aku sendiri
duduk songsang graviti
menanti
terus memerhati
pelepasan roket ke angkasa tinggi.
kira-kira meniti
debaran menghiasi
aku bersedia
pada bila-bila masa
melangkau dimensi
menuju cakerawala ilahi
keagungan ciptaan Maha Suci.
memecut puncak
puncak lapis tak terjejak.
Subhanallah
Maha Suci Allah
lihatlah rona angkasa
terpegun kata mata
dari kepulan awan
hingga bintang yang begemerlapan
apa lagi nikmat kau mahu dustakan
bulan dulu mengambang
kini kawah merata bak belakang kompang
ISS tempat ku tuju
meraikan ketibaan ekspedisiku.
dari jendela gagah
ku lihat bumi indah
bulat dan tak dedah
pada angkasa yang ragu cerah.