Home Novel Cinta I'M MARRIED TO HIM!
I'M MARRIED TO HIM!
Alin Alia
27/4/2020 09:06:01
3,651
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22
HARI ini adalah hari bersejarah buat Damia. Dalam masa setengah jam sahaja lagi, Damia bakal menjadi isteri kepada Adam Ian.

Damia mengenakan baju nikah berwarna krim. Itu adalah pilihan Adam Ian. Dalam masa sebulan itu juga, Adam Ian lah yang bersusah payah dan beria-ia mencari butik pengantin dan memilih baju untuk mereka berdua.

Damia pula hanya membuat hal sendiri, kerana dia tidak mahu mengambil tahu tentang persiapan perkahwinannya. Dia cuma hanya mengikuti Adam Ian semasa pergi ke butik pengantin hanya untuk ukur baju sahaja.

"Wah...cantiknya Mia..," puji Liyana.

"Ish akak ni..malu la Mia, akak cakap macam tu. Kak Jue mana kak?"

"Kak Jue tengah on the way. Erm.. Mia memang dah fikir betul-betul ke yang Mia nak jadi isteri bos?" soal Liyana pula.

"Mia dah nak nikah dah ni kak. Nak buat macam mana kak. Nak tak nak, Mia kena teruskan juga kak. Mia harap sangat suatu hari nanti, bos akan jatuh cinta dengan Mia, dan bos dapat lupakan cik Wanna," jawab Damia.

Sedang Damia bercakap dengan Liyana muncul Dahlia pula secara mengejut. Nasib baik Dahlia tidak mendengar perbualan mereka tadi.

"Adik akak ni memang cantik la. Patutla Ian tu suka dengan Mia," ujar Dahlia.
Liyana  hanya diam mememerhatikan mereka berdua.

"Mia nanti kalau senang-senang jenguk la akak kat sini ye."

Damia mula berasa sebak dan mahu mengalirkan air mata.

"Akak jangan cakap macam tu. Mia sedih tau. Akak, kalau la mak dengan ayah masih ada, mesti seronok kan."

"Dah la Mia. Orang yang dah tak da, jangan di ingatkan lagi. Dah jangan nangis, habis makeup tu nanti. Kang tak cantik pulak adik akak ni," jawab Dahlia lagi.

"Akak bila nak kahwin? kak Yana dengan kak Jue dah kahwin dah. Akak pulak bila?' tiba-tiba Damia bertanyakan soalan sebegitu.

"Akak nak kahwin? Calon pun tak da lagi Mia."

"Eleh..calon tak da konon. Yang Syamsul tu apanya," usik Damia.

Sejak akhir-akhir ni Syamsul selalu cuba untuk mengajak kakaknya keluar. Pada mulanya Dahlia tidak mahu melayan, lama-lama kakaknya berasa senang dengan layanan Syamsul.

"Ala..Mia ni, kalau ada jodoh akak dengan dia ada, ada la. Tunggu dan lihat je." Dahlia ketawa.

Tiba-tiba muncul mak long Damia di muka pintu.

"Mia jom turun ke bawah. Pengantin lelaki dah sampai," ujar mak longnya.
Damia mula berdebar-debar apabila mendengar pengantin lelaki yang sudah sampai.

Damia mula menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu. Adam Ian melihat Damia menuruni anak tangga dan dia terpaku melihat Damia. Sungguh cantik Damia pada waktu itu. Warna baju pengantin yang di pilih Adam Ian sungguh sesuai dengan Damia.

Mata Damia dan Adam Ian bertemu. Cepat-cepat Damia mengalihkan pandangannya.

Adam Ian mula memegang tangan tok kadi untuk meneruskan acara penikahan.

"Aku nikahkan dikau dengan Damia binti Darus, dengan mas kahwinnya Rm1000 ringgit tunai.”

"Aku terima nikahnya Damia binti Darus dengan mas kahwinnya Rm1000 ringgit tunai," jawab Adam Ian.

Dengan sekali lafaz Damia sah menjadi isteri kepada Adam Ian.

Adam Ian bangun dan menuju ke arah Damia untuk upacara pembatalan air sembahyang. Adam Ian menghadiahkan Damia rantai leher, dan dia juga memberi Damia wang hantaran sebanyak Rm50,000.

Semasa Adam Ian mahu memakaikan rantai ke leher Damia, sempat lagi Adam Ian berbisik di telinga Damia. "Awak cantik sangat hari ni Damia."

Muka Damia merona merah. Selesai Adam Ian memakaikan rantai pada Damia, Adam Ian mula menghulurkan tangan untuk Damia menyalaminya.

Damia teragak-agak untuk bersalam dengan Adam Ian, tetapi di sebabkan semua tetamu memandang ke arah mereka, Damia meneruskan untuk bersalam dengannya.

Selesai Damia bersalam, Adam Ian pula laju mencium dahi Damia. Damia diam terpaku dengan tindakan Adam Ian yang tiba-tiba itu.

Dahlia bersyukur melihat adiknya yang kini  sudah sah menjadi isteri orang. Lepas sudah tanggungjawab Dahlia kepada adiknya. Dahlia bukannya tidak mahu berkahwin, cuma dia tidak mahu adiknya nanti tiada tempat untuk bergantung, sekiranya dia berkahwin dulu.



PADA malam itu ramai tetamu yang datang ke majlis persandingan Adam Ian dan Damia, yang hanya di adakan di kediaman milik Dato' Arif. Itu pun atas permintaan Damia, kerana tidak mahu majlis mereka di adakan di hotel. Adam Ian akur dengan permintaan Damia.

Damia dan Adam Ian mengenakan baju persandingan berwarna gold. Itu juga adalah pilihan Adam Ian.

Adam Ian dan Damia pergi berjumpa dengan tetamu untuk beramah mesra. Datang Wanna dan Rusdi ke arah mereka.

"Tahniah Ian and Damia," ucap Wanna. Di sebelahnya ada Rusdi yang memeluk pinggang Wanna.

Mata Adam Ian merenung Wanna dan Rusdi di hadapannya. Entah kenapa dia langsung tidak ada perasaan cemburu terhadap mereka berdua. Adakah dia sudah melupakan Wanna?

Damia yang dari tadi melihat reaksi Adam Ian terus menjawab, "Thanks Wanna sebab sudi datang ke majlis kami," tangan Damia mula memeluk erat pinggang Adam Ian.

Adam Ian pula terkejut dengan tindakan Damia yang tiba-tiba itu. Sebelum ni Damia begitu dingin dengannya. Tetapi kali ini tiba-tiba dia berubah pulak.

"Welcome. Anyway kami balik dulu la ye," balas Wanna sambil berlalu pergi dari situ bersama Rusdi.

Damia melepaskan tangannya dari pinggang Adam Ian. Adam Ian memandang ke arah isterinya lalu dia merangkul pinggang ramping isterinya.

"Eee apa ni, malu la orang tengok. Lepas lah," marah Damia.

"Awak ni Damia, cuba la cakap dengan saya tu elok-elok. Kita dah jadi suami isteri dah kan sekarang ni," balas Adam Ian.

"Lantak awak la Ian," Damia melepaskan rangkulan suaminya lalu pergi meninggalkan Adam Ian keseorangan.

Adam Ian berasa pelik dengan tindakan Damia yang tiba-tiba memeluk pinggangnya tadi, "Apa sebab dia buat macam tu?" bisik Adam Ian.



"WAH bukan main lagi ye akak dengan Syamsul," tegur Damia, ketika melihat Dahlia dan Syamsul makan bersama-sama.

"Eh Mia!" Dahlia menahan malu.

"Eleh Damia ni. Bagi la chan kat kitaorang ni. Nak juga bermesra-mesra. Tak kan la Damia dengan Ian je boleh," jawab Syamsul. Tiba-tiba Dahlia mencubit peha Syamsul.

"Ouch..sakit la sayang." Syamsul menahan sakit.

"Wah...dah sayang-sayang pulak." Damia tersenyum.

"Mia ni. Jangan la buat akak malu. Yang awak ni pun satu, kenapa panggil saya sayang pulak. Malu la saya dekat adik saya ni," ujar Dahlia.

"La...salah ke. Kita kan dah couple sekarang ni."

"Wah...dah couple. Kenapa Mia tak tahu cerita ni," soal Damia dengan sungguh teruja.

"Kitaorang baru je declare. Kalau ada jodoh kahwin la kitaorang nanti," ujar Dahlia sambil tersenyum.

"Tahniah kak Lia dan Syam. Mia lepas ni ada abang ipar la ye."

Syamsul tersenyum mendengar kata-kata dari Damia.

"Eh mana suami kamu Mia?"

"Ada kat sana tengah sembang dengan kawan dia. Tak pa la kak, Mia pergi jumpa kawan pejabat yang lain dulu. Tak nak la kacau akak." Damia tersenyum dan berlalu pergi.



TEPAT pukul 11 malam tamat la majlis persandingan Adam Ian dan Damia.

"Akak dah nak balik ke?" tanya Damia.

"Ye la akak nak balik dah ni. Kenapa ni Mia?"

"Mia nak ikut akak balik boleh tak kak?" pujuk Damia.

"Ish apa kena dengan Mia ni, Mia kan dan jadi isteri orang tak kan la Mia nak ikut akak balik. Mia jangan nak mengada-ngada ye."

"Mana ada mengada-ngada, tak pa la kalau tak boleh." Damia merajuk.

Datang  Adam Ian dan Syamsul ke arah mereka berdua.

"Ian tengok ni isteri Ian, tiba-tiba nak ikut akak balik rumah pulak," jawab Dahlia.

"Ish awak ni kenapa Damia, dah ada suami nak ikut akak awak balik pulak," balas Syamsul.

"Sayang kenapa ni. Kalau sayang ikut kak Lia balik, abang nak tidur dengan sapa malam ni," usik Adam Ian.

Damia menjegilkan matanya ke arah Adam Ian.

"Tak pa la kalau macam tu," jawab Damia mendatar.

Setelah kakaknya Dahlia dan Syamsul pulang, Damia menuju ke depan pintu rumah. Dia berkira-kira untuk masuk ke dalam.

"Eh Damia, kenapa berdiri dekat situ, pergi la masuk bilik. Ian mana? Dia tak tunjukkan kamu bilik dia ke? Kalau macam tu ayah suruh mak Nah tunjukkan bilik kamu je la," kata Dato' Arif.

"Tak payah la ayah, dia kat luar tengah jumpa kawan dia. Tak pe la, Mia tunggu dia je la kat sini."

"Kalau macam tu, ayah naik atas dulu ya. Tapi kalau kamu malas nak tunggu dia, bilik dia belah kanan ye, pintu yang nombor dua," jelas Dato’ Arif.

"Ok ayah." Damia memandang ayah mertuanya menaiki anak tangga.

Damia duduk di atas sofa, sambil menunggu Adam Ian masuk ke rumah. Setelah 15 minit menunggu, Adam Ian tidak juga muncul. Tiba-tiba mata Damia sudah semakin mengantuk. Akhirnya Damia tertidur di atas sofa.

Adam Ian masuk ke dalam rumah setelah bersembang lama dengan rakan perniagaannya.

Adam Ian pelik melihat isterinya tidur di sofa dengan masih berpakaian baju pengantin. Adam Ian merenung isterinya yang begitu lena sekali.

"Cantik sangat kau ni kan? Tengah tidur pun kau nampak cantik," bisik Adam Ian.

Damia mula menggerakkan badannya dan membuka mata kerana dia merasakan ada nafas di wajahnya. Damia bingkas bangun kerana wajah Adam Ian semakin hampir  dengan wajahnya.

"Awak buat apa ni!" marah Damia.

"Saya tak da buat apa-apa pun. Kenapa awak tidur dekat sini. Saya baru je nak angkat awak tadi masuk bilik," usik Adam Ian.

"Ish mengada-ngada. Yela saya dah tunggu lama dekat sini. Dah la! tunjuk mana bilik awak. Saya dah mengantuk sangat ni, saya nak mandi, saya nak tidur," jawab Damia.

"Yela-yela jom la saya tunjuk bilik kita." Adam Ian mengangkat beg pakaian milik Damia untuk di bawa ke atas.

"Bilik kita?" gumam Damia.

Damia berdiri di depan muka pintu bilik Adam Ian. Damia begitu teruja dengan keadaan bilik Adam Ian yang begitu besar dan kemas. Terdapat juga televisyen di dalam bilik tersebut.

"Masuklah. Buat apa kat depan pintu lagi?"

Damia terkejut apabila mendengar suara Adam Ian. Damia masuk ke dalam bilik  tersebut. Entah kenapa jantungnya berasa berdebar-debar. Adam Ian menutup pintu bilik. Kali pertama Damia berdua dengan Adam Ian di dalam bilik.

Adam Ian mula mahu membuka baju pengantin yang dipakainya. Damia terkejut melihat reaksi Adam Ian itu.

"Awak nak buat apa ni bukak baju ni?" soal Damia yang ketakutan.

"La...saya nak mandi la. Tak kan saya nak pakai baju ni sampai esok pulak?" jawab Adam Ian.

"Kalau iya pun jangan la buka dekat sini. Pergi la buka dekat toilet. Awak tak malu ke, buka depan saya?"

"Nak malu buat apa pulak, kita kan dah jadi suami isteri."

"Saya tak peduli, dah awak pergi buka dekat dalam tandas. Jangan depan saya," marah Damia.

"Kalau saya bukak depan awak pun kenapa?"

"Awak jangan macam-macam ye Ian."

Adam Ian mula ketawa dengan reaksi Damia.

"Yela-yela saya masuk mandi dulu." Adam Haiqal mencapai tualanya untuk masuk ke dalam bilik air.

Tiba-tiba Damia terfikir, lebih baik dia yang mandi dahulu, sebelum Adam Ian yang mandi.

"Eh biar saya mandi dulu," jerit Damia. Dia mengambil tualanya dari begnya lalu berlari menuju ke bilik air.

Entah kenapa Adam Ian ketawa dengan telatah isterinya itu. Sebelum dan sehinggalah sudah kahwin masih dengan sikap kelam kabutnya.

"Eh kita mandi sama la." Adam Ian menahan pintu bilik air, dari di tutup. Sengaja dia mahu mengusik isterinya.

"Ish tak nak!" Damia menolak pintu.

Adam Ian ketawa. "Yela pergilah mandi.

Damia berlama di dalam bilik air. Dia takut untuk keluar dari bilik air, dan dia juga takut jikalau Adam Ian memintanya untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

"Damia, awak buat apa lama sangat dalam bilik air tu? Saya nak mandi la." Pintu bilik air di ketuk.

"Yela kejap," jawab Damia. Dia menyarung kembali baju pengantin dan tudungnya. Pintu di buka.

Adam Ian pelik dengan Damia. Kenapa isterinya itu memakai semula baju pengantin dan bertudung.

"Awak buat apa lama sangat dalam bilik air tu. Saya ingatkan awak tidur dalam bilik air tu," usik Adam Ian lagi.

"Suka hati saya la, nak duduk dalam bilik air tu lama-lama. Apa awak sibuk?"

"Yang awak pakai baju pengantin dengan tudung ni kenapa?"

"Saya lupa nak bawa baju tukar masa masuk bilik air tadi," jawab Damia sambil menuju ke beg bagasinya.

"Ha yela. Saya mandi dulu. Awak jangan tidur lagi tau. Tunggu saya." Adam Ian mengenyit mata pada Damia.

Damia mula berasa takut. Takut jika Adam Ian memintanya untuk bersama. Seperti yang di lalui oleh pengantin-pengantin yang baru berkahwin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia