Home Novelet Travelog Blog Tarbiyah Cinta
Blog Tarbiyah Cinta
siti khadijah mustafa
3/7/2014 01:22:58
11,810
Kategori: Novelet
Genre: Travelog
Senarai Bab
Kenali cinta Mu !!

Aku tulis agar ia menjadi saham untuk ku diakhirat bila berdiri dihadapannya nanti , semoga ALLAH SWT tumpahkan manfaat kepadaKU yang menulis , dan kepada pembaca yang membacanya , semoga perolehi ibrah dan mauizah darinya , moga ALLAH redha atas Usaha kecil ini.

CINTA. Ya. AKU focus pada cinta . Dan inilah yang pertama nya aku untuk aku Cuba berkongsi. Aku melihat Hakikat cinta itu dikotori pelbagai pandangan. Dengan Pandangan ORANG BARAT maka jadilah Cinta itu diantara ruang lelaki dan perempuan semata-mata, tanpa sedar dosa makin bertambah tanpa ada ditengahnya cinta hakiki.

Sejauh mana kita mengetahui cinta itu?

Dan apakah asas cinta, bagaimana hakikat cinta itu?

Persoalan demi persoalan dilontarkan , tiada kata dikeluarkan , cinta itu terlalu mendalam sehingga saat nanti aku menjadi malu akan keterangan ku .

Cinta seluas maknanya

lakaran tulisan aku mengambilnya sebagai manfaat untuk diri dan kamu . 

Syed Qutb berkata:

“Kemenangan berupa syurga itu disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tidak wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga ke akhirnya. Mereka teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai”

Subhanallah…subhanallah…

Ringkasan coretan,

"Tarbiyah cinta Allah adalah tarbiyah yg cukup indah...Tarbiyah cintaNya hanya akan dirasai oleh jiwa yang juga mencintaiNya dengan setulusnya…

Buat mereka yang sentiasa berusaha mencari dan mencari cinta Allah, kuatkan langkah kaki pasti akan ketemu jua cinta Ilahi...pabila sudah bertemu, buktikan cintamu padaNya dengan sentiasa tabah dan pasrah, sabar dan redha menghadapi apa jua tarbiyah ujian yg diberikan oleh Pencipta... Sedarilah, tarbiyah cintaNya sebenarnya adalah bukti cinta Allah kepada kita"


Pada bab ini, aku lebih kan mengenal cinta itu bagaimana ? Prokasinya? Untuk siapa cinta itu dibagian? Aku tidak Akan menyentuh mengenal cinta pada manusia. Hanya Cinta itu ALLAH SWT.



Prof Hamka

“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”

Sekarang faham kan, kenapa kita perlukan cinta ,

Cinta untuk siapa ?

Sebenarnya cinta itu adalah fitrah yang ada pada diri setiap manusia itu. Jika tiadanya cinta maka kita tidak akan mengenal Pencipta, tanpa cinta kita tidak akan mencintai Baginda Rasulullah dan tanpa cinta mungkin kini manusia akan saling melakukan pemberontakan antara satu sama lain.

Jadi cinta itu adalah anugerah daripada Allah SWT kepada setiap hambaNya sebagai wadah dalam mendekatkan diri dan mengabdikan diri kepadaNya.


Kerap kali kita bicarakan berkenaan dengan cinta kepada Allah SWT tetapi apakah buktinya kita benar-benar mencintai Allah SWT? Ayuh kita lakukan kaji selidik semula diri kita, adakah benar kita mencintai Allah SWT!

Tatkala laungan azan yang berkumandang yang menandakan telah masuk waktu solat. Adakah kita dengan kadar segera menyahut panggilanNya? Ataupun kita masih statik dan tidak berganjak daripada menonton television mahupun melayan komik-komik dan sebagainya. Realiti kehidupan kini ialah, tatkala nada dering telefon bimbit berbunyi, tika itu pula kekasih hati yang menghubungi, lantas cepat digapai telefon bimbitnya walaupun saat itu dia sedang mengulangkaji pelajaran untuk semester akhir. Dimanakah kita meletakkan Allah SWT sebagai prioriti dalam kehidupan kita? Apabila laungan azan berkumandang, segeralah menyahutnya dengan rasa tawaduk dan khusyuk untuk menyembahNya.

Hakikat kehidupan hari ini, kita tidak lagi membaca kalam indah yang membawa seribu makna yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Alangkah ruginya kita kerana kita tidak membaca ayat-ayat cinta daripada Allah SWT sendiri untuk tatapan hambaNya. Kenapa perkara ini berlaku? Ini kerana, kadangkala kita lebih suka membaca SMS dan e-mel daripada manusia sahaja dan kini kita lebih gemar menatap status yang berada di facebook berbanding menatap kalam Allah SWT iaitu al-Quran.

Rasulullah SAW pernah meminta Ibn Abbas membacakan al-Quran untuknya, sabda Baginda yang bermaksud: “Bacakan al-Quran kepadaku.” Ibn Abbas lalu membaca sehingga surah al-Nisa’ ayat 41. Rasululllah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung sebak. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Lihatlah, bagaimana Rasulullah SAW sendiri tidak sanggup menahan sebak apabila dibacakan al-Quran oleh Ibn Abbas.

Sesungguhnya al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW mengandungi seribu satu makna dan pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian hari ini

.

Acapkali kita menatap MMS mahupun gambar seseorang yang kita sayangi sehinggakan kadangkala diletakkan dalam pelukan tidur. Kenapa kita tidak menatap pesona alam yang menghijau, gumpalan awan yang memukau, gelora laut yang membiru dan kehidupan yang penuh ranjau.

Semuanya ini membuktikan bahawa Allah SWT, Yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia tetapi kita masih boleh menatap ‘kebesaranNya’. Inilah yang perlu kita jadikan tatapan mata kita setiap hari agar kita menjadi seorang hamba yang benar-benar bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Tika inilah kita merasakan bahawa diri kita yang kerdil, dan memerlukan pergantungan kepada yang Maha Besar iaitu Allah SWT.

Hari ini budaya ‘dating’ tidak asing lagi dalam kalangan pasangan yang bercinta. Kadangkala tanpa ada secebis rasa malu dalam diri, mereka dengan berani melakukan pelbagai aksi yang telah dilarang dan bertentangan dalam Islam.

Ada juga yang berasa malu tatkala mata bertemu mata dengan seorang yang baik akhlaknya dan agamanya. Kenapa perkara seumpama ini berlaku? Ini kerana, tiadanya rasa malu dalam diri mereka, berbanding dengan situasi yang kedua iaitu tatkala mata bertemu mata dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, dia hanya mampu memandang sebentar atau sepintas lalu sahaja dek kerana dorongan rasa malu atas kemuliaan dan kedudukan dirinya.

Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasihNya, Nabi Muhammad SAW pada malam Israk dan Mikraj di dalam firmanNya yang bermaksud, “Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang tajam).” (Surah al-Najm 53:17). Saat kita mendirikan solat itulah sebenarnya kita sedang berdating dengan Allah SWT. Sekiranya kita benar mencintai Allah SWT, buktikan dengan menjaga pandangan ketika solat.

Tatkala berdiri di hadapan Allah SWT, kita berdiri tegak, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud. Hakikatnya bukan ketika waktu solat sahaja Allah SWT memandang kita tetapi setiap saat Allah SWT selalu memerhati hambaNya. Semailah rasa malu kepada Allah SWT dalam membuktikan rasa cinta kita kepadaNya.

Jika kita benar-benar mencintai Allah SWT dan meletakkan Allah SWT sebagai cinta agung, maka Dialah yang sepatutnya untuk kita rindui dan diingati dalam diri kita. Bagaimana untuk kita merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajahNya. Firman Allah SWT yang mafhumnya, “Sesiapa yang berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang.” (Surah al-Ankabut 29:5). Rindu kepada Allah SWT

juga akan terubat apabila kita sering menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT dan akan terbias tatkala kita membaca al-Quran, bertahajud kepadaNya dan pelbagai lagi amalan soleh yang lain.

Perbanyakkan kehidupan kita dengan menyebut namaNya. Malah jadikan Allah SWT sebagai yang utama dan tidak lekang daripada bibir kita menyebut namaNya. Tatkala kita ingin berbicara sesuatu topik, pastikan kita kaitkan Allah SWT dalam perbualan kita, contohnya: “Alhamdulillah, Allah izinkan aku dapat juga A dalam subjek ini.” ataupun “Dia sedang mengumpat saya? Tidak mengapalah, Allah ada. Allah ada akan bela saya.” Jadikan perkara ini sebagai suatu yang praktikal dalam kehidupan seharian kita, tika kita senang mahupun susah kita sering mengingati Allah dan kembali kepadaNya. Ketahuilah beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT pada waktu senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya ketika dia berada dalam kesusahan.

Lumrah dalam menggapai sesuatu itu pasti akan ada ujian yang akan kita lalui. Begitu juga dengan cinta. Ujian itu bagi mengenal pasti setakat mana dalamnya cinta kita kepada Allah SWT. Kadangkala apabila kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat mana ujian yang terpaksa kita lalui, itu semua merupakan tarbiyah kepada kita dalam menjadi seorang hamba Allah SWT yang soleh dan solehah. Kita sebagai hambaNya yang kerdil, maka sentiasalah berdoa memohon kekuatan, kesabaran dan ketenangan daripadaNya dalam mengharungi ujian dalam kehidupan ini. Apa yang perlu diingatkan ialah, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.

Apabila kita berada dalam lamunan dan khayalan cinta maka kita seringkali berasa berdebar di dada. Begitulah lumrah cinta. Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT? Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan denganNya, itu bukti kita ingin lebih akrab denganNya. Contohnya, kerinduan seorang Muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah Baitullah (rumah Allah). Jika masih belum mampu untuk memanifestasikan cinta dan rindu di Kaabah, maka manfaatkanlah rumah-rumah Allah yang ada berhampiran dengan kita seperti masjid dan surau.

Allah SWT berfirman yang mafhumnya, “Sungguh, orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, apabila dibacakan ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka keranaNya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfal 8:2). Untuk memperoleh khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkanNya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.

Perasaan cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT ialah kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai Kekasih kita iaitu Allah SWT sehingga Kekasih kita juga lebih cinta kepadaNya. Ia cemburu yang positif, bukan cemburu yang menjadi fitnah. Maka semailah sifat cemburu kepada orang yang lebih berilmu, ulama dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan sekadar cemburu kosong tetapi dalam proses untuk mencontohi mereka. Dalam solat misalnya, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, secara berjemaah dan lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT berbanding diri kita.

Bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menggapai reda Allah SWT. Ada tiga kondisi pencinta menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah iaitu: Berat hati untuk mencintai, namun dia memaksakan diri. Cinta makin menguat dan dia patuh. Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.

Cinta kita kepada Allah berada di tahap yang mana? Apa pun tahapnya, mulai saat ini, buktikan kepada Allah SWT, kita sangat cinta padaNya.

Binalah ‘Istana Cinta’ kepada Allah SWT terlebih dahulu dengan mencintaiNya sepenuh hati, dan barulah mencari seseorang yang lain untuk kita saling mencintai dan dicintai. Pasangan yang ingin kita cari kelak biarlah seseorang yang cintanya turut sama ditujukan kepada Allah SWT agar terbina sebuah mahligai cinta yang abadi, bukan sahaja di dunia tetapi berkekalan hingga ke akhirat kelak atas nama cinta yang suci yang mana kedua-duanya melayari bahtera cinta dengan berpaksikan kepada Allah SWT semata-mata.

-adlin ilhami- 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh siti khadijah mustafa