KERANA SENGSARA,PENDERITAAN DAN KEMATIAN
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita penuh Bersatu – Ketika mempertahankan kerajaan Melaka
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika menentang kehadiran sistem Residen sejak 1824
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika mempertahankan Sultan dan Raja Melayu sejak 1874
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika mempertahankan tanahair sepanjang penjajahan Inggeris
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika menentang Jepun
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika menentang Malayan Union 1946
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika menuntut kemerdekaan sehingga Merdeka 1957
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika menubuhkan Negara bangsa Malaysia 1963
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika mempertahankan konfrantasi Indonesia
Kerana sengsara, penderitaan dan kematian
Kita pernah Bersatu – Ketika peperangan melawan Si Covid-19
Tetapi Kenapa Tidak Bersatu?
Ketika pemerintah perlukan sokongan
Ketika ekonomi menurun secara mendadak
Ketika kita hendak menyambut KEMERDEKAAN KE-64
Nukilan
KAI Anak Setinggan
25hb Ogos 2021