Home Cerpen Seram/Misteri DAGING
DAGING
Johari A. Julaihi
1/11/2021 20:19:40
214
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri
Perkampungan Rumah Panjang Renjan, Pulau Pelampai.

Tahun 1990.

 

Rumah itu agak terasing daripada Rumah Panjang Renjan. Ia memasuki rumah tersebut melalui jendela yang sedikit terbuka, terbang melingkari ruang tamu rumah.Pemilik rumah ini sememangnya peminat tegar warna merah darah hinggakan seluruh dinding dicat dengan warna tersebut. Manakala, kebanyakan perabot adalah berwarna hitam. Merah dan hitam. Satu kombinasi yang garang, namun menarik.

Selepas mengitari ruang tamu itu sekali, Ia menghampiri ruang dapur. Ia melihat seorang wanita yang sedang memotong sesuatu dan hinggappada salah satu bingkai gambar yang bertentangan dengan wanita tersebut. Jelas apa yang dilihat olehnya di mana wanita tersebut sedang menyediakan bahan-bahan masakan. Terdapat bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, botol madu,beberapa batang serai, jintan manis dan lain-lain bahan di atas meja. Wanita tersebut leka mengupas bawang-bawang sambil menyanyi-nyanyi dengan suara yang kecil. Sesekali kelihatannya tersenyum. 

Bahan-bahan yang telah dikupas dan dipotong dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk.Dia berhenti daripada mengupas bawang dan mengambil mesin pengisar yang terdapat di hadapannya. Kemudian, dia mengambil sebiji mangkuk yang berwarna merah dan memasukkan bahan-bahan yang terdapat di dalam mangkuk tersebut, ke dalam mesin pengisar tersebut. Menghidupkan suis pengisar dan membiarkannya beberapa saat. Setelah memastikan bahan-bahan tersebut sudah dikisar sekata, wanita itu menuang ramuan tersebut ke dalam mangkuk merah tadi, seraya membalut mangkuk itu dengan kerajang aluminium. 

Dia bergerak menuju ke peti sejuk dan membuka ruangan sejuk beku yang terletak di bahagian atas. Ia terbang menghampirinya. Wanita itu mencari sesuatu di dalam ruangan sejuk beku tersebut. Dia mencapai satu plastik berwarna hitam seraya membuka dan melihat isi di dalamnya.

“Dah tinggal sedikit rupanya daging ni. Kalau setakat beberapa hiris, mana cukup.”

Wanita itu mengeluh. Dia menutup pintu ruangan sejuk beku tersebut dan bergerak ke arah meja tadi dan mencapai sebilah pisau pemotong daging dan sebilah pisau yang agak besar.

“Nasib baik masih ada simpanan segar. Kalau tidak,kempunanlah aku nanti,” kata wanita itu.

Dia mencapai satu basin besar di bawah kabinet meja itu. Kedua-dua bilah pisau diletakkan ke dalam basin tersebut dan kemudian bergerak keluar dari ruang dapur dan menuju keluar, ke arah ke sebuah bilik. Ia terbang lalu hinggap di atas kepala wanita itu, yang langsung tidak menyedari kehadirannya.

Pintu bilik terbuka. Kelihatan terdapat sebuah tangga yang menuju ke ruangan bawah rumah tersebut. Gelap. Wanita itu menekan suis yang terdapat pada sudut dinding dan serta-merta ruangan bawah tersebut diterangi lampu kuning. Wanita itu menuruni tangga tersebut dengan berhati-hati. Sampai sahaja dia di ruang bawah itu, dia berhenti seketika.

Rupanya, terdapat satu laluan di ruangan itu. Wanita tersebut menghidupkan suis dan berjalan melalui lorong tersebut setelah lampu-lampu yang terdapat di sepanjang lorong itu terbangun dari tidur mereka. Ruang laluan itu semakin lama semakin sejuk. Namun kelihatan wanita itu tidak terkesan dengan keadaan suhu sejuk yang menerkam.. Laluan itu kira-kira sepanjang dua puluh meter.Turut ditemui beberapa bilik di situ.

Tiba-tiba kedengaran suara menangis, meminta tolong dan terdapat juga suara yang kedengaran marah. Wanita itu berhenti melangkah.Dia cuba mendengar sekali lagi.

“Bunyi apa, itu tadi?” Wanita itu menggumam. Meremang bulunya.

Dia meneruskan langkahnya dan berhenti di salah sebuah bilik. Dia membuka pintu tersebut. Ruang bilik itu cuma diterangi dengan cahaya daripada lilin. Justeru, bilik tersebut agak kelam suasananya.

“Cikgu. Tolonglah lepaskan saya!” kedengaran satu suara merayu.

Disebabkan suara tersebut, Ia terbang menjauhkan diri daripada wanita itu. Berhenti tidak jauh daripada tempat pembaringan gadis itu.Statik.

Wanita itu ketawa dan menghampiri sekujur tubuh yang terbaring di lantai, lalu duduk dengan kedua-dua lutut mencecah lantai, bertentangan dengan kepala gadis itu. Gadis remaja yang berusia di dalam lingkungan lima belas tahun itu terbaring dengan keadaan kedua-dua kaki serta tangannya terikat pada palang besi yang terunjam pada lantai, membentuk huruf X.

Di kawasan pembaringannya terdapat satu lukisan berbentuk pentagram di dalam lingkaran. Dua lingkaran. Di antara kedua-dua lingkaran, terdapat tulisan logogram yang tidak diketahui maknanya manakala di dalam bulatan kedua itu terdapat tulisan logogram yang membentuk bintang berbucu lima. Pada setiap bucu bintang, terletaknya pancang besi yang mengikat tangan dan kaki gadis tersebut. Juga, terdapat lukisan berbentuk kepala babi hutan.Lukisan kepala babi hutan itu juga terbentuk daripada tulisan logogram pelik.Gadis itu cuba melepaskan dirinya dengan meronta, namun ikatan pada tangan dan kakinya sangat ketat. Bukannya tali yang mengikatnya semakin longgar, bahkan,terasa perit disebabkan luka yang terhasil daripada goresan tali yangmengikatnya.

“Tolonglah, cikgu. Lepaskan saya. Sekiranya saya ada salah, saya minta maaf. Janganlah buat saya begini,” rayu gadis itu sambilmenangis.

“Apa yang cikgu nak daripada saya?”

Wanita itu berhenti ketawa. “Apa yang aku mahu, aku mahu keremajaan kau,” kata wanita itu.

“Apa Cikgu mengarut ni. Cikgu gila. Cikgu gila!” gadis itu menjerit ke arahnya.

Wanita itu hanya ketawa apabila mendengar herdikan daripada gadis itu.

“Tak. Aku tak gila. Aku hanya mahu cantik dan kekal muda. Kau sendiri memuji aku cantik. Ingat tak? Kau kata, kau ingin aku kongsikan rahsia kecantikkan aku kepada kau. Aku akan kongsikan rahsia kecantikkan aku kepada kau dan kau boleh guna rahsia itu di alam kubur nanti.Untuk pengetahuan kau, kawan-kawan kau Silvia dan Umairah pun aku sudah kongsikan rahsia ini. Pasti mereka sudah gunakannya di alam kubur tu.”

Wanita itu ketawa terbahak-bahak.

“Kau bunuh mereka? Tergamak kau bunuh pelajar kau sendiri. Kau memang gila… kau gila,”

“Aku bunuh mereka untuk jadikan akusebagai seorang wanita yang cantik dan muda. Mereka sepatutnya berasa gembiradan rasa terpuji disebabkan jasa mereka itu. Jasa pelajar terhadap gurunya.Bukankah itu sifat yang terpuji?”

“Lepaskan aku. Lepaskan!” Gadis itu meronta-rontalagi.

Tidak dihiraukan lagi perit luka pada bahagian kakidan tangannya.

Wanita itu tunduk sambil seakan-akan menghidu bau rambut gadis itu. Jari telunjuknya menculit darah yang mengalir daripada salah satu tangan gadis itu yang terluka, dan menjilatnya.

“Harumnya bau darah kau … (terhenti seketika apabila dia menjilat kembali jari telunjuknya). Dan manis,” kata wanita itu.

Kemudian, dia tunduk dan menjilat muka gadis itu sehingga gadis itu menjerit kegelian disebabkan air liur wanita itu terlekat pada wajahnya. Gadis itu seperti ingin muntah lantaran air liur wanita itu yang berbau busuk. 

“Sedapnya daging kau ni. Tak sabar aku mahumenikmatinya,”

Tiba-tiba nafas wanita itu bertukar kencang. Matanya galak. Lidahnya menjilat bibirnya. Darah gadis itu membangkitkan nafsu seleranya untuk menikmati daging dan darah gadis itu. Rahsia, mengapa wajahnya kekal muda. Tangan kirinya memegang kepala gadis itu. Kedengaran dia sayup-sayup mengungkapkan satu percakapan yang yang tidak jelas dan difahami.Semakin lama ungkapan tersebut semakin jelas kedengaran serta semakin kuat suara wanita itu. Itu satu mentera pemujaan. Gadis itu mengerti apa yangdipertuturkan oleh wanita yang dipanggil cikgu, olehnya. Justeru, wajah gadisitu menjadi pucat. Ketakutan.

Tiba-tiba, tulisan-tulisan pada tempat pembaringan gadis itu bercahaya, bermula daripada lingkaran luar, menjalar pada tulisan yang bermula daripada bahagian bawah sehingga merayap ke bahagian pinggang dan seterusnya ke bahagian atas. Bila mana cahaya itu bertemu pada bucu bintang yang teratas (yang turut menempatkan kepala gadis itu), cahaya daripada tulisan-tulisan itu bersinar terang dan menggelodak persis api. Gadis itu menjerit sekuat-kuat hatinya. Aliran air mata pada wajahnya, mengalir deras.Wanita itu mencapai pisau di dalam besen di sebelahnya dengan tangan kanan lantas ingin menusuknya ke jantung gadis itu. Gadis itu menjerit. 

Tiba-tiba pintu luar dihempas kuat menyebabkan wanita itu tadi hilang fokus. Cahaya yang menyelubungi gadis itu tadi, menurun sinarnya.

“Berhenti!” teriak satu suara.

Kelihatan dua orang pegawai polis masuk ke dalam bilik itu sambil mengacukan pistol ke arah wanita itu, diikuti dengan beberapa pegawai polis yang lain. Wanita itu mendengus. Pandangannya merayapi setiap seorang pegawai polis yang berada di bilik tersebut.

“Berhenti! Letak pisau itu di lantai. Cepat, menyerah!” jerit salah seorang pegawai polis yang berbangsa Cina.

“Cepat, menyerah diri!” katanya sekali lagi.

Wanita itu tetap tidak melepaskan pisau di tangannya.Sinaran cahaya daripada tulisan-tulisan itu semakin malap. Dia memandang gadis itu. Dengusan nafas kasar kedengaran. Dia menggenggam erat pisau di tangannya. Amaran daripada pegawai polis itu tidak dihiraukan. Sambil menjerit (seiring jeritan, sinaran cahaya itu turut bersinar galak) dia cuba untuk menghunuskembali pisau itu ke arah jantung gadis itu.

Gadis itu terkaku sambil matanya terbuntang tatkalaketajaman pisau itu mengaktifkan saraf-saraf kesakitan pada kulitnya. Mulutnyaternganga luas. Satu kematian tragis disaksikan oleh seekor lebah yang terkakumelihat kekejaman manusia.

 

Tanah perkuburanKristian,

Perkampungan Renjan,Pulau Pelampai.

 

Satu upacara pengebumian berlangsung pada pagi itu, di tanah perkuburan Kristian.Tidak ramai yang menghadirinya. Dia tiada saudara mara, seperti apa yang diketahui oleh jiran-jiran sekeliling. Peristiwa malam Khamis yang lepas, dua hari sebelum upacara pengebumian itu, merungkaikan rahsia gelap dan kejam pada salah seorang penduduk kampung tersebut. Tidaklah jiran-jiran menyangka ini akan berlaku pada kawasan perkampungan mereka. Seorang yang terpelajar tetapi melakukan kerja yang tidak bermoral.

Dennis Lau, seorang pegawaipenyiasat khas yang mengetuai operasi malam tersebut menyesal dengan tindakanlambat daripada pihak mereka. Sekiranya mereka cepat bertindak, pasti tiadanyawa yang akan melayang. Dennis melihat sekeliling. Matanya terpandang ke arahlelaki yang dikenalinya. Dia melangkah menghampiri lelaki itu.

             “Selamat pagi, Encik Charles,” sapa Dennis.

            “Selamat pagi, Tuan,” katanya sambil menyambut huluran Dennis.

            Diam seketika. Suasana terasa janggal.

            “Saya tidak sangka ini akan berlaku kepada anak saya, Tuan,” kata Charles.

“Cikgu yang dipercayai olehnya sanggup membuat perkara yang tidak bermoral kepada pelajarnya sendiri,” sambung Charles.

            “Saya bersimpati dengan apa yangberlaku. Saya ingin meminta maaf kepada pihak Encik Charles kerana tindakanlambat daripada pihak kami. Sekiranya pihak kami cepat bertindak. Ini tidakakan berlaku,” kata Dennis sambil menunduk sedikit kepalanya.

            Charles memandangnya.

            “Tidak perlu minta maaf, Tuan.Bahkan, saya ingin berterima kasih kerana pihak polis telah menyelamatkan anaksaya pada malam itu. Saya sangat bersyukur. Sekiranya pihak Tuan tidak sempatmenyerbu rumah tersebut, pasti anak saya sudah dijadikan mangsa oleh gurunyasendiri.”

            Dennis menganggukkan kepala.“Bagaimana dengan keadaan anak Encik Charles?”

            “Buat masa ini, dia masih di dalam keadaan trauma. Dia masih di hospital. Isteri saya menemaninya dan ada pakar kaunseling hospital yang turut sama menemaninya. Dengan keadaan sekarang, kami akan menemaninya sehingga dia betul-betul sihat. Kesan luka pada tangan dan kakinya tidak berapa serius. Kesan luka pada bahagian dadanya juga tidak berapa serius. Tidak mengenai jantungnya. Namun luka tersebut sentiasa diperiksa.”

            Dennis lega mendengarnya. Dia teringat kejadian malam itu bila mana wanita itu tiba-tiba bertindak agresif dengan keinginan untuk menusuk pisau ke jantung anak Encik Charles. Nasib baik salah seorang pegawai polis bertindak dengan menembak tangan wanita tersebut sehingga menyebabkan tangannya cedera dan pisau yang hampir menusuk jantung gadis itu terlepas. Namun, wanita itu tetap tidak mahu menyerah kalah bila mana tiba-tiba dia mencapai pisau pemotong dan ingin menetak gadis itu kembali.Dennis terpaksa menembak wanita itu yang akhirnya menyebabkan kematiannya serta-merta disebabkan peluru menembusi kepalanya.

            Dennis mengeluh. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menghilangkan nyawa sesiapa pun meskipun seorang penjenayah. Namun,kadang-kadang dia terpaka bertindak sedemikian untuk mengelakkan kemudaratan terhadap orang lain.

            Tiba-tiba kedengaran jeritan dan segelintir penduduk kawasan terutamanya wanita bertempiaran lari. Dennis dan Charles berlari ke arah kawasan perkuburan tersebut. Kelihatan paderi yang bertanggungjawab untuk pengebumian wanita itu kaku berdiri tidak jauh daripada tempat keranda wanita itu diletakkan.

            “Kenapa, Paderi?” tanya Dennis.

            Paderi itu memandangnya. Wajahnyasedikit pucat.

            “Keranda itu tiba-tiba bergetar dantudungnya terbuka. Bila kami ingin menutupnya kembali, kami terkejut bila manamatanya tiba-tiba terbuka menatap kami.”

            “Tudung keranda itu sudah ditutupkembali?” Charles mengajukan soalan.

            “Sudah. Tetapi kemudian, penutupnyaterbuka kembali. Seakan-akan mendiang tidak mahu dikebumikan.”

            Dennis menghampiri keranda itu. Seperti apa yang dikatakan oleh paderi itu, wanita di dalamnya, matanya terbuntang menatap langit. Dennis mencapai tudung keranda dan menutupnya kembali. Bila mana tudung keranda itu menutup keseluruhan keranda, jeritan kuat kedengaran daripada dalam keranda itu menyebabkan Dennis terkejut dan menjauhi keranda itu. Dia memandang paderi dan Charles. Paderi itu menggelengkan kepala.

            Yang lebih mengejutkan mereka bertiga apabila tiba-tiba sahaja seluruh keranda terbakar dengan sendirinya.Api yang membakar keranda itu ganas melahap setiap isi keranda. Kedengaran jelas suara yang menyatakan “Aku akan kembali…aku akan kembali,”

Mereka yang ada di situ terpana mendengar suaratersebut.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.