20,393
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 7
' kau memang patut mati je'

' aku tahu'

' jadi kau tunggu apa lagi? '

' jalan!! '


      Setapak demi setapak kakinya berjalan menghampiri kawasan tepi jalan raya yang tidak mempunyai lampu isyarat untuk pejalan kaki tersebut. PIN PINN PINNNN!!! 

      Dari jauh sebuah kenderaan bermuatan berat menghampiri tempat Daniel berdiri. Pemandu lori tersebut seperti dapat meramalkan tindakan Daniel. Dia memberikan hon supaya Daniel kembali sedar. Kenderaan sudah tidak dapat diberhentikan. Hon terakhir dibunyikan sebelum pemandu tersebut-

      " DANIELL!!! " Edrean menarik badan Daniel ke arahnya. 

      " Kau buat apa ni! Kau dah gila ke! " Edrean memarahi Daniel. Muka Edrean merah menahan marah, matanya berkaca menahan sedih. Mukanya sangat cemas, takut kehilangan sahabatnya itu. 

      Daniel menolak Edrean kebelakang untuk melepaskan dirinya. Kepalanya tunduk mengelak pandangan Edrean. Pada masa yang sama dia takut perkara yang dilakukannya selama ini diketahui oleh Edrean. Jika rahsianya terbongkar, pasti Edrean tidak mahu berkawan dengannya lagi. 

      Daniel menepis tangan Edrean lalu pergi dari situ. " Daniel! "

      " Dah la Edrean, kau tak payahlah ambil berat pasal aku. Kau cuma kesiankan aku kan.

               *       *       *       *       *       *

      Edrean duduk di atas katilnya berseorangan di dalam bilik. Beberapa minit kemudian, Daniel masuk setelah selesai mandi. Silence awkward. Masing-masing tidak tahu apa dan bagaimana mahu memulakan perbualan. 

      'apa aku nak cakap ni..tak kan nak diam je' Edrean mula resah. Dia takut jika keadaan tersebut dibiarkan belarutan, Daniel akan menjadi lebih teruk dan semakin susah untuk dia menolong Daniel. 

      " Aku minta maaf tercakap kasar dengan kau tadi. " Daniel mula terlebih dahulu sebelum Edrean bercakap. " Aku tak maksudkan pun..percayalah. Aku tahu kau ambil berat pasal aku dan- " Edrean bangun lalu memeluk Daniel. " Kau pergi mana tadi? Kau tahu tak aku risau." 

      Edrean perasan riak wajah Daniel berubah sedih. " Tak pe kalau kau tak nak cerita, aku tak paksa."

      " Aku balik rumah. " Daniel tidak dapat menahan air matanya kali ini. Dia tak patut lemah tetapi semua beban seperti menghempap dirinya kembali. Air matanya jatuh di hadapan sahabatnya sendiri. 

      " Aku ingat dia akan peluk aku dan cakap yang dia rindukan aku jugak. I came back thinking that we'd become the happy family like we used to be. Aku ingat kehilangan aku buat dia menyesal buang aku selama ni. I thought that maybe she'd accept me again and shower me with love like every mother does. Tapi tak. Dia masih cakap aku macam-macam dan dah tak nak terima aku sebagai satu-satunya anak lelaki dia. 

      Daniel meluahkan rasa sedih dan kecewanya sebentar tadi pada Edrean. Dia tahu dia perlukan seseorang tetapi dia juga takut akan persepsi orang lain terhadap dirinya lalu selama ini dia hanya memendam seorang diri. 

      Daniel mengelap air matanya dengan lengan baju panjang yang sentiasa dipakainya. " Tak pe. Aku okay. " Daniel cuba menenangkan diri. 

      " Jangan bagitau aku kau okay! I was so scared you might've been dead. I hate you I hate you so much I swear my soul nearly left my body bila kau sikit lagi nak kena langgar dengan lori tu tadi! Please Daniel please jangan buat lagi. "

      Daniel tidak menjawab sepatah pun lalu pergi ke katilnya dan merebahkan badan dengan keluhan berat. Dia mengambil lalu mengeluarkan sekeping gambar dari dalam sebuah buku. Gambar adik perempuannya, Aeri bersama Daniel pada hari terakhir dia melihatnya.

      " Aku dah hampir kehilangan semua yang aku ada. "




Maaf bab ni sikit je hehehe

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh