Home Cerpen Kisah Hidup Sebuah Perjuangan
Sebuah Perjuangan
Leykha
4/6/2021 00:42:39
113
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup


 

“Kak Yati” panggil Natasha apabila secara kebetulan,Yati berjalan dihadapannya. Yati menoleh memandang Natasha lalu menghulurkansenyuman manis serta menghampiri gadis 20-an itu.

“Kenapa, Tasha?” soal Yati lembut apabila dia beradadi hadapan Natasha yang sedang duduk di kerusi pantri pejabat mereka.

“Akak ada dengar cerita tak? Akan ada beberapa pekerjayang akan dibuang. Sekarang ni. Kami semua tengah tunggu keputusan bos saja. Tasharisau lah, Akak” ujar Natasha sambil menggaru kecil kepalanya yang dibalutitudung.

“InsyaAllah, Tasha. Doalah, semoga Allah mendengar doakita. Akak pun tengah tunggu keputusan bos juga. Katanya beberapa orangdaripada kami pun, akan dibuang” tutur Yati tenang.

“Akak kena sambung buat kerja ni. Akak pergi dulu lah,ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, Akak” jawab Natasha lembut lalu dia melepaskan keluhan kecil.

Yati duduk berehat di laluan tangga yang ada dipejabat itu. Dia mulai mengenang nasib yang dihadapinya. Dia pernah terfikiruntuk berhenti kerja kerana tubuhnya sudah tidak larat untuk melakukankerja-kerja berat namun apabila difikirkan semula, dia perlu bekerja. Tambahanpula, dia adalah seorang ibu tunggal. Tiada tempat untuk dirinya bergantung.Apa yang akan disuap ke mulut tiga orang anaknya yang masih kecil dan belumkenal erti masalah.

Adik beradiknya yang lain, tidak mengaku bahawa diaadalah sebahagian daripada ahli keluarga mereka akibat dirinya yang dianggapmiskin. Ibunya turut dibuang oleh mereka dan hanya bergantung harap kepadanya.Dia pernah terfikir, andai suatu hari nanti dia ditakdirkan akan pergi dahulu,siapa yang akan menjaga anak-anak serta ibunya? Dia hanya mampu berdoa supayaTuhan memanjangkan umurnya demi menjaga orang-orang yang disayanginya.

Yati memandang ke arah tingkap lalu mengeluh perlahan.‘Ya Allah, andai ini ujian buatku, kuatkanlah, Ya Allah’.

Tiba-tiba, telefon Nokianya berdering meminta untukdiangkat. Nama pemanggil yang tertera ialah Natasha. Yati terus menenkan punatberwarna hijau dan merapatkan telefonnya ke telinga,

“Kak Yati, bos nak jumpa Kak Yati, sekarang” beritahuNatasha dengan nada yang tidak dapat ditafsirkan oleh dirinya.

“Baik, Kak Yati datang” Yati menekan punat berwarnamerah lalu terus berdiri dan menuju ke bilik majikannya. Sebelum diamenghampiri bilik majikannya, dia terserempak dengan Natasha yang kelihatangusar. Yati terus mengorak langkah dan mengetuk pintu terlebih dahulu sebelummelangkah masuk.

“Yati, awak dah dengar kan, desas-desus fasalpemberhentian kerja?” soal Encik Izudin yang tampak seperti 50-an. Yati hanyamemandang tanpa menyangka apa-apa.

“Ada juga saya dengar, bos. Ada apa, ya?”

“Saya minta maaf tapi awak faham kan, sekarang ekonomisangat-sangat tak stabil dan kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.Awak salah satunya, Yati” tutur lelaki tua itu dengan nada yang simpati. Reaksiwajahnya turut menunjukkan bahawa dia benar-benar simpati kepada dirinya. Yatitersenyum.

“Tak apa, bos. Mungkin rezeki yang lebih besar tengahmenunggu saya. Jadi, ini bulan terakhir saya kan, bos?” soal Yati tenang.

“Betul” jawab Encik Izudin sepatah.

“Kalau macam tu, saya keluar dulu lah, bos. Terimakasih” Yati terus melangkah keluar tanpa ragu-ragu. Ketika dia menutup pintubilik pejabat majikannya, kelihatan ramai rakan sekerjanya sedang menanti diluar. Natasha terus memeluk tubuh wanita itu.

“Tasha, Kak Yati baik saja. insyaAllah, dekat luar tu nantiada lagi rezeki yang besar untuk Kak Yati. Rezeki Allah ni, besar kan?” Natashamengangguk perlahan.

“Dahlah, dah pukul lima dah ni. Tak nak balik, ke?”soal Kak Yati. Natasha meleraikan pelukan lalu tersenyum kecil.

Yati hanya berjalan kaki untuk pulang ke rumahnyamemandangkan dia tidak mempunyai sebarang kenderaan mahupun basikal. Cuaca padapetang itu, sungguh redup. Ditambah pula dengan angin lembut menyapa tubuhnya.Hatinya berasa sungguh tenang.

Beberapa hari sahaja lagi, dia tidak lagi akanmenjejakkan kaki di pejabat itu memandangkan dia telah diberhentikan kerjaakibat pandemik yang melanda seluruh dunia. Arwah suaminya pernah memesan,andai ada ujian yang dirasakan berat telah menimpa diri, percayalah bahawaAllah akan memberikan seribu jalan keluar.

Dia baru sahaja kehilangan si suami beberapa bulanlepas yang tanpa disangka telah pergi akibat penyakit itu yang turut terjangkitpada suaminya. Mereka sekeluarga pernah dikuarantikan serta dipakaikan gelangberwarna merah jambu. Anak-anaknya ibarat memahami, tidak pernah membebanidirinya dengan perangai mereka. Mungkin, itulah anugerah yang dikurniakan olehYang Esa setelah pemergian si suami. Hampir setahun pandemik ini melanda dinegara ini namun, masih tidak dapat dibendung dengan cemerlangnya. Pernah suatuketika dahulu, kemenangan hampir berpihak kepada tanah air namun, ianya hanyasementara.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah memanjat anaktangga menuju ke rumahnya, telefonnya berdering. Yati menekan punat berwarnahijau lalu meletakkan telefon itu di telinganya.

“Assalamualaikum, Mak. Mak apa khabar?” sapa Yatipenuh sopan.

“Waalaikumsalam, Yati. Mak sihat, alhamdulillah. Yati,Mak nak minta duit sikit boleh? Barang dapur dekat rumah Mak ni semua dahhabis, Yati. Duit Mak pun dah habis juga” tutur ibunya dengan nada simpati.Yati menarik nafas perlahan sebelum memulakan bicaranya.

“InsyaAllah, Mak. Nanti bila Yati dah masukkan duitMak dalam bank, Yati minta siapa-siapa untuk tolong Mak, ya?” ujarnya tenang.

“Terima kasihlah, Yati. Mak letak dululah, ya?Assalamualaikum” belum sempat Yati menjawab salami bunya, panggilan telah punditamatkan.

Yati terus menyimpan telefon bimbitnya di dalam poketdan mula memanjat anak tangga menuju ke rumahnya. Sebelum menjejakkan kaki kerumahnya yang berada di tingkat empat apartment itu, dia menapak dahulu ketingkat satu untuk mengambil anak-anak yang dijaga oleh jiran baiknya.

Betapa mulia sungguh hamba Allah itu, dia sendiritelah menawarkan diri untuk menjaga anak-anaknya dikala dia sedang bekerjatanpa bayaran. Pada awalnya, dia menolak namun setelah dipujuk beberapa kalidan keadaan dirinya turut memaksa, akhirnya dia akur. Dia merelekan hatinya danbersangka baik terhadap niat mulia wanita itu.

Yati mengetuk pintu rumah itu perlahan sambal memberisalam. Pintu dibuka oleh jirannya yang berumur 30-an dan masih belum mendirikanrumah tangga. Senyuman terukir di kedua-dua wajah apabila mata salingbertembung.

“Akak, anak-anak tengah tidur. Saya kejutkan merekasekejap ya” tutur Tiana lembut.

“Eh, sekejap. Akak nak cakap dengan Tia sikit.” Yatimenahan wanita itu daripada melangkah. Tiana memandang semula wajah Yati denganperasaan ingin tahu.

“Cakaplah, Akak”

“Lepas ini. Mungkin Akak dah tak hantar anak-anakdekat Tia lagi dah” ujar Yati dengan nada yang mendatar.

“Kenapa, Akak? Tia dah kata, Akak. Tia tak kisah nakjaga anak-anak”

“Bukan, Tia. Akak sebenarnya dah berhenti kerja.Tempat kerja Akak terpaksa hentikan beberapa pekerja sebab ekonomi dah jatuhsangat dah” terang Yati dengan penuh tenang.

“Jadi sekarang, Akak buat apa?” soal Tiana prihatin.

“Tak tahu lagi, Tia. Akak pun buntu juga nak fikirpasal ni tapi insyaAllah, ada jalan”

“Kalau ada apa-apa, Akak beritahu Tia, eh” Yati mengangguksambal menguntumkan senyuman. Tiana mulai melangkah masuk ke dalam rumah untukmengejutkan anak-anak Yati. Melihat kelibat Tiana hilang dari pandangannya, diamulai merintih.

‘Ya Allah, andai ini ujian untukku kuatkanlah aku demiibuku dan juga anak-anakku. Permudahkanlah urusanku, Ya Allah’ rintih Yati didalam hati kepada Tuhannya dan mengakui dia sebagai hamba yang memintapertolongan kepada Tuhannya.

 

Yati berjalan pulang ke rumah dengan hati yang agakpilu kerana itu adalah hari terakhir dia menjejakkan kaki ke pejabat itu. Diaterus pulang ke rumah dan mengambil anak-anaknya di rumah jirannya, Tianaseperti biasa. Dia menjalani hari-harinya seperti biasa selepas itu Cuma yangkurangnya, dia tidak lagi menuju ke pejabat itu. Sudah tiga hari sejak diatidak lagi menuju ke pejabat. Duit simpanannya masih cukup untuk sebulanmemandangkan dia ada menabung sebelum ini untuk kegunaan kecemasan. Tiba-tiba diateringat akan ibunya di kampung yang telah menelefonnya beberapa hari laluuntuk meminta wang bulanan. Dia mulai buntu. Di mana dia ingin mencari duit?Duit yang ada pada dirinya kini hanya cukup untuk menampung hidupnya bersamatiga orang anaknya. Dia memandang wajah ketiga-tiga anaknya yang sedang nyenyaktidur.

“Anak-anak Ibu, Ibu nak bagi kamu bertiga makan apananti? Ibu dah buntu dah. Ibu percaya rezeki dan pertolongan Allah tu sangatluas tapi kita tak boleh kekal begini. Ibu janji dengan anak-anak Ibu, Ibu akanjaga kamu bertiga sampai akhir hayat ibu, ya” Yati bermonolog sendirian dan berharapbahawa anak-anaknya mendengar serta mengerti kata-katanya.

Pintu rumahnya diketuk perlahan. Yati memandang kearah pintu untuk memastikan pintu itu benar-benar diketuk atau hanyalahfikirannya sahaja. Namun, pintu itu diketuk buat kali kedua. Yati mulai berdiridaripada kedudukannya lalu meletakkan tuala di atas kepalanya dan membuka pinturumahnya sedikit untuk menjenguk siapakah gerangan yang mengetuk pinturumahnya.

Kelihatan wajah Tiana yang tersenggul di hadapanrumahnya, secara tidak langsung Yati terus memberikan sanyuman lalu membukapintu sedikit luas. Mereka saling menghadiahkan senyuman.

“Tiana, ada apa datang rumah Akak?” soal Yati lembut.

“Tia ada benda nak tunjuk dekat Akak.”

“Apa dia?” soal Yati ingin tahu. Tiana mulaimengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka sesuatu dan menujukkan sebuahposter kepada Yati.

“Syarikat yang Tia kerja tu tengah cari pekerja danhanya terbuka kepada golongan B40 tapi, kena betul-betul minat dalam berniagadan kena bagi kerjasama yang baik”

“Tia, Akak tak reti lah nak berniaga ni apa semua.Akak rasa juga yang Akak tak boleh nak bagi kerjasama sepenuhnya dengan mereka”

“Kalau macam itu, Akak. Akak kerja dengan Tia, nak?Tia akan ajar Akak cara untuk uruskan semua. Lepas itu, boleh lah Akak kerjasendiri” tawar Tiana dengan penuh mesra. Yati mulai berasa serba salah dan rugijika dia menolak tawaran yang diberikan oleh Tiana. Dia teringat akananak-anaknya serta ibunya yang berada di kampung.

“Baik, Akak terima tawaran Tia” Tiana menguntumkansenyuman manis kepada Yati dan Yati membalasnya penuh mesra.

Setiap hari. Yati akan menuju ke rumah milik Tianabersama anak-anaknya. Anak-anaknya akan ditidurkan dengan memberi mereka susudan akhirnya barulah mereka akan memulakan kerja mereka. Yati berusaha untukmemberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajarkan kepadanya oleh Tiana.Tiana pula dengan penuh sabra dan teliti, dia mengajar Yati dengan baik. Merekaberdua memberi kerjasama yang padu pada diri mereka masing-masing.

Hari demi hari, PKP telah ditamatkan dan digantikanpula dengan PKPB. Perniagaan yang dijalankan oleh mereka berdua semakin majudan mulai dikenali ramai termasuklah dalam kalangan selebriti dan orang awam dinegeri lain.

Yati semakin mahir menguruskan perniagaan mereka.Andai Tiana harus bekerja di luar, yati sudah mampu melakukannya sendirian.Tiana ada mencadangkan supaya Yati meneruskan perniagaan itu sendirian namunbagi Yati, selagi Tiana tidak mahu berputus asa dan ingin meneruskan perniagaanitu bersama dirinya, dia juga begitu. Tidak akan berputus asa dan akan tetapdengan Tiana.

Perlahan-lahan, Yati sudah mampu menampung ibunyamalah mampu memberi perbelanjaan lebih buat ibunya. Anak-anaknya juga dapat peluanguntuk minum susu formula, baju yang baharu serta makanan yang sedap. Jikadahulu, mereka hanya terpaksa menjamu nasi bersama lauk sardin, kini merekamampu menikmati hidangan ayam dan daging.

Yati bersyukur bahawa doanya telah didengari olehTuhan yang Maha Kaya. Dia juga percaya bahawa rezeki Tuhan itu memang tidakpernah salah alamat. Rezeki itu pasti akan muncul pada masa yang tepat dan padaperistiwa yang diperlukan. Sungguh perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baikperancangan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leykha