Home Novel Cinta CINTA AKU SEADANYA
CINTA AKU SEADANYA
Alin Alia
12/7/2020 18:30:43
5,722
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

ATILIA berdiri di luar kereta. Jauh dia memandu ke Putrajaya. Hendak pulang, malas pula dia melihat wajah Yasmin. Atilia betul-betul bencikan mereka berdua. Patutlah Irfan susah hendak dihubungi, rupanya dia bersama dengan Yasmin. Jika dia tidak ke temuduga hari ini, mungkin dia tidak tahu yang Irfan curang dengannya. Rupanya Allah nak tunjukkan kepadanya. Atilia berasa sangat bersyukur kerana cepat mengetahuinya. Dia menyeka air matanya.


    "Hmm check in hotel je la," gumam Atilia. Atilia memandu menuju ke hotel di Putrajaya. 



"I RASA gembira dapat bekerjasama dengan you Encik Seth. Bukan calang-calang orang I dapat berkerjasama ni," ucap lelaki berkaca mata.


    "I pun Mr. Chris. Apa-apa pun nanti, I akan suruh secretary I siapkan document untuk you nanti," balas Seth Zarif.


    "Ok, Mr. Seth. Thanks again," mereka berdua berjabat tangan.


     Seth Zarif tersenyum. Dia menekan butang kerusi rodanya mencari Khalid. Setiausaha Seth Zarif mengekorinya dari belakang. "Tak pa Evelyn, you boleh balik. I nak cari Khalid," ujar Seth Zarif.


     "Ok Mr. Seth. I balik dulu," jawab Evelyn.


     Mata Seth Zarif melilau mencari Khalid. Tiba-tiba Atilia berjalan di hadapan Seth Zarif, tidak sempat Seth Zarif memberhentikan kerusi rodanya akhirnya dia melanggar kaki Atilia. Atilia jatuh terduduk.


     "Aduh! Sakitnya," Atilia memegang kakinya.


     "Cik, cik ok ke," Seth Zarif tidak keruan.


     "Saya ok. Saya ok," jawab Atilia. Air matanya tiba-tiba mengalir. Entah kenapa dia berasa sungguh sebak, apabila teringat kejadian petang tadi, dan sekarang dia terjatuh pula. Dia berasa sungguh malang.


     Seth Zarif merenung Atilia. Baru dia teringat yang dia pernah terjumpa Atilia di hospital dan di pusat membeli belah. Atilia pula dari tadi hanya menundukkan kepalanya.


      Atilia menangis teresak-esak. Dia tidak dapat menahan tangisnya. Seth Zarif pula mula gelabah. "Cik, kenapa cik menangis. Sakit sangat ke?" Seth Zarif rasa bersalah dia tidak dapat membantu Atilia untuk bangun jika dirinya hanya duduk di atas kerusi roda sahaja.


     Atilia menggelengkan kepalanya. Dia mendongak sedikit kepalanya dan merenung Seth Zarif. Seperti pernah dia lihat lelaki itu. Lama dia memikirkan. "Lelaki di hospital," bisik Atilia.


    Atilia bangun. "Tak pe encik, saya ok, saya pergi dulu," Atilia berlalu pergi. Seth Zarif pula terpinga-pinga. Dia melihat Atilia berjalan menuju ke muka pintu lif di hotel tersebut.


     "Tuan. Tuan buat apa dekat sini," panggil Khalid.


    "Saya terlanggar orang," balas Seth Zarif.


   "Terlanggar orang? Mana orang tu? Tak da pun."


    "Tu ha dekat lif," Seth Zarif menunding jari ke arah Atilia.


    "Dia ok ke tu tuan?" tanya Khalid sambil merenung Atilia yang hilang ke dalam perut lif.


    "Entah la. Tadi dia menangis. Saya pun tak tahu la, saya langgar dia kuat ke tidak. Tengok dia macam sedih sangat. Lagipun tu perempuan masa dekat hospital dengan dekat pusat membeli belah yang kita jumpa hari tu," terang Seth Zarif.


    "Oh perempuan tu ke tuan? Dia buat apa kat sini?"


   "Mana la saya tahu," jawab Seth Zarif.


   "Nak saya pergi cari dia ke tuan?"


   "Ish nak buat apa. Awak ni la, suka sangat sibuk hal orang la. Dah jom kita balik," ajak Seth Zarif.


   Khalid tersengih. "Baiklah tuan."



"WEH jom kita pergi casting nak? Diaorang tengah cari model baru," ajak Tania.


    "Cari model? Mana kau tahu ni?" tanya Yasmin.


    "Kawan mama aku yang beritahu. Kau nak join tak? Kalau nak, esok jom la kita pergi. Diaorang buat dekat KLCC."


    "Hmm boleh juga. Tapi aku nak tanya Irfan dulu," jawab Yasmin.


   "Apa la kau ni, semua benda nak kena tanya Irfan. Tahulah korang berdua tengah hangat bercinta sekarang ni."


   Sedar tak sedar sudah tiga bulan mereka berdua bercinta, sejak kejadian Atilia mengetahui hubungan mereka berdua. Yasmin sekarang bahagia bersama dengan Irfan. Adik tirinya Atilia sekarang pula sudah berani melawan kata-katanya. Atilia sudah tidak seperti dulu, dimana dulu dia banyak berdiam diri apabila diusik. Sekarang ini tidak lagi. Yasmin peduli apa, janji dia sudah dapatkan Irfan dari tangan Atilia.



DATO' BAHAR pulang ke rumah dalam keadaan serabut. Dia semakin buntu. Syarikatnya sudah di ambang kemusnahan. Siapa tahu, kawan baiknya sendiri sudah menikamnya dari belakang. Jika dia tidak dapat mencari wang sebanyak satu juta, syarikatnya mungkin akan gulung tikar.


    "You I nak duit, esok I nak pergi spa," Juliana duduk di sebelahan Dato' Bahar.


    "You ni tak habis duit-duit. You tahu tak company I dah jadi apa sekarang ni," marah Dato' Bahar.


    "Eh yang you ni, nak marah-marah I kenapa pula? You pergi la marahkan kawan baik you tu. Percaya sangat dengan kawan baik tu," Juliana berpeluk tubuh.


    "Dia dah pun kena tangkap polis. Tak payah you nak perli-perli I. Sekarang ni mana I nak cari satu juta? Cuba you beritahu I? Kalau tak, company tu tutup terus, and then kita pun lingkup, apa harta pun tak da dah." Dato' Bahar memegang kepalanya. Runsing dia memikirkan caranya.


    "Itu I tak nak tahu. Percayalah lagi kawan you tu," Juliana mencebik.


   Muncul Yasmin yang baru pulang dari berjumpa Irfan. "Apa yang Yasmin dengar ni ma? Betul ke company uncle nak tutup terus. Habis tu kereta yang Yasmin pakai pun kena tarik juga ke? Ala ma, Yasmin tak nak kita hidup susah ma,"


   "Kau ni dah kenapa? Kau pergi naik atas," arah Juliana.


   Yasmin mencebik lalu naik ke biliknya. Muncul pula Atilia yang baru pulang dari kerja. Juliana yang melihat Atilia yang baru pulang lalu meninggalkan mereka dua beranak di ruang tamu.


   

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia