Zarif tu lumpuh.” Joanna tersenyum mengejek.


“So, kenapa kalau tunang I tu lumpuh pun? Ada menyusahkan you ke?” Nada suara Sara ketika itu agak begitu keras. Mana tidaknya, dia nampak senyuman sinis Joanna terhadapnya.


“Eh lain macam je suara you tu, marahkan I ke apa ni? I tanya je. I bukannya apa, kesian dekat you ni, walaupun tunang you tu handsome, kaya. Tapi tu la sayang, lumpuh la pula. Walaupun semua pakej ada pada tunang you tu. Bagi I tak berguna la. Mana la tahu, time tu you dah kahwin dengan dia nanti, mesti you kena berhenti kerja kut, dari bidang modeling ni. Yela kan, nak kena jaga orang lumpuh lagi. You mana ada masa nanti,” jelas Joanna panjang lebar. Dalam masa yang sama, dia berasa puas apabila melihat perubahan wajah Sara.


Sara terdiam. Bagaimana dia tidak terfikirkan tentang hal itu. Yela, hidupnya sememang dengan dunia modeling, tidak mungkin dia akan berhenti kerja semata-mata mahu menjaga Seth Zarif yang lumpuh. Tidak! Tidak mungkin! Sekarang ini sahaja dia sudah menunjukkan rasa bosan. Itu belum lagi apabila dia sudah berkahwin dengan Seth Zarif nanti. Dan dia perlu menghadap lelaki itu seumur hidupnya.


“Eh okey la, I pergi dulu.” Joanna berlalu pergi sambil memakai rayban hitam pada matanya. Puas hatinya.


Sara pula masih tercengang tidak berkata apa-apa.





SUDAH hampir tiga tahun, Sara meninggalkan Seth Zarif. Hidup Seth Zarif hanya di tempat kerja dan seterusnya pulang ke rumah. Itu sahaja rutin hariannya setiap hari. Untuk rawatan temujanji pula, sememangnya Khalid yang akan sentiasa menemaninya.


Seth Zarif duduk termenung, merenung ikan di dalam kolam di hadapannya. Dalam masa yang sama dia teringatkan peristiwa tiga tahun lepas, apabila Sara tiba-tiba sahaja mahu memutuskan pertunangan dengannya.


Imbas kembali...


“Sara you dah lama tak datang jenguk I. You busy sangat ke sekarang ni?” Seth Zarif tenang menunggu jawapan dari Sara.


“Ha'ah I busy sikit,” jawab Sara.


“Tapi tak kan la busy sangat, sampai dah seminggu you tak datang jenguk I. I rindu sangat dekat you ni. Lagipun kita tak pergi lagi butik pengantin. Lagi tiga bulan kita nak kahwin dah.”


“Eh you ni tak faham bahasa ke apa? Kalau I kata I busy, I busy la. Apa yang susah sangat nak faham ni! And then butik pengantin apa ni? I tak ada masa la nak fikir pasal kahwin-kahwin ni!” jerkah Sara.


Seth Zarif tersentak mendengar suara Sara yang tiba-tiba berubah menjadi kasar.


“Kenapa you marah I? I ada buat salah dengan you ke? Tapi kenapa you cakap tak nak fikir pasal kahwin pula? Kita lagi tiga bulan nak kahwin ni. Takkan you dah lupa?”


“Okey, sekarang ni you dengar sini ya? Mulai hari ni, kita dah tak da apa-apa. Kita putus! I dah bosan. Nanti cincin I akan pulang kan pada Khalid. You faham tak ni?” ujar Sara.


Jantung Seth Zarif bagai mahu luruh. Dia benar-benar terkejut, apabila Sara mahu memutuskan pertunangan mereka.


“Sara, you kenapa sampai nak minta putus ni? Kalau I ada buat salah, I minta maaf. Tapi jangan la sampai nak putus,” rayu Seth Zarif.


“Hey you dengar sini eh, you tu dah la lumpuh, cacat. You ingat I nak hidup dengan lelaki macam you ke? Sekarang ni pun I dah bosan. I penat la ulang alik pergi ke rumah you. Dah la langsung tak da perubahan. Buang masa I tau tak? I tak nak menyesal nanti bila I dah kahwin dengan you. Lebih baik kita putus je sekarang. Sorry, I tak boleh nak stay dengan you lagi.” Talian dimatikan.


Seth Zarif terkedu, apabila Sara tiba-tiba berubah laku. Hinakah dia di mata Sara? Dia tidak minta untuk lumpuh sebegini, sehinggakan Sara menggelarkannya cacat. Air mata Seth Zarif mengalir.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Violet A.