Home Novel Komedi/Romantik Komedi My Cinderella
My Cinderella
Schamaya habsye
18/12/2021 17:37:13
6,983
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

- Pernah ada sesuatu yang rasanya berat sekali, ternyata akutelah melewatinya dengan baik. Pernah ada sesuatu yang rasanya sangat hancur,ternyata semuanya masih boleh dikendali. -

 

Ralit matanya melihat titisan air hujan di luar tingkap. Menikmatidetik hening dan tenang itu dengan bertemankan bunyi air hujan yang turunrenyai-renyai. Matanya dipejam seketika seraya dia menghirup udara senja. Terasadingin tubuhnya dek udara sejuk yang memerangkap ruangan sederhana itu.

Buat seketika dia mengukirkan senyuman, mengimbas kembali memori  kanak-kanaknya yang sentiasa bermain di layarotaknya. Hanya itu peristiwa manis yang masih tersemat di ingatan. Sekali-sekalamenjadi pengubat. Alangkah baiknya jika waktu itu tidak berganjak dan dia bolehterus menerus merasakan kebahagiaan. Hati kecil Zaharah berbicara sendiri.

"Ara... Customer datang".

Terasa lengannya dicuit membuatkan Zaharah tersedar darimimpi siangnya. Fokus dialihkan kepada kerja sepenuhnya. Cepat-cepat diamencapai buku dan pen untuk mencatat pesanan pelanggan.

Bunyi pintu dikuak membuatkan anak matanya teralih padapintu. Namun dirinya terpempan apabila melihat figura yang sedang menolak pintukaca kafe itu. Matanya hanya tertancap pada wajah dingin beku itu tanpaberkelip.

"Mocha smooth satu. Coklat smooth satu. Jangan manissangat. Lepas tu nak topping coklat chip". Tanpa memandang wajah Zaharah,si empunya suara hanya membelek bajunya yang basah dek air hujan. ManakalaZaharah sudah ternganga mulutnya kerana tidak sangka Rayyan datang ke kedaitempatnya berkerja.

"Aku tak suka tunggu lama-lama. Baik kau buatsekarang". Senada bicaranya, membuatkan lamunan Zaharah terhenti. Lambatlaun bibirnya mengukir senyum manis juga, sehingga menampakkan barisan gigiputihnya yang tersusun.

Zaharah menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda akur.Buku nota dan pen yang berada di tangannya digenggam erat. Senyumnya yang lebarditayangkan sambil matanya asyik menatap wajah Rayyan di hadapannya.

"Boleh tak ulang balik. Apa awak nak tadi?". UjarZaharah sambil tersengih tidak ubah seperti kerang busuk.

"Kau ni duduk sini nak kerja ke nak berangan? Aku dahsebut cukup jelas tadi. Takkan tak dengar?". Marah Rayyan.

Zaharah terkulat-kulat di hadapan Rayyan. Buku nota dan pendi tangannya dimain-mainkan.

"Sorry.. okey okey macam ni. Awak sebut balik apa yangawak nak tadi. Lepastu saya belanja awak satu lagi cup Cappuccino sebagai gantirugi. Amacam? Boleh?". Cadang Zaharah.

Dahi Rayyan berkerut apabila mendengar perkataan 'gantirugi'.

"Ganti rugi apa pulak kau ni?". Soal Rayyan.

"Ganti rugi air liur awak lah. Kan tadi dah membazirawak cakap dengan saya tapi saya tak dengar.". Polos Zaharah menjawab.

Kali ini Rayyan pula terkedu dengan jawapan Zaharah. Namundia angguk juga sebagai tanda setuju.

"Mocha smooth satu. Coklat smooth satu. Jangan manissangat. Nak topping coklat chip".

Zaharah menulis apa yang dikatakan Rayyan. Helaian kertasyang ditulis tadi dia tarik.

"Ada nak tambah apa-apa lagi tak?". Soal Zaharahmeminta kepastian.

Rayyan menggeleng perlahan.

"Awak tak nak try ke air yang paling special. Limitedtau. Orang terpilih je dapat". Zaharah menongkatkan dagunya di ataskaunter. Matanya terkelip-kelip memandang wajah tampan Rayyan.

"Air apa?". Kening Rayyan bertaut.

"I love you...". Selamba ayat itu dilafazkanZaharah. Dia tersenyum-senyum melihat wajah Rayyan yang memandangnya jijik.

"Baik kau buat aku punya order sebelum aku cancel. Kauingat aku hamak sangat ke I love you kau tu.". Marah Rayyan membuatkanZaharah mencebik.

“Garang lah awak ni. Nak bergurau pun tak boleh.”. UjarZaharah dengan wajah cemberutnya.

Tanpa berlengah Zaharah terus ke dapur untuk menyiapkanpesanan yang dibuat Rayyan tadi. Lambat-lambat mengamuk pula si harimau jantanitu nanti.

Rayyan menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum dadanyadiurut. Keluhan dilepaskan. Belakang tubuh Zaharah dia pandang seketika sebelumdia melilaukan matanya ke arah ruangan kafe itu untuk mencari tempat duduk yangkosong.

Rayyan menghampiri meja di sudut kafe, lalu dilabuhkanpunggungnya di situ. Kedua belah tangannya dibawa menongkat dagu. Memanggungwajahnya ke arah Zaharah yang masih mencuri pandang ke arahnya sambil membuatkerja. Sesekali gadis itu tersenyum manis ke arahnya. Namun hanya dibalastatapan kosong oleh Rayyan.

"Dari kecik sampai besar sama je perangai kau Zaharah.".Gumam jejaka itu sendiri.

Beberapa minit dia duduk menunggu sambil bermain telefonnya,suara Zaharah yang menyapa gegendang telinganya membuatkan fokusnya teralih.Terus dia matikan skrin telefonnya lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

“Mocha smooth dan Coklat smooth siap!”. Laung Zaharah serayameletakkan dua gelas minuman sejuk di atas kaunter. Bibirnya tidak lekang darisenyuman. Mekar seperti bunga yang diberi baja.

 Rayyan berjalanmenghampiri kaunter, tanpa memandang wajah Zaharah dia menyeluk poket mengambildompetnya.

“Berapa?”. Soalnya sepatah.

“17 ringgit”. Jawab Zaharah.

Sekeping not Rm20 ringgit dihulurkan Rayyan dicapai Zaharah.Laju gadis  itu mengambil duit baki darimesin wang lalu diberikan kepada Rayyan.

“Nah!”. Zaharah menghulurkan duit kepada Rayyan. Tanpaberkata apa-apa jejaka itu hanya mengambilnya.

Kakinya berura-ura ingin melangkah pergi, namun terjedalangkahnya apabila suara Zaharah terlaung kembali.

“tunggu!”. Kata gadis itu.

Satu keluhan dihembus perlahan. Matanya dipejam seketikasambil rahangnya diketap rapat. Dengan rasa terpaksa tubuhnya dipusingkan kearah figura gadis itu kembali.

“Apa lagi kau nak?”. Soal Rayyan.

Zaharah tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Tanpa satukata gadis itu meletakkan secawan cappuccino di atas kaunter. Saat anak mataRayyan naik memandang wajah Zaharah, gadis itu hanya memaparkan senyuman manisyang tidak pernah lekang sejak jejaka itu menjejakkan kaki ke cafe ini.

“Tak ada apa pun. Saya Cuma nak bagitau, yang awak lupa awakpunya air free.”. Kata Zaharah.

Seketika Rayyan mendiamkan diri. Teragak-agak mahu menerimapemberian Zaharah. Manakala Zaharah pula menunggu pemberiannya diambil Rayyandengan penuh harapan.

“kau je lah minum. Aku tak minum air free.”. Balas Rayyan lalumelangkah pergi begitu sahaja.

Tercengang Zaharah dengan kata-kata Rayyan. Belakang tubuhRayyan dia pandang bersilih ganti dengan cappuccino di atas kaunter. Kepalanyayang tidak gatal dia garu. Mentah-mentah sahaja ditolak.

Saat melihat figura Rayyan yang berlari meredah hujan diluar cafe, membuatkan Zaharah mengeluh sendiri. Sisi tubuhnya disandarkan padameja. Bibirnya mengendur dari terus tersenyum. Bunga yang tadinya mekar kinilayu.

“Eleh.. Sombong, tak minum air free konon.”. Omel Zaharahsendiri. Bibir merahnya muncung ke depan sambil dia berpeluk tubuh.

“suka hati dia je cakap kita bagi air free. Kita buat denganpenuh kasih sayang tau. Mahal tak terhitung nilainya.”.

Air cappuccino dipandang sayu lalu diambilnya. Hatinyabergolak mengusik perasaan. Mahu sahaja dia melepaskan apa yang terbuku di hatiselama ini sama seperti air hujan yang dibebani awan.

“Bagitahu je lah, yang sebenarnya awak tak nak ambik apayang saya bagi…”. Lirih bicaranya. Matanya jatuh menekur lantai.

“Wei!”.

Seketika dirinya tersentak. Baru sahaja mahu melayanperasaan, hampir-hampir sahaja air matanya gugur tadi.

Zaharah mengangkat wajahnya. Melihat figura yang menyapanya.Sebaris senyuman hambar dia tayang sambil dia membetulkan posisi berdirinya.

“Kau ni kenapa?”. Soal Nadia, senior kerja Zaharah. Wajahlesu Zaharah dia pandang, laju tangannya naik memegang wajah gadis itu. Ke kiridan kanan dia pulas kepala Zaharah, sehingga meringis kesakitan Zaharahdibuatnya. Nadia ini memang spesis kasar sikit. Ala-ala tomboy begitu, tapipenyanyang orangnya. Dalam hati bukan setakat ada bunga, tetapi taman bunga.

“Ark!”.

“Sakit ke”. Soal Nadia apabila Zaharah meringis kesakitan.

Zaharah mengangguk perlahan.

“Hehehe.. Sorry sorry.”. Ujar Nadia seraya melepaskan wajahZaharah.

“Tu… air tu kenapa? Custumor cancel order?”. Soal Nadialagi.

Zaharah mengangguk. Tiada suara yang mengungkap jawapan.Hanya isyarat tubuhnya yang diberikan.

Nadia Hairan dengan Zaharah. Kebiasaanyya gadis itu sukabersembang dengannya. Tapi kali ini diam sahaja gadis itu.

“Kau ni kenapa diam aje. Kena sampuk?”. Soal Nadia lagi.

Soalan demi soalan yang diajukan, membuatkan Zaharah naikserabut. Nafasnya dihela kasar.

“tak ada apa lah. Saya letih lah. Tepi sikit nak lalu ni”.Zaharah merempuh sisi tubuh Nadia.

Terkebil-kebil Nadia dibuatnya.

“Emangnya aku ada salah.”. kali ini Nadia menyoal dirinyapula. Sosok Zaharah yang pergi meninggalkannya dia pandang dengan tertanya-tanya.

“Haih! Tak ada apa lah. Datang bulan lah tu”. Kata Nadia.Air cappuccino yang berada di atas kaunter dia ambil lalu penutup cawannyadibuka dan dihidu minuman itu. Terpejam matanya apabila aroma kopi yang kuatitu menusuk hidungnya.

Saat dia menyicip cappuccino itu wajahnya berkerut keranarasa kelat yang keterlaluan.

“Uwerk! Pahit!”. Lidahnya dijelirkan.

“patutlah cancel! Tak sedap rupanya.”. Dihinanya cappuccinoZaharah secara belakang-belakang.

“Ni mesti manisnya dibawa orang.”. Seloroh Nadia.

“Adam!” Panggilnya kepada seorang pekerja lain.

“ya Kak”. Jawab Adam yang sedang membuat kerja itu.

“Cuba kau senyum sikit”. Pinta Nadia selamba.

Tidak berfikir panjang Adam mengukirkan senyumannya tanpasebarang perasaan.

“Fulamak! Manis giler.”. Kata  Nadia lalu menyicip kembali cappuccino tadi.

Adam menggeleng perlahan sambil dia tergelak kecil. Terhibursedikit dengan karenah Nadia yang selalu mewarnai hari-harinya.

 

………………………………………………..

 

Suasana makan malam di rumah Irfan hening sahaja.Memandangkan tetamu mereka adalah seorang yang pendiam, tidak banyak topik yangboleh mereka sembangkan sangat.

Terasa kering nasinya tanpa kuah, membuatkan Rayyan inginmencapai senduk lauk untuk dicedokkan kuah ke dalam pinggan. Namun belum sempattangannya menyentuh senduk, sudah ada tangan lain yang mencapai.

Anak matanya naik memandang ke arah Khalisya yang sedangmemegang senduk sambil tersenyum manis. Tanpa berkata apa-apa dia hanyamenjatuhkan kembali tangannya. Membatalkan niatnya untuk mencedok kuah. Reladia makan nasi kering.

"Rayyan nak tambah lauk ke? Saya boleh cedokkan.".Ujar Khalisya dengan nada yang lembut.

Rayyan diam tidak membalas. Dia hanya memandang kosong wajahKhalisya sekilas lalu sambung menyuapkan nasi tanpa lauk ke dalam mulutnya.

Jual mahal.

Khalisya tersenyum kekok. Malu juga rasanya apabila dipalau.Senduk lauk yang dipegangnya tadi diletakkan semula. Nasi yang masih berbaki didalam pinggan disuapkan ke dalam mulut sambil matanya mencuri-curi pandangwajah Rayyan yang berhadapan dengannya.

Suasana kembali sunyi seperti tadi. Hanya bunyi sudu dangarfu yang kedengaran di ruang dapur mewah itu.

"Macam mana sekolah? Seronok tak?". Soal Irfantiba-tiba memecahkan kesunyian.

"Not bad". Jawab Rayyan acuh tidak acuh.

"Rayyan ambik aliran apa?". Soal Khalisya pula.Sengaja mahu menarik perhatian.

"Sains tulen". Rayyan hanya melayankan sahaja.Walaupun dia seorang yang tidak terlalu gemar mahu melayan karenahmanusia-manusia pelik, namun hanya dilayankan sahaja Khalisya untuk menjagahati Irfan dan Suraya.

"Woww!". Khalisya menepuk tangan dengan teruja.Lalu dia menongkat wajahnya ke arah Rayyan.

"Boleh lah Rayyan ajar saya fizik nanti. Saya pun ambiksains tulen jugak.". Ujar Khalisya teruja.

“Ha sudaah…..”. Bisik hati jejaka itu. Tidak berani dia mahuberkata begitu depan Suraya dan Irfan. Kalau depan Khalisya sahaja tidakapalah, dia berani.

Ketika ini dia hanya memilih untuk mendiamkan diri. Bimbangjika kata-katanya akan memakan dirinya nanti. Dibiarkan sahaja Khalisyabercakap dengannya tanpa dilayan. Nanti bila gadis itu sudah letih bercakappandailah berhenti sendiri.

"Rayyan! Nak tak kita plan study sama-sama".Khalisya memaparkan wajah terujanya. Menanti jawapan dari Rayyan, berharapjejaka itu akan setuju. Sengaja dia bertanya begitu. Memandangkan ada Surayadan Irfan Bersama mereka. Pasti akan membuatkan Rayyan rasa bersalah untukmenolak permintaan Khalisya.

"Tak nak! Aku tak suka belajar dengan orang lain. Akutak suka diganggu". Jawab Rayyan dingin.

Ternyata jawapan Rayyan di luar jangkaannya. Memangbenar-benar lelaki sejati si Rayyan ini. Hal itu membuatkan Khalisya menjuihkanbibirnya. Mulalah tu perangai mengadanya.

"Alaaa.. Saya ni bukannya jenis banyak cakap tau timestudy. So saya jamin tak kacau awak kalau kita study sama-sama. Boleh lah kitastudy sama-sama nanti. Please...". Ujar Khalisya separa mendesak. Wajahcomelnya ditayangkan sambil menyulamkan sepuluh jarinya.

Rayyan mengeluh perlahan. Wajah Irfan dan Surayadipandangnya. Berbelah bahagi sama ada mahu mengikut kata hatinya ataupunmenyedapkan hati kedua orang tua itu. Lambat-laun dia memberikan kata putusjuga.

“Suka hati kau lah”. Kasar bahasanya. Bermaksud dia setujudalam keterpaksaan. Kalau bukan disebabkan dua orang tua itu, tidak akan sesekaliRayyan melayan Khalisya yang mahu bermacam benda itu. Nampak sangat selaludimanjakan.

"Yeay!". Khalisya bersorak kegembiraan.

Irfan dan Suraya hanya tersenyum melihat gelagat khalisya.

Seketika mereka kembali diam. Menikmati juadah makan malamdengan bertemankan kesepian. Rayyan memerhati setiap genap ruang  dalam rumah tersebut. Dia hairan kerana tidakNampak sosok Zaharah sejak awal dia bertandang kemari tadi.

Adakah gadis itu masih belum pulang ke rumah padawaktu-waktu begeni?

Jam tangannya dikerling. Sudah lewat malam ketika ini. Tidakbahayakah gadis itu pulang seorang diri di malam hari. Otaknya tidak henti berfikirtentang itu.

“Ah! Kenapa kau sibuk nak fikir pasal dia Rayyan!”. Hatinyaberbicara.

Sejak kecil Zaharah dan Rayyan sering meluangkan waktumereka Bersama. Biarpun ada sedikit rasa tidak suka pada gadis itu. Tetapirisau juga Rayyan jika apa-apa terjadi pada Zaharah. Iya lah Zaharah kanperempuan, banyak bahaya di luar sana.

"Urmm.. uncle". Panggil Rayyan. Serta merta Irfanberpaling ke arah remaja itu.

“Ya. Kenapa? Rayyan nak air ke?”. Soal Irfan kepada Rayyan.Prihatin dengan keadaan remaja itu.

Mendengarkan soalan Irfan membuatkan Rayyan laju menggeleng.

“Nope. Rayyan nak tanya something, boleh?”. Soal Rayyanmeminta izin terlebih dahulu.

“Tanyalah”. Jawab Irfan senada.

"Sorry, Rayyan just nak tanya. Mana Zaharah?".

Mendengarkan nama gadis itu, berubah terus air muka Surayadan Khalisya. Menyampah dengan gadis yang bernama Zaharah Wadina. Irfan pulamasih kekal tenang seperti tadi, tidak merubah ekpresi wajahnya dengan ketaraseperti Suraya dan Khalisya.

"Biasanya Zaharah waktu macam ni tak balik rumahlagi". Tiba-tiba sahaja Suraya menjawab. Menyampuk pula orang tua ini.Tanya orang lain dia pula yang menyibuk nak menjawab.

“Ooo”. Respon Rayyan.

"Dia pergi mana". Soal Rayyan lagi. Biarpun diasudah tahu di mana keberadaan gadis itu sebenarnya. Sengaja dia bertanya, mahumelihat sama ada orang yang menjawab itu jujur atau tidak.

"Ouhh.. budak muda macam Zaharah tu biasalah. Lepasbalik sekolah pergi meliar sana sini. Membuang masa je kerjanya. Tak macamkakak dia ni. Tengok Khalisya. Balik sekolah terus masuk bilik untuk study.Tolong mama dia masak. Kan Khalisya kan..". Suraya menggosok kepalaKhalisya. Dua beranak itu tersenyum sesama sendiri.

“Ouh.. I see…”. Rayyan menganggukkan kepalanya beberapakali.

Sementara itu para orang gaji yang berada  di situ terbatuk-batuk. Tersedak air liurmereka mendengar cerita rekaan majikannya. Geli tekak mereka jadinya.

“Uish.. tinggi betul fantasi dia Jeman. Sejak bila anak diamasuk dapur. Puan Suraya sendiri pun kita tak pernah Nampak sentuh kuali. Garamdengan gula pun dia tak reti beza.”. Bisik salah seoarang pekerja mereka kepadatemannya.

Masing-masing mengumpat tentang majikan mereka sesamasendiri. Namun mereka semua diam apabila Suraya menjeling tajam ke arah mereka.

Tetapi memang benar kata mereka. Suraya dan Khalisya jarangsekali masuk ke dapur. Kalau masuk pun sebab nak buka peti, ataupun basuhtangan. Buat kerja rumah konon. Pegang pisau pun terbalik. Sudahlah buat airkopi letak garam. Betapa jahilnya mereka dua beranak dalam bab-bab dapur.

"Rayyan.. nanti kita selfie nak".

"Tak nak. Aku tak suka orang ambik gambar aku".

"Alaaaa....".

………………………………………

 

 

Tepat jam 12 malam.

Kakinya lincah menyusun langkah melepasi setiap bangunangelap tidak berlampu di sepanjang jalan. Ketakutannya tidak usah dikatakanlagi, semestinya gadis mentah sepertinya takut melalui bangunan usang tidakberpenghuni itu.

Kalau bukan hantu yang menganggunya, dia bimbang jika munculorang-orang terputus wayar otak datang menganggunya. Sudah banyak cerita yangdia dengar dari orang sekitar ini tentang bangunan terbengkalai itu. Tempat itusering menjadi kancah maksiat bagi mereka-mereka yang tidak bermoral.

Tetapi apa boleh buat. Hanya ini jalan yang dekat untukpulang ke rumah. Mahu lalu jalan biasa dilalunya, jalan itu ditutup kerana adapokok tumbang. Mahu lalu jalan satu lagi, jauh pula. Ada anjing gila pula.Pernah sekali dia dikejar anjing semasa melalui jalan itu. Sudahlah jauh,sepanjang jalan itulah dia berlari lintang pukang mahu menyelamatkan diri.Penat mat!

“Apa lah nasib aku. Jalan nak balik rumah semua tak selamat.Satu pokok tumbang. Satu ada anjing. Satu ada makhluk pelik-pelik”. Gumam Zaharahsendiri.

Matanya dililaukan ke sekelilingnya. Memandang ruangan gelaptanpa cahaya itu dengan debaran di jantungnya. Terkumat-kamit mulutnya membacadoa-doa dan surah-surah untuk melindung diri dari bahaya.

“Ya Allah… Aku takut Ya Allah. Kau pendekkan lah jalan ni YaAllah. Kenapa aku tak sampai-sampai lagi dekat rumah ni.”. Kata Zaharah denganketakutan.

Hampir keluar air mata jadinya. Terasa Panjang pulaperjalanannya. Kalau doreamon itu benar-benar wujud, dipanggilnya sahajadoreamon untuk meminjam pintu ajaib ke mana sahaja. Sekelip mata sahaja diaboleh sampai ke rumah.

“Lajunya… nak ke mana tu”. Terdengar suara yang menyapanyadari belakang. Meremang bulu roma Zaharah. Terketar-ketar lututnya mahumenyusun langkah. Takut mahu berpaling ke belakang untuk melihat sosok yangmenegurnya di malam hari. Kalau ada yang berani menganggu perempuan di jalansunyi dan gelap begini di waktu malam, sudah semestinya orang itu ada niat yangtidak baik.

“Ya Allah.. tu orang ke han……..”. Zaharah menampar mulutnyasendiri sebelum sempat menghabiskan ayatnya.

“Jangan Sebut Zaharah…. Kalau betul-betul dia muncul depankau, tak cukup tanah kau berlari nanti”. Kata Zaharah kepada dirinya sendiri.

Langkahnya terus dimajukan tanpa henti. Dilajukan lagihayunan kakinya tanpa menoleh. Namun langkahnyanya terhenti apabila sekumpulanlelaki muncul di hadapanya.

Pucat wajahnya ketika ini. Sejuk jemarinya dek darah tidakmengalir. Terasa detakan jantungnya semakin pantas dari biasa. Seluruh tubuhnyamenggeletar hebat saat dirinya dikepung sekumpulan lelaki itu. Otaknya hilangfungsi untuk berfikir cara menyelamatkan diri.

“nak pergi mana tengah-tengah malam ni?”. Soal salah seorangdari mereka.

Tunak mata Zaharah terasa hangat, matanya yang tadi hanyaberkaca kini pecah bersama tangisan kecilnya. Berharap ada bantuan yang datangkepadanya.

“Eh Eh.. janganlah pergi dulu….”. mereka menghalang jalanZaharah apabila gadis itu cuba melarikan diri.

“Nak pergi mana sorang-sorang ni. Tak takut ke?”.

Dagu Zaharah disentuh. Laju gadis itu menepis tangan kotoritu dari terus menyentuh wajahnya.

“aku nak balik lah. Kau nak apa!”. Berani Zaharah menjawab.Tajam matanya mencerlung wajah mereka semua yang menganggunya.

“Uishh.. garangnya…”. Mereka semua ketawa.

“Tak payah lah balik dulu. Jom ikut kitorang nak.”. katasalah seorang dari mereka. Sempat lengan Zaharah dicapai. Namun gadis itu lebihpantas mengelakkan diri dari dipegang lelaki gila itu.

“Tak payah sentuh aku lah!”. Jerkah Zaharah. Erat diamemeluk beg sandangnya. Melilaukan matanya ke sekelilingnya, mencari seseorangyang boleh membantunya.

“Cari apa? Hmm. Tak ada orang yang datang tolong kau lah.”.

“Diamlah monyet! Baik kau pergi sebelum aku jerit.”. KataZaharah. Namun mereka semua bukan manusia yang faham bahasa. Diugut punbukannya takut, malah ketawa.

“Jerit lah kalau nak jerit. Tak ada orang tolong kau”. Sakanmereka semua ketawa.

Ingin mencuba nasib. Biarlah tiada orang yang lalu Lalang disitu. Sekuat hati Zaharah menjerit meminta tolong.

“Tolong! Tolong ada orang gila! Tolong!”. Mahu terkeluaranak tekaknya kerana terlalu kuat menjerit.

Sementara sekumpulan lelaki tadi hanya ketawa sinis melihatgadis itu. Sia-sia sahaja menjerit sekuat hati.

Namun tawa mereka terhenti apabila sebuah motosikal berkuasatinggi meluru menghampiri mereka. melihat seperti motosikal itu tidak mahuberhenti membuatkan mereka bertempiaran berlari menyelamatkan diri daripadadilanggar.

Skrettt!

Dengan penuh gayanya motosikal itu dihentikan. Topi keledaryang tersarung dikepalanya dibuka. Zaharah ketika ini sudah melongo melihatkehadiran remaja lelaki itu . Bulat matanya melihat sosok yang dikenalinya itu.Biarpun  baru sekali mereka bersua muka,tetapi masih segar di ingatannya wajah Jejaka yang dia simbah air di tandastempoh hari.   

 “Haiden….”. SebutZaharah perlahan. Sekadar didengarinya seorang.

Tanpa berkata apa-apa, Haiden menarik tubuh kecil Zaharahsupaya berdiri di belakangnya. Dengan beraninya dia memajukan langkahnya kearah sekumpulan lelaki itu.

Tidak memberi reaksi apa-apa, malah perlahan-lahan Zaharahmenarik nafas leganya apabila ada yang datang menolongnya. Kalau tidak, mahudia kena lauk dengan geng hisap gam. Hal itu membuatkan Zaharah menariksenyumannya, dalam diamnya memerhatikan tindak-tanduk Haiden.

“Bro! apa ni kacau kerja kitorang.”. Salah seorang daripadakumpulan lelaki tadi bersuara. Selangkah demi selangkah mereka datangmenghampiri Haiden.

Tiada suara yang melantun keluar, malah jejaka itu hanyamengangkat kedua belah bahunya. Wajahnya selamba tanpa rasa gentar. Santaigayanya dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket dan sebelah lagimemegang topi keledarnya.

Zaharah pula yang risau melihat Haiden yang terlalu beraniitu. Sudahlah mereka semua ramai. Semestinya kekuatan mereka semua tidaksetanding dengan Haiden yang hanya sebatang kara. Itu baru yang ada dekat situ.Belum kira geng-geng mereka yang masih duduk mengisap dalam bangunan itu. Bilakeluar semuanya, mahu mereka lari tidak cukup tanah nanti.

“Alahai Haiden. Jangan berani sangat”. Rungut Zaharahseorang diri. Gelisah wajahnya ketika ini. Takut jika Haiden diapa-apakan. Tak semena-menaZaharah kena lari sendiri bawak motosikal besar gedabak milik Haiden.

Haiden memajukan langkahnya, membuatkan jaraknya semakinhampir dengan sekumpulan lelaki itu. Tanpa sebarang kata, tangannya yangmemegang topi keledar naik lalu dihayunkan pada wajah mereka semua. Habistergolek ke tanah seperti Nangka busuk. Masing-masing sudah berdarah hidung danbibir.

“Arghh!”. Mereka semua mengerang kesakitan sambil memegangwajah masing-masing.

Haiden tersenyum puas. Wajah santai bersahajanyaditayangkan. Memiring senyum tidak ubah seperti psiko. Tidak hairanlah jikaHaiden boleh menumpaskan orang-orang itu dengan sekali pukulan, kerana diapernah menjadi juara taekwando sekaligus pemegang tali pinggang hitam. Sesiapayang mencari masalah dengannya pasti akan berakhir dengan patah sana sini.Hospital lah jawabnya.

“Bro! Kau dah kenapa?”.

Haiden berdecit perlahan. Sinis bibirnya memiring senyum.

“Kau tanya aku dah kenapa? Kau tu dah kenapa kacau awekaku!”. Kata Haiden.

Hal itu membuatkan Zaharah terkedu. Sejak bila pula dia jadiawek Haiden. Tetapi pada waktu yang gentir sekarang, tidak mahulah diamembahaskan hal remeh sebegini. Esok-esok boleh settle.

“korang kacau awek aku lagi, siap! Aku patah-patahkan tulangkorang.”. Ugut Haiden.

Mereka semua menggeletar ketakutan. Pengecut rupanya. Itubaru Haiden kerjakan mereka sedikit sahaja. Kalau lebih lagi entah lah apa akanjadi.

“Dah blah.”. Usir Haiden. Tergopoh-gapah geng mengisap itubangun lalu berlari meninggalkan Zaharah dan Haiden.

Haiden memusingkan tubuhnya ke arah motosikalnya. Zaharahyang masih berdiri kaku sejak tadi dia pandang sekilas sahaja.

“Naik.”. Senada arahan yang dia berikan.

“Hah?”. Zaharah tidak mengerti. Wajahnya polos ketika ini.

“Aku kata naik. Kau tak faham ke? Atau kau buat-buat takfaham”. Kata Haiden.

“Naik motor dengan awak ke? Tak nak lah saya.”. TolakZaharah. Tidak selesa diajak bonceng motosikal bersama lelaki. Belum pernahdibuatnya seumur hidup.

“Ehh.. tak lah, naik unta dengan aku. Kau tak nak ke?”.Sindir Haiden.

Zaharah diam membisu. Kepalanya digelengkan sebagai jawapan.Kakinya dikaiskan ke tanah.

“Habis tu. Kau nak aku tinggalkan kau sorang-sorang dekatsini. Biar kau kena angkut dengan makhluk-mahkluk tadi?”. Ujar Haiden,sepertinya memujuk Zaharah dalam kekasarannya. Dia pun ada hati perut, tidaksanggup dia meninggalkan seorang gadis lemah seorang diri dalam gelap padawaktu malam begini.

“janganlah tinggal saya”. Kata Zaharah seperti mahumenangis.

“kalau tak nak aku tinggal, kau naik sekarang.”. ArahHaiden.

“kita jalan kaki lah awak.”. Cadang Zaharah.

“Motor aku?”. Suara Haiden sedikit meninggi.

“Awak heretlah”. Balas Zaharah.

“gila apa kau ni nak heret motor besar ni. Berat kau tahutak.”. Marah Haiden.

Zaharah mencebikkan bibirnya. Malas mahu melayan karenahZaharah, Haiden naik ke atas motosikalnya tanpa menghiraukan Zaharah.

“Tapi……”.

“Aku kira sampai tiga. Kau tak naik aku tinggal.”.

Belum sempat Zaharah mahu menutur kata, Haiden sudahmemotong ayatnya dengan ugutan, sehingga membuatnya terpaksa naik.

Sedaya upaya Zaharah mengelakkan diri daripada menempelrapat dengan tubuh Haiden. Tetapi jejaka itu pula marah apabila Zaharahmenjarakkan diri daripadanya.

“Kau nak mati ke?”. Kata Haiden.

“Hah?”. Zaharah terkial-kial.

“Peluk aku. Kalau kau jatuh, aku juga yang susah”. Ujarhaiden mendatar.

Zaharah tidak akur dengan kata-kata Haiden. Malah masih kakudalam posisinya yang duduk di hujung motosikal. Kalau sekali Haiden brek, bolehterbang Zaharah. Tak memasal dia merasa jadi burung nanti.

Haiden mengeluh perlahan. Beg sandang yang Zaharah peluk diarampas. Lalu disandangnya di belakang tubuh. Melihat lelaki itu mengambilbegnya membuatkan Zaharah hanya mendiamkan diri.

“Kalau tak nak peluk aku, peluk beg ni. Sekurangya kau takjatuh. Aku nak kau selamat, bukan nak ambil kesempatan. Faham!”.Kata Haiden.

Zaharah mengangguk perlahan kepalanya sebagai respon.Teragak-agak tangannya mahu memegang begnya sendiri yang berada di belakangtubuh Haiden. Tetapi kerana terpaksa dia memegang erat juga beg itu. Dia punnak hidup lama!

Melalui pantulan cermin sisi motosikalnya matanya mencuripandang wajah Zaharah yang berada di belakangnya. Setelah gadis itu memegangerat beg yang dia sandang, bibirnya menguntumkan senyuman kecil tanpa sedar.

“Ready?”. Soal Haiden sepatah.

Zaharah hanya menganggukkan kepalanya.

Tanpa membuang masa enjin motosikal dihidupkan. Persekitaranyang sunyi itu hanya kedengaran bunyi motosikal berkuasa tinggi Haiden.

Tidak menunggu lama, dia terus memulas pedal motosikalnyalalu meluncur pergi meninggalkan tempat itu.

Dalam diam, hati Zaharah berbicara, bersumpah tidak akanmenjejakkan kaki di jalan sunyi itu lagi.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Schamaya habsye