1,990
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Asyraf Safarahan 5

Aku tak boleh lupakan kejadian hari ini. Sekelip mata, sekarang aku sudah berada di hadapan dewan kecemasan Pusat Kesihatan Cempaka. Sumpah aku trauma. Luka kelar di tangan aku juga di kaki aku tidak terkecuali walaupun sudah bermandi losen kuning dan berbaju kain kasa. Menemani aku, sahabat karibku Fazwan.

 

“along, sayang tak apa-apa?,” kelibat ibuku mula menyergah. Aku mula mendongak pada ibuku. Barangkali Fazwan menghubunginya tadi. Ibuku mencucurkan airmatanya tanpa tahan lagi. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Lagi pula, aku ni anak sulung, harapan keluarga. Namun apakan daya, aku tak minta ini terjadi.

 

Fazwan setia menunggu aku. Ibu aku berpesan padanya agar menjaga aku dengan baik. Aku berasa serba salah. Fazwan tak kisah, sebagai sahabat dia bertanggungjawab ke atas sahabatnya. Kisahnya bermula awal pagi tadi………





Fazwan ajak aku pergi jogging dekat Taman Tasik Bintangor. Dia pulak ride aku naik keretanya. Taman Tasik Bintangor tu terletak di luar Safarahan. Jauh tu jauh jugaklah. Dekat sana pemandangan memang cantik. Banyak rumah kaca yang berkebun pelbagai sayur-sayuran mahupun buah-buahan. Kubis yang menggiurkan mahupun stoberi yang merah menyala. Keindahan katanya.

 

Sesampainya di Taman Tasik Bintangor, aku dan Fazwan pun apa lagi, jogginglah. Lelaki macam aku ni, bawak apa je, air jelah. Kekal terhidrat. Lebih kurang 8 kali pusing tasik tu. Alah, 1.3km je sekali pusing, campur dengan meregang badan dekat alat senaman. Peluh bukan mainlah musim panas ni. Ada gerai kecil, singgah minum cendol. Pehh, salji mengering tapi rasa masih sama.

 

Hinggalah satu masa, aku nak terkencing. Aku pergi ke tandas. Bayarlah 20sen. Seusai qadha’ hajat, aku pun sambung jogging nak pergi ke tempat Fazwan sebab dia layan cendol tadi. Tiba-tiba……

 

Aku disapa seseorang dari belakang. Aku pandang belakang. Ada sosok wajah yang agak familiar.

 

“eh, awak ni sekelas dengan saya kan?,” aku tanya sebab aku cam. Tapi aku tak tahu nama dia. Dia pun nampak macam anti-sosial.

 

“ha ye, nama saya Azma. Panggil Yumi, awak Asyraf kan?,” ha, ta’aruf pulak. Nama dengan nickname jauhnya.

 

“ya saya, kenapa? Ada apa-apa ke?,” tanya aku.

 

“awak selalu jogging sini ke?,” pertanyaannya kepada aku sambil jogging bersebelahan dengan aku. Sebab aku nak jogging.

 

“taklah, jarang-jarang je,” balas aku. Tapi kenapa makin dekat ni? aku tak selesa. Fon telinga aku tercabut.

 

“saya nak sambung lari ya, maafkan saya baii,” aku pun mulakan langkah lebih laju meninggalkan dia. Tak selesa lah. Ada batas jagalah, ni sampai berlaga dengan bahu aku.

 

Aku pun sambung berlari anak dengan pantas. Tiba-tiba, entah ada Fanin dengan Lara. Eh, diorang berdua buat apa kat sini?

 

“hai Asyraf!,” lambaian Fanin dari jauh. Mereka berdua pun tak sangka kebetulan jumpa aku kat sini. Eh, jodoh ke? Huhu aamiin. Aku sempat berbual dengan diorang, aku datang dengan Fazwan bagai. Diorang baru sampai, baru nak jogging. Seketika, aku minta diri, Fazwan menunggu tu.

 

“woii Asyraf! Lama betul kau merayap ke tandas,”

“aku jumpa Fanin dengan Lara tadi. Kebetulan diorang pun datang berjogging kat sini,”

“ouh, lepastu?,”

“lepastu? Lepastu apa?”

“takde apalah, hahaha,” aih Fazwan ni kecik besar kecik besar je. Bedal cendol empat mangkuk dah tu. Tapai lebih. Nikmat dunia katanya.

 



Dipendekkan cerita, aku berjalan pun sambung joging sorang-sorang sebab Fazwan dah kembung. Aku joging merata sampai ke tempat parkir. Hahaha.

 

Aku pun keletihan. Sambil duduk di bangku, Yumi datang dan duduk disebelah aku. Dia senyum-senyum dan cuba bertegur sapa dengan aku. Lepastu……

 

“saya sebenarnya dah lama suka kat awak,” kata Yumi. Aku dah semakin tak selesa. Dia mintak maaf sebab terlanggar bahu aku tadi. Dia tak sengaja. Tak sengaja lah sangat.

 

“saya minta maaf ya Yumi, saya tak suka kat awak. Awak boleh cari orang lain yang lebih sesuai dengan awak. Perkenalan singkat macam ni tak terjatuh suka begitu mudah, awak faham kan.,” jujur aku reject. Lagipun, aku tak kenal dia, even sekelas lepastu berjumpa kat luar, eh.

 

“lagi satu, jagalah batas dan akhlak, mesti ada orang yang akan suka awak, percayalah,” nasihat aku.

 

Seketika aku pergi meninggalkan dia, dia mula meraung kecil kesakitan. Nampak seperti menyentuh perut. Tiada siapa yang lalu lalang. Aku pun hulurkan pertolongan. Aku tuntun dia di bangku. Aku tanya kenapa, dia tak menjawab. Sakit sangat agaknya.

 

Tanpa sedar, di belakang aku… mulut aku ditutup dengan sekapas ubat. Aku pengsan.

 

Tahu-tahu je aku berada dalam sebuah bilik lama yang kosong. Aku rasa panas sangat. Pemanas terpasang. Hoodie aku ada yang menanggalnya dari tubuh aku. Aku kini berbaju T hitam lengan pendek sahaja. Depan aku ada sebuah meja diatasnya sebuah album, sebuah polaroid dan sebilah pisau dapur. Mentol bergoyang menyebabkan cahaya berayun. Tangan aku diikat kebelakang. Kaki aku terikat pada tiap kaki kerusi hadapan. Rambut aku dah serabai luruh ke mata. Aku ketakutan. Apa yang aku fikirkan hanyalah hidup. Aku belum bersedia menemui ajal. Aku diam. Cuba melihat sekeliling. Tempat ini sungguh asing. Rumah ni terbengkalai barangkali.

 

“baru bangun?,” dari menunduk aku mendongak. Seorang wanita 20-an bertopeng sedang menghampiri aku. Dia mengusap bahu aku. Sungguh aku tak selesa.

 

“kau nak apa, lepaskan aku!,” pinta aku meninggi suara.

 

“kau tahu kenapa kau ada di sini?” tanya wanita itu. Manalah aku tahu sampai terikat begini.

 

“aku tak tahu, aku tak tahu! Lepaskan aku!,” suaraku sepelaung. Peluh mula terpercik di dahi. Aku cuba menggoyang tangan untuk melonggari tali ikat.

 

Tanpa sedar, sebilah pisau tadi dipegang oleh wanita itu mula mengelar tanganku. Sertttt, pisau berlalu di tangan. Darahku menitik antara tangan. Aku rapatkan menahan titisan itu.

 

“kau ni kenapa hah!! Kenapa aniaya aku macam ni??,” tengking aku. Airmata lelaki ku keluar angkara tangan yang bermerah.

 

“eh, aniaya kau cakap? Kau boleh aniaya pulak?,” psikonya sambil mengacu pisau di mata aku. Aku aniaya? Aku aniaya sapa ni?

 

Dia pun membuka satu lagi tabir.

 

“ha? Yumi!,” tempik aku. Yumi tunduk keletihan dan tak bermaya. Aku baru ingat yang Yumi tadi meraung sakit. Yumi pun terikat sama.

 

“kenapa kau ikat dia!!”

 

“ouh, baru sekarang kau kasihan, tadi kau reject dia, boleh!,” jerkah wanita itu. Ha? Dia memerhati ke tadi? Serasa aku dah bercakap dengan Yumi secara baik. Dia ni siapa? Kalau dia ikat Yumi, mesti Yumi bukan umpan dia. Dia nak buat apa dengan Yumi?

 

Dia pun membuka album di atas meja. Masha Allah, album itu menyimpan gambar-gambar aku. Gambar aku terikat ini pun sudah dicetak pantas melalui polaroid itu. Menakutkan. Siapa yang mengumpulnya? Kenapa dia kumpul? Dapat apa?

 

“dia, dah lama minat dengan kau. Gambar kau dia simpan. Dia nak sangat dengan kau. Tapi kenapa kau tolak dia hah,” wanita itu mula berlembut. Pisau masih di tangan. Yumi ternyata seorang psiko. Gila menyimpan gambar aku. Maksiat nyata.

 

“eh, lantaklah aku nak suka dia ke nak reject dia ke, kau sapa!!”

 

“eh, hensem je kan kau ni kan,” wanita itu mula menyentuh aku. Aku segera longgarkan ikatan tangan. Aku menolak wanita itu. Aku harus berhati-hati kerana dia berpisau. Kaki aku masih kuat ikatan.

 

Wanita itu rebah segera bangkit. Ikatan itu cergas ku buka. Ketika aku mahu melepaskan kaki, dua tiga kelar baharu wanita itu mengukir di kaki ku. Ahh,aduh. Darah kaki pula membasahi.

 

“Asyraf! Asyraf!,” sayup suara Fanin dari luar. Aku yakin mereka sudah menyedari kehilangan aku.

 

“Fanin, aku kat sini!!!,” pekik aku sekuat hati.

 

Pintu depan rumah mula berketuk. Laungan nama aku semakin kuat. Barulah aku tahu, aku masih berada dekat-dekat sini lagi.

 

Wanita itu mula gelabah. Dia menutup mulut aku. Aku gigit. Dia mengaduh.

 

“Fanin, masuk Fanin! Aku kat dalam!” tempik aku. Seketika, bunyi seperti pintu dihempas. Wanita tadi gelabah sambil membuka ikatan Yumi.

 

Tapi tak sempat. Bukan hanya Fanin, Lara dan Fazwan pun ada. Pisau jatuh dari tangan. Fanin merentap wanita itu. Fazwan turut menahannya dari keluar.

 

“Asyraf, kau tak apa-apa?,” Lara terkejut melihat aku berlumuran darah pada tangan dan kaki. Dia segera membuka ikatan. Tanpa sedar, Lara menguntum airmata. Lara memang seorang yang sensitif.

 

Wanita itu dipegang kuat oleh Fazwan. Fanin keluar mencari pertolongan. Seketika, datang pegawai taman untuk menahannya. Fanin kemudiannya membuka ikatan Yumi.

 


 

Dan ya, aku kini berada di rumah sakit, dengan balutan luka. Aku trauma. Lagipula aku tak boleh tengok darah.

 

“Asyraf, macam mana? Okay tak?,” kelibat Fanin dan Lara baru tiba di Pusat Kesihatan Cempaka. Mereka sebenarnya agak terkejut dengan apa yang berlaku.

 

“sebenarnya aku dah agak lain macam bila si psiko tu datang sampai ke Bintangor,” Fanin mula membuka persoalan. Dia mengatakan bahawa Yumi datang kesana bukan kebetulan. Dengan album itu, macam mana boleh sampai kesana? Mesti dia mengekori dari belakang.

 

“desperate tahap dewa tu,” seloroh Lara.

 

“aku sedar kehilangan kau tadi. Kalau bukan sebab hoodie kau kat rumah tuh, kami tak tahulah macam mana kau,” Fazwan pun bersuara. Dia terus mencari Fanin dan Lara apabila aku tiba-tiba menghilang.

 

“perempuan yang mengelar tangan aku tu macam mana, dia ada kaitan dengan Yumi ke?” tanya aku.

 

“itu perempuan gila, pesakit yang lari daripada Hospital Bahagia Senandong. Dia diburu pihak hospital. Bekas cikgu psikologi. Tu psiko tu.,” terang Fanin. Tapi mengapa dia ‘tolong’ Yumi? Ikat Yumi? Aku tak fahamlah.

 


 

Yumi digantung satu semester atas alasan kesihatan. Pihak universiti melindungi aibnya yang sebenarnya dia menjalani tahanan kaunseling di rumah pemulihan remaja. Album itu menjadi bahan buktinya.

 

Walaupun sudah seminggu perkara itu berlaku, aku masih trauma. Lagi-lagi memikirkan siapa perempuan yang ‘menolong’ Yumi tu.

 

“kau termenung apa lagi, Asyraf? Pasal haritu ke?,” tanya Fazwan. Dia pun tak sanggup berhadapan dengan situasi itu. Inikan aku. Trauma tak habis.

 

“tak, siapa wanita gila yang ‘berkomplot’ dengan Yumi tu?,” aku terus tertanya-tanya.

 

“dia tu pesakit hospital bahagia. Terlepas pastu buat perangai gila dialah. Aku pun tak boleh nak andai apa-apa. Kau tanya Fanin dengan Lara. Mana tahu sebab diorang yang uruskan si Yumi tuh,” Fazwan memuka jawapan hampa.

 

Aku pun pergi makan di kafeteria bersama Fazwan.

 

“Asyraf!,” Fanin mendekati aku. “aku dah siasat sikit. Perempuan gila tu seorang psiko. Dia pernah umpan orang di rumah usang tu. Tapi selalu terlepas. Sebelum ni, ada seorang makcik pernah kena ugut berpisau macam ni sebab dia marah anak saudaranya. Kau, diperhatikan sebenarnya.,” meremang bulu roma aku. Mengikut sejarah, dia tu jadi gila selepas tertikam suaminya sendiri.

 

“habistu, Yumi?,” persoalan baharu menyusul.

 

“ouh, dia memang anti-sosial. Bukan gambar kau je dia simpan, gambar Faiz, Irfan dengan Farhan pun dia simpan. Psiko betul. Haritu Syarifah tegur. Entah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku harap dia berubahlah lepas kena gantung semester ni,” cerita Lara.

 


 

Allahuakbar. Takutnya. Maksiat itu kotor mengeji kesucian manusia.

 

Sahabatku, bertaubatlah. Pintu masih terbuka.

 

-tamat-

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh