Home Novel Cinta Khas Buat Suraya Anne
Khas Buat Suraya Anne
kamika
19/2/2022 10:52:27
804
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

2


Hello. Boleh saya bantu?” sapaan seorang penyambut tetamu dengan satu senyuman yang manis meredakan sedikit jiwa yang tiba-tiba diketuk gemuruh. Suraya dicuit cemburu tatkala aura keyakinan yang datang dari wanita itu tersebar kepadanya. Dibalik shawl yang melilit dikepala, ditebarkan sebahagian melindungi dadanya, Suraya mempamerkan satu senyuman setara kepada wajah yang iras pelakon popular Filipina suatu masa dahulu. 

"Suraya Anne. Saya hadir untuk lapor diri." terang Suraya sambil menarik sehelai kertas berupa salinan surat tawaran yang diterima melalui email tempoh hari di dalam fail hitam yang dikepit. Wanita itu masih dengan senyuman ketika menyambut huluran dari Suraya. Sekilas dia menatap lantas mencatit sesuatu pada organizer yang agak besar saiznya sebelum jari jemari lincah pula menaip sesuatu pada papan kekunci desktop dihadapannya. Irene. Mata Suraya berlabuh pada tag nama yang melekat pada kot biru gelap yang dipakai oleh wanita tersebut. Tiada apa yang berlegar diminda kecuali rasa tidak enak yang masih membekas.
"Okay, Cik Suraya Anne. You tunggu di bilik mesyuarat nombor dua. Ikut kanan dan jalan terus. The room will be on your left side." arah Irene. Senyuman sentiasa mekar dibibir. Kemudian, seakan dapat mengesan sesuatu Irene kembali bersuara;
"Is it your very first time?" Sesaat Suraya terkesima. Dianggukkan kepala berserta senyuman yang kelat. Ketika menjalani latihan industri sebelum ini tidak pula perasaan itu hadir. Mungkinkah kerana ketika itu dia tidak bersendirian menjejak alam pekerjaan tetapi dengan dua orang sahabat yang lain. Bersama-sama,  mereka terus diarahkan bertugas tanpa ditemuduga. Hanya sesi suai kenal ringkas sahaja. Tetapi, kali ini, situasi agak berbeza. Dia bersendirian. Walaupun Suraya yakin dengan persediaannya menghadapi hari pertama itu, entah kenapa perasaan itu masih terselit. Antara teruja dan gementar barangkali. 
"Oh, dear. Rileks, okay. Trust me. Individu yang bakal awak jumpa nanti is a nice person. Mr. Lee isn't someone you should afraid or aware of." ujar Irene dengan pandangan penuh makna. Tidak tahu bagaimana, ucapan sebegitu seakan didambakan oleh halwa telinga Suraya ketika ini. Dia berusaha membalas renungan Irene tanpa keraguan lantas bibirnya dibuka. 
"Erm, thank you for your kindness, Irene." tutur Suraya diiringi segaris senyuman. Sambil menarik nafas yang dalam dia menganggukkan kepala memberi isyarat untuk beredar. Irene terus tenggelam dalam pamitan semangat dan senyuman. Suraya enggan lagi berlengah meski seminit. Lebih cepat sesi ini bermula tentu cepat juga ia tamat, fikir Suraya. Dia melangkah mengikut arahan yang diberikan sebentar tadi. Laluan yang diserikan dengan pengcahayaan samar itu singkat apabila dia tiba dihadapan pintu yang bernombor dua. Tombol dipulas perlahan dan dia menapak sambil hati kecil mengucap lafaz doa dimudahkan urusan. Buat seketika Suraya terkedu. Dia dapat melihat seorang lelaki berpakaian kemas sedang duduk di sofa sambil membaca sebuah fail. Kehadiran Suraya sedikit pun tidak dipedulikan. Suraya melabuhkan punggung di sofa yang berkedudukan bertentangan dengan lelaki itu. Beg tangan berwarna putih dan fail hitam selesa diribaan. Pandangan ditundukkan ke bawah memandang jari jemari yang mendarat di atas barangan peribadinya. Mr. Lee, kah? Suraya mencuri lirikan kilas. Boleh jadi, kot? Kerana wajahnya kelihatan seperti seseorang yang bernama Mr. Lee dan bukan Encik Ali. Patutkah dia bertanya demi memastikan teorinya itu betul? Tetapi, lelaki itu kelihatan sibuk. Agak biadap jika berkelakuan semberono. Suraya mengambil keputusan untuk menunggu sahaja. Ya. Lebih selamat. Sambil menanti, matanya memerhati ruang eksekutif itu. Sofa kulit berwarna hitam di padankan dengan sebuah meja kopi kaca dengan kemasan zig zag di tepinya. Terdapat kabinet bawah yang diperbuat daripada kayu jati di sepanjang dinding disebelah kiri Suraya. Beberapa keping lukisan tergantung di situ. Manakala di sebelah kanannya terletak sebuah meja eksekutif yang agak besar saiznya dan dinding itu dibiarkan kosong. Mungkin digunakan untuk tujuan presentation, teka Suraya. Dia melarikan pandangan ke belakang lelaki itu melihat cahaya yang cerah datang dari tingkap cermin yang di lindungi dengan sebuah tirai yang lebar berwarna putih sebelum pandangannya jatuh ke arah lelaki itu pula. Baru dia sedar lelaki di hadapannya itu mempunyai seraut wajah yang tampan. Mungkinkah lelaki itu sebayanya? Rambutnya pula… Dia ikat rambutkah? Melihatkan kakinya yang di silangkan dan jari jemarinya yang runcing Suraya mengagak ketinggian lelaki itu. 
"It's rude to stare." Mati khayalan Suraya tatkala mendengar satu suara yang datang dari arah lelaki itu. 
"Oh, I..I'm sorry." tutur Suraya dalam rona kesipuan. Lirikan cepat-cepat berlabuh ke bawah kembali. Dia tidak sengaja. Alasannya kukuh jika ditagih. 
"Well, may I know who are you?" Pedih telinga Suraya seakan mendengar siulan ejekan sahaja yang masuk menujah. Tetapi, saat ini memang jelas terlihat kesilapan itu datang dari dirinya sendiri. 
"Suraya Anne." sahut Suraya sambil mengangkat wajah. Mata bertemu mata hinggakan Suraya disambar rasa keliru kerana lelaki dihadapannya ketika ini tidak lagi memandang tetapi sedang nerenungnya dengan tajam. 
"You asal mana?" Jari jemari Suraya saling menggenggam. Nada lelaki itu bertukar serius dalam masa yang singkat. 
"Melaka." Diam. 
".. And you?" Suraya menekup mulut yang entahkan bila meluncur dengan selamba untuk menyoal. Suraya dapat melihat sejuring senyuman dari lelaki tersebut sebelum ianya hilang. Lelaki itu meletakkan fail diatas meja lalu sebuah tablet diambil dan ditilik tanpa mempedulikan lagi keadaan disekelilingnya. Perbuatan itu jelas menandakan dia enggan melanjutkan sebarang perbualan lagi. 

 Suraya menggigit bibir. Bertepek rasa terkilan dengan kegagalan mengawal mulutnya. Ah, sudah.. Nak berbual tak kena tempat betul. Apalah agaknya tanggapan Mr. Lee terhadap dirinya ketika ini. 

"Erm.." Belum sempat Suraya membuka mulut dengan niat untuk membetulkan keadaan, kedengaran bunyi pintu ditolak dari luar. 
Err.. excuse me, Dr. Adrian."  Tanpa menoleh Suraya mengenali suara yang baharu berbual dengannya di front desk tadi. Tapi, siapa pulak Dr. Adrian? Mana Mr. Lee? 
Err…doctor, this is so embarrassing. Actually, Cik Suraya Anne shouldn't be here. She is supposed to be in meeting room number four with Mr. Lee. I’m so sorry, doctor.. Erm, my silly mistake.” Ujar wanita itu lagi. Lunak suaranya rosak tatkala pertuturan yang sedikit gagap itu mengambil alih.  Suraya tergamam. Mengangkat wajah dengan mulutnya sedikit terbuka. Pandangan sekali lagi bertembung dengan lelaki yang di panggil Dr. Adrian oleh Irene. Lelaki itu terus memandang kearahnya tanpa mempedulikan makluman yang disampaikan oleh Irene. Suraya tidak mampu bergerak. Namun, fikiran giat membuat timbang tara untuk memecut keluar dari situasi yang janggal itu meski kesilapan kali ini bukan berpunca dari dirinya. 
It’s okay, Irine. Well, thanks to you and your mistake. She just helped me kill the time.” jawab Dr. Adrian. Kali ini barulah dia berpaling ke arah muka pintu. Suraya menarik nafas yang lega buat seketika. Dia berkira-kira untuk bangkit. 
"By the way, Mr. Harrison is here. I put him in meeting room number one since the mistake I've made over here. I'm sorry again, doctor." Suraya tiada kuasa lagi menjadi pak tunggul dan memasang telinga. Sambil menunduk ke bawah hati kecil mula membilang. 
"Well, Cik Suraya Anne. Will you let me show you.." Belum sempat Irine menghabiskan kata-kata Suraya sudah terlebih dahulu bangun dan keluar dari bilik itu. Biarlah lelaki dan momen singkat itu ditinggalkan dibelakang. Suraya enggan menoleh lagi. Sejurus keluar dari bilik 'keramat' itu Suraya menarik nafas yang dalam. Barulah dia perasaan ketika ini dadanya sedang berombak kencang. 
"Sorry." Entahkan bila, Irene sudah berjalan bergandingan dengannya ketika ini. Sebenarnya Suraya tidak tahu hala tuju yang betul. Dia cuma melangkah dengan harapan kakinya dapat membawanya jauh dari situasi yang agak memalukan itu. 
"You, okay? I tak perasan tadi. Sorry sangat-sangat tau." kata Irene lagi. Suraya cuba mengawal perasaannya. Sebuah senyuman diukir dibibir buat Irene yang tidak henti menyalahkan diri sendiri. 
"Okay..okay. Tak mengapa. Mistakes happen." Lantas senyuman puas terpamer di wajah Irene. 
"Still anxious?" Suraya geleng perlahan. 
Dia tidak pasti ke mana perasaan itu menghilang. Ketika perbualan pendek bersama lelaki itu atau ketika Irene datang menyelamatkan keadaan. Entah.
"Jangan bimbang. Mr. Lee is the second nicest person I've ever met in this company. You beruntung tau dapat bos macam dia." Tambah Irine seakan belum puas memberi kata-kata semangat kepada Suraya. Suraya hanya mampu tersenyum. Tidak sampai hati membetulkan tanggapan salah Irene terhadap emosinya ketika ini. Langkah mereka berdua melewati front desk dan berlalu ke arah sayap kiri bangunan pula. Pintu bernombor empat di hampiri.
"Err.. Irine…" Irine berpaling menunggu Suraya menghabiskan kata-katanya.
"Siapa Doctor Adrian?" Soal Suraya. Suaranya sedikit bergetar.
"Oh. Kind of big bosses." Suraya membulatkan mata. Mulutnya sedikit terbuka sebaik mendengar kenyataan itu. 
"Here. Mr. Lee is waiting for you. Once again, sorry about earlier. Good luck, Cik Suraya Anne." Irine membukakan pintu sambil tersengih. Andai perasaannya ketika ini seperti Irene yang tidak risau meski telah membuat sedikit kesilapan kan bagus, hati kecil kedengaran berharap. Suraya menarik lagi nafas yang dalam. Berdoa dia dan Dr. Adrian itu sama-sama terlupakan hal itu di dalam masa terdekat. 
"And, Doctor Adrian is the most nicest person in this company. You sangat beruntung having those people around you." Bisik Irine ke telinga Suraya ketika dia melewati wanita itu sebelum daun pintu ditutup rapat. Around? Okay. Sekarang rasa tak enak tu dah selamat  kembali. Bukan kerana bakal ditemuduga oleh Mr. Lee. Tetapi memikirkan fakta yang baru sahaja diumumkan oleh Irene. 

Kira-kira setengah jam berada di dalam bilik mesyuarat, Mr. Lee membawanya ke tingkat enam pula. Awal tadi Mr. Lee sudah menerangkan skop kerja yang bakal digalas olehnya. Semangat Suraya berkobar mendengar setiap penyampaian berkaitan projek yang sedang dijalankan. Sungguh dia tak sabar!

Suraya melangkah dengan penuh debar memasuki ruang pejabat. Dia perasan ada kepala yang mendongak dan beberapa pasang mata memandang sebaik sahaja dirinya melewati meja mereka. Itulah norma yang menjadi kebiasaan setiap pekerja baharu dan dia pernah berada disituasi begitu ketika menjalani latihan industri sebelum ini. 

Mr. Lee berhenti di satu sudut yang terletak di hujung ruang pejabat yang agak luas. Ada kira-kira empat orang lelaki di situ.
Guys, attention please. Ini staf baru yang akan join team kita. Well, ini Zamri your team leader. Yang ini  Aidil, Ken dan Hadi. Ken jarang ada di ofis. Dia jaga region lain. So, you boleh abaikan dia… ” gurau Mr. Lee disambut dengan ketawa besar oleh para lelaki di hadapannya. Suraya sendiri tidak mampu menahan rasa lucu dengan gurauan tersebut. Dia tertawa kecil.  
“Hai. Saya Suraya Anne.” ucap Suraya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Kelompok kecil kaum Adam itu membalas senyumannya sambil mengangguk menerima kehadirannya di dalam kumpulan mereka.
“Okay. Err…Zamri, nanti you tolong tunjuk ajar pada Ms. Anne, alright? All out. Kasi dia faham dengan kerja dia.” arah Mr. Lee lalu beredar memasuki bilik pejabatnya yang berada tidak jauh dari kumpulan itu. Fakta dari Irene mengenai Mr. Lee memang tepat. Dalam masa yang singkat, ungkapan meminta tolong dari mulut lelaki itu terdengar sudah dua kali.  

Zamri mengarahkan Suraya duduk di sebuah meja kosong bersebelahan dengannya. Fail yang mengandungi profil syarikat diserahkan terlebih dahulu kepada Suraya. Selaku ketua, Zamri memberi penjelasan dengan lebih mendalam akan tugasannya dan projek yang sedang mereka jalankan. Sebuah laptop turut diserahkan khusus untuk digunakan sepanjang dia berkhidmat dengan syarikat. Setiap fail laporan sama ada berbentuk softcopy atau hardcopy diberikan kepada Suraya untuk diteliti. Tepat jam enam petang, Zamri selaku ketua kumpulan mengarahkan Suraya untuk pulang. 





















Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.