9,373
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
PROLOG

            Wanita berkerudung putih itu dipimpin perlahan oleh gadisyang berbaju biru itu menuju ke pintu keluar KLIA tersebut. Perjalanan merekaitu mengambil masa hampir satu jam dek cuaca yang kurang baik ketika di atasawan tadi. Jantung mereka bagaikan mahu luruh apabila mendengarkan pengumumanyang dibuat oleh juruterbang itu tadi. Cuaca yang kurang baik itu menyebabkan juruterbangterpaksa terbang lebih tinggi lagi dan tidak dapat mendarat dalam waktu yangtelah ditetapkan.

            Memang banyak juga halangan dan dugaan untuk merekamenjejakkan kaki ke bumi semenanjung Malaysia ini. Namun, syukur kepada SangPencipta kerana pada akhirnya mereka berjaya menjejakkan kaki lagi ke sini.

            Tudung putih wanita yang sudah berusia di hadapannya itudisentuh lembut oleh gadis itu.

            “Kita terpaksa berpisah di sini. Semoga tuhan akanmemberkati di setiap langkah kita ini. Semoga sejalur cahaya kebenaran akanmenjadi pedoman untuk kita berdua nanti. Ayuh kita pergi,” ujar gadis kecilberbaju biru itu lagi.

Wanitayang berusia berkerudung putih itu mangangguk sambil tersenyum. Dahi gadis itudicium lama. Doanya mengiringi perpisahan itu. Dia pasti, mereka akan berjumpalagi. Mungkin bukan di sini, tetapi mungkin di tempat yang sepatutnya merekaakan berdiri untuk menegakkan sebuah kebenaran.

Sebuahteksi merah berhenti di hadapan mereka. Wanita berkerudung putih itu terusmelangkah memasuki ke dalam perut kereta tersebut. Tangannya merangkul kemasgadis berbaju biru itu lagi.

“YaAllah, lindungilah setiap pergerakan kami. Rahmatilah perjuangan ini. Semogayang hak berjaya di selamatkan dan batil dapat dibasmikan. Insya Allah, amin,”ucap wanita itu lagi.

Merekaberpelukan sekali lagi. Tatkala enjin kereta membelah jalan, masing-masinghanya mampu melambaikan tangan masing-masing. Tuhan itu yang menciptakanpertemuan, Dia jualah yang mengakhirkannya dengan perpisahan. Namun, di sebalikperpisahan dan pertemuan itu pasti mengandungi hikmah yang tersendiri. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh