Home Novel Thriller/Aksi My Own Queen
My Own Queen
nrulhyatie
22/10/2021 21:04:42
462
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Prolog

K r i n g . . . 

Bunyi loceng menandakan tamat sesi persekolahan Sekolah Puteri Tiara pada hari ini. 

"Mikayla, ikut saya masuk bilik disiplin," arah Puan Uzma, guru kelas 4 Teluki usai sahaja loceng berhenti berbunyi. Dia berlalu meninggalkan kelas.  

"Okay cikgu," balas Mikayla perlahan. Dia tidak menghiraukan suara-suara rakan kelasnya yang mungkin sedang mengutuk dan membuat andaian sendiri kerana tiba-tiba sahaja dia dipanggil ke bilik disiplin. Dia segera bergegas ke blok dua yang menempatkan bilik disiplin itu.


Bilik Disiplin...

Tok Tok Tok... 

"Masuk!" kebenaran diberi dari dalam bilik itu. Mikayla melangkah masuk sebaik saja mendengar arahan masuk.
Sebaik sahaja dia nampak Pengetua dan beberapa orang pegawai polis, Mikayla sudah tidak sedap hati. Pasti ada sesuatu tak kena. 

"Duduk," pinta Puan Shahirah. Mikayla serta merta duduk di kerusi yang disediakan betul-betul menghadap semua orang.

"Mikayla, sebenarnya cikgu tahu yang kamu teribat dengan kejadian dua tahun lepas, 2018." ujar Puan Uzma. 

"Saya tak tahu apa-apa" Mikayla menundukkan pandangannya. Dia tidak mahu bertentang mata dengan sesiapa pun. Tanggannya mula menggigil. Dia takut. Tiba-tiba air matanya mulai jatuh kerana mindanya sudah memutar kembali tragedi yang tidak mahu diingatinya lagi. Matanya sudah berpinar menjadi gelap akhirnya dia rebah ke lantai.

"Mikayla! Mikayla! Mikayla!" 

"Call ambulans!" 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nrulhyatie