Home Cerpen Cinta 9371 MILES
9371 MILES
Sara Imani
6/9/2019 20:34:16
371
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

9371 MILES

 

            Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sesak denganorang ramai yang menanti keluarga atau yang masih menunggu waktu penerbangan.Pengumuman daripada corong-corong pembesar suara sedikit sebanyak menambahkankeriuhan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada para pengguna yang ada disitu. Dalam ribuan manusia, di satu sudut, ada seorang remaja perempuan yangmenanti ketibaan seseorang daripada Amerika. Setelah setahun berpisah, akhirnyaNaura Hana mempunyai peluang untuk bertemu dengan teman sepermainan sejakkecil. Dia telah berjanji untuk  menantilelaki itu, jadi walau apa pun yang berlaku Naura akan menunaikan janjinya.

            Harraz, Naura tunggu Harraz di tempat kita berpisahdahulu. Naura masih ingat janji kita untuk bertemu pada hari jadi Naura. Naurasedang tunggu Harraz, jangan kecewakan Naura. Sudah setahun Harraz pergi, namunNaura masih mengharapkan Harraz kembali dan jumpa Naura di Malaysia. Doa remajaberusia 18 tahun itu di dalam hati. Hujung tali beg dipegang dengan erat keranarasa debar. Rambung panjang yang dibiarkan bebas dikuak ke belakang apabilahujungnya menutupi sebahagian pandangan.

            Harraz Ariq, sesusuk tubuh yang menemani perjalanan Nauradalam kehidupan, susah senang bersama dan lelaki itu takkan pernah terganti. Setiaphari, Naura akan berdoa agar Tuhan tidak hilangkan bayang tubuh Harraz dalamfikirannya walaupun mereka berpisah beribu batu jauhnya. Dalam ruang ingatanNaura juga, masih segar dan hangatnya pegangan Harraz di tangannya tatkalamenyampaikan berita yang menjarakkan mereka berdua.

 

 

SETAHUN YANG LALU,

            “Harraz, Harraz ingatkan apa yang akan berlaku esok?” tanya Naura sambil membuang pandangan ke arah tasik yang terbentang luas. Wajahsisi Harraz dikerling sekilas lantas senyuman nipis diukir apabila pandangannyadibalas oleh tuan punya badan.

            “Hari jadi Naura! Harraz ingat dan Harraz takkan lupatarikh 1 April yang amat bermakna buat Naura. Tapi, Harraz minta maaf sebabesok, Harraz tak boleh sambut dengan Naura. Papa dah terima tawaran kerja diAmerika, jadi esok, kami semua akan pindah ke sana. Harraz minta maaf sebablambat beritahu Naura, Harraz tak sampai hati. Harraz tak nak Naura sedih,Harraz minta maaf,” ucap Harraz dengan wajah yang mendung. Bukan niatnya untukmenyembunyikan hal ini daripada Naura, namun Harraz ingin melalui hari-hariterakhir bersama Naura dengan rasa gembira, bukan resah atau bimbang.

            “Sampai hati Harraz buat Naura macam ni. Ibu pernahberitahu Naura pasal benda ni, tapi Naura tak pernah percaya. Naura ingatkanHarraz jujur dengan Naura, tapi Naura silap. Patutlah sejak kebelakangan ini,hati Naura rasa tak tenang, rupa-rupanya, satu-satunya kawan yang Naura adaakan pergi. Harraz jahat! Naura benci Harraz!” jerit Naura sekuat hatinya.Tanpa berlengah, Naura terus berlari pergi meninggalkan Harraz yang tegakberdiri di belakang. Empangan air mata yang pecah membawa air mata menurunipipi dengan laju. Siapa yang tak sedih apaila orang tersayang akan  pergi, jauh dan mungkin takkan kembali.

            “Harraz minta maaf! Harraz tunggu  Naura di airportesok!” balas Harraz sekuat hati dengan harapan Naura akan mendengar. Dia begituberharap untuk berjumpa Naura sebelum pergi. Dengan itu, dia akan pergi denganlangkah yang ringan.

 

 

            Dari jauh Naura dapat melihat Harraz sedang menantikedatangannya. Walauapapun yang berlaku, inilah detik terakhir untuknya menatapwajah Harraz. Walaupun hatinya tersakiti, namun bibir merah Naura tetapmengukirkan senyuman agar Harraz tahu bahawa dia telah pun memaafkan lelakiitu. Mana mungkin Naura memarahi Harraz kerana Harraz selalu memaafkankesalahannya selama ini.

            “ Harraz,” panggil Naura perlahan apabila mereka berduadiberi peluang untuk berbual oleh ibu bapa masing-masing. Wajah Harraz ditenungsepuasnya sebelum semuanya terlambat. Naura mahu waktu berhenti berputar buatseketiga agar lebih lama dia dapat menghabiskan masa bersama Harraz.

            “Terima kasih Naura, Harraz lega sangat sebab Nauradatang. Sekali lagi, Harraz minta maaf kalau selama ini Harraz ada sakitkanhati Naura. Tapi, Harraz harap Naura faham keadaan Harraz. Harraz tak adapilihan lain selain tinggalkan Malaysia, tinggalkan Naura, dan tinggalkansegalanya yang Harraz ada di sini. Harraz janji, tahun depan, 1 April, Harrazakan kembali dan jumpa Naura di sini. Kita sambut hari jadi Naura dan mandi airhujan sama-sama sebagai ganti dan sebagai tanda minta maaf daripada Harrazkepada Naura. Naura boleh tunggu Harraz kan?” pinta Harraz dengan penuhkesungguhan. Kalau boleh, mahu sahaja Harraz jumpa Naura setiap masa namunjarak 9371 batu bukan mudah untuk dicabar. Walaupun jauh, Harraz masih mahumelukis kenangan bersama Naura seperti waktu dulu.

            “Naura janji akan tunggu Harraz,walau apa pun yang berlaku.” Naura mengusap air mata di pipinya. Keapa turutdiangguk beberapa kali sebagai tanda setuju.

 

 

KINI,

            Ya Allah, perjalanan menuju ke kenangan begitu sukaruntuk aku tempuhi. Adakah ini petanda kami akan terus berpisah buat selamanya.Setahun yang lalu, langkah yang diatur dan nafas yang dihembus tidak terasalagi kehangatannya. Rasa rindu yang bermukim tak dapat diluahkan sepenuhnya,memang masih tersenyum, namun tak seharum senyuman bersama Naura. Rintih Harrazdi dalam hati apabila mendapat tahu penerbangannya ditunda selama lima jamakibat masalah teknikal yang berlaku. Harraz gelisah dalam duduknya sambilfikirannya ligat memikirkan apa lagi yang akan berlaku selepas ini. Dia jugarisaukan Naura yang  menunggu ketibaannyadi Malaysia.

            “Naura, tunggu Harraz,” ucap Harraz perlahan. Diadijangka akan tiba di Malaysia lebih kurang pada pukul  satu pagi sedangkan jadual sepatutnyamenunjukkan dia akan tiba di Malaysia lebih kurang pukul lapan malam. Harrazmembuang pandang ke ruang jendela kapal terbang. Kabus putih yangmenyempurnakan keindahan langit yang terbentang, saling melengkapi. Begitu jugadengan dia dan Naura, saling memerlukan. Tapi yang bezanya, langit dan kabustakkan berpisah. Setelah hujan, langit dan kabus akan kembali memeluk antarasatu sama lain. Bagi manusia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

            Hampir lima jam menempuh langit biru, akhirnya kapalterbang mendarat di atas landasan yang panjang. Belum sempat menarik nafas,Harraz terus berlari sekuat hati bagi mendapatkan Naura di tempat yang merekajanjikan. Kawasan lapangan terbang yang lengang banyak membantu pergerakanHarraz. Dalam hati, remaja lelaki itu terus berdoa agar Naura masih belumpulang dan berputus asa dengannya. Tidak lama kemudian, mata Harraz menangkapsusuk tubuh seorang perempuan yang sangat dikenali, siapa lagi kalau bukanNaura Hana. Harraz perasan rambut Naura semakin panjang dan Naura kelihatansangat cantik dengan dress labuhberwarna merah jambu. Tidak sangka tempoh setahun begitu panjang bagi merekaberdua.

            “Naura,” panggil Harraz perlahan. Dia sedang berdiribetul-betul di hadapan Naura.

            “Harraz,” balas Naura dengan sendu yang mula berlagu.Akhirnya, penantiannya berakhir kerana mati-matian Naura fikir yang Harraztidak sudi lagi untuk menemuinya. Naura mengcengkam hujung lengan baju milikHarraz dan menunduk bagi menyembunyikan air matanya yang tumpah ke atas tangan.

            “Terima kasih kerana tunaikanimpian  Naura untuk jumpa Harraz. Inilahdetik yang paling indah dalam hidup Naura. Harraz tak tahu betapa rindunyaNaura kepada Harraz sejak kita berpisah.”

 

 

            AMERIKA,

            Harraz memeluk lutut di atas kerusi sambil matanyamelekat pada skrin komputer. Hampir setiap hari dia akan menerima emaildaripada Naura yang berkongsi setiap yang berlaku dalam harian perempuan itu.Namun, entah kenapa Harraz hanya mampu membaca dan tidak ada satu pun emaildaripada Naura yang dibalasnya.  Namun,hari ini, Harraz menerima kejutan apabila Naura meluahkan cinta kepadanya. HatiHarraz meruntun pilu kerana dia turut mencintai Naura sepenuh hati dan takkanpadam. Namun, jarak yang menjadi batu penghalang dan Harraz tidak mahu Nauraterus mengharapkannya.

            “Harraz minta maaf Naura kerana kita bukan ditakdirkanuntuk bersama. Harraz tak nak sakiti Naura dengan satu penantian yang panjang,belum pasti di mana penamatnya dan bila akan berlaku. Apa yang pasti, cintaHarraz pada Naura takkan pernah berubah seiring berjalannya waktu. Naura naktahu tak lama lagi, impian Harraz untuk menjadi juruterbang akan tercapai.Harraz pasti, Naura akan bangga kerana hanya Naura yang tahu inilah impianterbesar Harraz, impian yang dikongsi bersama. Inshaallah, andai ada waktu,Harraz akan jadi juruterbang buat Naura dan Harraz akan bawa Naura kelilingdunia,” ucap Harraz sambil tersenyum nipis. Gambar milik Naura dirapatkan kedada sebelum matanya terkatup dengan sendiri.

            Penyesalan Harraz kerana tidak mampumeluahkan perasaan Harraz kepada Naura terus membeban dan menikam hati Harrazsedalam-dalamnya. Harraz tak tahu bagaimanakah takdir kita berdua yang ditulisoleh Dia. Semoga suatu hari nanti, takdir kita akan bersatu dan Harraz akanlihat Naura buat kesekian kalinya. Yang pasti, Harraz yakin kita akan salingmengenali antara satu sama lain.

 

 

7 TAHUN KEMUDIAN,

            “Naura, dah siap kemas barang?” tanya Puan Mariam lalumelabuhkan punggung di atas katil milik puteri tunggalnya. Puan Mariamtersenyum nipis apabila kembali teringatkan kenangan membesarkan Naura. PuanMariam rasakan begitu cepat anaknya mencapai umur 25 tahun dan sudah layakmendirikan rumah tangga. Namun, Puan Mariam tahu yang Naura masih menungguHarraz, sebab itulah Naura tidak pernah membuka hatinya untuk mana-mana lelakilain.

            “Dah ibu, semua dah siap,” balas Naura perlahan. Diamengambil tempat di sebelah Puan Mariam.

            “Jaga diri baik-baik di Turki nanti. Tolong tengok-tengokkannenek dan atuk untuk mama sekali. Mama nak Naura mulakan hidup baru di sana,lupakan kenangan pahit yang Naura lalui selama ini. Kalau ada lelaki lain yangberjaya membuka hati Naura untuk bercinta lai, cepat-cepat beritahu mama.” PuanMariam memeluk Naura lantas ubun-ubun Naura dikucup lama. Sungguh dia tidakmahu Naura terluka lagi. Setelah itu, Puan Mariam kembali ke bilik tidurnyasekali gus meninggalkan Naura sendirian.

            Naura mengambil satu kotak yang disimpan di dalam lacilalu dikeluarkan. Di dalam kotak tersebut, ada satu surat yang ditulis olehNaura istimewa buat Harraz. Namun, surat itu tidak sempat diserahkan olehHarraz. “Harraz Ariq, kau tetap di hati, takkan terganti.”

            “Walaupun mungkin Harraz dah lupakanNaura, Naura takkan pernah berpaling daripada Harraz. Sampai sekarang, Nauramasih tunggu Harraz. Walaupun orang lain fikir Naura bodoh kerana tungguHarraz, Naura tak akan ubah pendirian Naura. Esok, 1 April, Naura akan pindahke Turki. Semoga suatu hari nanti, kita akan berjumpa lagi dan sekiranya ituberlaku, Naura takkan benarkan tangan Naura lepaskan genggaman Harraz,” ucapNaura dengan penuh ketenangan.

 

 

            1 April, tarikh yang memisahkan kita berdua. Hari ini,Harraz kembali ke Malaysia tanpa ditunggu oleh Naura. Untuk pengetahuan Naura,Harraz dah bergelar seorang juruterbang. Alangkah indahnya jikalau sementarlagi, Harraz menjadi juruterbang Naura tapi mustahil kerana mungkin takdirmahukan yang lain. Sekarang, Harraz duduk di tempat Naura tunggu Harraz. BaruHarraz faham betapa risaunya hati kita bila menunggu seseorang, tidak tahuadakah penantian itu akan berakhir atau tidak. Inshaallah, dengan cinta yangada dalam hati Harraz, Harraz akan terus kuat dan teruskan kehidupan Harraztanpa Naura di sisi. Bisik Harraz di dalam hati. Tanpa menunggu lama, dia mulamemulakan langkah namun masih sempat berpaling buat kali terakhir. Harraz adapenerbangan ke Turki tidak lama lagi.

            Ketikasedang berjalan, Harraz perasan kelibat seorang wanita yang cukup dikenali melepasinya. Hati Harraz kuat mengatakan itulah Naura Hana! Harraz fikirjikalau dia berpaling ke belakang, pasti pandangannya akan dibalas oleh Naura.Dengan terdesak, Harraz berpaling ke belakang dan cuba mencuri pandang ke arahNaura namun pandangannya dihalang oleh beberapa kumpulan pelancong yangkebetulan berjalan di belakang. Lantas, susuk tubuh Naura terus hilang daripadapandangan.

            “Allah masih mahu jauhkan kita Naura,” ucap Harrazperlahan sambil nafas berat dihela. Langkah disambung kembali menuju ke destinasiyang sepatutnya.

            Naura yang turut perasan kelibat Harraz tersenyum nipis.Dia bahagia kerana hasrat Harraz untuk menjadis seorang juruterbang tercapai,Alhamdulillah.

            Takdir kita belum bertemu Harraz, Naura masih tunggu Harraz. Walaupun kita berjauhan, cinta Naura tetap tidak bergerak daripada hati walaupun seinci. Naura percaya penantain ini akan tiba di penghujungnya. Cintakita berjarak 9371 miles dan  bertambah setelah Naura tiba di Turki. Naura masih percaya jarak cinta kita akan berkurang kepada kosong suatu hari nanti.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sara Imani