1,905
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Dilema Tak Terungkap

kian hari meniti

waktu sembahyang mengira kali

tatkala mereka berlenang hati

mengerja buat sehari-hari

sedang aku tenang berisi resah buak-buak dalam diri.


selang mentari melabuh

ada keluh yang tumbuh

tangis nurani dikala sujud subuh

adakah amalanku dilangit ia berlabuh ? 

atau tergantung ragu utuh ? 


aku sudah biasa

penemuan harian mataku bersahaja

terkadang sang api menghembus nafas keraguan

aku penat 

pendirianku tenat

apa lagi inginku perbuat

namun

ku anggap ini suatu ujian

dari esa Tuhan

Ya Allah, tingkatkanlah bagiku darjat keimanan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh