959
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
PHMC 4

RAYQAL menunggu Rania di depan pagar rumah wanita itu. Rania membuka pintu. Terkejut dia melihat Rayqal yang sudah terpacak di depan pagar rumahnya, dengan muka yang seperti baru bangun tidur.


"Ha, kau nak apa pagi-pagi buta datang rumah aku ni?" tanya Rania kasar sambil mengunci pintu rumahnya. Kasut disarung ke kaki.


"Kau kan, yang call polis suruh datang rumah aku malam tadi kan?"


"Huh! Memang la aku yang call. Dah kau buat bising."


"Siapa suruh kau sewa dekat sini?" 


"Hello? Kau owner rumah ni ke?"


Rayqal terdiam. Dia merenung wajah Rania lama. Entah kenapa rasa rindu mula bertandang.


Rania memandang Rayqal pelik. 


"Dah kenapa tiba-tiba diam pulak ni?" gumam Rania.


"Dah la, move! Aku nak pergi kerja ni. Tu ha, air liur basi kau kat tepi bibir kau tu, cuci la sikit. Ni tak, pagi-pagi terus terpacak depan pagar rumah aku." Rania menjeling.


Rayqal tersedar dari lamunan. Merah padam wajahnya menahan malu. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa.


Rania menjeling. 


"Pagi-pagi sibuk je datang sini," Rania mengomel. 


Enjin motosikal dihidupkan. Rania memulas minyak bagi memanaskan enjin motosikalnya. Bunyi enjin motosikal mengaum.


"Bisinglah woi!" jerit Rayqal dari dalam rumah.


Rania mencebik.


"Dia memekak malam tadi tak pa pulak," gumam Rania.


Setelah mengunci pagar rumahnya, Rania terus menunggang motosikalnya menuju ke tempat kerja. Rayqal menjenguk Rania di sebalik jendela.


"Kenapa kau muncul balik dalam hidup aku Nia?" bisik Rayqal.





"PUAN, jadi ke kita nak pergi makan dekat restoran yang saya cakap tu?" tanya Zafran. Mereka berdua berjalan beriringan sambil diikuti Hadi dari arah belakang.


"Jadi, lepas habis kerja pukul 5 petang ni, kita pergi. Macam-macam menu kan ada?"


"Ha..ah Puan. Nanti Puan try la makan masakan dia. Macam-macam jenis tau."


"Ha, ok," jawab Rania. Mereka bertiga masuk ke dalam bilik mensyuarat.


****************


"Saya terima maklumat dari DCC (District command Center), terdapat satu kegiatan perjudian, di permis jalan Presint 40. Dan saya mahu awak Inspektor Rania, arahkan anggota ke lokasi utk membuat risikan, dan sekiranya maklumat tepat, jalankan operasi serbuan dan tindakan lanjut," arah ASP Mazlan.


"Baik tuan, saya akan hantar anggota ke lokasi untuk buat risikan dan mengesahkan maklumat tersebut."


"Ada pertanyaan lagi?" tanya ASP Mazlan.


"Tiada tuan!" semua yang ada di dalam bilik mensyuarat tersebut menjawab serentak.


"Ok mensyuarat bersurai. Apa-apa nanti, sila maklumkan kepada saya." ASP Mazlan bangun dari kerusi dan berlalu keluar dari bilik mensyuarat tersebut.


"Koperal Zafran, saya nak awak dan anggota yang lain pergi ke jalan Presint 40, seperti yang dimaklumkan oleh ASP Mazlan tadi."


"Baik Puan, saya pergi sekarang. Apa-apa nanti saya maklumkan pada Puan."


Rania menganggukkan kepalanya.





SETELAH disiasat, Rania dan anggota yang lain bergegas ke jalan Presint 40.


"Koperal Zafran, awak pergi ke belah sana, saya dan Koperal Hadi, belah sini," arah Rania.


"Baik Puan." Zafran dan beberapa anggota yang lain berjalan secara senyap menuju ke arah belakang yang diarahkan Rania tadi.


Terdapat lebih kurang dua puluh orang yang ada di dalam premis berkenan. Mereka terkejut dengan kehadiran pihak polis.


"Jangan bergerak!" jerit Rania.


Tetapi ada yang tidak mendengar arahan Rania, cuba melarikan diri. Rania perasankan lelaki yang berbadan kurus itu sudah berlari keluar, dengan pantas Rania mengejar lelaki itu. Bagi Rania itu perkara kecil, kerana dia memang seorang atlit yang aktif dalam acara lumba lari, di sekolah mahupun di dalam pasukan polis.


Rania menarik kolar baju lelaki itu, mereka mula bergelut antara satu sama lain. Lelaki berbadan kurus itu mengeluarkan pisau lipat, sempat dia tertoreh tapak tangan Rania. Dahi Rania berkerut menahan sakit, tetapi sempat dia menumbuk wajah lelaki itu. Lelaki tersebut jatuh terbaring di atas tanah. Zafran yang perasankan keadaan Rania, mula berlari ke arah mereka berdua. Zafran sempat menahan lelaki tersebut. Tangan lelaki berbadan kurus itu dipulas ke belakang.


"Aduh-aduh sakit," kata lelaki kurus itu.


"Koperal tahan dia," arah Rania. Rania melihat tangannya yang tertoreh itu. Sapu tangan dari kocek seluar jeans yang dipakainya dikeluarkan.


"Hadi, tolong gari lelaki ni," panggil Zafran, sempat dia mengerling ke arah tapak tangan Rania. Zafran mula berasa risau.


Hadi membantu Zafran dengan menggari lelaki kurus itu, dan dibawa ke Black Maria (truck polis).


Zafran melihat tangan Rania yang menitik dengan darah.


"Puan mari kita pergi ke kereta. Ada first aid dekat dalam kereta," ajak Zafran.


Rania menganggukkan kepalanya. Sampai sahaja di kereta, Zafran membuka sapu tangan tersebut. Nasib luka tidak begitu dalam.


"Puan, saya nak cuci ni luka Puan. Puan kena tahan sikit."


"Tak pe, saya dah biasa. Awak buat je," jawab Rania.


Setelah dicuci dengan air bersih, Zafran meletakkan iodin di tapak tangan Rania. Lalu tapak tangannya dibalut dengan bandage.


"Ok dah siap."


"Terima kasih," ucap Rania.


"Bahaya Puan tadi. Kenapa pergi kejar?"


"Zafran, kalau saya tak kejar, terlepas la lelaki tu. Lagipun ni kerja saya. Kerja ni yang saya pilih, jadi saya kena buat."


"Hmm ye la. Saya bukan apa. Risau pula saya tadi."


Rania tersenyum.


"Jadi kan petang ni kita pergi makan?" tanya Rania.


"Tapi Puan boleh ke? Dengan tangan tu?"


"Tangan je luka. Apa masalahnya?"


"Ok la, kalau Puan dah cakap macam tu." Zafran tersenyum.





"KAN aku dah cakap, aku tak suka perempuan cantik kerja sini," ujar Rayqal.


Matanya merenung beberapa pelayan restoran perempuan yang diambil Safuan semalam. Sejak dia kecewa dengan Rania, sehingga sekarang dia kurang percaya dengan perempuan. Baginya perempuan cantik ini, hanya berpura-pura baik dan suka mempergunakan lelaki.


Safuan menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Habis tu macam mana? Nak buang ke?" tanya Safuan.


"Buang apanya dah ambil kan. Ambil je la. Dah, aku nak pergi masak."


"Eh kejap. Semalam company Skynet nak book untuk makan malam dekat restoran kita ni. Dia request kita masak masakan ala kampung."


"Bila dia nak tu?"


"Hari sabtu depan."


"Oh, jadi kau cakap apa?"


"Aku setuju je."


"Ha yela. Lagipun malam tu memang tak da customer lain yang book kan?" 


"Ha..ah takda. Tu yang AKU setuju. Kalau tak, jenuh tu nak masak banyak-banyak."


"Itu pun nasib baik, tukang masak kita ni ramai."


Safuan mengangguk-anggukkan kepalanya.


******************


"The R&R?" tanya Rania. Matanya merenung papan tanda restoran tersebut.


"Ha..ah," jawab Zafran.


"Rehat dan rawat ke?" Rania hampir ketawa.


Zafran merenung Rania. 


"Entah, saya pun tak tahu. Saya makan je." Zafran tersengih.


"Jomlah Puan, kita masuk dalam," ajak Zafran.


Kebetulan Rayqal baru sahaja balik dari membeli barang mentah. Dia terpandangkan Rania dan seorang lelaki yang berdiri di depan pintu masuk restorannya.


"Apa minah gila ni buat dekat restoran aku?" Rayqal kelam kabut membawa barang mentah yang dibelinya tadi, lalu masuk melalui pintu belakang. 


Zafran dan Rania merenung menu yang yang diberi pelayan restoran tadi.


"Puan nak makan apa?"


"Saya ingat nak makan nasi. Tapi lauk, saya tak tahu nak pilih yang mana satu."


"Kalau macam tu, saya suggest Puan ambil asam pedas. Asam pedas dia sedap tau."


"Oh yeke? Kalau macam tu, saya ambil asam pedas pari la."


Zafran memesan satu set nasi bersama asam pedas, dan satu set burrito untuknya. Air pula, dua jus tembikai untuk mereka berdua.


"Awak tak makan nasi ke?"


"Saya kalau dah petang tak makan nasi," jawab Zafran.


"Oh no wonder la badan awak nampak maintain," puji Rania.


Pekerja yang baru bekerja di situ yang bernama Wina, mula menuju ke kaunter pesanan. Terjegul wajah Rayqal di situ tiba-tiba.


"Dorang order apa?" tanya Rayqal.


Jantung Wina berdegup kencang melihat wajah Rayqal. Sudah lama dia tidak melihat wajah yang pernah disukainya dulu, sampai dia terlupa apa yang dipesan pelanggan tadi.


Rayqal mula berasa pelik, kerana pekerja baru itu langsung tidak berkata apa.


"Saya tanya ni, dorang order apa?" tanya Rayqal sedikit keras.


"Ha apa dia chef?"


"Saya tanya, dorang order apa?" ulang Rayqal.


"Sekejap. Err saya dah lupa," jawab Wina.


"Ha? Lupa? Awak datang sini, nak kerja ke nak main-main?"


Safuan muncul di situ. 


"Eh, Kenapa ni?"


"Aku tanya dia, customer yang dua orang hujung tu order apa. Boleh-boleh pula dia lupa."


"Takpe. Biar aku handle. Aku pergi tanya customer tu balik. Apa yang dorang order."


"Tak payah. Suruh dia pergi balik tanya. Untuk customer tu, biar aku yang masak."


Safuan menganggukkan kepalanya.


"Wina, awak pergi sana tanya balik. Nanti awak datang sini balik beritahu dekat Chef Rayqal.


"Baik, chef." Wina berjalan semula ke arah mereka berdua.


"Err maaf. Encik dan Puan tadi order apa ya?"


Rania merenung wajah pelayan restoran itu.


"Oh, saya order set asam pedas pari, dia pula burrito. Dan juga, dua jus tembikai."


"Ha, ok. Maafkan saya ya."


"Er takpe," jawab Rania.


Wina muncul semula ke arah Rayqal.


"Dorang order set asam pedas pari, dengan burrito."


"Burrito tu untuk perempuan tu ke?"


"Tak, untuk lelaki tu. Set asam pedas baru untuk perempuan tu."


"Ok," jawab Rayqal. Dia masuk ke dapur semula.


Kuali mula dipanaskan. Rayqal mula menumis bahan-bahan untuk memasak. Cili kering yang sudah dikisar, dimasukkan sebanyak dua senduk. Setelah itu, satu keping ikan pari dimasukkan ke dalam kuali. Entah kenapa dia memang berniat untuk mengenakan Rania. Segenggam garam dimasukkan pula ke dalam kuah asam pedas itu. Rayqal tersengih.


"Padan muka kau Rania. Makanlah kau masin-masin dengan pedas ni." Rayqal tersengih.


Safuan mendengar Rayqal bercakap seorang tadi.


"Kau buat apa dekat makanan tu?"


"Ha! Mana ada aku buat apa," tipu Rayqal.


Rayqal membuat burrito pula. Roti tortilla diambil. Lalu isi ayam yang sememangnya sudah dimasak diletakkan di atas roti tersebut. Rayqal tidak mengenakan lelaki itu, tetapi hanya mahu mengenakan Rania sahaja. Disebabkan, dia sudah dua kali terkena dengan pihak polis semalam, membuatkan Rayqal mahu membalas dendam pada Rania dengan cara itu. Setelah siap, Rayqal mengarahkan pelayan restoran yang bernama Wina tadi, membawa makanan tersebut ke meja Rania. Rayqal mula menyorok di tepi kaunter pesanan.  


Wina meletakkan makanan tersebut di atas meja Rania dan Zafran.


"Jemput makan, Encik, Puan."


Rania dan Zafran tersenyum. Rayqal pula tersengih. 


"Makanlah Puan. Sedap ni," kata Zafran.


"Ha ok."


Rania menghirup kuah asam pedas tersebut. Dahinya mula berkerut-kerut. Rania meluahkan semula kuah tersebut ke dalam mangkuk di hadapannya.


"Pedas-pedas." Rania mengibas-ngibas lidahnya yang mula kelihatan merah.


Zafran terkejut. Cepat-cepat dia menghulurkan air jus tembikai pada Rania. Cepat-cepat Rania menyisip straw tersebut. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.


"Awak cakap ni sedap? Tak sedap langsung. Dengan pedas, dengan masinnya," ujar Rania.


"Tak sedap? Tapi saya makan selama ni tak pernah mengecewakan. Ni burrito ni sedap ni," tunjuk Zafran.


"Ha cuba awak rasa kuah ni."


Zafran mengambil sudu di dalam mangkuk tersebut lalu dihirup kuah tersebut. Terbatuk-batuk Zafran ketika itu.


"Ha, saya dah cakap kan."


"Ha..ah la Puan. Kenapa tak sedap."


"Waiter! Waiter!" panggil Rania.


Kelam kabut Wina berlari ke arah Rania.


"Ada apa Puan?" tanya Wina.


"Siapa tukang masak asam pedas ni? Tak boleh makan langsung. Dengan pedas. Dengan masinnya lagi. Panggil awak punya tukang masak," arah Rania.


Rayqal yang dari tadi memandang dari jauh mula menelan liur.


"Ah sudah. Habis aku," gumam Rayqal.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.