Home Cerpen Alternatif Hafizah Solehah
Hafizah Solehah
Hasan Z. Ali
2/5/2020 18:28:27
113
Kategori: Cerpen
Genre: Alternatif

Assalamualaikum dan hai semua, nama aku Hafizah. Hafizah Solehah. Aku seorang siswa. Aku belajar di Universiti Al-Bukhari Safarahan. Betul, satu pengajian dengan Asyraf ‘Safarahan’ tu.Tapi aku belajar je kat Safarahan, aku bukan asal sana pun. Aku asal dari Changkat Membaca. 120KM dari Safarahan. Takpelah itu abaikan je.

 

Sebelum aku cerita pasal diri aku, aku nak cerita pasal Asyraf. Dia ni bolehlah kira hensem tu, innocent je orangnya. Muka flawless gitu. Sekali dia senyum, memang cairlah. Dia pun jarang berbual dengan perempuan. Tapi bila bercakap, sopan-sopan je. Dahlah gentle lagi. Macam oppa-oppa sikit. Dengan rambut tu tapi tak nampak poyo sangat. Eh, melebih pulak. Hahaha.

 

Ha, Fanin dan Lara tu kawan aku. Diorang anak orang kaya di Safarahan. Jangan main-main. Tapi low profile. Pakai biasa-biasa je pergi kelas. Takde nak gah sangat. Diorang ni antara sahabat perempuan Asyraf jugak. Hehehe.

 

Aku ni biasa-biasa je. Aku takdelah secantik Fanin dengan Lara tu. Perempuan kampung. Tapi sekurang-kurangnya aku ada rumah kaca sendiri. Ada kubis, tomato dan stoberi lagi.

 

Aku dari Changkat Membaca. Bila dapat belajar dekat Safarahan, itu memang impian. Bandar teknologi kutt, kecanggihan di sana sini. Tapi, satu yang tetap sama, mencabar diri aku sebagai seorang muslimah, sebagai seorang remaja di sebuah kota yang cepat pesat.

 

Ingat, belajar agama bawalah identiti agama bersama. Belajar agama bukannya setakat belajar di maahad, habis maahad terus pakai ketat, cabut tudung bagai. Tidak sama sekali. Sebab aku sedih tengok sahabat aku sendiri mula jadi rosak bila terdedah dengan budaya kebaratan ini.

 

Bila aku masuk kelas, ada sahabatku sendiri yang gagal untuk menutup aurat. Bayangkanlah, pakai blaus yang terdedah kepada nampaknya lengan sebab tak pakai stongan. Diorang tak cakna hal aurat ni, lengan tu aurat. Kaki tu aurat. Sarung kaki tak pakai satu hal. Jadi peluang kaki terdedah tu ada. Sedih sebenarnya. Sedangkan sahabat aku tu boleh dikatakan semuanya berlatarbelakangkan pendidikan agama.

 

Terkadang kena terima hakikat jugak, sampai bandar takkan nak kekampungan lagi? Butik-butik murah dekat The Safarahan City Mall tu, takkan nak tengok je. Gaya urban sikit bila masuk bandar ni. hakikat ke tidak, aku tetap takleh terima. Arus kemodenan tempias, bukan alasan untuk menyarung sealas. Nipis, jarang, sendat lagi. Apa ni? baju-baju macam ni takde jual kat sini, mesti diorang beli atas talian dari Asia Tenggara ni. Aduhai.

 

Bila aku tengok sahabat aku yang beralih status dari budak sekolah kepada seorang siswi, aku sedih. Ada yang aku tak sedih sebab diorang boleh hadapi dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya bandar. Yang sedihnya dia dulu bukan main konservatif. Dari segi kawan-kawan tu, memang jaga ikhtilat. Sama perempuan je sembang. Tapi sekarang, sosial bukan main. Sampai tepuk bahu lelaki. Walaupun berlapik, agak-agaklah. Ajnabi kutt. Lepastu laras bahasa sebagai muslimah tu dah tak terjaga. Bantai je. Mana maruahmu wahai muslimah? Mencarutlah bahasa kesatlah.

 

Lagi, dengan budaya menari berjoget menerusi aplikasi tari video klip. Apa faedah kau buat tu? Dapat apa? Bagus ke? Rasa popular ke? Kau nak kecantikan kau tu terdedah pada umum ke? Menari-nari tu kau nak tunjuk badan kau ke? Mana malumu wahai muslimah? Sayang seribu kali sayang, bila sekali kau buat video tu, orang akan muat turun kemudian simpan. Kemudian dosa jariah kau dapat mengalir je. Huhu takut.

 

Menjadi seorang muslimah sangat mencabar. Aku sendiri pun kalau boleh nak belajar kat Changkat Membaca je. Takut terpengaruh dengan budaya bandar yang merosak identiti muslimah. Tapi, mungkin sebab aku memang susah sikit nak terima budaya luar sebab tu mak ayah aku tak kisah sangat. Mak ayah aku beri aku harapan tinggi untuk ke bandar. Aku dah sampai, dan aku akan buat yang terbaik untuk diri aku. Jaga maruah aku. Pelacuran, pusat hiburan mahupun tempat maksiat memang tak wujud kat sini, tapi budaya halus dari luar boleh membunuh maruah manusia secara halus macam COVID-19. Gejala bukan datang awal-awal kan?

 

Rasanya muslimah dah triggered mungkin dengan keluhan aku ni. aku cuma luahkan, realiti siswi hari ini. Sebab sayangkan korang, aku nak korang jadi muslimah yang sejati. Sayang korang.

 

-tamat-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.