Home Novel Cinta Takdir Cinta
Takdir Cinta
nurshaza
7/4/2020 12:14:31
5,133
Kategori: Novel
Genre: Cinta
TCAKHIR

Tangan Khai digenggam kuat oleh aku. Bayi pertama sudah selamat aku lahirkan berjantina lelaki. Kini, perutku mula sakit untuk melahirkan bayi aku yang kedua. Berhempas pula aku meneran. Khai mengusap-usap rambutku lembut sambil membacakan ayat-ayat menenangkan aku. Beberapa minit kemudian lahirlah seorang lagi putera kami. Aku dan Khai mendapat dua putera kembar seiras. Tangisan dua putera membuatkan aku gembira tidak terkata. Sakit melahirkan terus hilang apabila memandang kedua-dua wajah putera kami. Nurse mula menguruskan putera kembar aku dan doktor memeriksa keadaanku. Khai masih lagi mengusap lembut rambutku.

"Abang...perut sayang...sakit lagi... Ya Allah sakitnya abang..." rintih aku sambil menggenggam kuat. Khai panik dan segera doktor mendapatkan aku.

"Ya Allah, Puan bukan mengandung kembar dua tetapi tiga! Mungkin semasa check up bayi yang ketiga tak nampak! Ini satu keajaiban!" kata doktor itu dan terus membantu aku. Ketiga kalinya lagi aku menghempas pulas meneran kerana sakit yang terakhir ini amatlah memeritkan sehingga tidak boleh dikatakan apa-apa. Tenaga aku semakin kekurangan. Doktor menyuruh aku meneran lagi apabila kepala bayi sudah mahu keluar. Khai memberikan aku semangat dan aku meneran kuat.

"Tahniah puan! Bayi ketiga perempuan!" Khai menangis kegembiraan sambil mengucup dahiku lama. Aku hanya tersenyum lemah tidak lagi berdaya. Tidakku sangka Allah memberikan aku satu kebahagiaan yang tidak terucap lagi.

Selepas semuanya sudah selesai, aku dipindahkan ke wad bersalin biasa secara privasi atas permintaan Khai. Rina dan along setia menunggu aku dan Khai di dalam wad. Iskandar bermain-main dengan Ayesha dan Affan. Aku hanya tersenyum apabila Rina terlalu teruja melihat kecomelan putera dan puteriku.

"Ya Allah Fiya kuatnya kau lahirkan secara normal. Satu kekuatan yang luar biasa. Comel-comel dorang ni. Geram aku! Tak sabar pulak aku nak tengok baby aku sendiri..." aku hanya tersengih. Selepas kejadian itu beberapa minggu kemudiannya, Rina disahkan hamil sebulan lebih dan yang lucunya, along menjadi mangsa alahan mengandungnya sama seperti Khai dulu. Bukan main Khai menyakat si along. Sekarang kandungan Rina sudah berusia 6 bulan lebih. Mukanya pun sudah semakin montel, kuat makan katanya sejak mengandung padahal dari dulu memang kuat makan.

"Apa nama-nama triplets ni?" tanya Rina teruja memandang aku dan Khai disebelah.

"Nama semua dah ada, cantik-cantik punya..." seloroh Khai. Rina ketawa besar.

"Tengku Luth Kaisar, Tengku Luth Khalish dan Tengku Luthfia Kaisara." terkejut Rina mendengar aku menyebutkan nama-nama anak-anak aku.

"Allah. Macam mana aku nak ingat. Nickname manja?" serentak kami ketawa.

"abang ngah, abang chik dan Sara... Iskandar dah jadi abang long..." jawab Khai. Rina ketawa terkekek-kekek. Iskandar menepuk tangannya ketawa kegembiraan tak lama lagi usianya akan meningkat ke-3 tahun.

"Abang! Ayesha nanti jadi kak long, Affan abang ngah dan baby dalam perut Rina ni!" aku ketawa melihat gelagat manja Rina dan along. Tiba-tiba Sara menangis kuat sepantas kilat Khai mengendong si kecil itu. Iskandar turut sibuk mahu memujuk adik perempuannya. Kaisar dan Khalish masih lena lagi tidur sedikit pun tidak terganggu dengan tangisan Sara.

Bersyukur sangat sehingga tidak terhingga aku ucapkan kepada Yang Maha Esa kerana memberikan aku kebahagiaan yang tiada tandingannya. Walaupun aku kehilangan orang yang aku sayang, aku masih lagi boleh tersenyum dan berbahagia disamping suami tercinta dan anak-anak. Pada masa yang sama aku berasa kasihan dengan kehidupan Dhani yang kini dia ditempatkan di hospital pusat pemulihan mental. Dia sudah tidak seperti dulu, dia sudah tidak kenal dirinya sendiri dan tidak kenal aku dan Rina tetapi mulutnya sentiasa menyebut nama aku. Dia ketawa seorang-seorang sambil bergurau senda sendirian menyebut nama aku, Rina dan Ifa. Doktor mengesahkan otaknya sekarang hanya mengingati memori lama. Jangka masa untuk pulih mengambil masa yang agak lama. Aku sungguh sedih dengan keadaanya sekarang kerana percayakan fitnah orang diri sendiri menjadi teruk. Ifa pula selepas kematian Rian, dia ditawarkan oleh Khai sendiri untuk duduk di rumah Khai sewakan. Rupa-rupanya Dhani sudah mempunyai anak bersama Ifa dan anak mereka kembar lelaki seperti di dalam gambar yang aku lihat tempoh hari manakala bayi yang baru lahir itu adalah anak Rian dan Ifa. Kini kebajikan anak-anak itu ditanggung sepenuhnya oleh kerelaan along dan Khai. Ifa sekarang sudah semakin rapat dengan aku dan Rina. Dia kesal dengan perbuatannya dulu menyebabkan memakan dirinya sendiri. Satu perasaan dinamakan iri hati terdetik di dalam hati sekelip mata boleh menghancurkan diri sendiri. Aku berdoa supaya perasaan itu dijauhkan dari aku sekeluarga.

"Sayang...jauhnya termenung...sampaikan abang panggil langsung tak dengar..kesian abang ni tak ada siapa layan...princes dengan princess dah tidur..." aku tersedar dari lamunan apabila Khai menarik lembut bahuku sambil memuncungkan mulutnya. Ya Allah jauh sungguh aku termenung mengenang kisah lalu.

"Maafkan sayang...sayang tiba-tiba teringatkan kisah lalu..." aku memeluk leher Khai dan mengucup pipinya lembut. Dia ketawa kemudian mengenyit mata nakal. Aku memukul bahunya manja.

"Abang...triplets baru nak masuk setahun...bagilah sayang bernafas dulu..." ngadu aku. Khai ketawa manja kemudian menggeletek leherku kegelian.

"Dah janjikan nak bagi abang anak ramai boleh buat satu team!" aku membulatkan mata apabila mendengar permintaan Khai.

"Ish abang ni!" Khai ketawa terkekek kemudian membuat mimik muka manja sengaja mencairkan hati aku nak tak nak kenalah layankan suami yang memang manja ni....

Tengku Aidan Al Fatih, sekiranya saya tak mengenali awak saya rasa saya takkan dapat hidup bahagia walaupun awak tiada disamping saya. Kehadiran awak di dalam hati saya sangat bermakna sehingga ke hari ini. Awak tak pernah saya lupakan. Saya sayang awak sangat-sangat. Kini, doa awak termakbul untuk melihat saya bahagia bersama abang awak. Terima kasih, Aidan...



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza