Home Novel Cinta MEMORI
MEMORI
Black Rose
21/4/2022 23:48:19
2,366
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Hi to all novel lovers. Black Rose here. Do follow my ig: nazatulshima_96 and my facebook: nazatul shima (gambar anime perempuan baca buku) if you guys want any update regarding of the next chapter that gonna been release in Portal Ilham. XOXO. Love and Hug. 


Pagi-pagi lagi rumah Pak Rashid sudah kecoh. Urat-urat di sekeliling tengkuk Nur Farissha mula bertukar kehijauan. Tunggu sedikit masa lagi akan bertukar menjadi Hulk. Mencerlung matanya memandang Mak Ani. Jika boleh hendak ditelannya perempuan tua itu hidup-hidup! Matanya juga menjadi merah menyala kerana menahan perasaan marah yang sedang menjalar di segenap salur darahnya.

Buat kali pertama kalinya MakAni bertukar kecut. Dia tidak menyangka sama sekali yang Nur Farissha akan hilang kawalan. Jeritan dan caci maki daripada mulut Nur Farissha memenuhi ruang tamu rumah itu. Pak Rashid turut terkelu lidah melihat anak daranya.Perwatakannya menjadi sangat berbeza.

Ini semua kerana perkhabaran tentang abang angkat Mak Ani yang ingin memperisterikan Nur Farissha untuk menjadi isterinya yang ketiga. Mulanya, berat hati Pak Rashid ingin melepaskan anaknya itu. Sudahlah abang angkat Mak Ani itu tua 10 tahun dari umurnya dengan cucu juga sudah berderet, perut sudah memboroi ke depan. Itu belum dikira lagi hanya beberapa helai sahaja rambut di atas kepalanya. Tetapi apabila dipujuk rayu oleh Mak Ani dia akhirnya bersetuju. Ini juga untuk kesenangan anaknya di kemudian hari. Dia yakin yang anaknya akan mendengar kata. Sebaliknya pula yang berlaku.

“Kau ingat kau siapa orang tua? Suka hati mak bapak kau nak jodohkan aku dengan abang angkat kau si tua kutuk tak sedar diri tu. Suruh dia bertaubatlah! Rumah kata pergi kubur kata mari aku tengok. Ada nafsu lagi?” Nur Farissha menghambur segala amarahnya. Nasib si kutuk itu tidak mengikut mereka semua pulang. Jika tidak memang lunyai dia kerjakan. Seluruh tubuhnya mengigil kerana marah yang membuak-buak.

Pak Rashid cuba menenangkan keadaan.Dia bangun lalu menarik tangan Nur Farissha untuk duduk berbincang.

“Kita ni banyak terhutang budi dengan dia. Kau panggil dia si tua kutuk? Kau ni memang dasar tak tahu kenang budi! Dia tu kaya raya. Hidup kau juga yang senang.” Tempik Mak Ani pula tetapi ada getaran dalam suaranya kali ini. Terbayang akan duit yang bakal diterima daripada abang angkatnya itu jika dia berjaya mengahwini mereka berdua.

Terpampan Nur Farissha di situ kerana seolah-olah tidak percaya yang Mak Ani mengeluarkan kata-kata yang langsung tidak masuk dek akalnya. Siapa hutang siapa ni? “Helllooo!!! Kau anak beranak kau je yang terhutang budi dengan duit pada si kutuk tak guna tu! Hidup nak bermegah tapi tak sedar diri hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Cermin lah sikit diri kau yang macam dugong darat tu!” Nur Farissha melawan. Kali ini nak jadi apa...jadilah. TIDAK! Dia tidak rela sama sekali untuk menuntut kemahuan iblis dihadapannya ini. Mati hidup balik pun dia tidak akan menjadi isteri ketiga tua kutuk itu! Fullstop!

“NUR FARISSHA! Jangan jadi kurang ajar!” Akhirnya Pak Rashid bertempik mengejutkan Nur Haziqah dan Nur Syazwani yang sedang nyenyak tidur. Dalam keadaan mamai mereka bangun selepas mendengar vokal Ziana Zain dari Pak Rashid di ruang tamu.

Mak Ani tersenyum sinis apabila Nur Farissha dimarahi.“Itulah awak, saya dan cakap yang anak awak ni memang kurang ajar budaknya. Agaknya emaknya dulu tak ajar berbudi bahasa. Ini lah jadinya... tak tahu hormat orang tua.” Mak Ani memanaskan lagi suasana di ruang tamu itu. Sengaja suaranya dikendurkan untuk meraih simpati.

Elok sahaja Mak Ani menghabiskan ayatnya, penampar sulung Nur Farissha terus hinggap di pipi tua itu, Bukan setakat terteleng kepala,dengan badan Mak Ani sekali berpusing sebelum jatuh terduduk di atas lantai.

Nur Haziqah dan Nur Syazwani berlari mendapatkan emak mereka.

“Mak... mak...” Nur Haziqah memanggil sambil Nur Syazwani memangku emaknya yang sedang mengerang kesakitan. Darah mula mengalir di tepibibir Mak Ani.

“NUR FARISSHA!” Sekali lagi Pak Rashid bertempik. Pipi Nur Farissha ditampar. “Ayah tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar. Mana adab kamu dengan orang tua?” Marah Pak Rashid kepada anaknya. Baginya pelakuan anaknya itu sangat biadap.

Nur Farissha memegang pipinya bertukar kemerahan itu.Tajam matanya memandang ayahnya. “Dan ibu pun tak pernah ajar Farissha jadi kurang ajar. Suruh iblis tu cermin dulu diri sebelum bercakap!” Dengan hati yang pedih dia berlari ke arah pintu rumah dengan air matanya yang sudah kabur dek kerana air mata sudah bergenang di kelopak mata.

“Farissha...” Satu suara garau menegurnya di muka pintu depan rumah. Pak Uda yang sedang menjinjit kotak peralatan pertukangan itu sempat mengelak daripada Nur Farissha yang melulu keluar daripada dalam rumah. Berkerut dahinya apabila melihat keadaan Nur Farissha itu.

“Ayah ada dekat dalam.” Ujar Nur Farissha yang sedaya upaya menahan sebab bersama air mata yang ingin jatuh ke pipinya. Laju dia meninggalkan perkarangan rumahnya selepas menyarungkan selipar.

Pak Uda hanya memerhatikan sahaja sehingga Nur Farissha hilang daripada pandangan. Dia mengusap-usap janggut sejemputnya itu sebelum memberi salam menganggap tiada apa yang sedang berlaku.

 

 

 

Nur Farissha berlari tanpa arah tujuan. Dia hanya mengikut sahaja di mana kakinya melangkah. Dalam sedar atau tidak, kakinya itu membawanya ke tepi pantai dan dia mengambil keputusan untuk berteduh seketika di bawah pokok ara di situ. Ikatan rambutnya diketatnya.

Leka dia melayan perasaan. Dia penat! Terlampau penat! Angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa mula membuatkan matanya sedikit berat. Kepalanya disandarkan di pokok dan sedikit demi sedikit matanya tertutup dengan sendiri.

“Ala Pa, Farissha tertinggal t-money dalam biliklah.” Beritahu Nur Farissha kepada ayah angkatnya yang sedang duduk di lobi hotel itu. Dia yang masih lagi cuba mencari kad itu mengeluh kerana sudah malas ingin naik ke bilik hotel.

Dia dan keluarga angkatnya itu sedang bercuti di Korea Selatan. Hari ini sengaja mereka ingin menaiki pengangkutan awam di sini kerana jadual pada hari ini hanyalah berjalan-jalan di sekitar Seoul sahaja sebelum mereka pulang semula ke London.

“Pergilah ambik dulu. Mama kamu pun belum turun lagi.” Ujar Dato’ Hassan kepada Nur Farissha dengan senyuman manis. “Alang-alang kamu suruh mama kamu turun sekali. Lama sangat bersoleknya.” Tambahnya lagi sambil menghulurkan kad akses bilik.

Nur Farissha tertawa sambil mengangguk. Selepas mencapaikad t-money yang terletak di atas meja solek dia terus berlaluke bilik mamanya. Perlahan pintu bilik hotel itu dibuka untuk memberikan kejutan untuk emak angkatnya. Berhati-hati dia melangkah menuju ke arah pintu bilik yang separuh terbuka itu...

“Itulah yang aku beritahu kau ni. Aku dah pening nak bagi alasan apa dekat Farissha.” Nur Farissha berhenti di sebalik pintu itu dan mendengar emak angkat itu berkali-kali mengeluh sebelum menyambung kembali perbualannya.

“Macam ni lah Clown, kau bagi aku peluang nak perjelaskan semuanya pada Farissha. Kita tak boleh terus menerus rahsiakan semua ni. Bukan sahaja pada Farissha, tapi pada mereka semua. Habis tu sampai bila Joker nak rahsiakan yang Rashid tu bukan ayah kandung Farissha? Dia berhak untuk tahu.”

Terasa seperti terkena panahan petir tubuh badan Nur Farissha mendengar bait-bait perkataan yang dituturkan oleh emak angkatnya itu. Kedua-dua kakinya seakan dipaku di hadapan bilik itu. Serasa matanya seakan berpinar-pinar kerana kejutan yang melampau. Tangannya yang mengigil menekup mulutnya yang sedikit ternganga kerana masih terkejut mendengarnyanya...

Spontan dia tersedar. Peluh merecik di dahinya. Jantungnya berdetap dengan laju seperti baru lepas marathon. Penglihatannya kabur seketika apabila air mata jatuh tanpa dipinta. Dia menarik nafas lalu dihembuskan perlahan-lahan. Berkali-kali dia membuatnya. “Joker...Clown...” satu persatu dia menyebutnya.

Kejap dia memegang kepalanya. Kenapa nama itu seakan-akan biasa didengarinya? Terasa sayup-sayup di tepi telinganya. Lamaaa dulu...

Nur Farissha sedapa upaya mengimbas memorinya untuk mengingatinya tetapi itu sangat sukar kerana memori itu sangat lama dan mungkin dia tersilap. Kejap dia memegang kepalanya. Kosong pandangannya memandang ke arah laut biru.

Keluhan dilepaskan sambil meraut wajahnya berkali-kali.Kemudian, dia termenung di bawah pokok ara itu sambil ditemani angin yang semakin menderu meniup anak-anak rambutnya. Nur Farissha sedar, apa yang dibuat tadi berdosa. Meninggi suara, mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Tapi Mak Ani sudah melampaui batas. Dia tahu yang emak tirinya itu ingin memusnahkan hidupnya. Firasatnya sangat kuat mengatakannya. Jelas dapat dilihat api dendam yang marak di dalam anak mata Mak Ani setiap kali mata mereka bertentang. Kemarakan itu seolah-olah tidak mungkin akan terpadam. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Tetapi kali ini amat berat bunyinya.

Nur Farissha bangun dan mengibas-ngibas pasir pantai pada seluarnya. Anak rambutnya dikemaskan sambil langkahnya terhenti apabila melihat Nur Syazwani berjalan menuju ke arahnya.

“Kenapa kau tampar mak?” Nur Syazwani bertanya keras sambil memandng ke arah kakak tirinya tanpa berkelip.

“Sebab mak kau tu dah lama tak makan penampar. Tu yang makin naik lemak sekali lemak dalam badannya jugak!” Sinis Nur Farissha membalas. Dia sudah cukup penat berlagak lemah!

Giliran Nur Syawani pula melepaskan keluhan seolah-olahdia sedang berlawan dengan dirinya ketika ini. “Mesti pasal perkahwinan tu kan?” Tanya Nur Syazwani sambil mengepal kedua-dua tangannya.

“Tahu pun. Mak kau pandai-pandai aturkan kenapa? Nak bayar hutang budi? Elok dia kahwinkan aje dengan Si Jiqah tu.” Nur Farissha terus berpusing untuk berlalu dari situ secepat mungkin. Takut makin dilayan adik tirinya makin sakit hatinya.

“Emak memang ada niat nak hancurkan hidup kau. Sebab tu dia nak jodohkan kau dengan Pak Murad tu. Biar hidup kau merana. Lagipun memang Pak Murad nak kahwin dengan kau untuk dijadikan pemuas nafsu dia je.” Luah Nur Syazwani. Itulah apa yang dia dengar di rumah Pak Murad minggu lepas.

Nur Farissha terpampan di situ. Terasa seperti badannya terkena renjatan elektrik mendengar perkhabaran itu. Tubuhnya seakan-akan boleh rebah bila-bila masa sahaja di situ mendengar setiap patah perkataan yang dilontarkan oleh Nur Syazwani.

“Apa... apa... kau cakap... kan ni?” Hampir tidak terkeluar suara Nur Farissha. Sukar untuk dia mempercayainya.

Tiga hari dari sekarang, Pak Murad bercadang untuk menginap dekat rumah kita dan pada malam tu nanti mak akan hantar kau air. Dalam air tuada ubar tidur untuk buat kau khayal. Mak dan Pak Murad dah lama berpakat untuk kenakan kau. Jadi, ayah mesti tak ada pilihan lain melainkan kahwinkan kau dengan Pak Murad untuk menutup malu.” Panjang lebar Nur Syazwani menerangkannya. Tidak berkelip matanya memandang kakak tirinya yang masih membatu di situ.

Sungguh Nur Farissha terpampan di situ kebingungan. Hatinya terasa sangat pedih. Wujud lagi rupanya iblis bertopengkan manusia seperti itu?

“Pak Murad tawarkan RM50,000 dekat mak. Walaupun kau akan tolak pinangannya, sekurangnya dia nak tidur dengan kau semalam. Dan tujuan mak adalah untuk ayah membenci kau. Selamanya!” sambungnya lagi sambil menunggu reaksi dari NurFarissha.

 Nur Farissha masih lagi tidak memberikan reaksi. Banyak perkara yang bermain di dalam fikirannya di saat ini. Kepalanya sedikit berdenyut.

“Tapi kenapa?” Kenapa kau beritahu aku semua ni? Bukan kau akan bertepuk tangan ke kalau semua perkara tu terjadi? Tajam matanya memandang adik tirnya. Adakah itu juga salah satu dari tipu muslihat mereka?

“Kau anggap je akau bayar hutang yang tertunggak dengan kau. Jadi sekarang kita seri. Aku tak berhutang dengan kau dan kau pun tak berhutang dengan aku.” Nur Syazwani menelan air liur sebelum kembali bersuara. “Aku... nak ucapakn terima kasih sebab selamatkan aku tempoh hari. Kalau tak ada kau, tak tahu lah apa yang akan terjadi pada aku sekarang. Terima kasih Kak Farissha.” Dia akhirnya melemparkan sebuah senyuman kepada kakak tirinya itu.

Hati Nur Farissha tersentuh mendengar ayat terakhir adik tirinya. Betul lah kata orang. Buat baik dibalas baik. Terbayang di matanya peristiwa 2 bulan yang lalu sewaktu dia baru balik menjual nasi jualan. Pada hari itu dia pulang ke rumah lewat dari kebiasaannya kerana hujan lebat berserta guruh kuat. Jadi dia mengambil keputusan untuk berteduh di bawah pokok. Kebetulan di bawah pokok itu terdapat pondok kecil untuk para nelayan biasanya berteduh selepas balik dari laut jika jeti sesak dengan pembeli. Deruan angin pantai menyapa pipinya. Sejuk!

Dia tidak takut berada di situ kerana jeti tempat lepak para nelayan berada tidak jauh dari situ. Cahaya lampu dari jeti itu juga mengenai pondok dia berteduh. Di seberang jeti itu pula terdapat sebuah hotel yang tersergam indah. Terlihat beberapa orang nelayan sedang duduk bersantai di jeti itu menghisap rokok sampai pekena air kopi panas.

“Sejuknya. Bila lah hujan nak berhenti ni?” Nur Farissha berpeluk tubuh untuk menahan kesejukan. Hujan ditambah lagi deruan angin pantai membuatkan sejuknya sampai ke tulang. Azan maghrib baru sahaja berkumandang tetapi masih tiada tanda hujan akan berhenti dalam waktu yang terdekat. Langit yang sudah tersedia gelap semakin gelap. Dia memandang ke arah pantai sambil mengesok ke dalam sedikit untuk berlindung daripada tempias air hujan.

“TOLONG... TOLONG... TOLONG!!!”

Nur Farissha memandang sekeliling apabila telingnya menangkap satu suara meminta pertolongan. Suara itu berselang seli dengan bunyi guruh yang semakin kuat. Kilat juga sabun menyabung.

“TOLONG...”

Dia mendengar lagi. Pantas dia turun dan menyarungkan seliparnya. Tidak dipedulikan langsung dengan hujan lebat itu. Pakaiannya sudah lencun. Jadi apa bezanya. Dia memasang telinga untuk mencari arah suara itu.

“TOLONG... TOLONG...”

Jeritan suara itu bertentangan dengan kawasan jeti. Dalam keadaan hujan lebat dan guruh yang mengganas mustahil untuk para nelayan mendengar jeritan itu. Nur Farissha mula mencari tanpa hala tuju.

“LEPASKAN AKU... LEPASKAN AKU...TOLONG...” Suara itu menjerit untuk kesekian kalinya. Dia ingin menolong...tetapi dia tidak tahu dari mana suara itu datang. Matanya liar memandang keadaan sekeliling. Apa yang dia nampak hanyalah kegelapan hujan yang turun membasah bumi. Kakinya terus berjalan untuk mencari suara itu sehinggalah dia ternampak sebuah kereta terletak agak tersorok di kawasan semak samun dan tepat masa itu suara itu kedengaran lagi. Tapi kali ini sangat jelas di telinga Nur Farissha.

Dia lari seperti orang gila meredahhujan lebat... “Woi! Lepaskan dia.” Nur Farissha melihat seorang perempuan sedang begelut dengan dua orang lelaki. Salah seorang daripada lelaki itu cuba untuk mengoyakkan baju perempuan itu dan lagi seorang memegang kedua-dua pergelangan tangan dan kakinya. Kilat yang sedang memancar itu membuatkan diadapat melihat dengan jelas siapa perempuan itu.

Ya Allah. Wani. Berderau darah Nur Farissha. Dalam hujan pun kau ada nafsu ke? Elok kena panah petir sekali. Sempat hatinya mengutuk. Mencerlung matanya memandang ke arah lelaki itu.

“Kau tengok tu Bad, ‘lauk tambahan’.” Ujar pemuda itu kepada kawannya. Nur Syazwani masih berusaha untuk melawan.

Pemuda itu berhenti menggoyakkan baju Nur Syazwani dah menuju ke arah Nur Farissha. “Lawa cik adik ni. Nak  temankan abang juga ke malam ni?” Senyuman pemuda itu menaikkan api kemarahan Nur Farissha.

Tanpa bercakap banyak terus Nur Farissha menghayunkan penumbuknya ke arah pemuda itu. Tepat mengenai dadanya. Terbatuk-batuk pemuda itu menahan kesakitan. “Malam kepala hotak kau! Tak dengar orang baru lepas azan maghrib? Tak takut kena panah petir ke?” Marah NurFarissha.

Pemuda yang seorang lagi mula melepaskan Nur Syazwani dan terus menyerang Nur Farissha. “Tak guna punya perempuan.” Ujarnya sambil menendang perut Nur Farissha sekuat hati. Tidak sempat Nur Farissha mengelak. Terasa senak perutnya bukan kepalang. Pemuda itu mula menerkam ke arah Nur Farissha untuk menjatuhkkannya tetapi sempat dielak. Dalam pada itu dalam keadaan terlentang Nur Farissha menendang ke arah perut pemuda itu pula. Tercungap-cungap nafasnya.

Akhirnya mereka bertiga berdiri menghadap antara satu sama lain. Nur Syazwani sudah terkulai layu di dalam semak samun itu kerana sudah kehabisan tenaga. Teresak-esak dia menangis disitu seolah-olah redha dengan apa yang bakal terjadi pada dirinya nanti. Dia masih tidak menyedari kehadiran Nur Farissha di situ kerana sudah tenggelam didalam dunianya.

“Siapa sial perempuan ni?” ujar pemuda itu dalam keadaan yang termengah-mengah. Hujan masih lagi turun dengan lebat bersama guruh dan kilat yang bercantum menjadi satu.

Bukan budak kampung ni. Bisik Nur Farissha. Walaupun baru tiga bulan sejak dia kembali ke kampung itu, dia sudah dapat menghafal wajah setiap orang kampung di situ. Matanya memandang mereka silih berganti untuk berjaga-jaga. Sesekali dia mengerling ke arah Nur Syazwani untuk melihat keadaannya.

Apabila mereka berdua menyerang serentak, Nur Farissha menendang pemuda yang dipanggil Bad betul-betul dikemaluannya menyebabkan pemuda itu tercampak dan mengerang kesakitan. Dengan kudrat yang ada dia menahan serangan dari kawan Bad dan sepantas kilat mengunci leher pemuda itu.

“Kalau kau nak kawan selamat... blahh dari kampung ni!” Jerit Nur Farissha sekuat hati. Nafasnya deras. Garang riak wajahnya memandang tepat ke arah Bad yang masih melutut menahan kesakitan.

Pemuda yang dipanggil Bad itu hanya mampu memandang sambil mengerutkan dahinya melihatkan kawannya yang seperti nyawa-nyawa ikan.

Apabila tiada sebarang jawapan...Nur Farissha menguatkan lagi cengkamannya. Pemuda itu terbatuk-batuk minta dilepaskan. Mukanya juga sudah bertukar menjadi pucat.

“Kami pergi. Lepaskan dia.” Bad akhirnya menyerah dan dengan bersusah payah dia bangun untuk berdiri apabila dia sedar yang Nur Farissha tidak bermain dengan kata-katanya.

Nur Farissha menolak pemuda itu lalu tersungkur betul-betul di hadapan Bad. Dalam keadaan itu, mereka berdua lari lintang pukang. Yang tinggal hanyalah bunyi enjin kereta yang dihidupkan dan deruan enjin yang semakin menghilang.

“Kau tak apa-apa Wani?” Nur Farissha mendapatkan adik tirinya. Cemas kedengaran suaranya. Dia meneliti badan Nur Syazwani jika terdapat kesan luka akibat pergelutan tadi.

Nur Syazwani masih lagi menangis. Apabila Nur Farissha cuba untuk memegangnya, dia menepis kasar lalu menjerit kembali. “LEPASKAN AKU... LEPASKAN AKU...” Matanya terpejam rapat kerana terlalu takut. Dia sudah membayangkan dirinya yang bakal ‘dikenduri’ oleh dua orang pemuda itu.

“Ni aku Wani! Farissha! Bukak mata kau.” Nur Farissha bersuara lagi. Suaranya agak tenggelam timbul kerana hujan dan bunyi guruh yang semakin menggila. Di dalam fikiran Nur Farissha dia hanya ingin membawa Nur Syazwani keluar dari semak itu. Lebih cepat dia bawa dari semak itu lebih baik.

Perlahan-lahan Nur Syazwani membuka matanya dan serta merta memeluk erat kakak tirinya. Teresak-teresak dia menangis di bahu Nur Farissha. Terasa badannya yang sedang menggeletar ketakutan sewaktu dia memeluk Nur Farissha.

Nur Farissha terpaku seketika. Setelah itu perlahan dia mengusap belakang badan Nur Syazwani lembut untuk menenangkannya. Dia menolong adik tirinya bangun dan memapah Nur Syazwani ke pondok kecil tadi untuk mereka berdua berteduh. Tambahan lagi, tiada tanda hujan akan berhenti dalam masa terdekat. Mungkin akan berlarutan sampai ketengah malam. Jika itu terjadi, nak tak nak mereka berdua terpaksa meredah hujan untuk balik ke rumah. Perkara yang paling penting sekarang adalah menenangkan Nur Syazwani terlebih dahulu.

Nur Syazwani duduk di atas pondok itu sambil berpeluk tubuh. Sisa tangisannya masih kedengaran. Nur Farissha tidak berhajat untuk bertanyakan lebih lanjut. Dia hanya membiarkan sahaja Nur Syazwani menenangkan dirinya. Sekilas dia memandang baju adik tirinya yang terkoyak di bahagian bahu membuatkan Nur Farissha membuka sweater yang dipakainya dan diperah dahulu sebelum disuakan kepada Nur Syazwani.

Dengan tangan yang terketar-ketar Nur Syazwani mengambilnya. Suara tangisan Nur Syazwani silih berganti dengan dentuman guruh di langit. Nur Farissha menepuk lembut bahu adik tirinya sambil memegang perutnya yang masih terasa senak. Padu betul tendangan pemuda itutadi. Confirm lebam. Dayus punya jantan. Kutuknya di dalam hati.

Okay lah. Aku balik dulu.”Suara Nur Syazwani menyedarkan Nur Farissha dari lamunannya. Nur Syazwani terus berlalu dari situ meninggalkan kakak tirinya yang masih terpinga-pinga. Apabila sudah jauh dari pandangan Nur Farissha, dia berhenti seketika sambil memegang dadanya. Nafas di tarik sedalam-dalamnya. “Kau dah lakukan perkara baik Wani...perkara baik...” Ulangnya berkali-kali. Hatinya terasa lapang kini. Semoga ada sinar hidayah untuknya di kemudian hari. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Black Rose