Home Novel Komedi/Romantik Komedi Undercover Chef
Undercover Chef
awa
21/5/2021 11:36:17
4,504
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 16

“Kau dah okay?” Soal aku bila batuk Luzman sudah reda.

 

 

Anggukkan kepala Luzman menjawab soalan aku. Mukanya masih merah.

 

 

Melihat Luzman sudah mampu menelan air, buatkan aku angkat punggung. Satu persatu wajah yang memandang ke arah kami berdua, aku pandang.

 

 

“Maaf..mungkin kemunculan saya bukan masa yang sesuai. Jadi, saya pergi dulu.” Ucap aku yang siap sedia mahu undurkan diri.

 

 

“You’re invited Luthfia.” Luzari menahan Luthfia dari pergi.

 

 

Kening aku hampir bercantum. Apa maksud Luzari? Kedatangan aku hanya atas arahan dia untuk mengambil stok barang yang perlu aku bawa esok pagi ke hotel. Jadi, dimana ayat yang mengatakan aku dijemput makan malam bersama keluarganya.

 

 

“Puan Sri Azizah..My mom..And Tan Sri Musa..Walid saya.” Luzari perkenalkan kedua orang tuanya.

 

 

Aku hanya tundukkan kepala sedikit. Sebagai tanda hormat. Namun kaki aku tiba-tiba terasa lembik, buatkan aku hampir tersembam atas meja. Semua ni gara-gara Luzman yang menolak lutut aku menggunakan kakinya.

 


 

Terus mata aku mencerlung pada Luzman.




Mujur aku sempat menahan diri. Kalau tidak, muka aku pastinya menjamah semua makanan yang masih ada diatas meja.

 


 

Aku lihat bibir Luzman bergerak-gerak. Dan aku cuba menangkap perkataan yang diluahkan Luzman tanpa mengeluarkan sedikit pun suara.

 


 

“Luz suruh salam parents saya.” Luzari menyampaikan terus secara lisan pada Luthfia.

 


 

Serentak kepala aku dan Luzman menoleh pada Luzari yang silang tangan sambil perhatikan perilaku kami berdua.

 

 


“Perlu ke? Saya hanya pekerja hotel. Tak layak rasanya tangan saya nak mengotori tangan Tan Sri dan Puan Sri.” Bidas aku, memandang tepat ke arah Luzari.

 


 

Mata Luzman membulat.


 

 

“Stop talking, Ari." Arah Luzman bila Luzari sudah mahu bersuara bersama muka yang hanya dia saja tahu.

 

 


Pastinya mereka berdua mahu melancarkan perang mulut. Sini bukan tempat yang sesuai.

 


 

“Umi..ini kawan Luz..” Luzman sendiri perkenalkan Luthfia.

 


 

Tan Sri Musa dan Puan Sri Azizah masih bingung. Matanya saja yang bergerak-gerak memerhatikan mereka bertiga. Terlupa seketika dengan kewujudan Masyitah. Tumpuan dia lebih kepada Luthfia.

 


 

“Duduk dulu.” Puan Sri Azizah bersuara. Mana tidaknya, gadis itu hanya berdiri sambil memerhati mereka semua satu persatu.




Dimana ada suara memanggilnya, disitu lah Luthfia akan menoleh. Tapi Luzari yang nampak lebih mengawal gadis ini.

 


 

“Terima kasih Puan Sri..Saya lebih selesa begini.” Tolak aku sesopan yang boleh.

 


 

“Duduk la..Umi kesian dekat kaki you tu.” Giliran Luzman pula menyuruh Luthfia duduk. Pandangan dia jatuh pada kaki Luthfia, kemudian naik semula pada wajahnya.

 


 

“Thank you Mister. Lagipun aku tak lama dekat sini.” Aku masih berkeras tidak mahu duduk.

 


 

“Siapa nama kenalan kamu Luz?” Soalan Puan Sri Azizah buatkan Luzman mahu tercekik.

 

 


“Nama penuh you apa?” Soalan uminya, Luzman ajukan semula pada Luthfia.

 

 


Dia hanya tahu nama pendek gadis ini. Iaitu Fia! Selebihnya, dia masih belum tahu lagi.

 


 

“Zara Luthfia.” Luzari terlebih dahulu bersuara.

 


 

Kini semua mata tertumpu pada Luzari. Begitu juga Masyitah.

 


 

Mata Masyitah sudah tidak mampu melihat lagi semua ini. Sudah lah layanan istimewa Luzman terhadap Luthfia membuatkan hatinya seperti sedang dibakar. Ditambah pula Luzari juga dari tadi terlalu asyik memerhati Luthfia.


 

 

“Ari tahu nama dia? Macam mana Luz sebagai teman rapat Luthfia , boleh tak tahu nama kawan dia sendiri?” Masyitah akhirnya bersuara.

 


 

Luzari memandang ke kiri. Tepat pada Masyitah yang nampak sedang menahan perasaan sendiri.


 

 

“Dia pekerja Ari. Jadi, tak mungkin Ari tak tahu nama dia.” Kata Luzari bersahaja.

 


 

“Sekejap..Umi tak faham. Apa yang berlaku sekarang ini? Kamu Luzari..Kenapa kamu lebih tahu tentang Fia? Dan kamu pula Luzman. Dia ke kawan perempuan yang kamu nak jadikan calon menantu umi?” Puan Sri Azizah lontarkan apa yang membuatkan dia bingung.


 

 

Aku terdiam.


 

 

Pandangan tidak pula aku arahkan kepada Luzman. Tetapi sebaliknya, aku halakan pada Luzari.




Nampak gayanya, Luzari lah punca segala-galanya disini. Kerana Luzman sendiri nampak terkejut dengan kemunculan aku disini. Kemunculan aku pula atas arahan Luzari sendiri.

 


 

Telahan aku, Luzari lah yang sedang membuat onar.

 


 

“Maaf Puan Sri..Rasanya ada berlaku salah faham disini. Saya hanya pekerja bawahan Chef Ari.” Aku bersuara setelah faham dengan apa yang berlaku.

 

 


“Dan dia..” Kepala aku jatuh pada Luzman.

 


 

“Kami memang kawan rapat. Kini dan mungkin untuk selamanya.” Tipu aku.

 


 

Buat masa sekarang, memang lah aku akan rapat dengan Luzman atas urusan kerja. Tapi untuk selamanya memang tak mungkin. Ayat aku sekadar mahu menjaga air muka Luzman.

 


 

“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu.” Pamit aku.

 


 

Bukan niat aku mahu bersikap kurang sopan. Tapi, ada baiknya aku angkat kaki sebelum keadaan menjadi semakin rumit.

 


 

Baru beberapa langkah aku meninggalkan meja makan mewah mereka, satu suara sudah menyapa.



 

“Nanti!”

 


 

Aku berhenti. Berdiri tegak ditempat aku ketika ini. Sedikit pun aku tidak berpaling.

 


 

“Umi..” Luzman cuba menahan uminya yang sudah bangun, menghampiri Luthfia.

 


 

“Luz duduk situ diam-diam.” Puan Sri memberi arahan bila Luzman sudah bangun.

 


 

Luzman yang hampir berdiri, terduduk semula. Tak jadi mahu mengikut langkah uminya dari belakang.


 

 

Kini, Puan Sri Azizah sudah berhadapan dengan Luthfia. Malah Luthfia juga tidak melarikan sedikit pun pandangan matanya.


 

 

“Auntie ada sesuatu nak cakap dengan Fia.”

 

 


Masyitah menahan rasa. Tangannya digenggam erat dibawah meja. Bibir bawah diketap kuat. Entah kenapa, dia yang merasa tidak senang duduk bila ternampak kesungguhan Puan Sri Azizah menahan Luthfia dari pergi.

 


 

Luzari menjeling tangan Masyitah yang sedang bertaut, sebelum dia larikan pandangan. Dia menuang air ke dalam gelas. Rasanya, segelas air ini pun belum mampu untuk meredakan hatinya yang bergolak.



 

“Auntie nak lamar..”


 

 

“Umi..kita perlu buat ujian dulu kan.” Luzman segera mencelah.

 


 

Luzman tak mahu Luthfia menjadi mangsa keadaan. Kalau bukan kerana Luzari, pasti Luthfia tidak perlu lalui semua ini.

 


 

“Ari..dah lewat sangat ni. Mas balik dulu.” Masyitah bersuara sambil memandang Luzari yang masih meneguk air.


 

 

Tak tahan rasanya mahu melihat apa yang bakal berlaku.

 


 

“Awal lagi Mas. Kita patutnya tengok apa yang akan terjadi. Mana tahu, Luthfia lulus untuk jadi biras Mas nanti.” Kata Luzari dengan mata yang masih melekat pada mereka bertiga.


 

 

Air yang masih bersisa, diteguk hingga habis.

 


 

“Umi..we need to talk.” Segera Luzman tarik tangan Puan Sri Azizah ke dapur.


 

 

Sebelum uminya membuat keputusan gila, lebih baik dia halang. Takut nanti keadaan bertambah-tambah rumit.



 

Sekelip mata kelibat mereka berdua hilang dari pandangan mata aku.


 

 

“Okay..Walid rasa, walid nak sertai Luz. Sebab walid sendiri pun masih tak faham apa yang berlaku.” Akui Tan Sri Musa.


 

 

Semuanya berlaku tanpa diduga. Jadi, ada baiknya dia sertai perbincangan isterinya dan Luzman. Dia perlu tahu pokok pangkal cerita.


 

 

“How about you?” Soal Luzari pada Masyitah bila semuanya sepakat melarikan diri.


 

 

“Mas pun nak balik. Tiba-tiba rasa tak sihat.” Masyitah capai tas tangan, lalu dia terburu-buru bangun.


 

 

“Nak Ari hantar balik?” Luzari turut bangun, dalam waktu yang sama menawar diri untuk menghantar Masyitah pulang.

 


 

Telinga aku yang mendengar perbualan mereka, terasa mahu berdarah. Aku berpusing menghadap pasangan sejoli yang sudah pun bangun.

 


 

“Tak perlu. Mas boleh drive sendiri.” Tolak Masyitah bersama senyuman yang tidak asli.

 


 

Menonong Masyitah ke pintu rumah. Diikuti dengan Luzari yang mahu menghantar pemergian tunang tercintanya.



 

“You..stay here!” Sempat Luzari berbisik sebelum dia hilang disebalik pintu besar.

 

 


Aku melepaskan rengusan.


 

 

Tak tahu apa sebenarnya permainan mereka adik beradik hingga libatkan diri aku dalam keluarga mereka!




Jadi. Terpaksalah aku jadi tugu negara dalam rumah mewah mereka.

 


 

Daripada tegak, aku sudah berdiri senget sedikit. Terasa lama pula menunggu mereka semua. Yang ke dapur, hingga sekarang pun belum muncul lagi. Entah apa yang dibincangkan mereka anak beranak. Atau mereka sedang menyediakan juadah lagi?


 

 

Yang diluar pula, kalau dah bertemu kekasih hati. Sudah tentu makan masa yang lama mahu mengucapkan selamat tinggal.


 

 

Hampir sepuluh minit berdiri, aku putuskan mahu pergi. Itu lebih baik.


 

 

Bunyi pintu ditutup, mematikan langkah aku yang baru bermula.

 


 

“Kan tadi saya dah pesan, tunggu situ.” Luzari bersuara. Bila Luthfia bergerak dari tempat asalnya.

 


 

“Ada tinggalkan pesan berapa lama saya perlu tunggu? Sepuluh minit terlalu lama bagi saya.” Sengaja aku beri soalan cepu emas.


 

 

Luzari hela nafas kasar.


 

 

Dia menghampiri Luthfia.


 

 

“Tergamak awak buat macam ni kan.” Aku lontarkan suara dahulu bila Luzari berhenti betul-betul depan aku.

 


 

“Apa saya buat?” Kening Luzari angkat tinggi.

 


 

“Jangan ingat saya tak tahu apa permainan awak.”

 


 

Bibir Luzari senget. Tak kisah apa pun yang mahu dikatakan Luthfia.

 


 

“Memang awak kekasih hati Luzman kan? Jadi, saya pelawa awak ke sini untuk perkenalkan dengan orang tua saya. Salah ke?” Tangan Luzari sudah berada dipinggang. Tiada lagi senyuman menghiasi wajahnya.

 


 

Aku gigit dinding bibir.

 


 

Kenapa lelaki ini kerap mengatakan aku ini kekasih kembarnya? Si Luzman pun sepatutnya terangkan perkara yang sebenar kepada Luzari.

 


 

“Berapa..”

 


 

Luzari terlebih dahulu pangkah percakapan aku.

 


 

“Saya tak nak dengar apa-apa pun..Mulai sekarang, awak ada kerja tambahan.”

 


 

“Sorry! Saya tak dibayar untuk kerja tambahan.” Potong aku laju.

 

 


“Saya bayar awak!” Tegas Luzari garang.




Mentang-mentang dia kaya. Semuanya dia dahulukan dengan wang. Apa dia ingat aku ni tabung? Dia hulur duit, aku telan?


 

 

“Be Luzman girl…Dan jauh kan dia dari Masyitah! Cuba tarik perhatian Luzman..Sampai dia jatuh hati dengan kau! Get it!”

 


 

Anak mata aku bergerak-gerak. Terkejut pun ya dengan permintaan Luzari.


 

 

Begitu juga Luzari.

 


 

Makin aku selami anak mata dia, makin aku dapat rasakan. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Luzari hingga dia bertindak sejauh ini.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh awa