Home Novel Cinta Aku Ingin Bahagia
Aku Ingin Bahagia
Kasturi Madu
25/2/2021 22:37:27
1,436
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4
"Assalamualaikum..."


Laungan seseorang menyentakkan seisi rumah yang sedang leka menikmati sarapan pagi. Masing-masing mula berkerut pelik.


"Siapa yang datang pagi-pagi ni mak?" soal si anak. 


Puan Laili merupakan ibu tunggal yang sudah kematian suaminya akibat menderita sakit buah pinggang. Kini dia tinggal bersama anak sulungnya bernama Azhar Hakimi. 


Azhar yang berkerja sebagai seorang anggota polis berpangkat sarjan sudah pun menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita bernama Siti Zahirah. Mereka berdua masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah hampir satu tahun mendirikan rumah tangga. 


Namun hal ini tidak langsung menjadi masalah bagi mereka mahupun Puan Laili. Kerana mereka yakin rezeki untuk mempunyai cahaya mata itu pasti akan dapat dirasai suatu masa kelak nanti. 


Pada mulanya Jannah mahu Puan Laili tinggal bersama-sama dengannya namun ditolak sekerasnya oleh wanita tua itu. Bagi Puan Laili biarlah dia menghabiskan sisa-sisa tuanya tinggal dirumah peninggalan arwah suaminya kerana dirumah itulah terdapat perbagai kenangan suka dan duka yang dia telah corakkan bersama arwah suaminya suatu ketika dulu. 


"Entahlah mak pun tak tahu," jawab Puan Laili. 


"Takpe biar Irah yang pegi tengok. Mak dengan abang duduklah makan dulu," usai berkata Zahirah laju bangun dan meninggalkan meja makan. 


Beberapa minit kemudian Zahirah muncul diruangan dapur bersama Jannah yang masih tidak lekang dengan senyuman manis. 


"Assalamualaikum mak.." tangan dihulur bagi bersalaman dengan ibu tersayang. 


"Eh.. Waalaikumsalam.. Laa kamu rupanya Jannah. Mak ingatkan sape yang datang tadi," tangan Jannah disambut mesra oleh Puan Laili. 


"Hehe.. Saja datang melawat mak.. Ehh along tak kerja ke hari ni?" soal Jannah apabila sedar akan keberadaan si abang kandungnya. Tangan dihulur kepada Azhar untuk bersalaman. 


"Along shift malam hari ni.. Ni Jannah datang dengan sape?" soal Azhar. 


"Haah Jannah kamu datang sorang je ke? Farhan mana?" soal Puan Laili pula. 


"Jannah datang sorang je mak, along. Farhan keja. Saja bosan-bosan takde buat apa dekat rumah tu Jannah datang sini.." jawab Mawar. 


"Yelah.. Ni kamu dah makan? Jomlah makan sekali. Kak Irah kamu masak nasi minyak pagi ni," pelawa Puan Laili. 


"Wahh.. Nasi minyak.. Rajin betul Kak Irah masak nasi minyak pagi-pagi macam ni.." ucap Jannah teruja.


"Abang Azhar semalam katanya teringin nak makan nasi minyak tu yang akak masakkan untuk sarapan pagi ni. Jannah duduklah sekali kita makan sama-sama," ajak Zahirah pula.


"Jannah kenyang lagi pagi tadi makan dengan Farhan.. Mak dengan abang dan akak makan lah dulu.." ujar Jannah.


"Hmm yelah..." jawab Puan Laili.


"Hmm... Mak boleh tak kalau Jannah nak mak buatkan kuih koci. Jannah teringinlah nak makan," pinta Jannah lembut. 


Puan Laili menggelengkan kepalanya. Azhar dan Zahirah tersenyum suka melihat sikap manja Jannah. 


"Ni mesti mengidam kan?" soal Puan Laili. 


Laju Jannah mengangguk manja. 


"Boleh tak mak?" soal Jannah berharap. 


"Mak boleh buatkan tapi mak rasa kena pegi kedai cari bahan-bahan dulu. Mak rasa bahan nak buat kuih tu takde dekat dapur," jawab Puan Laili. 


"Okay yang tu mak jangan risau. Nanti Jannah temankan mak pegi beli bahan-bahan tu semua," ujar Jannah ceria. 


"Kak Irah boleh temankan mak dengan Jannah sekali," sampuk Zahirah. 


"Haa kalau macam tu elok jugak," sokong Puan Laili. 


"Yeayy.. Terima kasih mak, terima kasih Kak Irah..." teruja Jannah. 


"Sama-sama dik.." sahut Zahirah sambil tersenyum manis. 


"Hmm.. Kalau macam tu Jannah naik atas dululah ya..." ucap Jannah. 


"Iyelah.. Hati-hati.." 


"Baik mak..." 


Jannah segera meninggalkan ruang makan dirumah itu dan segera berlalu ke bilik tidurnya.



°°°°°



Idham memarkirkan kereta mewahnya ditempat letak kereta yang telah disediakan. Kaki dibawa laju melangkah masuk ke dalam sebuah rumah agam milik keluarganya. Setelah hampir berbulan lamanya dia tidak menjejakkan kakinya di rumah itu kini dia pulang setelah diminta beberapa kali oleh ibunya.


Kaki melangkah dengan penuh bergaya masuk ke dalam rumah agam itu. Senyuman manis yang diberikan salah seorang pekerja dirumah keluarganya itu tidak dihiraukan oleh Idham. Mata mengerling ke sekeliling mencari kelibat sang ibu tercinta.


"Mama aku mana?" soal Idham tanpa berbasa basi.


"Datin ada dekat taman belakang tuan muda," ucap wanita lingkungan 30an yang dikenali sebagai Salmah. Salah seorang orang gaji dirumah agam itu.


Tanpa pamitan laju kaki dibawa menuju ke arah tempat yang telah diberitahu. Tersungging senyuman dibibirnya apabila melihat figura sang ibu yang sedang sibuk dengan tanamannya. Kaki dibawa mendekati wanita separuh abad itu.


"Mama..." sapa Idham lembut.


Datin Hanis yang mendengarkannya laju menoleh ke arah belakang. Terbit senyuman manis dibibir wanita itu.


"Balik dah pun anak bujang mama sorang ni.." ucap Datin Hanis lembut.


"Sorry lama Ham tak balik. Ham sibuk sikit dekat office tu," ujar Idham beralasan.


"Iya mama faham anak mama ni Perdana Menteri ke sepuluh sebab tu sibuk manjang," perli Datin Hanis.


"Hehe.. Ada apa mama panggil Ham balik sini?" soal Idham.


"Haii mama nak jumpa anak sendiri pun tak boleh ke?" soal Datin Hanis laju.


"Bukan tak boleh tapi mama tahukan Ham ni sibuk. Banyak kerja dekat office tu,"


"Ham ni sibuk dengan kerja ke sibuk dengan perempuan simpanan Ham tu?" sinis Datin Hanis menyoal.


Membulat mata Idham seketika. Ketawa hambar diberikan cuba menutup rahsia hitamnya itu.


"Apa mama merepek ni. Ham sibuk dengan kerja-kerja Ham jelah," dalih Idham.


"Ham jangan macam-macam ya. Mama tak nak Ham buat perangai tak senonoh belakang papa dengan mama. Jaga nama baik keluarga kita ni baik-baik. Kalau mama tahu Ham buat perkara tak elok belakang kami, mama takkan teragak-agak nak kahwinkan Ham dengan calon pilihan mama. Ham nak kena kahwin paksa?" ugut Datin Hanis.


Laju Idham menggelengkan kepalanya. Berkahwin dengan pilihan keluarga adalah sesuatu yang sangat dia tidak mahu.


"Mama jangan risaulah. Ham takkan malukan keluarga kita.. Lagi pun Ham tahu lagi batasan semua tu," ucap Idham cuba menyembunyikan sisi gelapnya daripada pengetahuan sang ibu.


Idham yakin sekiranya Datin Hanis tahu akan segala aktiviti liarnya itu pasti sang ibu akan begitu kecewa. Silap-silap dia bakal dibuang keluarga kelak. Namun Idham masih juga tidak ada tanda-tanda bakal berubah. Baginya dunia gelapnya terlalu indah untuk ditinggalkan.


"Baguslah kalau Ham dah cakap macam tu. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Mama tak nak esok lusa dengar cerita kata Ham ada buat perangai tak elok belakang mama ataupun papa. Kalau dah gatal sangat kahwin terus. Jangan seronok sangat buat maksiat." tegas Datin Hanis.


Kata-kata sang ibu ibarat belati tajam yang menusuk ke dalam hatinya. Riak wajah dikawal sebaik mungkin. Risau jika mendatangkan curiga buat si ibu.


"Yelah mama.. Ham akan ingat kata-kata mama tu. Hmm.. Papa dengan Irdina mana mama?" soal Idham yang cuba mengubah topik perbualan diantara mereka berdua.


Datin Hanis melabuhkan punggungnya disebuah kerusi kayu yang terletak tidak jauh daripada taman sayuran dan bunga-bungaan yang ditanamnya. Air teh O dicicip sebelum menjawab pertanyaan anak lelakinya itu.


"Papa kamu pagi-pagi lagi dah keluar katanya ada meeting pagi ni. Irdina ada kelas pagi ni. Tu yang sunyi je rumah ni," jawab Datin Hanis.


Idham mengangguk faham. Dia kini sudah melabuhkan duduk berhadapan sang ibu. Kuih cucur badak yang terhidang diatas meja dicapai dan disuakan ke dalam mulut.


"Patutlah sunyi je rumah ni," ucap Idham.


"Ham hari ni teman mama boleh?" pinta Datin Hanis.


"Teman mama ke mana? Mama ada nak pegi mana-mana ke?" soal Idham pelik.


"Teman mama beli barang dapur sikit. Hari ni Ham lunch dekat sini ya. Lagi pun mama bosan takde kawan."


"Bukan biasanya mama suruh Mak Dah je kan yang pegi belikan barang-barang dapur tu semua? Biasanya mama tak suka buat kerja-kerja leceh tu semua," pelik Idham.


"Memanglah tapi Mak Dah cuti seminggu balik kampung. Anak perempuan dia bersalin. Alaa lagi pun bukan selalu pun kan kamu temankan mama. Bila lagi mama nak habiskan masa berdua dengan kamu. Ke kamu tak sudi nak temankan mama?" duga Datin Hanis.


"Eh Ham okay je.. Bila mama nak pegi?" soal Idham laju.


"Kejap lagi lah. Bagi mama naik atas bersiap dulu," ucap Datin Hanis.


"Iyalah mama...."


Datin Hanis sudah tersenyum sendiri. Salah satu sikap Idham dia sememangnya tidak akan pernah mengecewakan ratu hatinya itu. Apa saja yang Datin Hanis mahukan dia pasti akan tunaikan walaupun kadangkala dia melakukannya secara terpaksa sekalipun.



°°°°°



"Terima kasih..."


Selesai membayar segala barangan yang dibeli Jannah segera berlalu ke arah Puan Laili yang sudah menunggu kedatangannya disalah sebuah kerusi yang berada dipasaraya besar itu.


"Semua dah bayar ke?" soal Puan Laili.


"Dah mak.. Barang-barang semua cukup kan?" soal Jannah.


"Semua cukup. Akak rasa terlebih cukup. Jannah beli banyak sangat ni," sahut Zahirah.


"Alaa kak bukan selalu kan Jannah ada masa nak shopping dengan akak dan mak. Sekali sekala apa salahnya," ucap Jannah.


"Hmm.. Yela tu.. Dah kalau takde apa-apa lagi jomlah kita balik," ajak Puan Laili.


"Tapi sebelum tu kita singgah minum-minum dululah. Tiba-tiba tekak ni rasa haus pulak," ujar Jannah. Sengihan kerang busuk dilorekkan.


Puan Laili dan Zahirah sudah menggelengkan kepalanya. Pening melayan kerenah ibu mengandung didepan mereka ini.


"Hmm.. Yelah..." sahut Puan Laili.


"Yeahh.. Jom-jom..." teruja Jannah.


Mereka bertiga bergerak menuju ke arah sebuah restoran yang berada didalam pasaraya itu. Sampai sahaja mereka dihadapan restoran itu laju kaki Jannah melangkah masuk ke dalam restoran itu mencari tempat duduk untuk mereka bertiga. Puan Laili dan Zahirah ditinggalkan dibelakangnya.


"Kamu tengok budak Jannah tu. Haus sangat ke sampai ditinggalkan kita berdua je dekat sini," menggeleng kepala Puan Laili melihat satu-satunya anak perempuannya itu.


"Agaknya macam tulah kot mak.. Jannah.. Jannah dah kahwin perangai tak berubah," ujar Zahirah sambil tersenyum.


"Dahlah jom kita masuk," ajak Puan Laili.


Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk Puan Laili dan Zahirah tersentak apabila disapa oleh seseorang dari arah belakang mereka. Serentak mereka berdua menoleh memandang figura yang kini sudah berdiri dihadapan mereka.


"Laili kan?" soal wanita itu.


"Ya saya Laili.. Maaf Puan ni siapa ya?" soal Puan Laili pelik.


"Akulah Hanis takkan kau tak kenal?" soal Datin Hanis yang jelas kelihatan teruja.


"Hanis..? Datin Hanis?" soal Puan Laili terkejut.


"Ishh kau ni tak payah panggil datin-datinlah. Panggil aku Hanis jelah.." ucap Datin Hanis sambil tersenyum.


"Eh naik segan pulak aku.." senyuman kekok dilorekkan dibibir tua Puan Laili.


"Apa nak disegankannya. Aku masih Hanis yang samalah. Takde beza pun. Datin tu cuma title je.." ucap Datin Hanis ikhlas.


"Hmm.. Kalau kau dah cakap macam tu aku ikutkan ajelah.."


"Kau datang shopping jugak ke?" soal Datin Hanis.


"Iya.. Kebetulan barang dekat rumah tu dah habis jadi datanglah beli apa yang patut dekat sini. Kau pulak?" soal Puan Laili kembali.


"Aku pun sama macam kau. Maid aku balik kampung jadi nak tak nak kenalah turun padang beli sendiri. Kalau tidak tak berasaplah dapur aku tu nanti," jawab Datin Hanis.


"Ni kau datang dengan siapa?" soal Puan Laili ramah.


"Aku datang berdua dengan anak aku. Kejap aku panggilkan dia.."


Laju Datin Hanis melambaikan tangannya ke arah Idham yang sedang leka dengan telefon bimbitnya itu. Idham yang sedar dengan lambaian Datin Hanis dengan rasa malas segera datang mendekat ibunya itu.


" Ni aku kenalkan anak sulung aku Idham Hafiz. Idham ni aunty Laili. Kawan baik mama masa zaman sekolah dulu," ujar Datin Hanis.


Idham segera menyalami tangan wanita sebaya ibunya itu.


"Apa khabar aunty..?" soal Idham ramah.


"Baik.. Alhamdullilah..." jawab Puan Laili sambil tersenyum.


"Yang sebelah ni anak kau ke?" soal Datin Hanis apabila menyedari wanita yang berdiri disebelah Puan Laili.


"Ni menantu aku. Isteri kepada Azhar." jawab Puan Laili.


"Isteri Azhar? Azhar dah kahwinlah kiranya?" soal Datin Hanis.


"Iya.. Dah setahun dah dia kahwin. Maaflah kalau aku tak jemput. Kami buat kecil-kecilan aje," kekok Puan Laili.


"Ishh takpe.. Alang-alang kita dah jumpa ni apa kata kita minum-minum dulu. Ada banyak benda aku nak borak dengan kau ni," pelawa Datin Hanis.


"Hmm.. Elok jugak tu. Jomlah kita ke dalam. Lama dah anak aku tunggu dekat dalam tu," ujar Puan Laili.


"Anak kau? Maksud kau Azhar ke?"


"Eh bukan.. Anak bongsu aku. Jom aku kenalkan," ujar Puan Laili.


Mereka semua berjalan menuju ke arah meja yang telah diduduki oleh Jannah. Jannah yang leka dengan menu yang berada ditangannya tersentak apabila namanya dipanggil oleh Puan Laili.


"Jannah.. Mari mak kenalkan kamu dengan kawan baik mak.." ucap Puan Laili sambil tersenyum mesra.


Jannah pantas bangun tersenyum kepada figura dihadapan matanya ini.


"Ni ke anak kau?" soal Datin Hanis.


"Iya ni lah anak bongsu aku. Nur Jannah.. Jannah ni Datin Hanis kawan mak.." ucap Puan Laili.


Jannah segera menyalami tangan wanita yang berusia sebaya ibunya.


"Saya Jannah... Apa khabar Datin.." ujar Jannah segan.


"Aunty Hanis.. Panggil aunty je tak payahlah nak datin-datin bagai," balas Datin Hanis.


"Ba... Baik..." akur Jannah.


"Sebelum terlupa ni aunty kenalkan anak sulung aunty nama dia Idham Hafiz.."


Jannah hanya mengangguk faham. Namun tidak bagi Idham. Wajah Jannah ditilik lama. Dia rasakan seperti pernah bertemu dengan Jannah sebelum ini cuma ingatannya masih samar-samar tentang wanita itu.


Mereka akhirnya duduk dan berbual bermacam-macam topik. Kelihatan kedua wanita itu seronok mengimbau kenangan lama diantara mereka. Sesekali terdengar gelak tawa wanita itu yang memenuhi ruang restoran. 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Kasturi Madu