Home Novel Keluarga Khas Buat Suraya Anne!
Bab 48

Telefon pintar yang bersambung pada alat pengecas dicapai. Dibuka kemudian, tutup. Tiada sebarang panggilan atau mesej yang belum dibaca. Jauh disudut hati terselit rasa hampa dengan kekosongan peti mesej itu. Fokus kembali pada skrin komputer riba. Sejak dari semalam dia sibuk memasukkan butiran dan gambar yang diperolehi sewaktu berada dibeberapa buah site di Kota Kinabalu tempoh hari ke dalam sebuah templat laporan mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh syarikat. Hasil data yang dikumpul daripada Tems Investigation yang digunakan dibuat screenshot lalu turut dimasukkan ke dalam templat tersebut.

Siap!

Dikerling jam ditangan. Lebih kurang setengah jam sebelum waktu rehat tengah hari.

Kenangan pada hari kepulangannya kelmarin yang disambut oleh seorang wanita yang tidak dikenali bermain diminda. Menggunakan plakad, dengan besar tertulis nama penuhnya ketika dia keluar daripada pintu ketibaan. Sangkanya Dr. Adrian yang menunggu kerana lelaki itu sempat menelefon sebelum dia berlepas dari Kota Kinabalu.

Zia. Memperkenalkan diri sebagai kenalan Dr. Adrian. Jadi suaminya itu adalah berkawan dengan perempuan. Ingatkan terlalu eksklusif hinggakan tidak ada teman perempuan langsung. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewa, Zia yang banyak berceloteh. Pelbagai soalan ditanya. Dari dirinya kecil sehinggalah dewasa. Boleh dikatakan dia terasa seperti sedang ditemuramah untuk subjek sejarah pula.

"Suraya Anne!"

Dia terkejut sungguh. Kuat namanya diseru. Sebaik berpaling bukan dia seorang saja yang begitu. Beberapa kepala yang lain turut tertoleh sama melihat Basheer yang mengendalikan site yang dilawati di Kota Kinabalu menghampiri dengan lagak buru-buru. Dia mencium waspada.

"Papar Western. Missing some scanning route. What the hell??"

Bulat biji mata Suraya setelah berita buruk itu didengari. Bingung. Macam mana fail yang disimpan itu boleh hilang?

"Ada checked tak?" tanya lelaki itu sedikit kuat. Tanpa menghiraukan wajah masam Basheer yang berbadan tegap dan tinggi itu dia lantas menganggukkan kepala beberapa kali. Tolong sikit! Dia bukan jenis buat kerja sambil lewa.

"When did you checked?"

"Setiap kali mulakan log file baru saya akan tengok saiz dia." sahutnya membalas renungan tajam dari sepasang mata yang mengenakan cermin mata berbingkai hitam itu.

"Are you stupid?? Periksa setiap route bukan setiap saiz log file. I tak boleh terima alasan tu. Apa you fikir site tu dekat Jalan TAR ke? By hook or by crook I want those files before six!"

Kali ini dia kalah. Menunduk dia malu. Dua tiga nafas panjang dihela barulah dia berani mengangkat wajahnya. Basheer sudah tiada. Agaknya sudah kembali ke meja kerjanya. Disudut meja itu pula hanya terdapat dia seorang kerana selebihnya on site. Beberapa orang staf yang duduk dimeja berdekatan memberi pandangan simpati apabila pandangan saling berpapasan. Dia senyum kelat.

"Yo, girlfriend! What's up? Sedih aje maa..." sapa Eugene membuatkan dia terkejut bukan kepalang. Kuss.. Semangat. Dada diurut beberapa kali.

"Eugene, tumpang tanya." katanya sedikit teragak ketika lelaki itu sedang melepaskan beg komputer riba yang digalas kemudian berlabuh dikerusi. Kedua kening lelaki itu terangkat.

"Pernah tak jadi dekat you log file missing?"

"Apa? Scanner log file meh?"

Sedikit melopong kerana tembakan tepat lelaki itu. Diangguk kepalanya. Eugene sengih.

"Couple of times. Kadang-kadang sebab set up tak betul. Kadang-kadang sebab scanner tu yang tak betul."

Mulutnya membentuk huruf O. Lega. Jadi bukan kali pertama kejadian itu berlaku.

"Dah hantar file baru you perasan atau masa tengah drive?" soal Suraya lagi.

"Dua-dua. Kenapa, eh? Log files missing? KK?"

Dia senyum kelat. Kepala mengangguk kecil. Mata Eugene yang sedia sepet dibesarkan. Suraya menyeringai. Bimbang dengan masalah yang sedang dihadapi.

"Try buka. I nak tengok." ujar Eugene lantas bangun dan mengelilingi stesen kerja itu dan mendekati dirinya. Segera dilarikan tetikus. Fail tempoh hari dibuka. Terpapar jujukan bulatan kecil berwarna hitam yang merupakan laluan yang dilewati sepanjang drive test dilakukan.

"I tak mahu tengok yang full. You buka one by one."

Menurut perintah dia membuka fail itu satu per satu.

"See... Tengok gerakan dia. Every starting point you tak miss pun. And cuma ada beberapa point saja yang missing. I rasa set up you dah betul tapi scanner tu tak betul." duga Eugene. Suraya menjungkitkan bahu.

"Matilah, Eugene. Basheer mau perfect route before six. Adui..." keluhnya. Hujung kuku digigit-gigit. Mati akal.

"Sabah maa... Sabah. Minta SS cover, lah."

Suraya angguk kemudian geleng. Bukan mudah membuat permintaan seperti kata terakhir Eugene itu. Kontraktor di Sabah itu pun tidak menang tangan membuat kerja tiba-tiba saja mahu ditambah beban ekspres itu. Tak sampai hati dia mahu memperlakukan mereka begitu. Tetapi kalau dah terdesak terpaksalah dia berhati kering.

"Yup. I'll try. Thanks, Eugene." sahutnya. Meski bimbang bibir tetap tersenyum mesra mengenang budi baik lelaki itu. Eugene sengih lalu kembali ke tempat duduknya. Telefon pintar segera dicapai. Nama Rita dicari.

"Hai, Rita."

"Hello. Ya, Miss Anne. Ada apa?" soal Rita dihujung talian. Ceria saja nadanya. Gadis berketurunan Kadazan itu memang seorang yang happy go lucky. Tak rugi pula rasanya apabila Dr. Adrian mencadangkan supaya Rita menemaninya kelmarin. Sambil berkerja mulutnya rancak berbual berkongsi pendapat dan pengalaman.

"Actually, masa drive test tempoh hari ada route yang missing, lah. I don't know how it happens, but it does happen. So, I nak tanya kalau SS ada buat coverage or scanning drive di cluster yang kita drive tu.."

"Oh...Itu ke masalahnya. Jangan bimbang, Miss Anne. Sebenarnya I pun ada buat exact test macam Miss Anne buat hari tu."

"Really? I tak nampak pun. I tengok you pegang tablet aje." ujarnya musykil. Fikiran menerawang mengingat. Memang tiada tools yang dipegang oleh gadis itu ketika berada di dalam kereta kelmarin kecuali sebuah tablet dengan sebatang usb bersambung pada tablet tersebut. Ingatkan tablet peribadi milik gadis itu.

"That's it! Dr. Adrian provide App based tools."

"Apa?"

Kata-kata itu jelas ditelinganya namun kurang difahami.

"Actually, Dr. Adrian minta Encik Zul cuba software baru dengan new tools untuk buat drive test. Kata Dr. Adrian ianya lebih compact and efficient."

Suraya terdiam. Mengerti sejelas-jelasnya. Kebetulankah lelaki itu terlebih dahulu dapat meramal akan kehadiran musibah yang dialami ketika ini? Mustahil. Lelaki itu cuma seseorang yang berpandangan jauh.

"Miss Anne, you nak semua log files or certain part?"

"Bagi semua. I boleh compare dengan result yang I dapat. Thanks, Rita. Thank you very much."

"Eh, no problem Miss Anne. Thanks to Dr. Adrian sebenarnya. Betul tak?" puji Rita. Setelah berbual lebih kurang talian diputuskan. Suraya menarik lega. Skrin komputer riba dihadap mencari kotak email. Menanti fail yang bakal diterima daripada Rita.

Jam 2.00 petang dia sudah terpacak di lobi syarikat. Menunggu kereta yang sering digunakan untuk kerja drive test tiba. Tadi setelah menghantar log file yang diperolehi daripada Rita kepada Basheer, dia ditugaskan untuk melakukan static test di Sungai Besi pula. Arahan itu diterima melalui pesanan WhatsApp dan email. Adakah Basheer segan untuk bersua muka setelah dengan selamba menggelarnya 'bodoh' tadi? Entahlah. Cuma email balas yang ringkas itu seakan memberi bayangan sangkaannya betul.

Tq

Betul-betul ringkas. Betul ke segan? Entah-entah masih marah. Sebenarnya dia tak berkecil hati pun dimarahi tadi. Cuma pertama kali dia diselar begitu dihadapan khalayak. Tentulah rasa malu.

Jam dipergelangan tangan dijeling lagi. Bertemu lagi dengan petang Jumaat yang sibuk. Apa boleh buat. Kerja tetap kerja. Tugas harus diselesaikan. Melihat sahaja kereta hitam itu berhenti ditempat biasa, bergegas dia keluar.

"Okay, kita ke Sungai Besi." tuturnya sebaik pintu kereta bahagian penumpang ditutup. Sewaktu dipejabat tadi Jessica memaklumkan pemandu yang akan membawanya nanti merupakan pemandu ganti yang mengambil alih tugas Zaf yang bercuti pada hari ini. Dikerling sekilas pemandu baru itu. Mengenakan topi dan tshirt berlengan panjang. Serba hitam. Tiada sapaan dan tidak bertukar lirikan.

"Erm, nak panggil apa, eh?" soalnya berbasa-basi.

Diam. Tiada balasan.

Ditilik ke depan. Terus terarah pada cermin pandang belakang. Tiada wajah yang terpantul kerana cermin itu telah diangkat membuatkan dia hanya dapat melihat pemandangan jalan raya di belakang.

'Erm... Tak dengar ke pura-pura tak dengar?'

Setelah sekian lama soalan yang ditanyakan tidak berjawab dia mengeluarkan komputer riba dan telefon pintar. Malas nak melayan. Banyak lagi kerjanya yang belum selesai untuk difikirkan. Dia menilik kembali email di dalam aplikasi telefon untuk memastikan site yang akan dilawati. Dua buah site namun, kerana hari yang sibuk perjalanan mereka bakal mengambil sedikit masa. Apatah lagi site itu terletak pula di kawasan tumpuan.

Sambil menunggu destinasi yang dituju tiba dia duduk bersandar. Kali ini bukan email ditelefon yang ditatap. Tetapi mesej daripada Dr. Adrian. Kali terakhir dia dihubungi ketika pulang dari Kota Kinabalu kelmarin. Kenapa lelaki itu tiba-tiba mendiamkan diri? Mahu menghubungi terlebih dahulu dia bimbang. Manalah tahu jikalau terhubungi pada waktu yang salah. Apa dah jadi dengan kes lelaki itu? Tadi ketika tiba di pejabat dia memberanikan diri bertanyakan Jessica tentang Dr. Adrian. Kata setiausaha itu Dr. Adrian bercuti selama satu minggu. Satu minggu? Tanpa dimaklumkan kepada dirinya pula tu. Terasa hatinya mengenangkan kewujudannya ketika ini seakan tidak dipedulikan walhal lelaki itu sendiri yang meluahkan pelbagai perasaan padanya tempoh hari.

Benar-benar serius atau bermain-main?

Dipejamkan mata.

Jengkel.

Jengkel dengan hati yang mudah hanyut dengan perasaan apabila terkenangkan lelaki itu. Apabila dirasakan kenderaan tiba-tiba berhenti dia membukakan kelopak mata. Telefon pintar dengan aplikasi Maps dibuka. Mereka dah tiba. Dikerling sekilas ke hadapan. Senyap sahaja. Tak bagitahu pun dah sampai! Hati kecil mula bersuara rasa tidak selesa berkerjasama dengan pemandu baru ini. Mungkin selepas selesai kerjanya ini dia bakal menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu kepada Jessica. Untung-untung khidmat pemandu baru itu diserahkan kepada ahli yang lain. Harapnya di dalam hati.

"Erm, you belok kanan dan berhenti dekat kilang steel tu." arahnya sambil memerhati skrin komputer riba. Masih mendiamkan diri lelaki itu mengikuti arahan yang diberikan. Dia mula melakukan static test. Siap satu sektor, diarahkan pemandu itu beredar dan masuk ke laluan yang membawa mereka ke sektor seterusnya. Hampir dua jam kenderaan yang dinaiki berlegar di satu kawasan industri berat kemudian kawasan perumahan barulah tugasan itu akhirnya selesai.

"Alright.. Siap! Jom, balik." ujarnya.

'Biar betul? Sepatah pun tak bersuara.'

Dipujuk diri sendiri setelah dirasakan tidak manis untuknya menuduh sebarangan.

"Erm... You, okay ke?" soalnya mengambil berat sambil berpura-pura menyibukkan diri dengan mengemas peralatan yang digunakan. Melalui ekor mata dilihat lelaki yang mengenakan bucket hat itu masih bungkam. Tiada sahutan.

'Bad mood, kot? Mungkin tak nak diganggu.'

Dia meneka. Kemudian dia sendiri mendiamkan diri.

Letih. Separuh hari dipejabat menyiapkan laporan kemudian berkejar ke site pula. Kesempatan berada di dalam kenderaan itu diambil dengan memejamkan matanya. Mencuri waktu untuk berehat seketika.

Satu kuisan dihidung membuatkan lenanya terganggu. Pantas dibuka kelopak mata. Terkebil-kebil dia mengingat. Ah, tertidur rupanya. Ditoleh ke sisi kerana merasakan ada sesuatu yang menghimpit. Hampir saja dia menjerit apabila melihat seorang lelaki sedang duduk dengan keadaan membelakanginya dengan pintu kereta terbuka luas. Mata memerhati. Apabila rapat begitu dia seakan mengenali. Topi dikepala ditarik. Terkejut bukan kepalang kerana pemandu yang dikutuk dalam diam itu adalah Dr. Adrian. Lelaki itu menoleh ke belakang. Selamba tersengih ke arahnya.

"Dah sampai. Jom." tutur Dr. Adrian lalu mengenyitkan mata. Sebelum bangun sempat lelaki itu mencapai beg komputer riba yang dijadikan sebagai bantal peluk. Pintu kereta ditahan menantikan dirinya keluar. Suraya melirik dengan perasaan tak puas hati. Kena main rupanya.

"Kita tak balik ofis?" soalnya ketika kaki memijak halaman yang pernah dikunjungi sebelum ini. Dia melihat keadaan sekitar. Masih sama seperti kali terakhir dilihat. Sunyi.

"Kerjakan dah settle. Malam ni tidur sini." kata Dr. Adrian seraya menutup pintu kereta. Sambil tersengih lelaki itu memerhati dia meregangkan tubuh yang terasa lenguh. Senyuman dibalas. Memang pertemuan itu dinantikan kerana terlalu banyak perkara yang mahu dibualkan dan dibincangkan dengan lelaki itu. Belum sempat membuka langkah satu tangan tertadah dihadapannya. Sedikit malu dia menyambut. Tipis senyuman ditarik tatkala renjatan yang lama tidak dirasai itu berjaya menggetarkan jiwanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.