Home Cerpen Kisah Hidup Coretan Perjalanan
Coretan Perjalanan
Leykha
5/6/2021 16:15:50
93
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup


 

Aku bangun daripada tidur seperti hari-hari biasa laluaku mulai membersihkan diri sama seperti insan lain. Selesai menyarungkanpakaian serta mengeringkan rambut, aku duduk di atas kerusi dan berhadapandengan meja belajarku. Aku membuka komputer riba yang dibeli oleh kedua ibubapaku dan mulai menyertai kelas secara dalam talian.

Aku memegang pensil dan mencapai sebuah buku nota lalumenyalin semua isi-isi penting yang diajar oleh cikgu. Aku cuba sedaya upayaaku untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas pada waktu itu kerana akutahu, jika aku terleka sedikit pasti aku akan terlepas beberapa perkara pentingmemandangkan suara cikgu sering tersekat kerana sambungan internet di rumahcikgu yang kurang baik.

Setelah hampir dua jam aku menghadap skrin komputerriba itu, kelas ditamatkan dan aku menutup buku. Aku keluar dari bilik tiduruntuk menjamah sedikit makanan serta minuman. Aku hanya mengambil sepaketbiskut dan mengisi air di dalam botol kerana aku malas untuk keluar dan masukbilik berulang kali. Mata aku meliar di segenap ruang rumah untuk mencariseseorang namun, tidak aku ketemui. Aku mulai menuju ke tingkat dua rumah itulalu membuka pintu untuk menjenguk ke dalam. Kelihatan, kedua ibu bapakumasing-masing sedang menghadap komputer riba dan kedudukan mereka adalahmembelakangkan aku. Oleh kerana itu, mereka tidak menyedari mengenai kehadiranku.

Aku menutup pintu perlahan lalu menuju ke tingkatbawah untuk memasuki bilik tidurku. Dalam beberapa minit sahaja lagi, aku akanmenghadiri kelas secara dalam talian buat kali kedua pada hari itu. Aku telahterbiasa dengan keadaan itu memandangkan ianya telah berlangsung selama hampirsebulan. Aku mencari buku teks Sains di almari buku namun, aku masih tidaktemuinya.

‘Mana buku ni? Aduh, lambat masuk kelas pula nanti’bisik aku sendirian. Aku mulai mencari di kawasan meja belajarku lalu, apabilaaku mengalihkan bekas pensil ku dengan kasar tanpa sengaja, aku telah menolahsebuah buku dengan siku. Aku melihat buku yang terjatuh itu lalu menghembuskannafas lega. Di buku itu tertulis ‘Sains Tingkatan 5’. Aku mencapai buku itulalu melabuhkan punggung di kerusi dan mulai bersedia untuk menyertai kelas.Terasa sungguh lega apabila kau menjumpai buku itu kerana, andai buku ituhilang aku tiada buku rujukan untuk dijadikan sebagai ganti jadi aku hanyamampu bergantung harap kepada buku teks yang dipinjam. Keluarganya tidaklahterdiri daripada keluarga yang senang. Komputer riba yang digunakan olehnyasekarang adalah komputer riba yang terpakai. Ibu bapanya pula, memperolehkomputer riba itu sejak aku masih kecil dan kini aku bakal mendudukipeperiksaan SPM dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Mengenai kemasukansekolah, masih tidak dapat dipastikan. Setiap tindakan mahupun pergerakan kamiharus menunggu arahan daripada KPM.

Aku mulai mengambil wuduk setelah selesai semua kelasdan menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Dengan cubaan yang sepenuh hatiuntuk khusyuk aku mengangkat takbir dan mengakhiri solatku dengan salam. Akumencapai kitab suci bagi umat Islam lalu membacanya dengan hati dan menelitisetiap bacaanku. Aku melipat sejadah dan kembali ke meja belajar untukmelakukan sedikit ulangkaji memandangkan pada waktu malam adalah waktu untukaku bermain permainan video di telefon pintar aku.

Dengan penuh harapan, aku mulai membuka buku danmenelaahnya satu per satu. Aku menyalin beberapa nota serta mencari nota diinternet supaya aku mampu memahami dengan baik. Aku bukanlah seorang pelajaryang cemerlang dan disebabkan itu aku perlu belajar dan mengulang kaji. Dalamdiam, aku juga teringin membanggkan kedua ibu bapaku. Teringin sekali aku mendengarmereka berkata kepada bahawa mereka bangga kepadaku. Sepanjang aku membesardengan kedua ibu bapaku, perkataan bangga tidak pernah meniti di bibir mereka.Kali ini, aku berhasrat ingin melakukakannya.

Pagi mulai digantikan dengan malam. Selesai solatisyak, aku merenung ke arah langit dan menikmati ciptaan Tuhan. Sepanjang hariini, aku masih belum berbalas kata dengan kedua ibu bapaku. Mereka terlalusibuk untuk berkata-kata dengan aku, mungkin? Aku sudah lali dengan keadaan inisejak PKP dijalankan. Jika seminggu tidak bersua muka, itu adalah perkara biasabagi aku. Jika bersua muka sekalipun, Mak pasti akan membandingkan aku dengananak saudaranya manakala Ayah sering mempersoalkan mengapa aku seringmemperoleh keputusan yang agak rendah dan sentiasa meminta aku untuk membacabuku. Walhal, mereka tidak pernah ambil tahu apa yang aku lakukan di dalambilik sepanjang hari. Mereka tidak pernah cuba untuk faham situasi akusedangkan aku berusaha untuk memahami kepenatan mereka. Pernah juga aku dimarahdengan teruk kerana dituduh tidak menyertai kelas secara dalam talian. Cikgumemberi kehadiran kepada semua ibu bapa di dalam aplikasi Whatsapp namun, cikguterlupa menulis namaku. Disebabkan itu, aku tidak boleh menjamah makanan selamasehari. Mereka tidak bertanyakan kepadaku terlebih dahulu mahupun guruku malahmereka terus menghukum.

Aku membaringkan tubuh di atas katil lalu mencapaitelefon pintarku dan mulai bermain permainan video. Baru sahaja beberapa minitaku bermain, pintu bilikku dibuka oleh ibu dan ayahku. Ibuku mulai bercekakpinggang manakala ayah menyilangkan tangannya.

“Apa nak jadi dengan kamu ni, Rayyan? Asyik maintelefon saja, bila kamu nak belajar? Kamu tak tengok anak Mak Ngah, Mak Long,Mak Teh? Mereka belajar betul-betul kamu tahu tak? Sebab itulah keputusanmereka cemerlang” Ujar Mak dengan nada yang agak tinggi. Aku merubah kedudukandaripada baring kepada duduk di hujung katil sambil menunduk.

“Bila kamu nak baca buku ni? Bacalah buku, bila kamubaca buku tu nanti, bertambah lah pengetahuan kamu. Ini tidak, main telefon.Sampai bila nak pandai. Mak ayah yang lain, bangga cerita fasal anak-anak diadapat keputusan cemerlang tapi bila sampai kat Ayah? Ayah diam saja, tak adapun benda yang ayah banggakan” sambung Ayahnya dengan nada yang mendatar namunbagi aku, kata-kata Ayah itu sungguh memeritkan.

“Lepas ini, terus tidur.Jangan nak main telefon. Kalau Mak tahu kamu main, jangan makan sehari, faham?”soal Mak aku dengan garang.

“Faham, Mak” jawab akuperlahan .

“Dah, pergi tidur” akuterus menuju ke arah bantal dan membaringkan tubuhku. Aku menyelimuti tubuhkulalu memejamkan mata. Aku terdengar bunyi pintu ditutup lalu aku menghembuskankeluhan berat.

‘Aku ni dah nak SPM dahtapi, aku dilayan macam budak kecil. Macam aku tak tahu apa-apa langsung.Kenapa Mak suka sangat nak bandingkan aku dengan anak-anak buah dia? Padahal,Mak tak tahu yang mereka tu sebenarnya meniru saja sebab itulah bolehcemerlang. Ayah pula, bukannya aku tak pernah banggakan dia, Cuma dia yang takpernah ambil tahu fasal aku. Pertandingan berpidato, berapa kali aku juara. Takpernah nak tahu pun. Baik aku tak payah ada kat dunia pun tak apa. Buat seksasaja hidup’

Tanpa aku sedar, air matalelaki aku jatuh. Aku menyeka perlahan air mataku dan cuba untuk tidur. Sepertimalam-malam yang sebelumnya, malam ini aku masih tidur sambil bertemankan airmata dan hati yang kecewa.

Akhirnya setelah beberapabulan aku berjuang di rumah, pelajar tingkatan lima dibenarkan untukmenghadirkan diri ke sekolah dan belajar secara bersemuka dengan peraturan yangtelah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jika hari-hari biasa, aku akan pergi kesekolah sendirian dengan berjalan kaki memandangkan ibu bapaku sendiri yangmenolak untuk menghantarku ke sekolah. Aku sudah lali dan hanya mengangkatbahu. Aku cuba untuk belajar dengan penuh tumpuan di dalam kelas tambahan pula,kedudukan kami disusun seperti sedang menhadapi peperiksaan. Itu memudahkan akuuntuk fokus.

Masa berlalu denganbegitu pantas sehingga tarikh percubaan SPM telah pun keluar. Biarpun menghadapipeperiksaan, aku dan kedua ibu bapaku masih berbalah setiap kali bersua muka. Disebabkanitu, aku hanya mengurungkan diri di dalam bilik dan menonton program TV hanyatelefon pintar.

Aku menutup buku teks danmulai merenung langit. Aku menarik nafas perlahan dan menghembuskannya.

‘Lagi dua hari saja,lepas itu habis lah’ bisik aku sendirian. Aku tersenyum lalu aku terus menujuke katil untuk merehatkan tubuhku.

Tanpa diduga, kami tidakdibenarkan pergi ke sekolah sekali lagi walhal, tinggal lagi sehari sahaja danpeperiksaan percubaan SPM akan tamat. Sebaik sahaja aku menerima berita itu,aku terasa marah, kecewa, sedih, sakit hati. Sungguh perasaan aku bercampurbaur sehinggakan melihat buku teks sahaja aku terasa dada aku berombak kencang.Aku telah hilang motivasi diri aku secara tiba-tiba. Sehinggakan aku mampumengungkapkan kata, ‘ Aku ingin mati’. Aku terasa sungguh tertekan dan malamitu, sekali lagi aku berbalah dengan kedua ibu bapaku. Fikiranku serabut. Aku terasaingin menyendiri namun, suara mereka sering terngiang-ngiang di telingaku.

“Arghhhhhh, ini semua takadil!” jerit aku sambal mencampak semua buku yang berada di atas meja ke arahdinding. Aku menarik nafas berat lalu tanpa sedar air mata aku mengalir. Aku terduduklalu merapatkan lutut ke dadaku. Tiba-tiba, aku terasa tubuhku didakap hangat,aku mengangkat wajah dan ternyata, wajah ayah kelihatan.

“Maafkan, Ayah. Ayah janjiAyah tolong Rayyan lepas ini” Aku mendakap tubuh ayahku erat. Pelukan akudibalas dengan penuh kasih. Aku dapat merasakan kasih sayangnya kepada aku padapelukan itu dan itulah yang aku harapkan selama ini.

Peperiksaan SPMdimulakan. Aku membaca doa dan memegang pen dengan penuh harapan. Aku terbayangwajah ibu dan ayahku dan tersenyum kecil. Selesai sahaja kertas terakhir, akumencari kelibat kedua ibu bapaku. Aku bergerak perlahan ke arah mereka yangtersenyum dengan langkah yang sengaja dibesarkan.

“Kami bangga denganRayyan” ucap mereka berdua kepada aku. Aku tersenyum lalu memeluk kedua ibubapaku erat. Inilah ucapan yang ingin sekali aku mendengarnya. Aku tersenyumgembira.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leykha