Home Novel Cinta I'M MARRIED TO HIM!
I'M MARRIED TO HIM!
Alin Alia
19/7/2020 00:35:26
6,413
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

MEREKA berdua tiba di Shah Alam pada pukul 2 petang. Pada waktu itu jalan juga begitu sesak. Perut Damia mula berkeroncong menahan lapar. Dia belum sempat bersarapan pagi tadi apatah lagi untuk makan tengah hari. 


"Awak pergi la naik ke atas. Tapi kena naik tangga tau. Lif tak berfungsi lagi. Nanti tolong tangkap gambar di dalam bangunan tu. Saya nak berjumpa dengan engineer bangunan ni." Adam Ian berlalu pergi. 


Damia menuju ke tangga. Nasib la bangunan tersebut hanyalah tiga tingkat sahaja.  Di tangan Damia sudah tersedianya kamera. Damia mula menangkap gambar-gambar di setiap sudut bangunan itu.


Damia terlalu khusyuk menangkap gambar hingga tidak sedar yang kakinya sudah menghampiri anak tangga, Damia hilang imbangan dan dia hampir terjatuh ke belakang tetapi nasib baik dirinya sempat disambut oleh seseorang dari arah belakang. Damia terkejut, ada seorang lelaki yang tidak di kenali telah menolongnya. 


"Awak tak apa-apa?" soal lelaki itu. 


"Er saya tak apa-apa. Terima kasih encik sebab tolong saya tadi."


Lelaki itu memandang Damia. "Owh lupa pula nama saya Syamsul."


"Saya Damia," jawab Damia.


"Saya tak pernah nampak pun awak dekat sini."


"Saya baru first time datang sini. Saya setiausaha encik Adam Ian."


"Aik bukan sebelum ni Erin ke setiausaha dia?" soal Syamsul. 


"Er..Erin dah berhenti kerja. Tapi macam mana encik tahu yang sebelum ni Erin setiausaha Encik Adam Ian?" soal Damia pula. 


"Sebab saya engineer di sini. Jadi kalau apa-apa hal Erin yang akan deal dengan saya. Tapi dia berhenti sebab apa pula?"


Sempat juga Syamsul mengamati ke arah Damia. Damia tidak seperti Erin, yang nampak seksi dan suka menggoda. Sebaliknya Damia begitu manis dengan berbaju kurung dan bertudung. 


"Oh yang tu saya tak tahu. Tadi Encik Adam Ian kata nak jumpa dengan engineer. Maknanya encik la kan. Encik dah jumpa ke dengan dia tadi?" Damia mengubah topik. 


"Owh saya tak jumpa dia lagi. Eh jangan panggil encik la. Macam formal sangat pulak."


Adam Ian muncul secara tiba-tiba. "Kat sini kau Syam? puas aku cari kau tadi." Adam Ian menuju ke arah Syamsul. 


"Ha..ah kau punya secretary tadi, nyaris nak terjatuh. Nasib baik aku sempat sambut dia tadi."


"La ye ke? Awak ok tak ni Damia?" tanya Adam Ian, mimik wajahnya begitu risau.


"Ha..ah saya ok," jawab Damia.


"Kau tak beritahu aku pun yang kau dah tukar secretary baru. Cantik pulak tu," puji Syamsul. 


Muka Damia merona merah menahan malu. Dalam masa yang sama kepala Damia mula berdenyut-denyut menahan sakit. Mungkin sebab punca sakit kepalanya adalah disebabkan tidak menjamah makanan dari pagi lagi. Itu menyebabkan kepalanya mula berdenyut-denyut.


"Kalau awak nak tahu Damia, Syamsul ni kawan baik saya tau."


Damia hanya senyum dan mengangguk. Syamsul pula melihat wajah Damia yang semakin pucat dan tidak bermaya itu. Tiba-tiba Damia hampir pitam dan hendak terjatuh, nasiblah Syamsul sempat menyambut Damia. Dalam masa yang sama juga Adam Ian ingin menyambut tubuh Damia tetapi terbantut, disebabkan Syamsul terlebih dahulu telah menyambut tubuh wanita itu.



ADAM IAN dan Syamsul mengejutkan Damia yang sedang pengsan. Muka Damia direnjis dengan air. Damia mula tersedar, dan dia mula memandang ke arah dua lelaki yang berdiri di hadapannya. Damia bingkas bangun, apabila terasa dirinya seperti menjadi tontonan mereka berdua.


"Kenapa saya kat sini?" tanya Damia.


Adam Ian mula hendak menjawab pertanyaan Damia, tetapi dipintas oleh Syamsul abang saudaranya.


"Awak pengsan tadi Damia. Patut la saya tengok muka awak macam pucat je tadi," balas Syamsul.


"Tak tau la kenapa, saya rasa pening sangat tadi." Perut Damia tiba-tiba berbunyi. Damia berasa malu apabila perutnya berbunyi di hadapan mereka berdua.


"Tu perut awak berbunyi. Awak tak makan lagi ke?” soal Syamsul lagi.


Adam Ian dari tadi hanya memerhati tingkah laku mereka berdua.


"Err saya belum makan lagi," jawab Damia, dia merenung Adam Ian yang dari tadi diam tidak berkata apa-apa. 


"Patut la tadi awak pucat je. Awak tak makan apa-apa langsung ke dari pagi tadi?" tanya Syamsul lagi sambil matanya melihat Damia yang masih lagi dalam keadaan tidak bermaya. Damia hanya menggelengkan kepala.


"Kau tak bawak Damia pergi makan dulu ke Ian?" tanya Syamsul kepada Adam Ian pula.


"Mana la aku tahu. Aku ingatkan dia dah makan tadi. Yang awak pun satu Damia, kenapa tak beritahu awal-awal yang awak tak makan lagi? Tengok, tak pasal-pasal awak pengsan tadi."


"Saya ingatkan kita pergi ke Shah Alam lepas lunch. Saya tak sangka bos nak pergi awal," ujar Damia dalam keadaan lemah.


"Habis tu sekarang ni awak nak salahkan saya pulak ke Damia? Awak sepatutnya beritahu saya yang awak belum makan lagi. Ni tak, diam je. Macam tak da suara je nak bercakap," ujar Adam Ian dalam keadaan menahan marah.


Mata Damia seperti berkaca-kaca, sepertinya air matanya ingin mengalir apabila Adam Ian seperti ingin memarahinya. Belum pernah lagi dia dimarahi seperti itu.


"Dah-dah. Lepas ni kita pergi makan," jawab Syamsul untuk mengelakkan Adam Ian memarahi Damia. 



SAMPAI sahaja mereka bertiga di kedai makan, masing-masing mendiamkan diri. Syamsul yang menyedarinya, mula mengajak berbual.


"So bila kau akan buat pelancaran nanti Ian?” soal Syamsul.


"Emm dalam masa sebulan lagi,” jawab Adam Ian.


"Awak Damia dah berapa lama kerja di syarikat Ian?"


"Sudah sebulan lebih," jawab Damia pula.


"Sebulan lebih? Sebelum ni awak kerja sebagai apa? Macam mana pulak tiba-tiba jadi setiausaha Ian pula? Cuba awak cerita. Saya nak tahu juga."


"Er saya tak tahu nak cerita macam mana." Damia memandang ke arah Adam Ian.


"Tak tahu nak cerita macam mana? Maksud awak apa? Saya tak faham," soal Syamsul lagi.


"Aduh dia ni sibuk pulak nak tahu dah kenapa? Tak kan la aku nak cerita aku hampir dirogol disebabkan balik lambat. Yang bos ni kenapa pula diam je dari tadi," gumam Damia.


“Ok la kalau awak tak nak cerita, saya suruh Ian je la yang cerita. Kau cerita dengan aku Ian, apa yang berlaku sebenarnya.” Syamsul tidak berhenti-henti menyoal.


"Aku malas nak cerita. Biar la tuan empunya badan yang cerita," ujar Adam Ian dengan nada malas. 


Damia menarik nafas lega. Tidak mahu lagi dia mengingatkan perkara yang sudah lepas. Selepas itu datang pelayan menghantar makanan yang dipesan tadi.


Sementara itu sempat lagi Syamsul bersuara, "Tak pa la kalau awak tak nak cerita. Nanti saya akan tahu juga," ujar Syamsul. 


Damia hanya menunduk menghadap makanan. Adam Ian membuat muka seperti malas ingin berbual.  



MEREKA berdua bertolak pulang ke Bangsar semula, setelah selesai menyelesaikan kerja mereka di Shah Alam.  Damia merenung ke luar tingkap. Senyap dan sunyi. Radio langsung tidak dipasang.


"I'm sorry Damia," ucap Adam Ian memecah kesunyian sambil menumpukan pemanduan.


Damia berpusing memandang ke arah Adam Ian. 


"Sorry kenapa?"


"Sebab saya marah awak tadi."


Damia terdiam. "Tak pa. Saya tak ambil hati."


"Lepas ni awak kena makan dulu. Saya tak nak jadi macam tadi."


"Ok," jawab Damia pendek.


Akhirnya masing-masing mendiamkan diri. Mujur jalan tidak begitu sibuk, kalau tidak mesti Damia tidak senang duduk, kerana berdua dengan bosnya. 



MALAM itu Adam Ian duduk menghadap laptop di biliknya. Dia melihat gambar-gambarnya bersama Wanna semasa di Universiti. Adam Ian merenung telefon bimbitnya. Sejak akhir-akhir ni dia langsung tidak menerima mesej atau panggilan dari Wanna. 


"Kenapa kau senyap je Wanna? Kau dah lupakan aku ke?" Hati Adam Ian berbisik rindunya dia pada wanita itu.


Adam Ian membuka telefon bimbitnya. Dia mula menaip mesej. Baru separuh taip dia memadam mesejnya itu.


"Nak mesej ke tak nak, nak mesej ke tak nak," Adam Ian mula berfikir. 


Akhirnya jarinya mula menaip. Setelah menaip Adam Ian menekan butang hantar, dan menunggu balasan dari Wanna. Tetapi hampa, kerana setelah 10 minit menunggu, langsung tiada balasan dari wanita itu.


"Sampai hati kau Wanna langsung tak nak balas mesej aku ni." Adam Ian terasa hati.


Tiba-tiba telefon Adam Ian berbunyi menandakan mesej masuk. Adam Ian mula tersenyum. Dia tidak sabar membuka telefonnya untuk membaca mesej yang masuk. Tetapi bukanlah Wanna yang menghantar mesej itu tetapi Syamsul. Adam Ian berasa hampa.


SYAMSUL : DAH TIDUR KE BRO? 


ADAM IAN : BELUM LAGI. KENAPA? 


SYAMSUL : KAU MASIH MARAH DAMIA LAGI KE? 


ADAM IAN : TAK LAH. KENAPA KAU FIKIR MACAM TU PULAK? 


SYAMSUL : TAK DA LAH. MASA LUNCH TADI, KAU PUN TAK BERAPA NAK CAKAP DENGAN DIA JE. 


ADAM IAN : MANA ADA LA. KAU JE YANG FIKIR MACAM TU. KAU MESEJ AKU NI SEBAB KAU NAK TANYA PASAL TU JE KE? 


SYAMSUL : RELAX LA. KAU ADA  NOMBOR TELEFON DAMIA TAK? 


ADAM IAN : KAU MINTAK SENDIRI JE LA KAT DIA. DAH LA AKU NAK TIDUR NI. BYE. 


Adam Ian malas memikirkan tentang Damia. Dia tidak berminat ingin mengetahui tentang wanita itu buat masa sekarang ni. Dalam fikirannya sekarang ini adalah Wanna.



WANNA membaca mesej yang dihantar Adam Ian. Dia ingin membalas mesej itu, tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mahu memberi harapan apa-apa pada Adam Ian dan dia juga takut, jika Adam Ian akan mula rapat dengannya nanti.


Kali terakhir Wanna hubungi dengan Adam Ian adalah sebelum dia pergi ke Amsterdam. Dalam masa yang sama, Wanna juga perlu menjaga perasaan kekasihnya. Apa yang akan difikirkan Rusdi nanti jika dapat tahu yang Adam Ian selalu bermesej dengannya.


Telefon bimbit Wanna berbunyi menandakan panggilan masuk. Di skrin telefon tertera nama Rusdi. 


"Hello sayang buat apa?” tanya Rusdi. 


"Sayang takda buat apa," jawab Wanna. 


"Jom keluar. Biy bosan la duduk di hotel ni. Lusa kita dah nak balik Malaysia. Jom la jalan-jalan," ajak Rusdi. 


"Ok la Biy tunggu kejap. Sayang siap-siap dulu."


"Ok Biy tunggu di lobby ye sayang. Bye." Telefon di matikan. 


Wanna tersenyum. Dia merasa bahagia apabila bersama dengan Rusdi. Wanna bergegas menuju ke beg bagasi untuk mencari baju yang sesuai dengan dirinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia