Bab 5 Misi Tengku Adam ke Kampung
“Zaza Melindanamanya... not bad.”
Bisik Tengku Adam perlahan, seakan mahu menyembunyikan bisikan hatinya daripadadirinya sendiri.
‘Astaghfirullahalazim...’
Istighfarnya menyentak diri.
‘Apa dah jadi dengan aku ni? Aku...angau dengan budak sekolah?’
Dia ketawa kecil dalam resah. Gusar. Bingung. Seakan akal takmahu bersetuju dengan apa yang hatinya rasa.
Tengku Adam, lelaki yang selama ini tak pernah tewas padapesona wanita, biarpun berlayar jauh hingga ke hujung benua. Wanita datang danpergi, namun tidak satu pun yang mampu mencuri ruang di fikirannya, apatah lagidi hatinya. Tapi... gadis itu?
“Zaza...”
Nama itu bergetar di dadanya. Ada sesuatu tentang gadis bersuara lantang,bermata tajam, berhidung mancung itu. Aura kasarnya... peliknya, menyenangkan.Bukan seperti kebanyakan gadis yang sering mencair dengan hanya satusenyumannya. Gadis itu lain.
‘Anak mami? Tapi… macambukan. Mungkin kacukan? Tapi bukan itu yang buat aku tak lena.’
Wajah itu muncul lagi dalam layar mindanya. Wajah marah yangtak sempat ditutup oleh senyum palsu.
Dan sejak hari itu... dua bulan berlalu. Tapi bayangan Zaza masih melekat erat.
‘Kenapa mata dia… penuhbenci? Aku buat salah apa?’
Lucu. Dalam banyak-banyak perempuan, dia terpikat pada yang paling taksukakannya.
Dia renung wajah sendiri di cermin.
‘Tak hensem ke aku ni?’
Kening diangkat, gaya bersahaja. Tapi senyumannya mati di situ. Ada sesuatuyang tak kena.
Ada rasa yang belum pernah dia rasa sebelum ini.
“Adam…”
Satu suara garau menyapa dari balik pintu. Lembut, tapi berwibawa.
“Boleh papa masuk?”
Tersentak Adam dari lamunan.
“Eh, pa... masuklah. Sorry, tak perasantadi.”
Cepat-cepat dia betulkan bantal di katil, susun fail yang berselerak. Sudahterbiasa bersikap sopan di hadapan papanya.
“Amboi… teringat siapatu sampai tak sedar papa datang?”
Dato’ Hanafi sengaja menyakat, lalu melabuhkan punggung di hujung katil.
Tengku Adam tersengih, malu.
“Hahaha… takdelah pa…”
“Yeke?”
Nada usikan itu tak padam.
“Papa tak hairan pun kalau kamu tengahfikirkan calon isteri. Dah besar panjangkan, itu biasa. Cuma... papa peliksebab tak pernah pula tengok kamu dengan sesiapa pun. Atau papa je yang taktahu?”
Ketawa kecil meletus antara mereka. Adam senang bila suasanabegini. Santai. Penuh kasih.
“Ada la... terfikirjuga pasal seorang budak kat kampung tu. Tapi Adam sendiri tak pasti lagi.Masih tertanya-tanya.”
Nada suara Adam tenggelam sedikit. Seperti ada sesuatu yang dia simpan.
Dato’ Hanafi angguk perlahan. Dia tahu, anak terunanya itubukan jenis yang terburu-buru. Dan bukan juga jenis yang mudah terjatuh cinta.
“Tertanya-tanya apa?”
Nada suara itu merendah, memberi ruang.
“Kalau kamu selesa, cerita je padapapa. Papa bukan nak paksa.”
Adam diam sebentar.
“Adam belum cuba dekati dia. Tapi...Adam rasa Adam nak balik Penanglah, pa. Rasa macam nak jumpa dia lagi.”
Mata Dato’ Hanafi terangkat sedikit. Pelik. Adam yang selalusibuk, kini ingin ke kampung pula?
“Tak sangka pula kamusendiri nak balik sana. Selalunya kena suruh dulu.”
Lalu dia ketawa kecil, mengusik.
“Papa faham… kadang-kadang,ada orang tu hadir dalam hidup kita bukan dengan cara biasa. Tapi kalau diamampu ganggu fikiran kamu sampai macam ni, mungkin kamu kena bagi peluang untukdiri kamu.”
“Cuma satu papa pesan…”
Suara Dato’ Hanafi jadi lebih tenang, matang.
“Apa pun keputusan kamu, pastikan iamembawa bahagia. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri kamu sendiri.”
Adam angguk perlahan. Bahu kanannya diusap lembut.
“Papa jenguk mamakejap. Good luck, Adam. Kalau nak balik Penang, jangan lupa maklum pada mamakamu. Nanti dia bungkuskan sesuatu untuk aunty kamu tu ya.”
“Baik pa… thanks.”
Mereka ketawa lagi sebelum Dato’ Hanafi berlalu keluar.
Adam menghela nafas panjang.
Pandangan matanya jatuh semula pada skrin telefon. Tarikh keputusan STPM pundah semakin hampir. Dua hari sahaja lagi. Hatinya semakin tidak keruan.
‘Dia mesti pelajartingkatan enam. Aunty pun pernah cakap, baju hijau tu uniform pelajar pra-U.’
Matanya terpaku pada mesej dalam grup WhatsApp tender kantinsekolah auntynya.
“Jamuan Akhir Pelajar STPM – Dewan SMKSeri Balik Pulau.”
Adam tersenyum senget.
Ada sinar lain di matanya. Sinar harapan.
‘Ini peluang aku.’
Telefon diangkat, nombor auntynya didail.
“Hello, aunty? Adam ni.Esok Adam balik kampung ya,… Ada perkara penting Adam nak buat.”
“Lagipun, esokkan auntyperlu siapkan jamuan untuk pelajar STPM kan?”sengaja Adam membuka topik. Namunmak saudaranya sudah mencium bau-bau nakal anak saudaranya itu.
Lagipun, Tengku Adam pernah bertanya dengan penuh telititentang Zaza Melinda dan sejarah keluarganya kepada makcik saudaranya itu.
“Ha betoi la tu, esokni aunty sibuk sikit. Alah kalau nak jumpa Zaza tu aunty boleh tolong,hehe…”ngusik.
Terkulat-kulat Adam.Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil melayan mak ciknya sementaratelefon bimbitnya masih melekap pada telinga.
“Ha.. baguslah aunty tahu dah , mudah Adam nanti.. hehe”
“Baiklahwaalaikumussalam…”perbualannya dimatikan.
“Yessss!” Tengku Adamsudah mula terpancing dengan gadis itu.
“Akhirnya!”
Dalam hati Adam, satu misi telah bermula.
Dan misi itu bernama Zaza Melinda.