2,651
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Asyraf Safarahan 3

Indahnya Sungai Safarahan di kala petang. Jalan-jalan di trek bersama adinda aku, Hazwan dan Insyirah cukup mencergaskan diri. Sambil menikmati aiskrim coklat di gerai Maiko Freeze, kami berkongsi cerita antara satu sama lain.

 

“along, kat sekolahkan ramai orang kata abang hensem,” ha, mulalah si Insyirah bongsu ni, membodek je kerja. Awkward jugak bila adik sendiri puji.  Teman berbalah dan berduka kutt. Ni puji mesti ada benda ni.

 

“ha, nak apa, aiskrim tu along dah belanja an,” sindir aku. Adalah dia tu nak main permainan video tak pun belanja dia cekak rambut.

 

“ish,apa abang ni, betul-betullah. Sampai acik serabut dah dengan diorang tu,” jawab Insyirah mengeluh. Eh. Macam ada benda tak kena je ni. Bukan seorang tu kalau ‘diorang’.

 

“kenapa ni acik?,” tanya aku. Insyirah cakap, waktu aku hantar dia kat asrama hari Ahad tu, ramai orang tiba-tiba buat baik dengan dia. Tanya pasal aku. Adik aku Insyirah ni bersekolah di Darul Munawarah Safarahan. Sekolah perempuan terbaik di Bandar Safarahan ni. Tapi sayang, sekolah je hebat, ada je yang gedik tanpa tahan. Belajar agama tapi hurm yelah. Kang kalau kata macam-macam mulalah cakap, budak sekolah agama pun buat dosa jugak. Kitorang bukan malaikat bagai. Ayat tu bukan lesen untuk buat maksiat. Apapun, kenapa sebab aku hantar dia kat asrama jadi isu besar?

 

“sebab ada minah gedik si Farha tu mengintai ada jejaka sunti dalam kereta, ada putera charming,” tak pasal-pasal si Insyirah ni mengumpat. Aduhai. “dia tu terus senyum ajak makan laksam. Pastu pegi panggil konco-konco dia Hanun, Fasha dengan Widya ikut sama belanja. Allahu abangku,” panjangnya umpat. Aku pulak rasa bersalah. Insyirah cerita, kawannya mula bertanya, siapa laki tu(which is aku), nama aku, nama Instagram aku. Namun, Insyirah cerdik. Dia tipu sunat kata yang aku ni takde Insta. Insyirah pun tak suka kalau aku ni ada apa-apa kaitan dengan sahabatnya. Membuka jalan maksiat kepada orang lain bahaya.

 

Aku seorang amrad dan aku tahu aku kena jaga diri baik-baik. Aku tak boleh nak bersuka ria. Kerana ada yang menyimpan hati dan memerhati. Lelaki macam aku ibarat perempuan yang berpurdah. Kena jaga diri betul-betul dari tatapan syahwat manusia. Bunyi macam melebih-lebih namun itulah hakikatnya.

 

Untuk berurusan dengan orang amrad macam aku, seseorang itu tak boleh pandang terus ke wajah untuk menjaga pandangan. Jika dipandang dengan nafsu syahwat dan bersedap-sedap, maka ia mendorong ke arah fitnah. Kalau takde rasa apa, dipersilakan. Selain itu, hendaklah menanamkan niat perjumpaan tersebut. Tak boleh suka-suka. Hanya keperluan sahaja. Tapi benda tu takdelah sampai menyekat kebebasan aku untuk bermember-member kan. Golongan macam aku ni tak boleh buat body contact sesuka hati macam cubit pipi, tepuk bahu hinggalah menepuk punggung. Orang tak hensem bolehlah tak rasa apa, takde terangsang. Tapi jangan buat tau tepuk-tepuk punggung. Hahaha. Paling penting yang boleh aku kongsi, seseorang yang tak hensem digalakkan untuk offer diri untuk menjadi imam berbanding kami (golongan amrad). Ini semata-mata mengelakkan fitnah. Memang bila korang baca ni rasa aneh je sebab lelaki sama lelaki kutt? Iya, memang laki sama laki pun ada garis panduan untuk mengelakkan maksiat. Kaum Nabi Luth A.S. diazab angkara homoseksual puncanya mereka tak mampu mengawal nafsu mereka lalu melintasi batasannya.

 

Menggerunkan, namun itulah ketentuan.

 

Insyirah cakap yang mereka tu jadi baik dan rapat dengan dia. Walhal mereka bukanlah kawan rapat pun. Apa yang Insyirah mahu ada yang tertunai. Ini semua hanyalah untuk tahu apa nama pengguna Insta aku. Hahaha. Menurut Insyirah apa yang dia minta mesti dapat. Farha tu anak CEO Syarikat Tangkaya kutt. Namun, Insyirah seorang yang memahami. Mereka itu sudah bersahabat dengannya. Lagipun mereka gedik sahaja. Bukan jahat pun. Mereka pun suka memberi. Tapi membodek untuk mengenali aku ni ehem, kurang sikit berkenan.

 

Surah Al-Israa’ ayat 32 terngiang-ngiang di telinga aku. Maksiat itu diakui sangat indah, dengan bercouple sana-sini, belanja makan di restoran makanan segera, sambut hari jadi dengan kek serta panggilan video di malam hari. Dalam keadaan tiada ikatan yang sah lagikan utuh. Indah bagi sesetengah orang. Namun ia semata-mata jijik yang nyata. Mengapa kena bercinta sebelum nikah? Adakah sudah menanam niat untuk menikahinya? Soalan ini ditujukan kepada lelaki dan perempuan. Saat sudah puas, ditinggalkan. Curang itu sakit namun dipermainkan umpama batu Seremban. Dua dilambung, tangan sudah ada satu yang lain.

 

Mengapa bermaksiat? Oleh kerana masa muda ini adalah zaman kemanisan, maka 'raikanlah' sebaiknya. Tapi memilih untuk bermaksiat. Allahu. Nak enjoy dulu, katanya. Apani? Tak sedar ke apa yang dicakapkan itu? Tak takut azab Allah? Sampaikan ada yang kata, ala kita couple dengan dia, bila dah bosan, tinggal cari yang lain pulak. Habis madu sepah dibuang. Jangan tuduh lelaki je, perempuan pun sama. Ingat, dua tu masih ajnabi. Alasan couple tak diterima kalau itu hujah untuk bersentuhan dan berdua-duaan.

 

“tapikan along, acik cuma agak takut dengan sorang budak junior ni je,” keluh Insyirah. Insyirah cakap, junior itu seorang yang kurang bersosial atau introvert. Banyak menyendiri dan tidak berbual. Tapi nak pendekkan cerita, Insyirah terjumpa sebuah buku nota yang dipenuhi dengan gambar-gambar aku. Astaghfirullah. Dia pun ambil buku tu dan masukkan dalam mesin pelerai tukang kebun. Dan isu buku tu tak berbunyi langsung.

 

Terkejut aku dibuatnya. Manakan aku tak tahu yang ada orang dalam diam menyimpan gambar aku. Uii, boleh trauma macam ni. Ada orang tak nak tahu pun benda ni. Tapi aku rasa aku kena tahu. Sekurang-kurangnya sahabatnya yang gedik itu menzahirkan sukanya pada aku. Aku tak kisah. Reject jelah. Hahaha.

 

Sekarang, apa nasihat dan pesan yang perlu aku beri pada Insyirah? Dia nyaris samar derita mental kerana aku. Kerana ada abang sepertiku. Dia menahan maksiat daripada berpanjangan. Itulah fadhilat yang besar. Dia pun mengakui. Ada orang bersahabat dengannya bersebab. Orang kata kalau seseorang itu buat baik dengan adik kita, dia sebenarnya suka kat kita. Aku beralih kepada Hazwan.

    

“angah takde cerita sama macam acik ke?,” tanya aku. Hazwan pun apa kurang hensemnya juga, inikan keturunan ni. Hazwan cakap ada je seniornya yang perempuan menegur dan buat baik dengannya, sampai ada nak buat adik angkat dengannya. Hazwan kata maaf, tak minatlah berangkat-angkat ni. Dah ada yang kandung dah, bukannya anak tunggal. Kasih sayang tak berkehabisan lagi ni. Dua orang adik aku ni memang bagus. Tambahan pula, itulah tindakan yang sepatutnya. Selagi ada ibubapa dan adik-beradik, raihlah kasih sayang dengan baik. Usah ‘gelenya’ nak ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat kononnya pintu kepada nak dapatkan si dia. Simpan dia dalam doa, cukup. Andai tertulis di Lauh Mahfuz, dia tu kau punya. Betul tak para pembaca? Usah risau jodoh urusan Allah.

 

“beginilah acik, angah, along rasa korang berdua dah buat yang terbaik untuk menyekat maksiat dari terus melalu arus. Korang kena hati-hati kepada orang yang cuba ambil kesempatan ke atas korang. Along sangat risau kalau ada yang menimpa korang. Mohon dijauhkan,” pesan aku. Aku pun rasa tak selesa dengan cerita-cerita ini. Aku nak hidup macam manusia biasa namun dalam masa yang sama, aku adalah ujian buat manusia.

 

“along punya caring ni manalah perempuan tak cair, hahaha untunglah sapa kakak ipar acik nanti,” puji Insyirah. Bodek tak habis-habis dia ni lahai. Dia ketawa bila tengok aku masamkan muka sikit. Tengah-tengah gelak tu, aiskrimnya terkena di pipi. Common sense aku ni pun ambilkan tisu dan lap di pipi Insyirah. Terdengar di sebelah sayup-sayup, “uii, baiknya dia tu, dahlah hensem tolong lap pipi lagi untungnya perempuan tu,”. Huh, bukannya sweet pun, dah tisu ada dalam poket baju aku, Insyirah tak bawak, aku pun keluarkanlah. Aku ni nak senyum ke nak perasan? Hahaha.

 

“dah, kau lap sendiri kau punya pipi tuh,” aku letak tisu atas meja. Insyirah pun bagi ayat padu, “eleh, acik tak mintak pun suruh lap huh,” persis babak klise K-Drama. Lahai.

 

-tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh