Home Cerpen Cinta CInta Hati Saya
CInta Hati Saya
Que
1/2/2020 13:48:00
192
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Badan yang mengiring ke kiri dipusing ke kanan. Kemudian terlentang. Kemudian ke kiri semula. Keadaan itu berlaku untuk tempoh tiga minit. Selama itulah dia mencari kawasan yang selesa dengan tubuh badannya yang semakin berubah dari sehari ke sehari.


Tubuh yang mahu bangkit dari baringan terhenti bila satu tangan kekar mengusap kepalanya perlahan. Seolah menghentikan perbuatannya yang sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi pemilik tangan itu.


“Kenapa ni?” Suara serak itu menyoal. “Baby ajak berbual ke?” Disoalnya lagi. Selalunya, waktu-waktu seperti ini, bayi di dalam kandungan isterinya akan menendang menyuruh si ibu melayan.


Kecil-kecil dah attention seeker!


Perlahan dia menggeleng. Bayi dalam kandungannya baik sangat hari ni. Mungkin sebab bapaknya ada bersama sepanjang hari ini. Tak banyak meragam macam hari biasa.


Then?” Tangan si isteri dicapai, dikucup seketika sebelum diletakkan di atas pahanya. Dia kembali fokus pada laptop di hadapan.


Tangan yang masih bebas mengusap perutnya yang semakin membesar sehingga tidak kelihatan dua kakinya yang bebas bergerak di bawah selimut. Matanya meliar. Mencari jawapan kepada kegundahan dan gusar di hati.


“Apa baby nak ni?” Soalnya sendiri sambil mengusap kandungannya. Dia buntu.


“Apa dia?” Suara suami di sisi.


Si isteri terus memandang suaminya. Lama ditatap sehingga dahinya berkerut. Tangannya yang terbiar di atas paha suaminya terus naik merangkul erat lengan kekar itu.


“Abang buat apa tu?”


Checking my email.” Balas suami tanpa memandang isteri.


“Sibuk tak?”


Lelaki itu menggeleng bersahaja. “Nope. Not replyingjust read it. Malaslah nak balas satu-satu.”


Selalunya, di waktu malam dia hanya akan membaca emel yang diterima tanpa niat untuk membalas. Pagi esoknya baru dia membalas.


Isteri itu menggangguk. “If socan I have your attention?” Sebelah kening ternaik. “Please?” Pintanya memujuk.


Memang sejak berbadan dua ni, dia dahagakan perhatian dari si suami. Cepat cemburu jika suaminya memberi lebih perhatian pada perkara selain dirinya.


Tersenyum lebar suami bila mendengarkan itu. Lantas, MacBook di paha ditutup dan diletakkan di atas meja sebelah katil. Langsung dia memberi sepenuh perhatian pada si isteri yang bercahaya saja wajahnya bersama mata yang tercelik luas. Comel.


You have my attention, sayang.” Tubuh di baringkan dan terus menarik si isteri ke dalam pelukan. Makin melebar senyumannya bila merasakan si isteri tersenyum di balik dadanya.


“Abang, tadikan saya buka Twitter. Lepastu ada orang post gambar aiskrim..”


Cut it of.” Potong suaminya. Tak suka ayat mukadimah ni.


Si isteri tersenyum. “I want ice creamplease.”


No! Hujan baru aje reda. Sejuklah sayang nanti.” Musim hujan sekarang ni sangat menggusarkan hatinya. Isterinya jika musim hujan pasti akan cepat mendapat selesema yang teruk.  Ini pun baru saja tadi dia mematikan penghawa dingin yang dibuka pada suhu yang paling rendah oleh isterinya.


Menggeleng dia melihat perangai isterinya bila hamil ini. Nak piat telinga, dia tak sampai hati.


“Alah, abang... tapi, baby yang nak.”


Mengecil matanya memandang si isteri. “Pandailah guna nama baby.”


Bibirnya memuncung panjang. “Dari siang tadi lagi baby nak..”


“Habis tu, kenapa tak beritahu dari siang tadi? Kenapa dah tengah malam baru nak beritahu abang?”


Matanya terus dilarikan dari bertatapan dengan suami. “Siang tadikan abang marah saya. Saya merajuk. Mana boleh beritahu abang saya nak aiskrim.”


Mengeluh panjang si suami mendengar. “Banyak pulak alasan awak ni, sayang.” Mananya dia tak marah siang tadi. Mendidih jugaklah hatinya bila dicari si isteri di segenap rumah keluarganya, tapi tiada sesiapa pun yang nampak.


Sehinggalah, anak buahnya yang baru berusia 7 tahun masuk ke dalam rumah bersama tubuh yang basah kuyup.


“Di dari mana ni basah kuyup?” Soalnya pada Diana, anak Kak Long bila dia dan isteri pulang sebentar ke rumah keluarganya siang tadi.


Diana dengan wajah bersahaja terus menunjuk pada pintu rumah yang terbuka. “Di mandi hujan. Best, Pak Ngah.”


“Siapa bagi izin mandi hujan ni?” Suara Kak Long dari tangga rumah.


Menunduk terus kepala Diana mendengar suara keras ibunya. “Mak Ngah yang ajak Di.”


Who?” Berpandangan dia dengan kakaknya bila mengetahui itu. Dipandang Diana lagi. “Mana Mak Ngah?” Soalnya.


“Ada dekat luar. Di ajak Mak Ngah masuk, tapi Mak Ngah tak nak. Di sejuk, jadi Di masuklah dulu.” Panjang Diana memberitahu.


Kuat dia mengetap giginya. “Pergi mandi.” Suruhnya pada Diana.


Dengan pantas dia melangkah ke luar rumah. Di tahan nafasnya bila melihat si isteri yang lagi bersuka-ria duduk di atas rumput dan menepuk kelopak air di sekelilingnya.


Allahu, isteri aku. Aku cari macam orang gila dekat dalam. Dia dekat luar buat macam tak ada apa yang berlaku. Aku bukan main risau cari dia. Tapi, dia... grr.


Bersama payung yang memayungi, dia berjalan ke arah isterinya. Kakinya terhenti tepat di belakang si isteri yang masih tidak peduli dengan hal sekeliling.


Tengok tu, tubuh dah menggeletar pun masih lagi nak main hujan. Diana yang tahan sejuk pun dah masuk, dia yang tak tahan sejuk ni boleh lagi berlama-lama di sini.


“Buat apa ni?” Soalnya bila si isteri mendongak. Mata mereka bersabung buat seketika sebelum si isteri bangkit.


Dibantu isterinya yang bersusah-payah mahu berdiri. Tengok tu, badan berat macam tu pun ada hati nak mandi hujan. Ehlah, isteri aku ni.


Dengan sengihan yang penuh rasa bersalah si isteri tersenyum bersama bibir yang menggigil. “Mandi hujan?”


“Ada abang izinkan sayang mandi hujan ke?”


Bibir bawah digigit. Sebab suaminya tak izinkanlah dia senyap-senyap ajak Diana mandi hujan. Ingatkan suaminya tidur sampai petang, sebab itulah dia berani keluar.


“Tapi, saya teringin nak mandi hujan.”


Nafas ditarik bila mendengar jawapan isterinya. Entah kenapa bila kandungan dah menginjak ke tujuh bulan inilah baru isterinya mengidam macam-macam.


“Kenapa tak kejut abang? Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?” Sedikit meninggi suaranya. Risau dan takutnya masih lagi belum hilang.


Bertukar roman wajah si isteri mendengar. Tanpa kata, terus dia berjalan pantas masuk ke dalam rumah.


Abang marah saya. Abang dah tak sayang saya.


“Boleh tak ni?” Suara si isteri menyentak lamunannya siang tadi.


“Esoklah. Dah malam ni, sejuk. Nanti sayang susah nak tidur.” Kepalanya diselesakan letaknya. Bersedia mahu tidur.


“Tapi, saya nak sekarang.”


Mengeluh dia mendengar. Sungguh, dia tiada mood mahu memandu di lewat malam ini seperti selalu jika isterinya mengidam sesuatu. Tambah lagi baru lepas hujan. Sejuk.


Lantas dia mencapai telefon di meja kecil. Di sentuh skrin buat seketika sebelum diserahkan telefonnya pada si isteri di sebelah. “Hah, cari nak apa.” Beritahunya.


Membulat bersinar terang terus mata isterinya mencapai huluran telefon itu.


“Berapa minimum ni?” Soal si isteri.


Anything you want, sayang.” Nasib baiklah zaman teknologi ni semuanya di hujung jari. Melebar senyumannya bila melihat si isteri yang fokus memilih menu.


“Haagen Dazs or Baskin Robbins?” Dia sebenarnya nak aiskrim pelangi RM1 dekat 7-Eleven saja, tapi dah suaminya nak beli online, apa salahnya.


Siapa lagi yang nak habiskan duit suami kalau bukan isteri?


Or both?”


“Mana yang tak pernah rasa lagi?”


Okay, dia dah pernah rasa Baskin Robbins. Nak cuba Haagen Dazs pulaklah.


Selesai membuat pesanan, lantas dia bangkit. Bergerak ke arah wardrobe mencapai tudung sarung.

“Pergi mana tu?” Soal si suami bila melihat si isteri sudah menyarung tudung sarung kesayangannya.


“Turun bawahlah.” Kerana penthouse tempat kediaman mereka tidak membenarkan sebarang access orang luar  ke rumah-rumah. Hanya memiliki access card sahaja yang dibenarkan.


“Lambat lagilah. Kan dia cakap lagi setengah jam.” Skrin telefon ditunjuk. “Comemake love with me.


“Ish, tak naklah.” Aku tengah teruja nak makan aiskrim, dia ajak buat benda lain pulak. Tunggulah aku lepas habis menikmati aiskrim nanti kot ye pun.


“Sayang.. setengah jam tu sempat tau seround. Dari sayang tunggu aiskrim sayang tu lama-lama, baik layan abang. Meh,” Ditepuk pahanya dua kali. Mengarah si isteri mendekatinya.


Si isteri hanya memutarkan bola matanya sebelum mendekati suaminya.



“PUAS DAH?”


Si isteri mengangguk. Di tepuk perutnya perlahan. Ketiga-tiga mangkuk aiskrim yang dipesannya, selamat menghuni perutnya dengan aman. Bahagia.


“Sedaplah. Nanti nak lagi.”


“Dah boleh tidur dah ni?” Jam yang tergantung di dinding di pandang. 1.30 pagi. Melayankan keinginan si isteri, boleh tak tidur dibuatnya.


Pernah mereka pulang hampir jam 3.30 pagi kerana si isteri mengidam mahu meronda-ronda sekeliling bandar menaiki motosikalnya. Hampir tiga kali dia berpusing di bandar semata mahu melunaskan si isteri yang mengidam tu.


Pernah juga dia hanya membiarkan keinginan isterinya tidak terlaksana kerana kepenatan tubuh badannya yang baru pulang dari kerja di luar negara. Hasilnya, dia sendiri yang gigit jari kerana isterinya tidak melayannya tiga hari. Merajuk.


Ditunggu si isteri yang lagi menyelesakan duduk baringnya itu. Sesudah itu, dipeluk tubuh yang makin mengembang gebu itu.


“Ada nak abang urut kat mana-mana tak? Pinggang? Kaki?” Soalnya bila teringat. Jika tidak pinggang, pasti bengkak kaki si isteri yang menjadi kerisauannya. Tidak mahu si isteri menangis malam-malam menahan sakit seorang diri. Cukuplah sekali itu awal dulu.


“Tak ada. Baby happy dapat makan aiskrim. Tak buat pinggang atau kaki sakit.” Balasnya seronok.


“Betul ni?”


“Hmm hmm.” Dia mengangguk dibalik dada suaminya. Perut kenyang, mata juga mulai tertutup.


“Okey, kalau sakit kat mana-mana jangan simpan sorang. Beritahu abang juga. Abang tolong.” Dieratkan pelukannya. “Dah, tidur.” Ditepuk perlahan kesayangannya itu.


Tidak sampai beberapa saat, terasa pernafasan halus dan tenang itu. Tersenyum dia. Tidur selepas perut kenyang ni memang suatu perasaan yang umph sangat.


Good night, sayang. I love you, cinta hati saya.”


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Que