Home Novel Cinta Jadi Isteri Aku, Mau?
Jadi Isteri Aku, Mau?
Optimus Prime
24/9/2019 22:03:06
2,284
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

WAJAH masam Rizqi mengundang kerutan di dahi Fiqri. Siapalah yang bodoh buat si jantan buas ni naik angin? Tak sayang nyawa sangatlah tu. 

“Qi… Qi… tu, cik bunga kau.” Terjuih-juih bibir Jay menunjuk Camelia yang lalu di hadapan mereka. 

“Qi, pergilah tegur cik bunga kau tu. Ajak makan sekali,” cadang Adam dengan senyuman ikhlas versi lelaki suci.

Rizqi menjeling sekilas. Huh, tak habis-habis berkepit dengan mamat tak cukup jantan tu. Hatinya tambah sebal. Kemarahannya tadi masih berbekas. 

“Aku tak kenal!” tutur Rizqi penuh dingin. 

Ada can ni. Hehehe… Jay senyum jahat. 

“Setengah jam tadi punyalah sayang. Sekarang sayang dah melayang.” Adam geleng. 

“Bila pulak aku sayang dia? Jangan nak pandai-pandai kalau kau bodoh!”

Jatuh rahang Adam. Rizqi jarang marah dia. Nampaknya memang angin Rizqi betul-betul tak baik.

Fiqri diam. Tayang senyum sinis pada Adam. Kan betul apa yang dia cakap. Ini baru sedikit penangan buruk si Mel-Mel.

Adam jengilkan mata. Geram dengan Fiqri yang tak habis-habis nak salahkan dia.

“Qi, malam ni jom kita jamming. Jay dan Fiq pun free,” ajak Adam. Cuba menaturalkan kembali mood Rizqi. Tak tahanlah asyik tunjuk muka ketat aje. Kalah orang bergaduh dengan bini.

“Tak boleh. Aku busy!” Nada Rizqi masih dingin. Dia terus dengan aksi menyudu nasi ke dalam mulut.

“Malam esok?” tanya Adam.

“Busy!” jawab Rizqi terus dan terus menyudu nasi. 

“Malam lusa?” Adam masih tak berputus asa.

“Busy!”

“Malam tulat?” soal Adam lagi. Masih dalam sesi tawar menawar. Jay dan Fiqri dah tersengih-sengih. 

“Busy!” Nasi terus disudu dan disudu. 

“Cik bunga?”

Uhuks! Rizqi terbelahak. Dia merenung tajam Adam yang tayang senyum mengejek.

Adam menyandarkan tubuh ke kerusi. Masih kekal dengan senyumannya. Tak terkesan pun dengan muka Rizqi yang dah macam nak bunuh orang. Jari-jarinya mengetuk meja.



Tanya sama hati pernahkah merindu?

Ingat masa lena apa mimpimu?

Masa berjauhan apa yang dikenang?

Bila difahamkan itulah sayang...



Adam menyanyi penuh makna sambil melirik-lirik Rizqi.

Rizqi mendengus keras. Dia tak sayang. Langsung tak! 

Taaaakk!!!

Buat apa nak sayangkan orang yang tak nak sayang kita. Dia lelaki hebat. Terlebih serba serbi. Camelia yang tak reti bersyukur menolak dirinya. 

Ingat dia hadap sangat dengan Camelia tu. Okay fine! Mulai hari ini dia akan buang Camelia dalam hidupnya.

Sudu dan garfu di tangannya digenggam erat. Matanya menjeling ke sebelah sana. Mungkin Camelia dapat rasa yang dirinya ditenung, mula mencari sang perenung. Mereka beradu pandang buat beberapa saat sebelum Camelia menjelingnya penuh benci. 

Berani Camelia tuju jelingan maut dekat dia. Kurang asam! Grrr!!! 

Sungguh dia tak sangka sebegitu benci Camelia padanya. 

Dan sungguh, kalau sembelih manusia tu halal, jantan dua jantina tu dah tergantung kat pasar.

Melihat Camelia ketawa dengan boyfriendnya yang tak cukup jantan tu, Rizqi tambah hangin. Seolah-olah Camelia sengaja mencabarnya. 

Okey! Biar dia tunjuk siapa yang lebih laku. Siapa yang lebih handsome. Siapa lelaki dambaan semua perempuan. Dia atau jantan patah tu! 

“Eh, eh, eh. Kau nak pergi mana?” Adam tak sedap hati bila Rizqi tiba-tiba saja berdiri dengan muka ketat macam nak makan orang. Takut jugak kalau Rizqi nak pergi cekik si Aiman. 

“Huh!” Dengusan keras diberi sebagai jawapan. Rizqi kini mengatur langkah persis model. Sekumpulan perempuan yang asyik menatapnya sedari tadi disapa dengan senyuman manis namun matanya sempat melirik ke arah Camelia.

“Duduk bertempek dekat bukan main. Tak guna!” Macam nak naik gila dia tengok aksi mesra Camelia dengan mamat tak cukup jantan tu.

“Hai…” sapa Rizqi mesra. Dia kini menyertai kumpulan perempuan-perempuan yang sedang merenungnya bagai nak terjojol biji mata. 

Adam mengeluh kuat. Geleng-geleng kepala.

“Dia ingat dia buat macam tu, si Mel-Mel tu akan cemburulah. Macam jantan murahan terhegeh-hegeh nakkan perempuan yang tak nak kat dia.” Fiqri mendengus. 

“Kesian Qi. Bak kata Misha Omar, bunga-bunga cinta layu di pusara. Cik bunga tak sudi memekarkan cinta. Ugh, sadis betul!” Jay ketawa melihat gelagat Rizqi. Punyalah ramai perempuan duk keliling, mata Rizqi asyik jeling Camelia.

“Itulah Qi. Siapa suruh jadi jantan buas. Kan dah kena reject dengan cik bunga. Perempuan tak suka lelaki macam Qi tu. Cuba jadi macam aku. Lelaki budiman. Sekali aku senyum, mesti Mel yang datang offerkan diri.” 

Jay senyum lebar. Siap pejam mata lagi. Bayangkan pun dah bahagia. Kalau betul-betul cik bunga datang offerkan diri, dia sanggup botakkan kepala.

Kata-kata penuh yakin diri Jay buat Adam dan Fiqri terdiam seketika. Tergaman dan terkesima. Tak lama kemudian tawa mereka meledak.

“Penyangak tu sama sifat dengan budiman ke? Aku baru tahu.” Adam ketawa mengekek. 

“Kalau kau memenuhi kriteria budiman Jay, tak wujud penyangak dalam dunia ni. Semua orang layak masuk pencetus ummah!” Fiqri ketawa sakan. Jay memang tak sedar diri.

“Kuram asam!” Bedebuk. Tangan kiri dan kanan Jay bergerak pantas menumbuk bahu Adam dan Fiqri sampai hampir jatuh dari kerusi. 

“Sakitlah bodoh!!!” Fiqri melolong kesakitan. Bergegar urat sarafnya. Ada kemungkinan besar putus. Dasar jahanam Jaafarudin penyangak tak guna tak ada hati perut!!!

Adam ketap bibir tahan sakit. Sungguh tak tipu. Ini memang sakit!!! Jay memang tak boleh dibawa bergurau langsung. Sikit-sikit nak balas dendam.

“Siapa suruh cari pasal. Huahahaha!!!” Jay ketawa macam orang gila. Hilang sudah segala kemarahannya. Cukup setakat itu. Tak perlu nak dipanjangkan lagi. 

Ah, dia memang seorang yang mudah memaafkan. 

Kan?


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Optimus Prime