Home Cerpen Thriller/Aksi Mask 5
Mask 5
AMNI ZIKRI
25/4/2020 22:40:56
208
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

Bab 1

Kepulan asap hitam berlumba-lumba naik ke udara. Suasana tengah hari yang aman di Bandar Klian Pauh itu bertukar menjadi huru-hara. Berlaku aktiviti rompakan bersenjata keatas Bank Utama Utara Nasional. Situasi di tempat kejadian terlalu dahsyat sehingga tiada sesiapa mampu mengungkap kata-kata. Kesemua kereta polis hancur sama ada meletup atau berkecai berselerak di merata-rata tempat. Mayat-mayat manusia bergelimpangan memenuhi jalanan. Helikopter syarikat media merakam suasana sayu itu dari pandangan atas. Bangunan bank tersebut hancur secara keseluruhan di bahagian depan namun di bahagian belakang masih kukuh.

“ HAHAHA…Itu saja ke kemampuan Polis Di-Raja Malaysia ni. Sedih benar aku tengok.”ungkap seorang lelaki yang memakai tactical gas mask yang keluar daripada pintu masuk bangunan tersebut yang dahulu sungguh kukuh namun kini menjadi sisa runtuhan.

“ Woi, mana lagi anggota polis ni! Aku tak puas nak main lagi ni!” marah seorang lagi lelaki yang turut bertopeng namun topeng yang dipakainya berbeza kerana lelaki ini memakai samurai mask. Lelaki tersebut muncul secara mengejut di sebalik timbunan runtuhan itu.

Mereka berdua duduk di atas tangga masuk yang sudah hancur separuh itu. Menanti.Selepas lama menunggu, lelaki yang memakai tactical gas mask itu mengeluarkan sebuah telefon pintar dan mula mendail nombor kecemasan.

“ Halo, sila kerahkan lagi unit polis yang kelima ya. Alamat adalah Bank Utama Utara Nasional. Kalau boleh sila kerahkan juga tentera ya…” ujar lelaki itu sewaktu menelefon talian kecemasan.

Helikopter syarikat media berlegar-legar di sekitar kawasan kejadian merakam dan melalukan siaran langsung. Siaran-siaran berita memaparkan berita gempar yang berlaku ini. Kedudukan helikopter yang tinggi di atas langit ini amat strategik untuk mereka melihat kawasan kejadian yang sudah hancur itu. Dari jauh helikopter itu dapat melihat berpuluh-puluh kereta polis berperisai menuju ke situ, bunyi siren kereta-kereta bergema kuat menandakan kemaraan mereka yang semakin hampir dan jumlah mereka yang terlalu ramai.

“ Sudah sampai pun ‘makanan’ kita, Red.” ujar lelaki tactical gas mask yang mula bangun membersihkan jaket hitamnya yang berdebu.

“ HAHAHA …lauk-lauk ni kita kongsi tau, Black.” seronok lelaki yang memakai samurai mask, Red, yang turut bangun menepuk lembut jaket merahnya. Dia mengeluarkan dua bilah katananya dari sarung pedang tersebut yang tergantung di belakang badannya. 

Mereka berdua bersedia menanti tetamu ‘istimewa’ mereka dengan lagak yang tenang.

 

“ Saya, Nabila Rosli, wartawan dari siaran TV ONE melaporkan berita. Nampaknya perompak-perompak bersenjata itu seperti sengaja menanti kehadiran unit-unit polis yang datang dari segenap penjuru. Namun kami hanya dapat melihat dua daripada lima ahli perompak bertopeng itu. Perompak bertopeng yang merompak Bank Utama Utara Nasional dikenali sebagai MASK 5.Sebuah kumpulan penjenayah yang paling kejam dan dikehendaki di seluruh dunia.Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli iaitu Black, Red, Blue, White dan Ghost. Namun, identiti mereka sehingga kini masih tidak diketahui.” lapor wartawan itu secara langsung dari helikopter.

Duk… Duk…Duk…

Lima buah helikopter polis memintas laju helikopter media itu untuk mengepung kawasan kejadian. Anggota polis di dalam helikopter-helikopter polis itu mengeluarkan senjata mereka untuk bersedia dan memberi sokongan kepada anggota lain yang berada dibawah. Mereka mula menjaga parameter mereka.

“Alpha…Zulu…Romeo… 3…4…8, anda diminta untuk berada jauh dari kawasan kejadian untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini. Ini adalah satu arahan.” ujar juruterbang helikopter polis yang berada berdekatan dengan helikopter media tersebut.

Berpuluh-puluh kereta polis berperisai mengepung di bahagian hadapan Bank Utama Utara Nasional itu. Mereka terus keluar dari kenderaan lalu menghalakan senjata mereka ke arah hadapan. Polis-polis berperisai pula bergerak laju melindungi anggota polis yang sudah bersedia.  Di hadapan mereka,Black dan Red sedang berdiri tenang. Perbuatan itu membuatkan anggota-anggota polis itu berasa agak gerun namun perasaan itu dibuang. Kemudian, muncul seorang anggota polis yang kelihatan mengetuai kumpulan besar kepungan ini.

“ Black dan Red, kalian berdua diminta untuk menyerah diri. Kawasan ini telah dikepung sepenuhnya. Tiada jalan keluar dan jalan masuk. Sebarang tindakan agresif akan kami balas.” tegas lelaki itu mengeluarkan amaran menggunakan megafon.

“ Semua unit bersedia! Jangan beri muka pada dua ‘haiwan’ ni!” arah lelaki itu menjerit lantang.

“ Amboi,kasarnya ayat panggil kami dua ni haiwan… HAHAHA… Tenang la inspektor. Janganlah layan kami kasar sangat… lagipun kami dah tahu taktik inspektor.” Black yang berdiri tenang itu mula mengeluarkan pistol berkembarnya. Dia mula menghalakan pistolnya ke beberapa tempat seperti menghitung sesuatu.

“ Inspektor, kalau ye pun nak tangkap kami takkan la sampai lapan sniper hantar. Semua tempat yang aku tunjuk tadi, semua itu kedudukan abang sniper kalian kan.HAHAHA… Aku ada semua maklumat unit gempur sekarang ini.” Black seperti mencabar unit gempur di hadapannya.

“ Maaflah kurang ajar. Kami sudah bosan buat huru-hara di eropah sana.” sampuk Red yang sedari tadi membisu.

“ Blue,macam mana dengan emas tu…” soal Black secara tiba-tiba.

 Rupanya, mereka berhubung melalui alat komunikasi khas. Blue tidak berada bersama Black dan Red kerana dia ditugaskan untuk berada di dalam bilik kebal bawah tanah bank tersebut untuk mengambil emas-emas yang dahulu dijaga ketat. Sejurus Blue mengambil kesemua emas tersebut, dia terus menuju keluar. Seperti yang dirancang, sebaik sahaja Blue keluar dari bilik kebal bawah tanah dia terus membakar mercun roket. Mercun roket yang diubah suai itu meluncur laju ke udara dan terus meletup. Bunyi letupan yang kuat itu merupakan tanda bahawa tugas Blue sudah selesai.

Anggota-anggota polis yang terkejut dengan bunyi letupan itu terus memandang Black dan Red dengan menghalakan muncung senjata serta jari dipicu menunggu arahan.Tiba-tiba, ekor sebuah helikopter polis di ruang udara meletup. Helikopter itu terus meluncur jatuh kerana hilang keupayaan untuk kekal di udara. Kesemua yang melihat tergamam. Kelihatan seperti asap berterbangan keluar dari helikopter yang jatuh itu ke arah helikopter yang berdekatan.

“ Mula!” jerit Black yang terus mengeluarkan beberapa objek berbentuk tin dan terus melemparkan ke arah unit gempur pasukan polis di hadapannya.

 Tin-tin itu terus bergolek dan serta-merta meletup mengeluarkan asap hitam. Letupan asap hitam secara mengejut itu membuatkan anggota-anggota polis itu kelam-kabut melepaskan tembakan rambang kerana keupayaan melihat mereka terbatas. Black dan Red membuat formasi serang balas. Red di hadapan manakala Black di belakang. Formasi ini bertujuan untuk mengurangkan kadar risiko ditembak oleh peluru sesat. Red yang mempunyai kemahiran berpedang yang tinggi menjadi perisai untuk Black dengan menepis dan memotong peluru-peluru yang meluru ke arah mereka. Manakala Black yang berada di belakang Red terus menembak menggunakan pistol berkembarnya. Keadaan yang kucar-kacir itu membuatkan unit gempur anggota polis secara tidak sengaja telah membazirkan peluru mereka.  

Sewaktu kejadian tembak menembak itu, helikopter- helikopter polis yang berada di ruang udara diserang oleh seorang lelaki bertopeng. Topeng yang dipakainya hanya merupakan topeng biasa yang bercorakkan mulut yang mengeluarkan taring.

“ Siapa kau?” soal seorang anggota polis yang berada di dalam helikopter sambil mengacukan senjatanya.

“ Ghost …”jawab lelaki bertopeng itu.

 Ghost terus menyerang lelaki itu dalam kelajuan yang luar biasa. Dia menjadi asap dan terus berada di sebelah anggota polis itu. Keistimewaan Ghost yang bergerak laju serta sengaja meninggalkan sedikit asap membuatkan orang yang melihatnya memikirkan bahawa dia boleh berubah menjadi asap. Itu semua merupakan helah murahan yang dapat memberi kesan psikologi kepada sesiapa yang melihat. Ghost yang berada di sisi anggota polis itu menunjukkan matanya yang keseluruhan putih membuatkan polis itu kaku seperti dipukau.

Ghost serta-merta meluru ke arah juruterbang. Dia mengeluarkan kerambitnya lalu memenggal leher juruterbang secara mengejut. Juruterbang yang tersebut mati secara seksa kerana kerambit yang digunakan Ghost itu diselaputi racun ipuh dan bisa ular tedung selar dan beberapa lagi racun tradisional yang bersifat membunuh. Helikopter yang hilang kawalan itu turut meluncur laju ke bawah sama seperti helikopter pertama. Ghost yang mengambil peluang terus melompat meninggalkan helikopter kedua dan menuju ke mangsa yang seterusnya. Ghost dengan pantas telah meletupkan hampir kesemua helikopter polis itu. Dia melompat ke helikopter terakhir.

“ Sudah siap kerja kau, Ghost?” soal juruterbang helikopter terakhir.

“ Haah.” balas Ghost tenang dan bersahaja.

Banyak sungguh muslihat kumpulan Mask 5 untuk ‘bermain’ dengan Polis Di-Raja Malaysia.Mereka sudah bersedia dengan merampas satu daripada lima buah helikopter polis secara senyap. White, salah seorang ahli kumpulan itu, lelaki yang memakai topeng keseluruhan putih tanpa wajah. Topeng tersebut seiras watak slender man.

“ Sudah…Baik kita ambil Blue.” ujar White sambil bergerak ke arah belakang bangunan bank tersebut.

White melihat Blue sedang berehat tenang seperti tiada apa yang berlaku. Melihatkan Blue sedang bersenang-lenang, White sengaja bergurau dengan melepaskan beberapa tembakan ke arah Blue. Blue yang tersedar perubahan angin terus melonjak jauh untuk mengelak serangan mengejut itu. Dia melihat peluru-peluru misteri itu datang dari arah atas. Blue mendongak dan terlihat sebuah helikopter polis sedang mengacu laras mesingan ke arahnya. Dia bersedia mengeluarkan beberapa bom kecil seperti guli di celahan jari-jemarinya.

“ Woi! Burung cepat la naik…” ujar Ghost yang sedang berada di perut helikopter tersebut.

Ghost menjatuhkan tangga untuk rakannya itu menaiki helikopter itu secepat mungkin. Blue yang berang dipanggil burung itu terus memanjat tangga helikopter. Dia hadap sahaja panggilan yang diterimanya kerana sudah biasa. Topeng yang Blue pakai tersebut menjadi punca panggilan itu kerana dia memakai topeng plague doctor. White yang sedang memandu helikopter itu terkejut melihat pemandangan di hadapannya itu.   

“ Berhenti menembak!” arah inspektor polis itu sambil mengangkat tangan sambil mengenggam penumbuk mengisyaratkan sebagai berhenti. Suasana yang senyap sunyi itu membuatkan inspektor itu berasa hairan. Apabila kelihatan mereka semakin jelas,mereka melihat Black dan Red masih berada di situ namun mereka kaku. Kelihatan jelas peluru-peluru yang dipotong. Pistol berkembar Black juga masih berasap menandakan dia telah melakukan tembakan yang banyak.

“ Mod pancung.” jerit Red.

“ Mod tembus.” jerit Black serentak dengan Red.

Mereka berdua berubah kedudukan. Pedang katana Red dihalakan ke kanan manakala pistol berkembar Black dihalakan ke kiri. Mereka dengan serta-merta meluru ke arah sasaran baru. Red terus memecut laju sambil pedangnya diangkat separa dengan bahunya. Dia melompat dan terus memancung polis-polis di hadapannya. Kejadian sekelip mata itu menyebabkan sayap kanan unit gempur tersebut dibunuh dengan dua bilah katana sahaja. Darah memancut di merata-rata tempat. Mati.

Black yang menyerang sayap kiri unit gempur itu mengeluarkan pistolnya lalu menembak sasarannya dengan jarak dekat. Dalam kedudukannya yang terlalu dekat dengan mangsa membuatkan peluru yang hinggap di badan mangsa tembus keluar. Dengan kecepatan yang luar biasa, Black menghabiskan tembakannya. Pistol berasap.

“ Seratus.”ujar Red dengan gembira. Dia memandang Black dengan pandangan mencabar.

“ Seratus satu.” balas Black tenang sambil meniup muncung pistolnya.

Secara tiba-tiba, Red membaling katananya ke arah Black. Black mengelak tenang. Pedang yang dibaling tersasar namun pedang tersebut meluncur laju ke arah seorang anggota polis yang sedang bangun dalam kesakitan sambil mengacukan pistolnya ke arah Black. Pedang tersebut menembusi jantung anggota polis itu lalu mati serta merta.

“ Seri.”ucap Black yang melihat polis tersebut.

Mereka berdua mula menenangkan diri selepas melakukan serangan pantas tersebut.Kemudian, sebuah helikopter polis sedang berada di atas mereka. Black mendongak ke atas. Tali tangga helikopter tersebut jatuh lalu terpampang di hadapannya. Black dan Red terus memanjat tangga tersebut. Mereka berkumpul kembali di dalam perut helikopter tersebut.

Sewaktu helikopter tersebut ingin berlalu pergi, mereka melihat di bahagian belakang bank itu. Mereka semua kecuali White terkejut melihat bantuan unit gempur polis tersebut. Terdapat pelbagai senjata canggih dan ramai anggota polis yang sedang bersedia menunggu arahan. Namun, unit bantuan itu tidak mengetahui bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan misi mereka kerana helikopter ini telah diletakkan sejenis alat yang dapat membuatkan helikopter itu halimunan.

“ Blue, berapa banyak emas yang kau ambik?” soal Red yang sedang mengelap katananya yang berlumuran darah.

“ Aku kaut hampir semua. Tinggal suku sahaja dalam simpanan mereka.” balas Blue sambil baring di lantai helikopter itu.

“ Sampai sahaja di rumah, aku mahu kalian bahagi emas itu seperti biasa.” ujar Black yang sedang bersandar memeluk tubuh.  

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AMNI ZIKRI