READERS

Assalamualaikum!

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana berjaya menghabiskan bacaan Title Mrs. Untuk Delaila. Saya terharu sangat. Tak sangka ada juga orang nak baca. Hehe. Sebenarnya, karya ini dah berada di Wattpad dahulu sebelum saya menemui ruang untuk menerbitkannya di Portal Ilham. Jangan risau, setiap bahagian sama saja tiada yang berbeza. Terserah kepada pembaca untuk memilih medium yang sesuai untuk mereka. 

Saya di sini ingin mengambil kesempatan memohon maaf andai karya ini tidak memenuhi citarasa pembaca. Maklumlah, saya ini masih mentah dan baru saja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Saya harap anda semua terhibur dan dapat manfaat daripada karya saya. 

Oh ya, sebelum terlupa. Para pembaca juga boleh meneliti hasil karya yang lain di Wattpad. Di sana, boleh juga kita berbalas komen hehe. Boleh follow akaun saya @ainqalbi. Salam perkenalan! 

Sebarang maklum balas atau review berkaitan Title Mrs. Untuk Delaila juga boleh dihantar ke emel saya [email protected] Jangan segan-segan hantarkan review anda ya! Saya sedia menerima dengan hati terbuka.

Semoga kita berjumpa lagi! Assalamualaikum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
    © Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham