Home Novel Cinta Tomboi + ustaz?
Tomboi + ustaz?
SS
22/4/2020 21:26:49
4,350
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Dari luar kedengaran riuh rendah suara kanak-kanak di dalam rumah. Aku yang baru nak menapak anak tangga pertama rumah ibu dan abah ustaz ni terus pandang ustaz disebelah. 

“Suara budak mana tu?” Aku bertanya.

“Oh, tu anak saudara kita, Omar dan Hana. Anak-anak Abang Long. Jom naik.” Tangan aku dipimpin sebelum dia mula melangkah ke anak tangga ke dua.

Tapi aku tarik perlahan tangan aku. Sungguh aku tak selesa. Dia hanya membalas dengan senyuman. Selalu macam tu. Kalau aku tak setuju atau tak terima setiap tindakan dia, tak pernah dia marah. Hanya senyuman sebagai balasan. Fuh, tinggi kesabaran pak ustaz ni.

 

Ustaz teruskan langkah dan aku hanya mengikut di belakang.

“Assalamualaikum!” Ustaz memberi salam di muka pintu.

“Waalaikumsalam. Pak suuuuu!!!” Kanak-kanak riang di dalam rumah yang lebih dahulu menjawab salam serentak. Mereka berlari dan terus peluk ustaz. Ustaz terus melutut menyamakan ketinggian mereka.

 

“Pak su , I miss you.” Kanak-kanak lelaki itu bersuara. Mungkin ini Omar.

“Pak su, I miss you too.” Kanak-kanak perempuan itu pula bersuara manja. Yang ini mungkin Hana. Aku ni dari tadi perhati je drama pendek depan mata. Setiap makhluk dalam rumah ni terasa asing sekali untuk aku kecuali ibu dan abah.

 

“Mak suuuuu…..I miss you too!!!!!” Kedua-dua kanak-kanak tadi terus berlari dan peluk kaki aku. Terkejut aku dengan situasi ni. Eh, miss me? But, I don’t miss you. Huhu….aku nak balas apa pun aku tak tahu. Aku tiru ajelah reaksi ustaz tadi. Aku melutut dan balas pelukan mereka.

 

“Apa kabar Mus….Eh, Qaisy?” Tersentak aku.

 

Aku rasa aku tak silap dengar. Lelaki asing depan aku dan ustaz ni nak terpanggil ustaz dengan nama Mus. Apa yang aku tahu, semua orang kampung gelarkan ustaz, Qaisy dalam mimpi ni.

Aku bangun dari melutut dan terus perhatikan lelaki itu.

 

“Sihat, Alhamdulillah.” Mereka berpelukan sambil bertanya kabar.

 

“Ain, lamanya tak jumpa, Ain dan baby sihat?” Datang seorang wanita muda memeluk aku. Aku hanya diam membisu dan balas pelukannya.

 

“Ain? Ok, tak ni? Kenapa pandang akak macam tu? Ingat tak ni, along dengan kak long?” Aku hanya mengangguk dalam keterpaksaan. Aduhlah aku rasa nak lari dari situasi ni. Aku paling tak suka berada dalam situasi yang terlalu asing dan janggal bagi aku.

 

“Ain, tak berapa sihat sangat. Biasalah pregnant kan. Makan pun tak banyak mana. Asyik muntah je.” Ustaz menjelas kan dan aku nampak mereka berdua menggangguk tanda faham. Aku ni sakit hati jugaklah, dengan semua orang yang masih lagi percaya aku mengandung. Tapi aku masih boleh bersabar sekarang.

“Tak apa Ain, kak long faham sangat.” Wanita yang bahasakan dirinya kak long itu menepuk perlahan bahu aku. Aku hanya menghulur senyum. Tak nak lah kena cop sombong pulak kan.

 

“Lah, buat apa lagi tu, kejap lagi nak masuk Maghrib, dah ada wuduk belum semua ni?” Muncul abah dari tangga dapur. Aku pernah jumpa abah sekali sebelum ini. Orangnya berwajah tegas. Tapi dia suka ketawa. Haritu aku dengar di gelak, sampai aku ikut gelak sekali padahal aku tak tahu pun sebab apa dia ketawa.

 

“Hah, tulah along tak ada wuduk lagi ni. Ain, Qaisy?” Along bertanya.

“Kami pun tak ada wuduk lagi ni.” Jelas ustaz bagi pihak aku sekali. Along hanya mengangguk.

 

“Kalau macam tu Qaisy, Ain tolong tengokkan budak dua orang ni sekejap boleh, lepas kami ambil wuduk, turn kamu berdua pula.” Along meminta tolong.

 

“Eh, boleh boleh. Tinggal je diorang ni. Biar Qaisy dengan Ain jaga.” Ustaz bagi isyarat mata pada aku yang dari tadi tercegat depan pintu untuk duduk di kerusi buluh di ruang tamu rumah ibu dan abahnya.

 

 Rumah ini agak besar sedikit dari rumah kami. Ruang tamunya juga terdapat banyak perabot. Ada tv juga. Rak-rak yang diperbuat dari buluh juga penuh dengan buku-buku agama. Aku perhati keadaan sekeliling rumah. Sekali dengan perangai anak-anak buah si ustaz ni yang dari tadi main lari-lari keliling meja kopi di ruang tamu ini.

 

“Ibu mana abah ?” Ustaz bertanya pada abahnya yang sedang duduk di kerusi malas di sudut ruang makan. Aku nampak abahnya baru nak pakai cermin mata. Ditangannya ada kitab.

 

“Ada dekat bilik air. Baru sudah masak, nak siap-siap untuk Maghrib.” Ustaz hanya mengangguk.

 

“Omar, Hana, sini kejap dekat Pak su.” Ustaz menarik tangan Omar yang sedang seronok berlari. Hana juga terhenti langkahnya melihatkan si abang sudah di tahan Pak su nya.

 

“Hana sini dekat Mak su.” Aku mengajak Hana mendekat. Terus dia berlari dan peluk aku yang tengah duduk sebelah ustaz ni.

 

“Ain, Omar ni abang Hana. Umurnya 6 tahun. Hana pulak umur 5 tahun.” Tanpa aku bertanya ustaz terangkan satu persatu persoalan yang sememangnya bermain dalam kepala aku ni. Dari apa yang aku perhatikan. Aku tahu, ustaz ni perasan aku confuse dengan banyak perkara. Cuma aku yakin, dia sengaja sembunyikan semua tu. Yang mana dia rasa nak bagitahu, dia bagitahu tanpa aku tanya. Yang mana aku tanya, semua dia tak jawab. Perangai dia ni memang buat aku sakit hati. Cuma aku malas layan je.

 

Aku sekadar mengangguk. Hana sudah bermain-main dengan jari jemari aku. Aku layankan aje. Seronok juga. Dah lama rasanya tak main dengan budak-budak. Sedang leka bermain, aku alih pandangan ke sebelah . Ops, si ustaz tengah tenung aku sambil tersenyum. Terus aku alihkan pandangan pada Hana semula. Tiba-tiba jantung aku terasa berdegup laju. Selama di alam mimpi ni,tak pernah lagi aku rasa macam ni. Apahal pulak lain macam aku rasa pandangan dia tadi. 


“Tak payahlah pandang macam tu. Segan abah tengok.” Aku separuh berbisik.

Aku perasan ustaz mula alihkan pandangan dan berdehem perlahan. Dia mula melayan Omar bermain dengan kereta mainannya.

 

Malam itu, usai Maghrib dan Isyak berjemaah kami makan malam bersama. Aku habiskan makanan aku cepat-cepat dan terus duduk di ruang tamu melayan Omar dan Hana bermain. Suka pulak aku dengan budak dua orang ni. Diorang macam dah lama kenal aku. Manja betul dengan aku. Lagi-lagi Hana.

 

“Ain, seronoknya kak long tengok Ain harini.” Kak long sudah duduk di sebelah aku. Pelik aku dengar ayat dia.

“Kenapa kak long?” Aku bertanya.

“Tak adalah, jarang kak long tengok Ain banyak ketawa. Harini , kak long nampak Ain seronok sangat main dengan budak-budak ni.” Jelasnya.

“Saya suka tengok diorang main. Happy je” Sebenarnya setiap kali aku jumpa orang baru dalam mimpi aku ni, setiap kali itulah aku rasa nak tanya macam-macam soalan dekat diorang. Tapi, akhirnya tak terluah sebab aku tahu, tak kan ada jawapan pun. Sama macam ustaz dan ibu. Aku jadi malas dah nak bertanya. Sebab akhirnya aku yang sakit hati sendiri.

 

“Ain, kandungan ok ke? Kak long dengar jatuh tangga haritu.” Aku yang tadinya leka memandang rancangan di tv, terus beralih pandang ke kak long di sebelah.

 

“Kak long, saya tak mengandunglah.” Aku tak kisah dengan cerita-cerita mengarut lain dalam mimpi ni. Tapi aku tak boleh betul bila semua orang sibuk dengan kandungan aku. Aku dah cakap banyak kali. Aku tak mengandung!

 

Aku perasan riak wajah kak long berubah. Dia beralih pandang kepada ustaz dan semua orang di meja makan yang sedang pandang ke arah kami. Mungkin suara aku sedikit kuat tadi sampai menjadi tumpuan semua sekarang.

 

Aku perasan ustaz pandang kak long dan bagi isyarat geleng kepala. Apa maksud isyarat tu? Gelengan bermaksud tak payah tanya atau nak cakap yang aku tak mengandung. Makin keliru aku jadinya.

 

“Oh, sorry ya Ain. Kak long tersalah cakap. Kak long minta diri sekejap.” Kak long sudah mula bangun dan menuju ke biliknya. Aku nampak abang long juga melangkah ke bilik yang sama. Apa hal pulak tu. Dahlah serabut aje. Malas aku nak ambil tahu hal rumah tangga orang lain.

 

“Ain, jom kita balik.” Ustaz dah tarik tangan aku ke pintu rumah.

“Akhi, kita tak salam abah dengan ibu lagi.” Aku peliklah kenapa kalut sangat nak balik. Aku ada buat salah ke? Aku cuma cakap perkara yang betul. Aku tak mengandung.

 

Di hadapan tangga rumah, ustaz masih lagi pegang pergelangan tangan aku. Aku tarik kasar pegangan itu. Dan aku terus pergi.Sakit pulak hati aku dengan apa yang baru jadi. Nampak macam aku yang bersalah dekat sini.

 

Laju langkah aku ke hadapan tinggalkan ustaz.

 

“Ain.” Ustaz kembali pegang tangan aku. Terhenti aku disitu menahan rasa. Aku berpaling memandangnya di belakang aku.

“Akhi, cuba terus terang dengan saya. Apa yang semua orang cuba sembunyikan. Kenapa semua orang tak percaya yang saya ni tak mengandung? Kenapa kita ada dekat pulau ni? Bila masa kita kahwin? Tak ada dalam ingatan saya ni, kita bercinta ke apa, tiba-tiba kita kahwin. Tiba-tiba semua orang cakap saya mengandung. Kalau akhi jadi saya, apa perasaan akhi? Dahlah, setiap kali saya minta penjelasan, tak seorang pun jawab. Saya ni batu ke? Saya stress tau tak macam ni. Berapa kali saya ulang pada diri saya ini semua mimpi. Saya akan terjaga dari mimpi dan semua akan kembali macam biasa. Saya akan jumpa semua orang, kak Intan, Daniel, Airil, Nazimah. Tapi, saya tak tahu bila saya akan terjaga. Dan makin hari, semua yang berlaku dekat sini makin pelik. Saya tak tahan dah akhi. Tolonglah, tolong bagitahu saya apa yang jadi.” Terhambur segala persoalan yang terbuku di hati bersama tangisan. Sungguh, kesabaran aku ada tahapnya.

 

Dalam kesamaran malam yang hanya diterangi lampu dari bekas buluh, aku nampak wajah lelaki di depan aku ini berubah. Seperti sedang menahan perasaan.

 

“Ain, abang minta maaf.” Sebaris ayat yang diucapkan ustaz buat aku merenung wajah itu dalam-dalam. Maaf? Untuk apa? Aku tak nak permohonan maaf dekat sini. Aku nak jawapan.

 

“Saya tak nak maaf dari akhi, saya nak jawapan.” Jujur aku cakap apa yang aku rasakan.

“Ain, abang faham…”

“Dari haritu, akhi cakap yang akhi faham. Tapi sampai sekarang saya tak faham langsung, apa yang akhi faham tu. Sekarang cuba cerita dekat saya. Faham kan saya.” Perkataan ‘faham’ itu aku tekankan.

Aku dengar helaan nafas yang berat dari lelaki di hadapan aku. Seperti ada sesuatu yang terlalu berat tersimpan.

 

“Akhi……” panggilku melihatkan ustaz agak lama mendiamkan diri. Wajahnya menunduk.

 

“Ain, abang nak minta satu je dari Ain.” Aku lepaskan keluhan dan mula buang pandang ke arah lain. Sekali lagi. Sekali lagi soalan-soalan aku dibiarkan tanpa jawapan.

 

“Akhi nak apa?” Aku membalas.

 

“Abang janji akan cerita semuanya…..tapi..” Sebaris ayat itu menarik minatku.

 

“Tapi?” Tapi apa pulaknya. Kenapa perlu ada tapi.

 

“Tapi lepas Ain bersalin.” Sambungnya.

 

Aku tak tunggu dah, aku pijak kaki dia dan aku teruskan berjalan, tinggalkan dia di belakang. Terdengar dia mengaduh, aku lantakkan aje. Rasakan. Dah aku cakap aku tak suka orang cakap aku mengandung. Dia pergi ulang lagi sekali. Memang meminta dia ni. Hisy, berapi rasa hati ni. Lantaklah , aku tak nak tau apa-apa dah. Tak nakkkkkk!!!!

“Ain!! Tunggu abang Ain, aduh…” Aku tahu dia ikut aku dibelakang. Tapi malas aku nak paling dah. Tengah terbakar ni.

Tiba sahaja di rumah, aku kunci pintu bilik. Terus aku hempaskan badan ke atas katil. Aku menangis sepuasnya. Aku tak tahu kenapa aku jadi sedih sangat. Ya Allah aku nak balik. Ya Allah tolonglah sedarkan aku dari semua ni. Aku tak kenal orang-orang dekat sini. kak Intan, mana akak, Ulfah rindu akak sangat-sangat.  

Penat menangis, akhirnya aku tertidur. Moga-moga tidur ini menjadi pengakhiran bagi mimpi mengarut ini.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Aku hayun buaian perlahan-lahan. Kak Intan di sebelah juga begitu. Indah betul suasana taman ini di waktu petang. Dengan angin sepoi-sepoi, memang terasa membuai diri. Tiba-tiba terdengar kak Intan bersuara.

 

“Ulfah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.”. Senyuman tak lekang dari wajah putihnya. Bersih sahaja wajah itu. Buaian di hayun perlahan.

Aku yang sedang leka di buaian sebelah hanya mendengar setiap nasihat dari kak Intan.

“Ulfah, kita kena redha atas setiap yang berlaku.Kadang-kadang sesuatu yang kita nak tu belum tentu baik untuk kita. Dan sesuatu yang kita tak nak tu tak semestinya tak baik untuk kita. Boleh jadi sebaliknya. Sebab tu setiap yang berlaku dalam hidup ini, semuanya dah tertulis. Kita hanya perlu kuatkan iman, dan redha dengan Qada’ dan Qadar Nya. Sebab apa? Sebab Allah je yang tahu bila Dia akan bagi kita hadiah selepas ujian pahit yang kita terima. Bersangka baiklah pada Allah ya dik.” Panjang nasihat diberikan.

 

Aku tak membalas apa-apa. Sekadar mendengar dan aku lebih suka tatap wajah dia. Rindu barangkali.

Tiba-tiba kak Intan berdiri dan terus berlalu tanpa ucap selamat tinggal. Aku pula tak mampu bersuara memanggil namanya. Lidah seakan kelu. Aku cuma mampu melihat kak Intan pergi membawa diri. Jeritan memanggil namanya hanya di dalam hati.

 

“Kak Intan!!!!” Aku terjaga. Laju degupan jantung dapat aku rasa saat ini. Peluh sejuk di dahi aku lap dengan lengan baju. Terasa ada air hangat menuruni pipi. Sebak. Ya aku sebak. Aku urut dada yang tiba-tiba terasa sakit. Tak tahu kenapa, hati ini terasa terlalu rindu pada kak Intan. Rindu yang terlalu mendalam. Tak pernah aku alami rasa seperti ini.

Pelik, kenapa aku boleh bermimpi dalam mimpi. Aku lihat sekeliling. Aku masih di rumah buluh ini. Bermakna aku masih belum di alam realiti.

 

Aku menghela nafas dalam. Cuba untuk tenangkan diri. Aku turun dari katil. Aku rasa aku perlu solat. Aku kena tenangkan hati aku. Aku kerling jam di dinding bilik. Pukul 3 pagi. Sesuai sangat ni kalau nak buat tahajud.

 

Setelah aku tunaikan solat tahajud dua rakaat. Aku berteleku di atas sejadah sambil bertasbih dan berzikir memuji kebesaran Illahi. Panjang sungguh mimpi ini ya Allah.

 

Tiba-tiba terdetik dalam hati. Betul ke ini mimpi? Tapi kalau bukan mimpi, kenapa semua benda jadi secara tiba-tiba? Kenapa semuanya terlalu asing bagi aku. Semuanya terlalu baru bagi aku.  Tapi peliknya, aku boleh bermimpi di dalam mimpi. Sungguhlah, boleh jadi tak betul aku macam ni.

 

Usai bertasbih, aku menadah tangan dan berdoa. Air mata kembali mengalir. Aku tak tahu kenapa aku terlalu sensitif hari ini. Mudah sangat air mata ini gugur. Mudah sekali hati ini terasa sayu. 

Selesai aku aminkan doa, aku termangu di tikar sembahyang. Entah apa yang bermain dalam kepala ni, aku sendiri tak tahu. Segalanya bercelaru.Tiba-tiba, terasa dahaga pula tekak ni. Terus sejadah aku lipat, dan dengan telekung aku keluar dari bilik. Niatnya ingin ke dapur untuk minum air.

Aku perhati ruang tamu yang gelap. Ustaz biasanya dia akan tidur di ruang tamu atau di bilik yang ada almari baju-baju kami. Kalau dia tidur di ruang tamu biasanya dia akan pasang pelita minyak tanah. Elektrik ada je dekat kampung ni, cumanya ustaz cakap masih gunakan generator. Jadi setiap rumah penggunaan elektrik sangatlah terhad.

 

Ruang tamu gelap bermakna ustaz tidur di dalam bilik lah tu. Aku teruskan langkah dan cari suis lampu ruang tamu. Suisnya di sebelah pintu utama rumah.

 

Ok, dah jumpa, tap. Aku tekan. Bercahaya satu rumah. Aku pun berpaling ke belakang dan….

 

“AAAAAAAAAA.” Bergegar satu rumah dengan jeritan aku.

Cepat-cepat ustaz tutup mulut aku. Muka dia dah cuak. Aku tepis tangan dia.

 

“Kenapa Ain menjerit, terkejut abang.” Ujarnya.

“Dah abang tu tiba-tiba muncul dekat belakang, memanglah saya terkejut.” Aku mengurut dada. Laju terasa denyutan nadi. Kurang asam betul. Bagitahulah dia ada dekat belakang. 

 

Aku nampak si ustaz ni dah tersenyum senyum. Dah kenapa?

 

“Kenapa akhi ni? Senyum-senyum macam tu? Sakit?” Soalku.

 

“Terubat rindu abang nak dengar Ain panggil abang macam tu.” Ujarnya.

 

“Panggil? Saya panggil akhi macam mana? Macam biasa lahkan.”

 

“Taklah, tadi Ain panggil yang luar biasa.” Jawabnya lagi.

 

Hailah ustaz, dah tengah malam ni, tak payahlah nak buat drama pulak.

 

“Ish, dah lah mengarut je akhi ni. Saya dahaga nak minum air.” Aku teruskan niat aku yang tergendala seketika tadi.

 

Baru je nak melangkah semula, ustaz kembali bersuara.

 

“Ain, dahaga? Eh, tak apa Ain duduk sini abang ambilkan.”

 

“Eh, tak apa akhi. Saya larat lagi nak ambil air sendiri.”Dah kenapa dia ni. Aku setakat pergi dapur tu masih mampulah.

 

Tapi, si ustaz ni terus tarik tangan aku dan paksa aku duduk di kerusi buluh ini. Berlari dia pergi dapur ambilkan aku air.Tergelak kecil aku tengok tingkah dia. Punyalah tak nak aku ambil air sendiri. Sanggup dia berlari dengan kain pelikatnya. Mujur lah rumah buluh ni nampak stabil.


“Nah.” Tiba huluran gelas berisi air di hadapan. Nasib baik dia bagi gelas kaca. Bukan gelas buluh. Dia kan suka sangat dengan buluh. Tanpa tunggu aku terus teguk air di dalam gelas sampai habis. Dahaga betul rasa. Ustaz masih merenung aku. Aku letakkan gelas kaca di meja sebelah kerusi buluh ini.


Entah kenapa berani pula aku balas renungan si ustaz yang tengah duduk sebelah aku ni.

 

“Tak jemu ke akhi pandang muka saya ni?” Jujur aku bertanya.

 

Dia mengukir senyum sambil menggeleng. Ish dia ni, tak bersuara pulak.

Aku dapat rasakan muka aku dah mula merah. Aduh, tak boleh lama-lama aku dekat sini. Dia ni lain macam je aku tengok.

 

Tanpa berkata apa-apa terus aku bangun dan berjalan laju menuju ke bilik. Namun, tiba-tiba telekung aku di tarik dari belakang menyebabkan kepala dengan aku sekali tertarik. Terkebelakang kepala aku, dengan rambut depan aku separuh terkeluar. Kurang ajar punya ustaz. Main kasar nampak.Terkehel leher aku dia buat.

 

“Eh, Ain sorry, abang nak tarik slow je, Ain jalan laju sangat tu yang tertarik tu.”

Aku tarik balik telekung aku yang dah separuh menampakkan rambut di hadapan. Aku bagi jelingan maut dekat ustaz sebelum aku tutup pintu dengan kuat.

 

Macam manalah aku boleh tergilakan si ustaz ni dalam dunia realiti. Dalam mimpi ni lain betul dia. Baru je hati rasa nak bunga-bunga, ada je benda buat aku angin semula.

 

“Ain, abang minta maaf ya. Tak sengaja.” Ustaz masih diluar pintu bilik. Aku pun masih bersandar pada pintu ini juga.

 

“Dahlah, saya  ok, akhi pergi lah tidur.” Aku bersuara perlahan disebalik pintu. Bila dengar dia minta maaf, sejuk pula rasa hati ni. Aku perasan. Perasaan aku sekarang kacau bilau. Mudah marah, mudah sedih, kadang-kadang rasa gembira tak tahu punca.Aduhlah parah aku ni.

 

“Ok, Ain rehatlah, abang pun mengantuk dah ni. Kalau nak apa-apa panggil je abang tau. Abang tidur dekat luar ni je. Ok Ain, Assalamualaikum.” 

 

Aku hanya mendengar. Tak berniat nak membalas. Salamnya aku jawab perlahan sahaja. Kaki mula melangkah ke katil membawa badan yang dah terasa berat. Mata pun dah makin layu ni. Aku tanggalkan telekung dan terus baring di atas katil. Panjang terasa hari ini. Macam-macam perasaan aku lalui. Aku cuma harap segalanya berakhir dengan cepat. Aku harap aku dapat jumpa semula insan-insan yang aku sayang. Keluarga aku, kawan-kawan aku. Universiti aku. Ah, rindunya. Betullah bila berjauhan baru kita tahu erti rindu.

 

Doa di baca dan aku terus hanyut dibuai lena.

 

 

 



 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.