aku masih disini
petang hari
di taman permainan ini
melihat buaian diayun kian meninggi
gelongsor licin menyusuri
jongkang-jongket sama naik dan dituruni.
petang ini
ya, masih duduk disini
diatas bangku putih guli ini
kasar-kasar rumput kering
renungku ke langit biru tak berdinding.
fikiranku kini
risau hati
masa depan yang kabur
bersama matlamat yang berterabur.
2020 sudah menjengah
aku masih termengah-mengah
azam dan resolusi terdahulu belum terlunas sudah
adakah ku hanya duduk sekadar duduk?
apakah aku ada sasaran untuk ku sepanduk?
wahai diri,
aku tidak lena tidur
nafsu malas menyadur
akan ku bangkit dari tersungkur.