Home Novel Cinta Cinta Secret Recipe
Cinta Secret Recipe
Scarlet
17/11/2019 12:29:24
396
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Haikal memaking motornya di tempat motor. Helmet di buka, lantas menegur rakannya yang berada di sebelah.


"Hoi!" Amirul terkejut.


"Kau ni Kal... Aku lepuk jugak karang." Haikal ketawa. Seronok dia bila dapat kenakan rakan sekerjanya.


"Awal sampai hari ni Rul? Biase lambat jek." Haikal turun dari motor Ex5 miliknya.


"Biaselah orang rumah cuti hari ni. Kalau tak kena hantar die dulu pergi kerja."


"Oh..." Haikal mengangguk tanda faham.


"Lainlah macam kau. Jalan-jalan pun sorang
Makan-makan pun sorang
Have fun semua seorang
Tengok wayang pun sorang
Suka drive sorang sorang
Hidup pun macam sorang
Tak ada nak panggil sayang..." Amirul menyanyi lagu Sorang dari Luqman Podolski sambil menongkat motonya.


Haikal turut terhibur dengan lagu tersebut. Dia juga terikut menyanyi bersama Amirul.


Mereka berjalan dari tangga bergerak menuju ke tempat kerja. Semasa berjalan memasuki ruang Secret Recipe, Haikal tiba-tiba menahan Amirul dari berjalan.


"Eh, Asal kau ni?" Amirul melihat Haikal seperti ternampak sesuatu.


"Tu..." Haikal menunjuk ke arah Ariana dengan mulutnya.


"Apa?"


"Aku ternampak bidadari." Kedua belah tangannya ditekap pada dada.


"Kau... Asal nampak perempuan cantik jek mulelah tu, bidadari la sang puterilah. Tapi semua tak menjadi."


"Kali ni aku yakin die adalah jodoh ku." Haikal berkata dengan dramatik.


"Hah, drama semue ni." Amirul menyambung langkahnya ke bahagian simpanan barang. Diikuti dengan Haikal. Tapi mata Haikal tak lepas dari Ariana.


Abang tadi keluar semula dari ruangan belakang. Tempat duduk hadapan Ariana, dia labuhkan punggungnya. Sapu tangan dari kocek seluar dikeluarkan lalu mengelap sedikit peluh yang berada pada dahinya.


"Uish. Panas betullah. Ok dah ready?"


Ariana hanya menganguk.


"Abang perkenalkan diri dululah ye. Nama abang Syahrul, abang assistant manager kat sini. Sepatutnya ade lagi sorang yang handle awak tapi die offday pulak hari ni. Jadi abang akan ajar awak satu persatu." Ariana hanya setia mendengar apa yang diperkatakan oleh abang Syahrul tadi.


"Yang kau jadi patung cendana kat situ kenape Haikal?" TeguranSyahrul membuatkan Haikal berada dalam dunia nyata. Lantas membuatkan Ariana sedikit ketawa.


"Nak buat pickup line?" Syahrul mengagak. Dia cukup kenal dengan perangai setiap pekerjanya. Syahrul mula bulatkan biji matanya apabila Haikal masih lagi berdiri di situ.


Laju Haikal mengambil punch card nya untuk dimasukkan ke dalam mesin tersebut.


Amirul hanya ketawa.


"Kesian..."


Amirul ketawa lalu terus memasuki ruang dapur, manakala Haikal pula bertugas di bahagian barista. Tapi untung duduk kat barista, sebab barista betul-betul mengadap meja mereka berdua. Senang untuk Haikal curi-curi pandangan.


Syafina yang berada di kaunter bayaran mula meluat melihat Haikal yang asik melihat Ariana. Dia mula berjalan perlahan mendekati barista.


"Hai awak. Nanti rehat same boleh?" Syafina bermain mata dengan Haikal. Tapi tak diendahkan oleh Haikal.


Syafina mula geram. Tiga tahun dia bekerja di situ, tapi Haikal tidak pernah memandangnya. Pernah juga Syafina keluar makan dengan Haikal, tapi Haikal hanya menganggapnya sebagai kawan. Syafina kembali semula ke kaunter bayaran.


Ariana cuba faham setiap hidangan yang ada. Setiap perinci yang diperkatakan oleh Syahrul, Ariana mencatatkan dalam buku nota yang di bawa dari rumah.


"Ok, sekarang mari saya perkenalkan awak dengan staff lain." Ariana mengikuti Syahrul ke bahagian dapur.


"Ni dapur kitelah. Kalau makanan dah siap, diorang akan bunyikan lonceng dan awak sebagai pelayan akan ambil makanan tersebut jangan lupe tengok label dulu, meja mane. Then barulah awak hantar. Faham?" Terang Syahrul lagi.


"Yang ni Amirul, Fahmi dan Apul." Syahrul perkenalkan setiap nama yang berada di dapur. Mereka saling membalas senyuman.


Sesudah itu, mereka berpindah di bahagian barista. Hanya Haikal seorang sahaja, sebab hari ini hari biasa memang seorang sahaja yang bertugas di barista.


"Yang ni Haikal. Untuk hari ni die sorang jelah yang bertugas. Nanti hari lain awak jumpe pekerje yang lain pulak." Haikal merapikan pakaian dan rambutnya. Perlahan tangannya melambai pada Ariana. Ariana membentukkan sebaris senyuman pada Haikal.


Mereka berpindah pula ke bahagian kaunter kek dan kaunter bayaran.


"Yang ni Syafina." Ariana menghulurkan tangan di sambut oleh Syafina dengan senyuman yang kelat terukir dibibirnya.


"Saye Amira." Tak sempat Syahrul menyebut namanya, dia terlebih dahulu perkenalkan dirinya.


"Yang ni Amira, die ni peramah sikit. Amira jage bahagian kek. Nanti name-name kek awak boleh tanye die. Ok?"


"Ok." Jawab Ariana perlahan.


Azuwan yang baru sahaja pulang dari tandas kembali semula ke restoran.


"Azu, sini kejap." Panggil Syahrul. Azu yang sedang memakai apron perlahan berjalan ke arah mereka.


"Ye?"


"Ni Ariana pekerje barulah, nanti kau ajar die macam mane nak ambil order. Boleh?"


Azuwan memandang Ariana.


"Bang, saye gantikan tempat Azu boleh tak?" Haikal tiba-tiba datang.


"Kau pahal? Aku tumbok karang. Masuk balik tempat kau." Marah Syahrul. Azuwan hanya ketawakan Haikal yang buat-buat sedih.


"Saye bagi tahu mak saye." Haikal bergurau.


"Eh, mak kau tu mak aku jugak lah." Terbahak mereka semua ketawa.


"Abang dengan die adik beradik ke?" Tanya Ariana.


"Adik beradik same mak lain bapak."


"Oh..." Ariana mengangguk.


Azuwan mula mengajar Ariana sikit demi sedikit. Diperhatikan oleh Haikal dari belakang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.