Home Cerpen Cinta AKU SUAMI TIDAK BERGUNA !!
AKU SUAMI TIDAK BERGUNA !!
Achik Writter
11/8/2015 02:00:57
5,177
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik-baik sangat. Tapi dia tidak seperti yang aku sangka masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam. Jarang sangat dia bercakap bercakap dengan lelaki.

"Kawan-kawan dia memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu..Segan dowh!! Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak-borak dengan lelaki lain..

Cantik? Memang la.. Kalu tidak, cornfirm aku tidak sangkut punyer . Cantik pada
mata aku la. Member-meber pun ade yang cuba usha. Sori la dia nak layan.
Memang market habis dia ni. Last-last , aku yang dapat. Memang rasa bangga
sangat time tu..

Eh, duk mengumpat pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ira. Nama betol terpaksa dirahsiakan. Aku usha cara yang leklok la, pergi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Muhammad Tarmizi Ahmad. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer. Pergh !! Memang kena kutuk kaw-kaw la aku. Sebabnya, bila dia tanya kenal tidak anak dia? Aku cakap tidak kenal sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap tak tau.. Habis kalau tidak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “Kau ni, macamana kau nak kahwin dengan orang yang kau tidak kenal?’’ Aku jawab, ‘’ Lepas kahwin la saya kenal dia pakcik..’’ Aku jawab sambil tersengih-sengih. Pastu bapak dia diam.

Masa tu aku rasa down giler. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal
aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dah terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ada sorang lagi calon yang aku suka. Haa.. Yang ni aku memang sesuai giler. Nama dia Ekin. aku memang rasa serasi sangat dengan minah ni. Tapi last-last , orang lain gak yang aku pinang. Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba.Keputusannya tidak seperti yang aku jangka. Mati-mati aku ingat kena reject, tapi family dia terima. Warghh !! Happynya rasa masa tu. Alhamdulillah. So, memang sah la takda jodoh aku ngan Ekin. Time aku bagitau Ekin aku nak kahwin, dia accept je. Kejamnya aku. Dia kata semoga aku bahagia.. Lepas tu kami dah tidak jumpa.

Lepas akad nikah, confirmlah aku sebagai suami Ira. Happynya aku Tuhan
je tau.. Kat rumah.. Dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku tidak buka mulut, memang tidak berbunyilah rumah kitorang. Ira taklah ‘bisu’ sangat. Kadang-Kadang dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ira bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur… Macam tidak supportive sangat. Last-last aku dah malas nak borak.. Oh boringnya.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je.. Sengih. Macam apa yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh.. Nak jadik lagi tertekan, aku ni jenis perokok sederhana tegar jugak la. Dan bini aku ni pulak memang amat fobia dengan asap rokok. Bau nafas aku yang bersisa rokok pun, dia mesti batuk.. tidak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk3 gitu..

Disebabkan aku amat menyayanginya, makin lama makin kurang aku merokok.. Kalau gian sangat pun aku akan merokok time kat ofis je. Bini aku pulak kerja kat hospital, bahagian ubat-ubatan.. Aku ni pulak jenis yang tidak boleh bau ubat, mesti pening
kepala.. Hari-hari aku yang hantar dan ambik dia di hospital. Time ambik dia balik, memang hari-hari lah baju dia bau ubat dalam kete. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman sikit.. Ada satu hari tu, masa hujan lebat. tidak boleh bukak tingkap kete, aku dah memang pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lagi, kami accident!! Langgar bontot kete orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu.

Hah??!!

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ira sendiri pun tidak tahu.. Ya Allah!! Lepas kejadian itu, aku terus suruh Ira berhenti kerja. Duduk rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan kerja dia. Aku dah tidak tahan bau ubat!! Aku sorang kerja dah cukup untuk sara hidup kami. Dekat setahun kami kahwin, Ekin tiba-tiba datang. Dia kata, dia masih sayangkan aku. Dia nak aku ambik dia jadi bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak !!

Ni dah angau betul ni.. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Ekin yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then, aku terus terang je la. Aku cakap kat dia,, Yes aku memang tidak sepandan mana dengan bini aku sekarang.. And banyak benda yang kami tidak ade persamaan. Ira memang tidak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tidak tangkap je. Sedih betul.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member-member aku lagi la dia sunyi sepi. Dah la hari- hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan benda yang lain sikit. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda yang sama je.. Hah.. Macam tu la bini aku..

Hmm.. Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing-masing.. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat-ubat kat baju-baju Ira dulu, cuba berhenti merokok waktu awal-awal kahwin dulu.. Ira pulak dah tidak berkerja, dah cuba belajar masak benda-benda lain (jarangla menjadi).. Aku bagitau Ekin, rumah tangga kami bahagia. Aku tidak boleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ekin terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa. Kini, kami dapat rezeki seorang anak. Dah besar. Umurnya dah dekat 4 tahun.. Tapi dah pandai mengaji sikit-sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab-bab agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Wazif, memang dia train elok-elok mengaji al-Quran.. Alhamdulillah, semoga esok-esok dia jadi anak yang soleh. Bagi aku, itulah investment yang sangat-sangat menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh itu, kami tidak seperti pasangan yang lain. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Ira memang suka menyepi, jarang borak panjang-panjang. Aku pulak suka keluar lepak dengan kawan-kawan. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik. Bini dah tido. Esoknya, pagi-pagi aku dah kena pergi kerja.. Dalam tempoh itu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan seorang ofismate aku. Nama dia Mimi. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut pulak kat aku.

So, dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak, kadang sampai pagi !

Aku sedar aku seolah-olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kahwin dengan dia, tapi aku takut Ira kecik hati pulak.. Dengan Mimi la tempat aku luahkan perasaan. Kadang-kadang gaduh, kadang dia tercarut-carut bagai kat aku. Pastu minta maaf. Dia kata tersasul.. Tapi aku memang terhibur bila bersama dengan Mimi. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. Ira sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari tu,dia bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok, sebab dia tak mahu pelajaran wazif terganggu. Aku pelik, apa kaitan?? Dan aku terfikir, mimi itu wanita yang elok ke? Pakaian hari-hari kompem ketat. Makeup kat muka 2 inci macam tidak boleh kena air, tidak ambik air sembahyang ke? tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!

So aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Mimi. Terfikir lepas kahwin boleh
nasihat kot sikit-sikit, tapi time bercinta pun asyik lawan apa aku cakap, boleh ke nanti ?? So sad!.. Ketika perkahwinan aku dengan Ira mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga
kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ira mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk. Akhirnya dia dimasukkan ke hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ira mengidap penyakit barah tekak.

Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ira dah lama mengidap barah itu. Penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan ribuan anak panah tajam bila dengar benda tu!! Patut la Ira jarang sangat bercakap. Kenapa dia tidak bagitau aku?? Doktor itu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So, itulah yang menyebabkan Ira jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu. Jadi macamana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor itu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Arax boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa itulah baru aku terfikir, kami tidak pernah bertikam lidah, tidak pernah gaduh.. Mungkin itu hikmah dia.. Tapi aku tidak sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tidak pernah luahkan derita kat aku.. Jantung Ira dah lemah sangat. Doktor kata mungkin Ira tidak dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor itu sepuas hati , walaupun doktor tu seorang perempuan. Aku dh tidak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ira selama ni. Dia dah bagi aku macam-macam. Jaga makan minum, pakaian aku. Ajar anak kami mengaji. Memang tidak pernah lawan apa aku cakap, apa aku suruh.. Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia.. Maafkan Abang Ira..

Bila balik rumah nak mandi sekejap, aku sempat tengok balik kenangan kami.. Aku belek semuanya. Ketika itulah aku terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula aku ingat tu kertas resit je, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru aku punyai, Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang aku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu, Ira memang cinta padamu, Dan Ira menangis bila Abang melamar diri ini.. Buat suamiku yang baru aku punyai, Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna yang Abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kita.. Buat suamiku yang baru aku punyai, Andai Abang ingin melihat Ira ketawa,Ira hanya mampu tersenyum pada Abang, Andai Abang mahu Ira berjenaka, Mungkin Ira akan menangis dibahu Abang, Kerana Ira tidak mampu berbicara, Seperti orang lain berbicara, Kerana Ira tidak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa.. Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta Abang, Ira pasrah dan relakan Abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ira tetap dihati Abang, Ira sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang sentiasa menyanjungimu.

*Ira selitkan surat ini dalam kotak jam Abang. Semoga Abang mudah terlihat surat ini..

Tika itu juga, air mata jantan aku berderai jatuh ke lantai. Kenapa aku tidak terbaca surat ini 4 tahun dulu? Kenapa aku tidak tahu penderitaan Ira awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang? Kenapa ??!! 4 tahun usia perkahwinan kami, Ira beri aku segalanya.. Dan paling penting dia bagi aku seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku bagi kat Ira? Mulai saat itu, aku jaga Ira sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik ke hospital. Masuk ofis pun sekejap. Anak aku bagi kakak Ira yang jaga. Masa itu aku sudah serabai giler. Sangat tidak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ira dalam hidup aku. Dalam keadaan Ira yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu, dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas-kertas itu aku akan simpan sampai bila-bila. Dia tulis dia tidak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum..

Ya Allah !!

Hari-hari itu kami sangat bahagia. Namun Ira dah makin lemah. Aku dah tidak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah,

jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..” Aku tidak tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin di telinganya berulang- ulang. Aku letak Wazif di tepinya.. Dan anak itu terus kepangkuan ibunya lalu memeluk-meluk Ira.. Sedihnya aku waktu itu..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat ku ajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir.. Kini, hampir 5 tahun perkahwinan kami, tinggal aku dengan Wazif, dengan helaian-helaian tulisan terakhir Ira..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.