"AJUSSI jamkanmanyo! (Uncle, tunggu saya!)"
Hara melambai-lambaikan tangan sambil berlari mengejar bas di Bus Stop dekat Sillimdong. Kalaulah dia tak terlewat bangun tadi. Tak adalah dia tergesa-gesa macam ni.
Selepas berlari sejauh beberapa meter. Dia berhenti di hadapan pintu bas dalam keadaan tercungap-cungap. Pemandu bas membuka pintu bas dan dia terus naik ke dalam bas yang akan membawanya ke kampus.
"Joesonghamnida, (Saya minta maaf,)" ucapnya sambil menundukkan kepala.
Sambil berjalan, sambil matanya melilau mencari tempat duduk kosong. Namun, langkahnya mati bila terpandang Minhyuk yang berdiri tak jauh dari situ.
"Lee Minhyuk? Dia buat apa dekat sini?"
Setahunya Minhyuk tinggal di Hannamdong. Walaupun dia tak kenal sangat dengan Minhyuk. Namun, dia tak pernah melihat Minhyuk berada di kawasan berhampiran perumahan mereka.
"Kereta dia rosak ke?"
Minhyuk yang asyik melihat skrin telefon pintarnya tak menyedari Hara berdiri tak jauh darinya. Kalaulah dia tahu akan terserempak tanap sengaja seperti ini, Pasti dia dah bawa mafla milik Minhyuk.
Hara kemudian mengeriling pada beberapa orang perempuan. Sejak tadi mereka seperti hendak menyapa Minhyuk, tetapi dia teringat yang Minhyuk dikenali dengan sikap dingin. Mungkin disebabkan itu, mereka hanya berbisik sesama sendiri sambil curi-curi mengambil gambar Minhyuk.
"Rasanya dia ni bukan setakat introvert, tapi tak ada perasaan. Orang ambik gambar dia pun dia tak tahu." Hara berbisik dalam hati. Matanya masih mengamati wajah sisi Minhyuk.
Namun, deringan telefon pintarnya mematikan lamunan Hara. Dia melarikan pandangan pada skrin telefon pintar yang dipegang. Ada panggilan masuk dari mamanya.
"Assalamualaikum mama ku tersayang." Mesra dna ramah dia menyapa mamanya.
"Waalaikumussalam. Anak mama kat mana ni? Kenapa bising sangat tu?" soal mamanya.
Mata Hara melihat sekeliling. "Dalam bas. Kenapa ma?"
"Oh, ada kelas pagi eh?"
"Yup."
"Sebenarnya mama nak bagitahu ni yang mama dah dua hari kat kampung."
"Mama balik kampung? Mimpi apa? Selalunya nak dekat raya atau ada kenduri-kendara baru mama balik. Papa dengan abang join tak?" soalnya bertubi-tubi.
"Banyaknya soalan. Papa ada, abang tak ada dia busy uruskan syarikat papa. Tak nak tahu sebab mama balik kampung?"
"Sebab ada kenduri kahwin?" Tekanya.
"Salah. Mama balik ni sebab keluarga Aunty Ifah balik kampung. So kira kita berkumpul-kumpul selepas berbelas tahun tak jumpa," jelas mamanya.
"Aunty Ifah?" Nama itu terasa seperti nama biasa didengarinya. "Umi Abang Min? Keluarga Abang Min ada dekat Malaysia?" detik hati kecilnya. Siapa lagi Aunty Ifah kalau bukan Latifah iaitu ibu kepada Minhyuk.
"Ya, Aunty Ifah. Umi Abang Min kamu tu. Takkan dah lupa?" jawab si ibu di hujung talian.
Hara tarik senyum simpul. "Mana mungkin Hara lupa. Abang Min ada..."
Tak sempat Hara menghabiskan ayatnya. Bas yang dinaiki tiba-tiba berhenti. Hara yang tak berpaut pada pemegang bas tertolak ke hadapan.
Namun, pandangan matanya bertukar gelap. Apa yang kedengaran hanyalah bunyi degupan jantung seseorang.
'dub, dub, dub, dub'
"bunyi jantung siapa pula ni? Jantung aku ke?" soalnya dalam hati. Perasaannya semakin aneh saat diri merasakan seperti ada orang memegang pinggangnya.
"Gwaenchanheuseyo? (Cik okey?"
Terkejut dengan suara yang menyapa. Hara segera menguraikan pelukan yang tak dipinta itu. "Suara ni, kenapa aku macam pernah dengar suara ni?" Sempat hatinya berbisik. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya.
"O-Oh... my... god!" Teriaknya dalam hati. Tangan kanan segera menekup mulut yang ternganga luas.
"Hara?"
Mata Minhyuk bulat melihat perempuan yang tiba-tiba jatuh dalam dakapannya tadi ialah Hara. Hara pula hanya tersemyum sumbing dengan situasi kekok itu. Serasa seperti nak melarikan diri pun ada juga, tapi nak lari kat mana? Dia berada dalam bas sekarang.
"Helo? H-Hara? Hara dengar tak mama tengah bercakap ni? Helo?" soal mamanya di hujung talian.
"Your phone." Minhyuk memuncungkan mulutnya ke arah telefon yang dipengang Hara.
"Oh, sorry." Hara segera melekapkan semula telefon pintar ke telinga. Jantungnya masih berdegup kencang sehingga dia tak tahu nak cakap dengan mamanya macam mana.
"Ma, Hara call lepas kelas. Bye, love you, assalamualaikum."
Selepas memutuskan panggilan telefon bersama mamanya. Hara melarikan semula pandangan pada Minhyuk. Ini malang atau bertuah? Dia sendiri keliru.
Air liur dia telan bila menyedari semua mata kini tertumpu kepada mereka. Ada riak cemburu marah pada wajah gadis yang mengambil gambar Minhyuk tadi.
Silap-silap hari bulan dia orang campak telur busuk dekat muka aku. Habislah kau Izhara! Siapa suruh terpeluk mamat famous ni.
"Gwaenchanhayo? (Awak okey?)" soal Minhyuk. Dapat dia lihat muka Hara merah padam.
"Er... Umm... S-Saya..." Terkebil-kebil bibirnya nak menjawab soalan itu. Akhirnya dia cuma menganggukkan kepala.
"Dahaengida. (Lega saya dengar.)" Minhyuk sembunyikan di balik wajah kosongnya.
"Joesonghamnida, (Maafkan saya,)" ucap Hara sambil menundukkan kepala.
"It's okay," balas Minhyuk.
"Kenapa aku rasa suasana ni awkward gila? Lebih awkward dari malam tu. Dia masih pandang aku ke?" Perlahan-lahan dia mengerlingkan mata pada Minhyuk.
Ya. Lelaki kacak seperti idol KPOP itu masih memandangnya. "Tak boleh ke aku nak larikan diri dari sini? Takkan nak turun? Jauh lagi nak pergi kampus kot." Matanya melilau ke kiri dan ke kana. Mencari ruang dan peluang untuk melarikan diri dari Minhyuk.
Seorang wanita bangun dari kerusi memberikan satu tempat kosong. Mata Hara dan Minhyuk sama-sama terarah pada kerusi kosong. Minhyuk berundur sambil memberikan isyarat pada Hara untuk duduk. Rasanya kaki Hara tak berapa nak kukuh untuk berdiri sampai ke kampus.
"Anjeuseyo, Hara-sshi (Hara, awak duduklah.)" Pelawa Minhyuk. Hara mengangkat mukanya lalu me
"Je... Jegayo? (Sa... Saya?)" soal Hara sambil menuding jari ke arahnya sendiri. Sempat mata melirik pada penumpang yang lain.
"Hmm." Minhyuk mengangguk.
"Anyo, gwaenchanhayo, sunbaega anjajuseyo. (Eh, tak apa, awak duduklah.)" Dia membalas dengan senyuman kekok.
"Geurae, gomabta. (Okey, terima kasih.)" Dengan senyum lebar Minhyuk melabuhkan punggung di atas kerusi kosong.
Hara juga membalas dnegan senyuman lalu melarikan pandangan ke hadapan. Kali ini dia tak lupa berpaut pada pemegang bas
"Inilah dinamakan expectation versus reality. Expectation aku fikir dia akan paksa aku untuk duduk. Macam babak dalam K-Drama. Tapi realitinya..." Bisik hatinya.
"Mwoga utgyeoyo? (Apa yang kelakar?)"
Mati senyuman dibibir Hara saat mendengar suara Minhyuk sekali lagi menyapanya. Dia menoleh, kelihatan mata lelaki itu tepat menikam ke dalam matanya.
"Tak ada apa-apa,)" jawabnya.
Bas bergerak sedikit perlahan. Lebuh raya Seoul sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Hara melemparkan pandangan jauh ke luar tingkap lalu melepaskan keluhan panjang.
"Keluarga Abang Min ada dekat kampung?" soalnya dalam nada bergumam.
Minhyuk yang turut melihat ke luar tingkap, memerhati Hara dari cermin kaca putih yang jernih. Meskipun, gadis itu kelihatan ceria dan selalu tersenyum. Namun, ada sesuatu yang disembunyikan disebalik senyuman.
Selepas 10 minit, bas yang dinaiki berhenti di stesen bas dekat hadapan universiti. Seorang demi seorang pelajar turun dari bas. Hara yang masih menanggung malu atas kejadian tadi, cepat-cepat turun dan meninggalkan Minhyuk jauh di belakang.
Seuumur hidupnya belum pernah lagi dia memeluk atau terpeluk seorang lelaki seperti itu. Apatah lagi di khalayak ramai. Sungguh memalukan.
"Harap-harap tak ada orang record. Kalau tak matilah aku." Dia bergumam sendiri.
Namun, pandangan matanya terbuntang pada seorang lelaki yang menyandang beg hitam dengan kichain yang tertulis 'Bae' tergantung di zip begnya.
"Bae Seungmin!" Panggilnya dengan kuat.
Lelaki itu berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang. Kelihatan Hara berlari anak menuju ke arah. Terlihat juga Minhyuk berjalan tak jauh di belakang Hara.
"Neon mwoya? Eolgeuri geureohge ppalge? (Kau kenapa muka merah?)" soal Seungmin dengan hairan.
"Ye? Ah, neomu chueo. Kaja (Apa? Ah, sebab cuaca sejuka sangat. Cepatlah jalan." Lengan baju Seungmin dia tarik membawa classmatenya itu berjalan dengan lebih laju.
Seungmin hanya tersenyum-senyum melihat gelagat Hara. Sempat dia menoleh ke belakang dan melambaikan tangan pada Minhyuk.
***
MINHYUK duduk menikmati minum petangnya di luar sebuah kafe dekat Hongdae Street. Sambil menikmati kopi susu hangat kegemarannya, sambil matanya menonton street performance yang tak jauh di hadapannya.
Sekumpulan pelajar yang berpakaian seragam sekolah berwarna kuning sedang seronok menari dan menyanyi. Gaya mereka dah macam kumpulan idola K-POP.
Sedang dia asyik menonton anak-anak muda itu menunjukkan bakat mereka dari jauh. Kejadian mencuit hati beberapa hari lalu menerpa kembali ke ingatannya. Perlahan-lahan senyuman nipis terukir di hujung bibirnya.
Imbas Kembali
"KITA pernah berjumpa ke sebelum ni?"
Tak berkelip mata Minhyuk mendengar soalan Hara. Air liur dia telan sebelum mulut dibua untuk menjawab soalan yang tak diduga itu. Namun, belum sempat dia menyebut perkataan pertama suara Hara kembali menyapa.
"Lupakan ajelah soalan saya tu. Terima kasih untuk hari ni. Saya akan basuh dan pulangkan baju sejuk ni semula," kata Hara lalu menaikkan cermin tingkap.
"Hara tunggu." Minhyuk menghalang.
"Ya?" soal Hara.
Minhyuk menatap wajah Hara sejenak sebelum satu hembusan nafas berat dihelanya. "Sebenarnya saya..." Minhyuk diam sejenak. Betulkah apa yang dia buat ni?
"Sebenarnya saya apa?" soal Hara. Rasa lambat sungguh lelaki itu menghabiskan sebaris ayatnya.
"Awak berminat dengan saya ke?" soal Minhyuk dengan tatapan mata penuh makna.
"Apa?" Hara bertanya dengan penuh rasa keliru.
"Selalunya bila orang tanya soalan kita pernah berjumpa ke sebelum ni? that's mean dia cuba menarik perhatian orang yang dia tanya," jelas Minhyuk dengan wajah serius. Namun, dibalas dengan segaris senyuman oleh Hara.
"Wae useo? (Kenapa awak gelak?)" soalnya hairan.
"Tak ada apa-apa. Saya cuma tak sangka penguasaan Bahasa Melayu awak sangat baik. But that's not my point. My point is saya tak nak awak salah faham. Saya..."
"You fallen for me?" Potong Minhyuk yang mematikan ayat Hara. Mulutnya ternganga kerana tak menyangka seorang yang dikenali dengan sikap dingin itu boleh mengeluarkan kata-kata seprti itu.
"Me? Huh, of course im not. Suka hati dia je cakap kita ada hati kat dia, perasan." Bebel Hara dengan bibirnya yang muncung.
"Geunde... Na joah hajimaseyo. (Tapi awak jangan terlalu suka pada saya.)"
"Waeyo? (Kenapa pula?)" soal Hara dengan wajah kosong.
"Naneun joheun saram aniyeyo, (Saya bukan orang yang baik,)" jawab Minhyuk dengan suara sedikit bergetar. Sejuknya saat itu menusuk sehingga ke dalam tulang.
"Jeodo joheun saram aniyeyo, Hajiman neomu keokjeonghajimaseyo sunbaenimeun je seutaireun anida. (Saya pun bukanlah orang yang baik. Tapi tak perlu risau, awak bukanlah jenis lelaki idaman saya.)" Hara akhiri jawapannya dengan segaris senyuman.
Dia tahu jawapannya mungkin biadab. Namun, dengan jawapan itu saja yang boleh mengelakkan dari Minhyuk tersalah faham dengan pertanyaan tadi.
"Dahaengida. (Lega saya dengar.)" Minhyuk menghembus nafas lega.
"Saya minta diri dulu, Assalamualaikum." Dia menaikkan cermin kereta lalu mengarahkan agar teksi bergerak ke Sillimdong.
Minhyuk hanya berdiri memegang payungnya melihat Hara pergi. "Waalaikumussalam."
Selepas teksi yang dinaiki Hara hilang dari pandangannya. Minhyuk kembali semula ke keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Namun, dia masih belum bergerak meninggalkan perhentian bas.
"Dia mesti fikir aku ni lelaki yang perasan." Dia mengomel sendiri, sebelum kaki kanan menekan minyak dan kereta itu pun mula bergerak meninggalkan perhentian bas.
Kembali ke masa kini.
KAKI Minhyuk melangkah perlahan di bawah terik sinar mentari. Namun, orang disekeliling termasuk dirinya memakai baju tebal untuk menahan diri dari kesejukan di musim sejuk. Suhunya saat ini ialah negatif lima. Sangat sejuk. Walaupun panas terik.
Langkah demi langkah diatur menonton persembahan anak-anak muda yang penuh dengan semangat, impian dan harapan. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat mereka.
Namun, pandangan matanya terhenti pada seorang gadis yang memakai sweater hitam, rambut panjang lurus melepasi bahu, snow cap merah jambu tersarung kemas di kepala.
Gadis itu kelihatan hanyut dalam lagu BTOB yang berjudul Missing you. Alunan piano, violin dan suaranya nyanyian tiga remaja benar-benar menyentuh hatinya.
"Ureoyo? (Dia menangis ke?)" soalnya sendiri. Gadis itu menyentuh matanya beberapa kali.
Minhyuk turut mengalihkan dua matanya ke persembahan yang ditonton oleh Hara.
Neoreul geuriwohada haruga jinagado
Neoreul geuriwohada ilnyeoniga beoryeoseo
Nan geunyang geureohge sara
Neoreul geuriwohada
Geuriwohada
Bait-bait lirik yang menyatakan masa terus berlalu namun perasaan rindu pada seseorang itu akan terus hidup dan kehidupan juga harus diteruskan. Meskipun terasa sakit membuatkan Minhyuk turut tersentuh kerana dia juga melaluinya.
Ada kalanya dia merasakan dia tak berhak untuk bahagia. Dia pernah berputus asa, pernah mengurung diri di dalam bilik. Namun, dia sedar. Takkan ada yang berubah. Ada baiknya dia teruskan hidup untuk menebus rasa bersalah yang mengekorinya sejak tujuh tahun lepas.
Minhyuk menghembus nafas panjang lalu melirikkan semula matanya pada Hara. Bagaikan terhenti masa di sekeliling saat dua pasang mata bertemu. Namun, beberapa saat kemudian. Hara cepat-cepat memusingkan badannya membelakangi Minhyuk.
Minhyuk masih berdiri kaku di tempatnya. Separuh hatinya ingin menyapa, tapi bibir terasa berat untuk menyebut nama gadis itu. Mungkin ada baiknya dia pergi saja.
"Minhyuk Sunbae. (Senior Minhyuk.)" Saat kaki nak melangkah pergi. Suara Hara menyapa ke indra pendengarannya. Kelihatan gadis itu berjalan menuju ke arahnya.
"Annyeonghaseyo sunbaenim." Sapa Hara lagi.
"Asslamualaikum," balas Minhyuk. Mati senyuman di bibir Hara saat mendengar lelaki yang dibesarkan di Korea itu menyapanya dengan salam.
"Waalaikumussalam," balasnya. Rasa malu pula bila lelaki itu terlebih dahulu menyapanya dengan salam.
"Wae ddeomanggayo? (Kenapa awak larikan diri?)" soal Minhyuk.
"Saya? Larikan diri? Bila?" Hara tarik senyum kekok. Sempat matanya melirik ke kiri dan kanan. Orang-orang di situ sibuk dengan hal masing-masing.
"Tadi, awak nak mengelak dari sayakan?" Dengan perasaan yakin Minhyuk meneka.
"Mengelak dari awak? Tak ada sebab saya nak mengelak dari awak," jelasnya.
"Tak apalah kalau tak macam tu." Minhyuk mengangguk faham.
Minhyuk mula mengatur langkah. Tanpa disuruh, Hara berjalan di sebelahnya. Sesekali minuman yang dpegang disedut sedikit-sedikit.
Meskipun suasana di Hongdae meriah dengan anak-anak muda. Dia tetap berasa kekok jalan berdua dengan Minhyuk.
"Sunbae (Senior) tak berlatih ke?" Meskipun kekok, dia tetap memulakan perbualan. Nak hilangkan rasa kekoklah katakan.
"Hari ni saya rest," jawab Minhyuk.
"Sometimes we need some rest and fresh air to relax our body and mind." Hara ukir senyum sambil mendongak ke langit yang cerah.
"Tak perlulah panggi sunbae. Panggil je Minhyuk, im not really care about the seniority status. As long as tak kurang ajar," kata Minhyuk.
Hara melarikan pandangan pada Minhyuk. Dia mengamati wajah Minhyuk sejenak, sebelum senyuman menguntum di bibirnya.
"Kenapa awak senyuman?" soal Minhyuk hairan.
"Nothing. I just feel like you are good person."
"But, im not."
"Then you are bad?"
"Maybe."
"Maybe? But ya maybe sebab saya dengar ramai gadis-gadis di luar sana I mean dekat kampus dikecewakan sebab Mr Lee Minhyuk tolak cinta mereka. Itu agak bad jugalah."
Minhyuk tak membalas kata-kata itu. Sebaliknya ekor matanya hanya melirik Hara yang masih tersenyum. Gadis itu memang suka tersenyum. Namun, dalam matanya menyimpan seribu luka yang disembunyikan disebalik perwatakannya yang ceria.
"Johahaseyo? (Awak sukak?)" soal Minhyuk.
"Mwolyo? (Suka apa?)" Hara pandang Minhyuk sekilas. Umum sangat soalan tu, dia sendiri tak faham suka apa yang dimaksudkan.
"Umak. (Music.)"
"Dulu. Sekarang tak berapa nak layan music atau lagu." Hara tarik senyum. Tapi pahit.
"Waeyo? (Kenapa?)"
"Err... sebab..." Hara diam sejenak. Nafas yang dihembus terasa berat.
"Mal anhaedodwaeyo. (Tak apa kalau awak tak nak cakap.)"
"Ada kalanya saya rasa lebih tenang tanpa mendengar muzik atau lagu. Kadang-kadang sesebuah lagu boleh mengubah emosi saya. Saya tak suka perasaan sedih trus duduk di hati. Walaupun saya tahu saya tak mampu membuangnya," jelas Hara. Dia tatap sekilas wajah Minhyuk.
"Setuju." Minhyuk mengangguk.
"Setuju?" soal Hara hairan. Pelik pula bila seorang pemuzik, pianist seperti Minhyuk bersetuju dengan pendapat seorang amatur sepertinya.
"Ya. Kadang-kadang saya rasa seperti nak melarikan diri dari semuanya. Jujur ada rasa penat bila melakukan hal yang sama setiap hari. Sejak kecil sehinggalah saat ini saya tak pernah berehat dari bermain piano."
"Kalau awak rasa letih, awak berehat. Don't force yourself too much. As a human being we need some rest. Pergi jauh dari kesibukan dunia, pergi jauh dari kebiasaan."
"Gomawoyo,(Terima kasih,)" ucap Minhyuk ikhlas. Rasa tersentuh hatinya saat mendengar bait-bait kata dari Hara.
Hara hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia selalu memberikan kata-kata semangat atau nasihat pada orang lain. Namun, dia sendiri masih belum pulih dari mimpi buruk yang sering menghantuinya.