Home Cerpen Umum Nostalgia Aidilfitri
Nostalgia Aidilfitri
Achik Writter
25/6/2015 09:52:36
3,708
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Akimm, bangun ... Akimmm, bangun ... Akimmm bangun !!

Tidur apa lagi dah pagi-pagi buta sebegini ! Pergi mandi, siapkan diri untuk pergi sembahyang raya. Sebelum aku lempang engkau, baik engkau bangun cepat !!!! Jerit ayah yang menyuruh aku bangun dari tidur.

Aku terus terjaga ! aku melihat jam di dinding baru pukul 7:00 pagi.. Alaaaa, awai lagi.. ayah nie bising arr !! Tanpa berlegahkan masa, aku terus melipat selimut, tilam, bantal !! 

Sakgi kalau tetiba ayah datang, tengok aku tak bangun lagi, tak pasal-pasal aku kena lempang sebijik,hati'ku berbisik !!

Selepas aku sudah melipat tilam,bantal, selimut dan menyimpannya di dalam bilik ! Aku terus mencapai tuala mandi'ku di dapur, aku melihat bilik air ada orang .. sempat untuk aku rehat di belakang panking belakang rumah tok aku nie .. sambil menunggu giliran.


Allahu Akbar, Allahu Akbar,

Allahu Akbar, Allahu Akbar,

Allahu Akbar ...

Laa ilaaha illallahu allah akbar,

Allahu akbar waalilahilhamd ....


Terdengar suara solat sunat aidilfitri yang berkemundang, di kaca televisyen !! Cukup sayu kedengaran, bagi mereka menghayati sepenuh hati. Takbir yang menandakan rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas kemenangan umat islam setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Air mata'ku mula mengalir, teringatkan seseorang yang aku amat sayangi ! Tak sempat aku mengucapkan Salam Aidilfitri, dan ampun maaf kekhilafan sepanjang mengenali diri'ku ini sebelum bercuti Aidilfitri.

"Hurmmm, lepas sembahyang raya nie,aku nak telefon dia lah !! Aku nak ucap selamat hari raya dekat dia, aku nak dengar suara dia, aku nak minta ampun ,... maaf dekat dia ...... bermacam-macam perasaan yang bercampur baur ketika itu. Aku lapkan air mata yang mengalir di pipi'ku ini, dengan harapan dia angkat telefon aku nanti selepas sembahyang raya."

Aku, kelihatan anak-anak saudara'ku kelihatan bergembira menyambut aidilfitiri kali ini, dan tersenyum lebar. Di dalam fikiran anak saudara'ku ini, hanya tergambar keriangan suasana hari raya. Tiada langsung gambaran duka.

Akimm,cepat masuk !! Akimm, cepat masuk bilik air kosong ni. Ku kelihatan Jam di dinding menunjukkan baru pukul 7.20 pagi. Jangan lupa niat, mandi solat sunat aidilfitri !!

Kedengaran suara abang'ku memanggil aku masuk dalam bilik mandi untuk bersiap ke masjid yang berhampiran di kampung'ku ini bagi menunaikan sembahyang raya bersama keluarga'ku. Aku bangun dari tempat duduk, dan terus menyusup masuk ke dalam bilik air. Takut-takut nt, ada orang masuk .. "Je nowh aku nak menunggu, alamak'nya aku kena mandi last larhh." Sakgi confirm kena berleter dengan ayah ni, sebab aku tak siap-siap lagi..asyik duduk je, kata hati'ku ini..

30 minit, kemudian .... seteleh aku selesai mandi, aku bergegas terus naik ke dalam bilik ! Aku capai baju melayu, di tepi koridor bilik datuk'ku ...... Kelihatan kakak'ku yang sedang menyerika baju-baju raya keluarga'ku..

Urghhh,sejukkk sejukkkk !!! mengigil tubuh'ku, kesejukan selepas mandi ..

"Engkau mandi ka, engkau buat air.. Engkau buat apa hah,dalam bilik air tue lambat sangat nak sudah " Kata kakak aku yang berada di situ .. Aku tidak membalas kata-katanya, hanya berdiam diri sahaja ..

Selepas aku mempersiapkan diri, aku turun ke bawah untuk menikmati juadah sarapan pagi sebelum pergi menunaikan sembahyang raya. Jam ketika itu, menunjukkan pukul 8.15 pagi .. Belum sempat aku menikmati juadah sarapan pagi, ayah sudah memanggil-manggil nama'ku suruh cepat bagi menunaikan sembahyang raya bersama beliau. Aku hanya sempat minum, seteguk air sahaja, itu pun entah air siapa yang aku minum !! kelam kabut aku dibuatnya .... Ayah ni, memang tak sabar betul lah ....

"Memang setiap tahun, setelah menjelangnya aidilfitri kami sekeluarga akan beraya di kampung, dah memang menjadi tradisi jika beraya di kampung, aku, ayah,adik lelakiku

abang'ku dan sanak-saudaraku pergi menunaikan sembahyang raya di masjid yang berhampiran". Kami akan menaiki sebuah kereta untuk ke masjid, pagi itu. Jarak di antara masjid dengan kampung halaman'ku tidak terlalu jauh, hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Bagi ibu'ku dengan saudara perempuan'ku mereka pergi menaiki sebuah kereta yang lain.

2 jam 15 minit kemudian, setelah selesai sembahyang raya !! Kami sekeluarga akan pergi ke pusara datuk'ku ... Sudah 2 tahun, datuk meninggalkan kami semua !! Kami cucu-cucunya amat merindui kamu.. Tahun ini, hanya tinggal nenek'ku seorang sahaja. Aku sempat beraya dengan'nya tahun nie, berbanding datuk'ku..

Kami pulang ke rumah, sebelum anak saudaraku serta adik-adik ku pergi mengutip duit raya di sekitar kampung ini. Kelihatan anak-anak kecil, sudah ramai yang sudah mengutip duit raya sepanjang kami pulang ke rumah selepas sembahyang raya. Memang setiap tahun, ayah akan pesan dekat anak-anaknya terutama adik-adik aku yang pergi kutip duit raya ini ..

Ayah pesan " Selepas sembahyang raya, makan dulu sikit takut nanti sakit perut ".

Teringat kembali zaman aku kecik-kecik dahulu, aku pergi kutip duit raya rumah ke rumah Tambah-tambah lagi ketika usia aku dahulu baru memasuki 7 tahun, pagi-pagi raya aku sudah meradang-radang sebab baju raya aku masih ada di dalam kereta, disebabkan pintu kereta ayahku waktu itu tidak boleh buka. Mana tidak'nya, aku tak nak diaorg tinggalkan aku .. aku nak kutip duit raya juga. Aku nak dapat duit banyak, aku nak kalahkan adik-adik'ku.. Maklum lah, aku nie memang yang tak boleh nak kalah.... Mesti aku nak menang.

Kini aku dah berusia 14 tahun sudah meningkat remaja. Fikiranku masih tertanya-tanya mahu pergi atau tidakkk ikut adikku dengan anak saudara'ku untuk kutip duit raya tahun ini ... aku tersentak dari lamunan ... aku terus bergegas ke dapur, perut'ku sudah berbunyi kedengaran kelaparan.. hehe .. Aku menikmati juadah yang belum aku menikmati pagi tadi. Bermacam - macam hidangan yang tersedia, nasi impit, kuah kacang, ketupat, lemang, rendang daging kegemaran aku, rendang ayam ... semuanya ada di atas meja dapur .. Juadah-juadah ini semua, semuanya mak cik - mak cik aku yang sediakan sebelum menjelangnya lebaran... Keluarga kami turut sama membantu. Sebelum pulang ke kampung halaman, bagi menyambut lebaran .. ayah aku serta jiran-jiran di kawasan kediaman tempat tinggal kami, akan buat lemang buluh..bakar lemang dan menyiapkan rendang daging.

Aku hanya makan ala kadar sahaja, untuk mengalas perut .. tidak terlalu banyak makan, takut nanti sakit perut pulak.. Selesai aku menikmati juadah sarapan pagi, aku terus menuju ke ruang tamu untuk berehat di atas sofa ... aku mengambil masa 20 minit untuk perut'ku menghadam makanan yang sudah aku makan td. Aku kelihatan adikku dengan saudaraku masih belum lagi pergi untuk mengutip duit raya di sekitar kampung ini. Aku tetiba teringat kembali, pagi td yang aku mahu menelefon dia. Dengan waktu rehat yang ada ini, aku ambik kesempatan untuk menelefonnya..

"Tut..tut.. tut... tut... tut... tut.. tut..."

Haishh, kenapa tak angkat ini. Aku cuba telefonya kembali, tut ... tut ... tut .. tut .... tut, "Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhimatan.

Sampai hati, dia matikan telefon .. aku mula rasa sedih. Apa salah aku, kenapa dia tak angkat telefon aku, aku dah berpuluh-puluh kali telefon dia ... apa yang aku dapat, dia mati'kan telefon. Tergamak dia buat aku macam ini, aku amat menyayangi. Apakah petanda semua ini, adakah memang dia tidak sayang kepada aku, atau dia sengaja semata-mata mahu mengambil kesempatan terhadap'ku.. Sabar .... sabar .... sabar ..

aku cuba untuk menenangkan diri ini, aku tak mahu sedih di hari lebaran ini. Hari raya semua orang nak gembira, tak'kan aku nak biarkan diri aku ini berada dalam kesedihan. Aku cuba untuk kuat'kan diri dan lupakan seketika tentang semua ini, semua yang sudah berlaku dalam diri aku ini.

Aku ternampak adikku dan saudaraku sudah mahu pergi kutip duit raya, aku mula bergegas keluar, memakai kasut dan cuba mengekori adikku dan saudaraku ... Ayah aku ternampak aku ketika itu " Hg,nak pergi kutip duit raya lagi ker" kata ayah aku. Aku menjawab "Iye,ayah".. Ayah aku berkata " Pergilah, jaga adik tue". "Baik ayah" jerit aku

dan aku terus mengekori di adikku di belakang.

Aku ternampak adik-adik'ku sudah memasuki rumah orang, belum sempat mereka memberi salam.. Mereka ternampak aku, hang ni,kenapa hang nak kutip duit raya lagi ... hang dah besar, pergi lah balik .. kata adik lelaki aku yang tidak mahu aku untuk kutip duit raya bersama mereka lagi ... Tp, aku tetap berdegil !!! aku masih di situ lagi.

" Assalamualaikum "kami sama-sama menjawab salam, pada penghuni rumah itu.Kami datang nak rayaa"

" Waalaikumusalam, jawab penghuni rumah itu" Masuk lah. Setelah dijemput, aku,adikku serta saudaraku masuk ke dalam rumah tersebut untuk sama-sama sambut hari raya dengan'nya". Aku hanya minum air oren yang telah di hidangkan kepada kami, adik-adik aku serta saudara aku mereka memakan ketupat, lemang .. Haishhh, maklum lah diaorg semua ni bukannya sarapan lagi selepas sembahyang raya td. Aku seorang sahaja yang sudah sarapan.

Pak cik kami dah kenyang ! Sebelum balik, pak cik tersebut menghulurkan duit raya kepada kami ... serta bersalaman dengan kami. "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin" ungkapkan yang selalu kami keluarkan setelah tibanya lebaran semasa kutip duit raya. Pak cik tue menyoal kami semua, ini "anak siapa" umur berapa". Aku menjawab wakil dari adik-adik aku serta saudaraku. Ini adik lelaki saya "Nadjmi", ini adik perempuan saya "Laila".. Ini anak mak su zaleha "Aqil", ini anak cik na " Aina". Satu persatu aku tolong perkenalkan kepada pak cik itu. Selepas aku memperkenalkan adik-adik aku, saudaraku ... tetiba pak cik tersebut menanyakan kepada aku, anak ini "umur berapa". Aku mengelamun sebentar.

Hah, sudah " sakgi kalau aku jawab aku dah meningkat remaja, mesti aku takkan dapat duit raya punya" .. Hurmmmm, apa yang aku nak cakap dekat pak cik nie, hah". Nakkkk, kedengaran pak cik tersebut memanggil aku.. Iye pak cik, "Jawab aku". Saya baru tahun 5 pak cik, aku terpaksa berbohong kepada pak cik tersebut". Iye lah, kalau aku jawab jujur nt aku tak dapat duit raya lah pulak, takkan aku mahu melompong tengok adik-adik aku dapat duit raya. Aku nak jugak !!!!!! "Saya minta maaf pak cik,saya terpaksa berbohong" jawab hati kecik'ku. Selepas kami semua sudah dapat duit raya dari pak cik tersebut, kami ucapkan terima kasih kepada pak cik. Selang jarak 10 meter dari rumah pak cik tersebut, aku berkata " Makkk aiiii, 20 sen jeee dapat. Ingatkan dia nak bagi seringgit ker". Adik lelaki aku menjawab kata-kata'ku " Bersyukur lah hang ni, pak cik tue takda duit.. hang tengok lah rumah dia. Beralaskan papan sahaja".

Kami meneruskan perjalanan untuk kutip duit raya. "Amang .... Amangg !!! " Jerit saudaraku, jom kita pergi dekat rumah motor besar tue mesti dapat duit banyak .... kami semua bersetuju dengan kata-kata saudaraku ini, dan terus pergi beraya di rumah yang memilik banyak motor-motor besar ini ... dengan harapan kami akan dapat duit besar !! Hehe...

Jam menunjukkan 3.30 petang, poket kami masing-masing sudah penuh dengan duit-duit raya yang kami kutip di sekitar kampung tersebut .... Kami pulang ke rumah untuk meletak duit-duit raya yang kami kutip ini. Kami mengambil masa untuk berehat, keletihan sepanjang kutip duit raya hari ini, ujar ayah'ku menyuruh kami berehat.Ketika kami sedang berehat, memang secara tradisi kami sekeluarga, mahupun saudaraku berkumpul bersama-sama memohon ampun dan maaf, dan saling meminta duit raya kepada pak cik, dan mak cik-mak cik kami, walaupun agak lewat berbanding keluarga serta jiran yang lain.

Selesai bersalam-salaman, dan dapat duit raya .. Adik-adik ku, serta saudaraku pergi kutip duit raya, saki baki yang kami belum pergi lah beraya di rumah mereka. Tapi kali ini, aku tidak mengikut mereka, aku percaya dan yakin mereka tidak pergi jauh-jauh dan pandai menjaga diri terutama adik-adik aku. Aku meletakkan kepercayaan, kepada adik lelaki'ku untuk menjaga adik perempuan'ku sepanjang mereka mengutip duit raya lagi. Cukuplah dengan duit sekolah yang aku rajin, dan selalu menabung dan tambah lagi duit raya kali ini.

Aku kelihatan anak-anak kecil di kampung ini, masih lagi mengutip duit raya tanpa ada rasa letih."Assalamualaikum" ... Suara budak kedengaran untuk beraya di kediaman rumah nenek'ku.. "waalaikumusalam", aku menjenguk dan melihat berapa orang kanak-kanak yang datang waktu itu. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 satu persatu aku membilang ... aku beritahu mereka, tunggu sekejap. Aku terus bergegas pergi berjumpa dengan mak cik aku. "Angah Angah....ada orang datang nak raya". Jerit aku kepada mak cik aku.. Mak cik aku menjawab berapa orang amanggg yang datang", "7 orang sahaja, jawab'ku balik"

"Mak cik aku hulurkan sampul-sampul kecil dan menyuruh aku bagi kepada mereka". Mak cik aku beritahu, ini yang terakhir ... lepas ini kalau ada orang dah takda, jawab duit dah habis. Aku terus berlari, takut mereka menunggu lama. Aku bagi sampul-sampul kecil yang diberi oleh mak cik aku kepada mereka, satu demi satu. Setelah mereka sudah dapat sampul raya yang berisi duit, mereka terus pergi ke rumah yang lain tanpa memasuki ke rumah untuk menikmati juadah raya. Aku kelihatan dari jauh sekumpulan kanak-kanak menuju ke rumah nenek'ku untuk mengutip duit raya. Aku ternampak sekeping kertas dan maker pen di atas meja berdekatan dengan televisyen tersebut, aku mula menulis di atas kertas itu dengan kata-kata "Maaf,duit raya sudah habis.. "Boleh pergi ke rumah yang lain"

dengan tulisan yang besar, dan aku terus tampal kertas tersebut di depan pintu rumah biar mereka nampak dengan jelas. Gelak kecik'ku...hehe

Ayah, and pak cik aku ternampak kertas yang ditulis mereka ketawa .... kihkihkihkih.

Pengalaman beraya di kampung, terlalu banyak kenangan menjadi satu titik dalam kehidupan seorang individu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.