2,245
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Mesyuarat Terakhir

Tum! Tum! Tum!

 

Tiga das tembakan berturut-turut. Datu Maznan Ali rebah dengan dada yang berlumuran darah. Dalam kegelapan itu, tiada siapa tahu siapa yang tembak. Tahu-tahu, peluru menyinggah di dada.

 

“Puan, Datu sudah meninggal dunia,” Zahirah mengelap sungai airmatanya. Malam itu dia telah kehilangan suaminya buat selama-lamanya. Datu Maznan Ali ditembak dihadapan kediaman agamnya di Bukit Dandelion. Mayatnya sedang melalui proses post-mortem di Hospital Besar Manikar. Zahirah mahu arwah suaminya dikebumikan malam ini juga.

 

“Puan, saya rasa elok kita………” permintaan Datu Izham ditolak bulat-bulat. Zahirah mahu jenazah suaminya segera diuruskan. Cukuplah post-mortem kalau nak cari punca kematian. Kasihan pada mayat yang terbujur kaku. Datu Izham merupakan sahabat baik Datu Maznan Ali.

 

“dah terlambat Izham. Nasi sudah menjadi bubur,” Zahirah memuka penyesalan.

 


 

Sebulan sebelum. Manikar bakal menjalani pilihan raya presiden yang pertama. Maka, beberapa parti politik mula ditubuhkan dan menamakan calon pilihan mereka. Terdapat beberapa parti politik iaitu Parti Demokrasi Rakyat (PDP), Parti Liberal (LP) dan Parti Cinta Manikar (PCM).

 

Datu Maznan Ali merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya di Manikar. Dia menguruskan 15 buah stesen minyak, perusahaan minuman sejuk beku dan ayam segar. Boleh dikatakan dia ni kaya. Dia dicalonkan untuk PCM.

 

Pencalonan itu dibuat tanpa pengetahuannya oleh Datu Imran dan Datu Anam.

 

“kita cuba menangkan hati rakyat Manikar. Kau sendiri tahu, pengaruh kau di Manikar ni,” Datu Imran memujuk Datu Maznan.

 

“kuasa demokrasi kini di tangan kita, Nan. Kita dapat kuasai Manikar,” giliran Datu Anam pula memujuk.

 

Nampak sangat dua orang tu gilakan kuasa. Datu Imran, pengurus Manikar Post. Dia ada kuasa besar dalam berita. Datu Anam, pengurus Gayagun Hotel Manikar. Kalau bukan Datu Maznan yang sumbangkan saham pada mereka berdua, tentunya firma media dan perhotelan itu tiada makna. Datu Maznan serba salah. Dia risau imejnya. Apabila berpolitik, dia kena ada pendirian. Mencari salah lawan. Menyusun janji pada marhaen. Dia orang penting Manikar. Dia takut dia tersalah langkah. Jawatan Presiden itu tidak menggodanya sama sekali. Dia sudah kaya. Jawatan itu tidak ada gunanya. Makin sibuk adalah.

 

Dia pun minta berfikir untuk dua hari. Datu Imran dan Datu Anam akur. 

 


 

“sayang, patutkah abang sertai politik ini?,” Datu Maznan Ali bertanyakan pendapat pada isterinya, Zahirah.

 

“abang kena jaga imej Manikar abang. Abang orang penting di Manikar,”

 

“apakah politik menjaminnya sayangku,”

 

“saya rasa, abang takpayahlah masuk. Demokrasi itu zalim,”

 


 

“demokrasi tak zalim Nan, kita bagi peluang dekat rakyat untuk pilih kita. Rakyat ada hak. Rakyat ada hak memilih,” kata Datu Anam. Dia membidas hujah kezaliman itu. Lihat saja beratus negara diluar sana yang mengamalkan demokrasi. Bahagia je.

 

Datu Maznan Ali serba salah. Dia tidak mahu, namun desakan sahabatnya mula buat dirinya mengalah.

 

Datu Maznan diberitahu, calon dari Parti Liberal ialah sahabat sekolahnya sendiri, Datu Alyaa Rushdi. Alyaa belajar di London. Pasti fahaman sekularisme dikuasainya. Dia menuntut hak wanita secara agresif. Dia mahu wanita ada hak berpakaian sendiri. Dia mahu hak wanita keluar pada waktu malam untuk bersosial dan hak jawatan tertinggi dalam pentadbiran.

 

Lawannya yang lain, Jamil Azfa mewakili Parti Demokrasi Rakyat. Dia berpendirian keadilan, dan pelaksanaan infrastruktur.

 

Datu Maznan Ali masih bersandar di mejanya. Sibuk dengan urusan stesen minyaknya, dia didatangi Datu Imran dan Datu Anam.

 

“ini ke manifestonya? Apa aku tak faham ni,” Datu Maznan mula membelek dokumen itu. Manifesto Parti Cinta Manikar. Menjamin kesaksamaan ekonomi Manikar. Meningkatkan taraf hidup Manikar. Dah, Datu Maznan tidak faham.

 

“ini dipanggil manifesto. Janji kita bila menang nanti, kita nak bagi apa kat rakyat,” terang Datu Imran.

 

Datu Maznan terkejut. Ini rupanya berbilion rakyat negara demokrasi hadapi untuk memilih pemimpin. Dia bukan tak tahu langsung pasal demokrasi. Dia sering keluar negara. Negara-negara yag dia pergi tidak mengamalkan pemerintahan tenokrasi macam negara dia. Semua negara demokrasi. Rakyat diberi peluang untuk pilih siapa yang memimpin.

 

Semasa berada di sebuah negara, negara itu sedang di ambang pilihanraya. Dia menyusur sepanjang jalan, sepanduk, poster dan panji-panji parti politik bersepah merata-rata. Rakyat berbelah fahaman. Ada pihak sini, ada pihak sana. Dia pernah saja-saja masuk dalam ceramah manifesto. Hajat nak makan sahaja, tapi pemimpin di podium tak habis-habis mengota janji. Nak bina klinik, nak bina tangka air, nak sediakan jaringan WiFi lagi. Kemudian memburuk-burukkan pemimpin parti lain. Provokasi demi provokasi. Rakyat marhaen terus ditipu daya dengan manis gula kata calon. Pidato menggamit hadirin.

 

Malam sebelum hari mengundi, bukan main bersepah lagi jalan-jalan. Poster, bendera dan macam-macam lagi. Pos kawalan mengundi tiap-tiap malam menyaji makanan. Ikan bakar, pulut kuning hinggalah pisang tandan. Ini senjata katanya.

 

Itu belum lagi. Calon parti mula merebahkan lembu, dibuat kenduri, doa selamat dan solat hajat. Ada yang memberitahu Datu Maznan bahawa calon pilihanraya itu pergi mengerjakan Umrah di Tanah Suci, berdoa memohon hajat supaya menang PRU. Di tanah air ini ada lah berbagi beras, susu dan gula pada orang fakir. Bagi duit dua ratus. Rakyat apa tahu? Cakap ouw baguslah calon kita ni, nilah calon yang kita nak!

 

Datu Maznan memerhati dan menyimpannya sebagai pengalaman. Negara dia bukan negara demokrasi, namun dia tahu apapun boleh terjadi. Lihat saja hari ini. Manikar diberi kuasa demokrasi. Rakyat Manikar diberi mata untuk mengenali pemimpin mereka sendiri.

 


 

Sepanjang tempoh pilihanraya itu, Datu Imran dan Datu Anam menguruskan semuanya. Datu Maznan hanya tahu merenung di jendela memikirkan nasibnya. Pada manifesto itu, dia meneliti.

 

1.Membangunkan Manikar sebagai sebuah Pulau Bebas Cukai

2.Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Manikar

3.Membangunkan Infrasturuktur Pusat Komuniti Manikar

4.Memberi Bantuan One-Off OSR200 sebulan kepada Gelandangan

5.Menaiktaraf Jalanraya

 

Hurm, menungnya panjang. Baginya, sistem tenokrasi sangat efektif. Kenapa perlu demokrasi? Dia mahir ilmu perniagaan sahaja. Ilmu senibina atau ekonomi, kurang bahkan tiada.

 

“Demokrasi ini identiti dunia. Negara kita je yang pelik tak serupa dengan ramai-ramai,” Datu Maznan teringat kata-kata pensyarahnya. Menurut pensyarahnya lagi, amalan demokrasi sudah terbiasa pada masyarakat dunia hari ini. Orang bodoh, orang jahat pun boleh diangkat menjadi pemimpin melalui demokrasi. Dunia makin rosak angkara demokrasi. Begitulah rakyat Osani dibasuh minda mereka untuk membenci demokrasi. Dan Manikar dipilih untuk eksperimen demokrasi. Bagaimanakah keberkesanan demokrasi?

 

Datu Alyaa Rushdi lantang berpidato di Dataran Baisaku Chinagi. Segala hak kesamarataan mula dizahirkan. Adapun yang relevan seperti hak wanita mahupun hak LGBT perlu dihormati. Apa? Apakah dunia sudah terbalik? Memanglah tak kunyit, serai tapi menghormati mereka ibarat redha dengan apa yang mereka buat. Gilakah? Sebut sahaja liberal, maka isme-isme tahyul topeng tamadun mula tersenarai. Jelas bertentangan dengan syariat. Lari habis. Dia begitu bimbang. Dia ahli perniagaan yang patriotik. Dia sayangkan negaranya. Osani mempunyai pemerintahan Tenokrasi. Bagaimana isme bodoh ini boleh terserap dalam pentadbiran atasan? Namun dia tahu, baginda raja dan kabinet atasan mempunyai alasan tersendiri.

 

Jamil Azfa, seorang graduan segar dari sebuah universiti dari luar negara. Dia mempunyai fahaman teguh terhadap hak ketuanan bangsa. Berbekalkan ilmu siasah demokrasi yang ditimbanya di luar negara, dia mahu measimilasikan demokrasi pada masyarakat Manikar. Memilih pemimpin itu hakikat duniawi, maka sebagai rakyat pilihlah dengan baik. Manusia semua jahat, baik pun hanya sebesar biji-biji tembikai. Maka pilihlah yang paling kurang jahat dikalangan mereka. Satu panahan padu buat rakyat Manikar.

 

Datu Maznan mundar-mandir. Dia tak mangli dengan demokrasi. Dia diheret oleh rakan-rakan yang berhutang budi dengannya. Akibat melayan ini jadinya.

 

“Nan, kau baca teks ni Nan. Yang lain kau takyah risau, aku dengan Anam uruskan,” terlihat jelas bahawa Datu Maznan Ali hanya boneka mereka. Dia akur sahaja. Bimbangkan konglomeratnya ditahan saja.

 

Datu Maznan berucap. Teks dilihat sekejap-sekejap. Orang ramai terpegun dengan kata-katanya walaupun hanya sebuah salinan kertas diatas rostrum. Malam itu ribuan penduduk Manikar membanjiri Padang Mabui Janana, tempat rekreasi yang paling meriah di pulau itu. Ucapannya lancar. Diboneka terus diboneka. Serasa bagaikan mati akal rela diperlakukan begini. Datu Imran dan Datu Anam bersorak bersama hadirin. Mereka berjaya mengawal Datu Maznan. Datu Maznan sebenarnya……

 

Merelakan kerana ingin tahu kemuncak dirinya. Dia ingin tahu apa yang terjadi pada dirinya setelah menjunam diri dalam politik. Dia mengembara banyak negara tapi dia tak tahu apa yang tersirat. Ini masanya.

 


 

Hari mengundi Manikar. Setengah juta penduduk Manikar telah berdaftar menjadi pengundi tiba untuk menjalani sebuah erti demokrasi. Tutorial demi tutorial masih ada yang terkial-kial. Mereka tak biasa. Apapun hari yang panjang itu berakhir sempurna.

 

Stadium Tertutup Manikar merupakan satu-satunya pusat pengiraan undi. Berbondong-bondong peti undi mula dibongkar dan dihisab.

 

12 tengah malam. Parti Cinta Manikar bercalonkan Datu Maznan Ali menang. Datu Imran dan Datu Anam seakan tidak percaya. Mereka sangka untuk memecah undi, tak sangka pula menang. Kegirangan mula diraikan.

 

Datu Maznan hanya bersandar di pejabatnya dikala malam yang larut. Dia kan boneka, nak rasa menang tu payah. Dia serba salah. Apa tugas dia selepas ini pun dia tak tahu.

 


 

Satu malam di hujung minggu selepas kemenangan PCM. PCM mengadakan sebuah mesyuarat rahsia di Restoran Ballchamp di Menara Mabui Janana. Sebuah restoran mewah dan elit terletak di tingkat teratas menara tertinggi di Manikar. Sebuah bilik bankuet disewa untuk mesyuarat itu.

 

“dengan kemenangan Datu Maznan, kita dapat kuasai Osani dengan mudah!,” sahutan kegembiraan berwajah nafsu. Datu Maznan, boneka kita sudah dijulang. Impian untuk mengubah Osani kepada sebuah negara demokrasi sedang dalam perbincangan.

 

Semakin lama semakin jijik. Najis-najis siasah mula dihujahkan. Demi kuasa, sanggup buat apa saja. Datu Maznan sudah terlambat. Dia sudah jatuh ke dalam kolam kezaliman. Pengaruh mereka di luar negara sangat kuat. Kongsi gelap mahupun samseng sedia menjaga kongres mereka.

 

“tak boleh ni, An, Nam. Ni zalim. Kita diberi amanah daripada Allah, kita kena laksanakan tanggungjawab kita dengan betul,”

 

“kau apa tahu Nan. Kau jadi boneka kami pun dah cukup baik. Ikut sahaja cakap kami.” Jari telunjuk melalu garis di leher, ugut bunuh kepada Datu Maznan. Sedarlah dia selama ini diperalatkan oleh sahabat munafiknya. Satu persatu ciri munafik terzahir. Dia mula menentang.

 

“amanah Allah! Kalian membonekakan manusia demi kuasa! Korang ni jijik!,”

 

“kau melampau Nan, tapi takpe, kau kan presiden Manikar. Hahaha. dia tak boleh terima lagi tuh, shocked lagi tuh,” Datu Anam geram namun menenangkan dirinya.

 

Mesyuarat itu membincangkan ‘halatuju’ PCM. Pada hakikatnya mereka cuba untuk ubah sistem politik Osani. Datu Maznan banyak diam sahaja dan mengiakan. Ugutan tadi mengacau mindanya.

 


 

Pagi itu. Istana Malinda Jauhari. Istiadat pelantikan Datu Maznan Ali sebagai Presiden Manikar. Istiadat itu dilaksanakan dihadapan Gabenor Manikar, Datu Bijaksana Jaya Abdullah Wajdi. Ianya merupakan titik bersejarah di Osani. Sebuah pulau di negara itu telah mengamalkan demokrasi. Siaran langsung di televisyen meriuhkan suasana. Manikar mempunyai pemimpin dibawah nama demokrasi.

 

Majlis itu berlangsung dengan lancar. Balai penghadapan dibanjiri tetamu-tetamu asing. Puak-puak yang membonekakan Datu Maznan juga hadir.

 

Ketika siaran langsung itu, tanpa angin bertiup pokok bergoncang. Datu Maznan mengoyak surat pelantikan itu. Dia mengelak bersumpah. Dia keluar dari balai penghadapan. Aksi itu terakam di televisyen. Seluruh hadirin di Istana Malinda Jauhari terkejut. Bahkan jutaan rakyat Osani yang menonton turut terkejut. Gabenor pun pening. Demokrasi ada koyak surat pelantikankah?

 

Perkara ini tentunya memalukan Datu Imran dan Datu Anam. Mereka pada mulanya menyesal mengugut bunuh pada Datu Maznan namun bertukar menjadi dendam kesumat. Keaiban ini perlu dibayar dengan darah!

 


 

Arwah Datu Maznan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mabui Janana pada malam itu juga. Kebenciannya pada kezaliman diharapkan terbayar dengan pemergiannya yang syahid.

 

Datu Izham sudah bersedia. Berbekalkan kot arwah Datu Maznan Ali, dia pergi ke kediaman Gabenor Manikar, Datu Bijaksana Jaya Abdullah Wajdi untuk menunjukkan bahan bukti. Dia menunjukkan sisa peluru dan sekeping nota wasiat. DBJ Abdullah sedia membantu menyelesaikan kes ini.

 

Rumah agam Zahirah mula dipagar untuk siasatan. Kesan-kesan dijejaki. Akhirnya, kesannya berjaya dibongkar.

 

Datu Imran dan Datu Anam dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Datu Maznan. Orang-orang yang bersekongkol dengan Datu Imran dan Datu Anam turut dihukum. Kerajaan Osani menarik balik sistem demokrasi yang tidak sesuai dilaksanakan di negara itu.  Pentadbiran pulau kini dipegang semula oleh Gabenor bersama kabinet tenokrat.

 

Sinar mentari pagi menyinari Manikar. Rakyat Manikar bersyukur mempunyai pemimpin yang ahli pada bidangnya, bukan semata dipilih melalui kertas undi semata-mata. Rakyat dunia mahu pemimpin yang berjiwa agama memegang negara, mempunyai kepakaran dan berautoriti. Sistem demokrasi propaganda barat telah memusnahkan kredibiliti pemimpin yang layak diseluruh dunia.

 

-tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh