Move on,melepaskan sepenuhnya dari hati,
tak semudah yang kau sangka,
tetapi banyak kebaikannya
Melupakanmu bukanlah sesuatu yang mudah,
memakan masa kerana itulah ubatnya,
memerlukan waktu seumur hidupku,
untuk melupakan semua tentangmu
Janganlah terus berduka wahai hati,
inilah saatnya untuk lebih menyayangi diri sendiri,
aku, insan yang sentiasa merinduimu,
namun berusaha untuk menjauhimu
Sudah tertulis aku bukanlah milikmu,
aku harus terima semua itu,
tolong jangan sesekali datang kembali,
aku sudah penat terasa dikhianati