Home Cerpen Keluarga Jiwa Remaja
Jiwa Remaja
Eyleen
9/7/2021 23:51:56
204
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

“Ayah dengan umi sanggup mati demi Reena dan Wana”


Macam mana kalau ayah dan umi penyebab Reena mati suatu hari nanti?


Aku,Alara Dareena anak sulung daripada dua orang adik beradik yang sering diperlihatkan kejam dimata ibu bapaku.

             *****

Baru saja aku hendak melangkah keluar dari kelas untuk pulang ke rumah,sapaan dari seseorang menghentikan perjalananku.


“ Reena,”panggil guru kelasku,Puan Aliya.


Aku mengalihkan badan menghadap si pemanggil.


“Saya lupa nak bagi surat ni dekat awak tadi,”ujarnya seraya memberikan kepadaku sepucuk surat.


“Usaha awak selama ni dah membuahkan hasil.Tahniah akhirnya awak dapat juga anugerah akademik pertama awak selama 5 tahun duduk dekat sekolah ni.Jangan lupa bawa ibu ayah awak juga,”kata Puan Aliya seraya mengukirkan senyuman padaku.


“Baik cikgu.Terima kasih,”ujarku padanya seraya menundukkan sedikit kepala ku.


Surat ditangan kupandang.Perasaan gembira benar-benar menguasai diriku saat ni.Telefon pintar dari kocek baju sekolahku keluarkan.


Gambar isi kandungan surat tadi ku ambil lalu menghantar ke whatsapp keluargaku.Telefon pintarku itu kemudian disimpan lalu mengorak langkah pulang ke rumah.


Ayah dengan umi mesti bangga dengan Reena.


Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengan umi di meja makan manakala ayah berada di penjuru meja.


“Ayah dengan umi boleh pergi hari sabtu ni?”soalku pada ayah dan umi sementara menunggu kehadiran Wana.


“ Ayah kena tanya boss ayah dulu.Tapi,ayah akan usaha untuk pergi juga”kata ayah.


"Lagipun ni kan anugerah pertama Reena,"ujar ayah lagi seraya mengusap lembut kepalaku.


Setelah Wana mengambil tempat,bacaan doa mula dibaca oleh ayah. 


“Umi ayah,hari sabtu ni Wana kena pergi sekolah,”kata adikku sewaktu kami mejamu selera.


“Wana dapat anugerah juga?”soal umi padanya.


“Tak.Wana kena buat persembahan.Wana kena pergi pukul 10.00 sebab persembahan Wana pukul 11,”katanya lalu menyelit rambutnya ke belakang telinga.


“Kakak kena pergi sekolah pukul 7:30.Wana ikut sekali la,”ujar ayah sambil memandang ke arah adikku.


“Lepastu Wana nak duduk mana?”soal Wana sambil memandang ke arah ayah.


“Duduk ja la sekali.”jawab ayah pula.Aku dan umi hanya membatukan diri saja.


“Ishhh orang tak nak la,”ujar Wana geram. Keadaan menjadi sepi sebelum ayah mulakan kata.


“Macam ni,esok ayah hantar Reena pergi sekolah lepastu ayah tunggu sekejap.Kemudian ayah tinggalkan Reena sebab pergi ambil umi dan Wana,”terang ayah padaku.Aku hanya mendiamkan diri saja.


“Reena ok kan?Reena dah besar,kena pandai mengalah”ujar umi pula.Hanya anggukan dibalas olehku.Aku menundukkan kepala,mengaqal air mata dari mengalir.


“Sambung makan,”kata ayah menenangkan situasi. 


Ayah dan umi ajar Reena untuk selalu mengalah,sampaikan Reena sendiri tak tahu apa erti perjuangan. 


Aku bangun meninggalkan meja makan lalu membawa pingganku untuk dicuci.Air  mata yang mengalir ku usap perlahan. 


Aku terus masuk ke dalam bilik.Kutatap lama pantulan wajahku di cermin.Serta-merta air mataku mengalir membasahi pipi.Aku tidak  memgusapnya malah biarkan saja ia mengalir.


Hidup kau memang selalu malang,Reena.


Aku megeluarkan pisau lipat yang berada disebalik buku-bukuku.Aku pandang lama ke arah pisau tersebut.Aku arahkan pisau ke arah pergelangan tanganku,


Knock! Knock!


Dengan pantas aku menyelit semula pisau tersebut.Pintu dibuka perlahan lalu umi menapak perlahan menuju ke arahku.


“Kenapa Reena tak tidur lagi?”soal umi lalu mengusap lembut kepalaku. Jujur,aku rindu usapan lembut begini.


“Reena dah besar sekarang.Reena kena ingat,kalau apa-apa jadi dekat umi dan ayah.Reena dan Wana cuma ada satu sama lain saja.Umi faham perasaan Reena,tapi Reena kena faham situasi sekarang juga.”Kata umi lembut. Hanya anggukan dibalas olehku. Umi mengucup lembut di ubun-ubunku seraya menggalkan aku.


Umi rasa ,umi faham perasaan Reena.Tapi,sebenarnya tak.


Aku memukul kuat kepalaku diiringi air mata.


Reena penat,Umi.

             *****

Aku cuba melelapkan mata,tapi langsung tidak boleh. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk meminum air didapur.


Aku membuka lampu lalu mengambil minuman sejuk didalam peti ais.Saat aku ingin keluar dari dapur,kehadiran Wana mengejutkan aku lalu menyebabkan minuman tersebut ditumpahkan ke mukanya.


Gelas yang dipegangku itu pecah akibat tolakan dari tangan Wana.Jeritan Wana mengejutkan umi dan ayah lalu terus menuju kearah dapur.


"Kenapa ni?"soal umi dengan nada tegas.


Wana terus meninggalkan aku dengan perasaan amarah.Aku memandang pula ke arah umi dan ayah.Ayah kemudiannya meninggalkan aku jua.


“Suka menyusahkan orang!”tempik ayah kuat saat melangkah meninggalkan aku dan umi.Aku menundukkan badan mengutip kaca-kaca tersebut.


“Tinggal,biar umi buat. Pergi masuk bilik,”ujar umi seraya memegang tanganku.



“Naik atas sekarang!”kata umi lagi dengan nada yang lebih tegas.Aku terus bangun meninggalkan ruang dapur.


              *****


Saat aku berjalan dihadapan bilik Wana,aku terlihat akan ayah yang sedang memujuk Wana didalam biliknya.Air mata yang mengalir aku biarkan saja lalu menuju ke bilikku.


Pintu bilik ku tutup perlahan.


“KAU NI BODOH REENA.BODOH.KAU MEMANG SUKA SUSAHKAN ORANG!”Kataku geram sambil mengetuk kuat kepalaku.


KENAPA KAU SELALU BUAT ORANG MARAH!


KENAPA KAU SELALU BUAT ORANG BENCI KAU!


KENAPA KAU NI BODOH SANGAT!


Ku sembamkan muka pada bantal.


“AAAAAAAAAA”jerit ku kuat sambil menekup mukaku dengan bantal.


Aku memandang lama ke arah laci disebelah katilku.Laci kedua ku tarik perlahan.Tanganku tergetar-getar mengambil botol tersebut.


Aku pernah terfikir untuk membunuh diri dengan memakan ubat tidur pada kuantiti yang berlebihan.Tapi,aku tak berani.


Dan aku yakin sekarang,waktu yang tepat untuk aku buat begitu.Aku memandang ke arah pintu,mengharapkan sesiapa untuk menghalangku sekarang.


“Reena penat.Reena penat,ayah.Reena sakit umi,”ujarku dengan air mata yang mengalir deras.



Perasaan takutku lebih menguasai diri.Aku pandang genggaman ubat tidur ditangan.Dengan pantas aku terus membalingnya.


Aku tak tahu.Aku tak tahu nak buat apa.


Kepalaku hentak kuat pada dinding.


“Kenapa kau suka susahkan orang,Reena”ujarku lalu mengetuk kuat kepalaku dengan penumbukku.


“Kau tak layak hidup,Reena”kataku lagi sambil menghentuk kuat kepalaku di dinding bilik. Dahiku pegang perlahan. Tergetar-getar jariku tatkala melihat terdapat darah pada jariku.


Pandanganku mulai kabur. Kepalaku mula berdenyut dengan kuat.


“Reena penat,”ujarku sebelum kepalaku jatuh terhentak ke atas lantai.


Kuhulurkan tangan ke arah pintu bilik. Ku nampak pintu bilik yang terbuka sedikit. Kemudian, suasana terus menjadi gelap.

                                                      *****

“Abang dah pergi tengok Reena?”soal umi pada ayah.


“Kenapa nak pergi tengok dia.Dia yang buat salah.Dia yang sepatutnya minta maaf dekat Wana.Jangan bagi muka sangat dekat dia,”jawab ayah seusai menutup pintu bilik Wana.


“Jari Reena luka tadi,abang bawalah ubat untuk dia.Macam mana kalau jadi apa-apa dekat dia,”kata umi tapi ditegah oleh ayah.


“Jangan merepek la tengah-tengah malam ni.Dah,jom tidur”kata ayah pada umi pula.

            *****

Umi menuju ke bilik Reena lalu mengetuk pintu bilik.


Namun tiada sahutan.


“Sakit ka apa budak ni,”kata umi geram lalu membuka pintu bilik Reena.


Terkejut bukan kepalang tatkala melihat tubuh anak sulungnya itu sudah terbaring lemah di atas lantai.


“Ya Allah Reena!”jerit umi terkejut lalu pergi ke arah Reena.


“Reena bangun Reena.Jangan buat umi macam ni,”kata umi lalu mengangkat kepala Reena ke atas ribanya.


Darah pada jarinya dipandang.


“AAAAA”


“Abang!!!”jerit umi kuat. Pandangannya terarah ke dahi Reena. Terarah pula ke arah datang itu datang. 


Terdapat darah pada dinding bersebelahan katil Reena.


“AAAAA YA ALLAH,”raung umi sekuatnya.


“Sayang,kenapa?”soal ayah lalu segera berlari menuju ke bilik Reena. Wana yang tadinya di bawah turut lari ke atas,terkejut dengan teriakan uminya.


“Aaabang,”ujar umi tergetar-getar sambil menunjukkan darah pada jarinya.


“Ya Allah Reena,”kata ayah lalu berlari menuju ke arah Reena. Wana hanya berdiri di depan pintu bilik. Tergamam melihat apa yang terjadi dihadapannya kini.


“Abang,”kata umi dengan tangan yang tergetar-getar.


“Telefon ambulans sekarang!”laung ayah pada Wana yang berada di hadapan pintu bilik. Wana tidak memberikan sebarang respon malah hanya membatukan diri sahaja.


"Wana!"tempik ayah lagi.


Seperti baru tersedar dari lamunan,Wana kemudiannya jatuh terduduk. Terkejut dengan apa yang berlaku dihadapannya kini.


“Wana telefon ambulans!” jerit ayah lagi. Wana segera membuka telefon pintarnya. Pandangannya yang tertumpu ke arah Reena serta tangannya yang tergetar-getar menyusahkan dirinya untuk mendail panggilan kecemeasan tersebut.


“Wana,please”kata ayah sambil memandang ke arah Wana. Pandangan mereka bertaut sebelum telefon yang dipegang Wana itu terlepas.


“Kakak,”ujar Wana dengan air mata yang mengalir deras. Mukanya ditekup menggunakan tangan.


Ayah memandang ke arah isterinya dan Wana yang menangis teresak-esak. Tangannya genggam kuat jari jemari Reena.



“Ya Allah,”kata ayah perlahan. Gugur air matanya melihat keluarga yang dibinanya menjadi sebegini. Remuk hatinya saat ini.


            *****

Ku buka mata perlahan lalu memandang ke sekeliling. Aku sendiri tidak pasti ini tempat apa. Sehingga aku melihat ke arah umi dan ayah yang sedang mendukung seorang bayi. Dan aku sedar bayi yang didukumg itu ialah aku,sewaktu kecil.


“Abang janji,abang akan bagi kasih sayang yang cukup untuk Reena dan isteri abang”ujar ayah lalu mengucup lembut dahiku.


“Kita sama-sama didik Reena supaya menjadi anak yang solehah,”kata umi dengan air mata yang mengalir.


Kepalaku mula terasa sakit,mataku terpejam seketika sebelum membukanya semula. Dan kini aku berada di tempat lain. Bilik umi dan ayah. Mataku terarah ke arah seseorang di sebelah katil.


Umi yang sedang menangis teresak-esak sambil memegang bingkai gambar milkku bersama dengan umi dan ayah ketika aku berusia 6 tahun. Pintu bilik dibuka lalu menampakkan ayah yang cemas berlari menuju ke arah umi.


Ayah terus memeluk umi erat.


“Reena,”


“Saya tak mampu jadi ibu yang terbaik buat Reena,”kata umi dengan tangisan yang mengalir deras. Aku memandang ke arah Wana yang berada di hadapan pintu. Mulutnya ditekup menahan suara tangisannya daripada didengari.



“Ayah...umi...maafkan Reena. Maafkan kakak,Wana.”


               *****


Aku dapat rasakan ada seseorang yang menyentuh lembut kepalaku.


“Ayah minta maaf sebab biar Reena terseksa selama ni,”


“Ayah tak pernah cakap macam ni depan Reena. Tapi,percayalah,ayah tak pernah benci anak-anak ayah. Ayah sayang Reena,”ujar ayah seraya mencium lembut dahiku. Air mata ayah yang terkena pada dahiku,benar-benar buat aku menyesal sekarang. Menyesal dengan semua tindakan aku.



Reena tak pernah benci umi dengan ayah. Reena terlalu ikutkan perasaan.

            *****


“Ayah,”panggilku lalu ayah mengambil tempat disebelahku.Ayah mengusap lembut kepalaku seraya mengukirkan senyuman.



“Wana nak peluk kakak juga,”ujar Wana lalu memelukku erat. Terhembur tawa kami sekeluarga. Aku memandang ke arah senyuman yang terukir di wajah umi,ayah dan Wana.


Aku diberikan peluang untuk merasai lagi perkara sebegini. Meskipun sekarang ialah tempoh rawatan diriku,tapi aku tetap bersyukur dengan kebahagiaan yang aku rasakan kini.


Bunuh diri bukan satu-satunya penyelesaian kepada semua masalah.


"Kau bukan nak bunuh diri. Kau cuma tak sanggup lagi tanggung derita,"


Kadang disaat kita mahu mengalah,disitulah sebenarnya permulaan kepada kehidupan yang baharu. 


Tiada siapa yang akan menyayangi orang lain,jika tidak mencintai dirinya dulu.


                                 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen