Home Cerpen Kisah Hidup Dia Maisarah Solehah
Dia Maisarah Solehah
I-NeKo (INK)
30/5/2019 11:43:26
1,997
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup

Dia Maisarah Solehah



      Dia bernama maisarah solehah, nama yang cukup melambangkan peribadinya. Seorang menceriakan tiap hari aku, senyumannya cukup membuatkan aku kuat melalui hari - hari yang penuh lelah. Walau aku sekadar watak tambahan hidup mereka yang lain, itu bukanlah Satu kerisauan. Kerana aku yakin tuhan itu sentiasa Ada bersama hambanya.


Seringkali aku jadikan dia sebagai tujuan dan matlamat dalam hidup agar tiap kali aku lalai dalam menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba yang maha esa. Aku mampu kembali memperbetulkan kesilapan yang sudah aku lakukan.


Aku dahulu bukan begini, aku tidaklah selalu membisu seperti sekarang malah aku juga dahulunya tidaklah pemalu tidak bertempat seperti sekarang. Ya, kerana dialah aku Mula bertatih - tatih melusuri Jalan yang ditunjuk oleh nabiku. Tidak hakikatnya mungkin kerana Allah masih Sayang terhadap aku menghadirkan hidayah dalam hati ini. Agar aku tidak terus lalai menjalani hidup.


Berfikir sejenak, mungkin DIA menghadirkan solehah untuk menyelamatkan aku dari terus lalai menikmati dunia yang seakan memberi kenikmatan tiada hujungnya. Walau aku tahu ia salah dan sementara tapi aku puas. Sungguh, aku ketika itu telah banyak menzalimi diri sendiri...


Hari ini ia menghentam aku, suatu berita yang seakan membangunkan aku dari lena. Rupanya dia sedang menghidap penyakit hati Dan memerlukan penderma untuk bahagian hatinya segera, malang. Tiada penderma sesuai jika berterusan tidak mustahil ia boleh membawa maut. Dia menanggung beban seberat itu tanpa pengetahuan mereka yang rapat kecuali keluarganya dan... Aku. 


 Ia hanya kebetulan, tetapi kebetulan itu bagi aku adalah satu aturan takdir yang cantik. Ya, aku didapati sesuai untuk mendermakan sebahagian hati aku untuknya. Ini adalah rahsia yang aku simpan dari pengetahuan dia, berharap dia tidak mengetahui. Tidak mengetahui insan yang hanya menjadi latar belakang hidupnya. Malu, dengan latar belakang hidup aku. 


 Tapi hey, lebih baik bersedia sebelum terlambat bukan?. Maka aku tulis Kan sedikit sebanyak tentang aku disini. Tidak perlu engkau tahu siapa aku. Aku cuma mahu mengucapkan terima kasih kerana telah hadir dalam hidup aku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh I-NeKo (INK)